Assalammualaikum...
Halloo korang..
Adeh...lama aku senyap sunyi kan..
Aku tak sempat nak post story kot.
Tengah syok syok type entry, tup tup ada gangguan.
terus aku malas nak teruskan menaip.
Last weekend, aku ngan Abam balik kampung Abam.
Dah kata nak attend majlis bf Abam yakni CEO g(tut tut) Sungai Behrang.
So, lepas maharaja lawak terus gerak..
Aku suka jalan waktu malam.
Senang, tak panas, & jalan raya pun kurang sesak nya.
Arround 2am sampai lah ke destinasi dengan selamatnya..
Sampai agak lewat sebab aku ngan Abam pergi ronda ronda ke Putrajaya.
Muakakakaka..
Sampai kampung, borak borak dulu arround 3.30am baru tido.
Pastu pagi pagi bangun dah nak berperang dengan dapur.
Aku ngan adik ipar bertarung didapur.
Sebab nak masakkan untuk mak mertua aku.
Lepas siap siap masak, terus bersiap nak pergi kenduri.
Owh..aku tak sempat nak makan masakan tadi.
Sebab Abam sudah tarik muka 18,
coz kompang sudah kedengaran.
Abam cepat cepat suruh aku siap siap.
Bila dah nak keluar rumah, hujan menderu deru turun dengan lebat.
Terus terbayang perarakkan pengantin sedang berlari lari sebab tak mahu kebasahan kan.?
Yelah, tengah sayup sayup dengar bunyi kompang titiba jer senyap pulak.
Lagi peliks kalau tengah tengah hujan bunyik kompang kan...
Huii bomoh hujan kot yang kawen kan..muakakakka...
Aku ngan Abam cepat cepat ambil payung.
Dalam hujan meredah nak pergi kenduri.
Perut aku dah lapar sebenarnya.
Tak kisah dengan sedikit basah masa tu.
Langkah demi langkah, terlihat sudah khemah berwarna kuning putih.
Nasib baik hujan sudah sedikit reda.
Pengantin pun sedang bersantap.
Lagi keji sebab pengapit Pengantin lagi lapar aku rasa.
Sebab pengantin sudah berhenti dari makan.
Namun pengapit masih sibuk menambah nasi.
Tak per, pengantin memang selalu malu di meja makan.
Hitam hitam sitompok manggis,
walaupun uda hitam, namun tetap manis.
Pengantin mengenakan pakaian berwarna kuning.
Kemudian bertukar pada Coat.
Omak ai...macam Pilot kot Uda.
Lama gila aku tak tengok pengantin tukar tukar baju gini.
Isterinya Ain pun somel jer dengan Gaun.
Lepas majlis bergambar, aku ngan Abam balik rumah.
Aku memang nak ganti tidur aku yang tak menentu lately tu.
Ok, memang tiada langsung tanda CiBi melanda.
Malam tu tengah lepak lepak dengan gang Abam,
Belum sempat teh tarik aku habis, tiba tiba..
Perut aku macam nak meletop.memulas mulas..Sakit mengejut kot.
Harus kenyit kenyit mata ajak abam balik.
Nak melepaskan hajat kat kedai yang tak tentu arah toilet nya..
memang bukan pilihan aku.
Nasib baik kitorang merempit sendiri.
Kalau tumpang tumpang kawan Abam, huii...terpaksa dalam rela yall..
Aku ulang alik pergi toilet jer 3 kali lepas sampai rumah.
lepas tu aku baru boleh tidur.
Namun sisa sisa sakit perut tetap ada.
Pada perasaan aku, mungkin aku sorang jer yang sakit perut sebab aku memang dah lama tak minum teh tarik.
Bangun subuh pun aku sakit perut.
Aku bangunkan Abam cakap aku sakit perut CIBI.
Abam pun cakap yang dia bangun memerut juga.
Aku terus ketawa.
Tapi aku memang tak sedar dia bangun.muakakaka..mesti aku tido mati masa tu.
Lepas tu anak anak buah abam pun cakap dorang sakit perut.
Ini mesti gara gara makan kenduri.
Ya...semua pasal lauk kenduri.
Daging masak hijau berlada hitam.
Itu yang aku ambil masa di rumah uda.
Lain lain lauk aku tak ambik.
Patutlah lain macam sakitnya.
Paling pelik, semua kawan kawan yang Abam SMS ,
Semua sakit perut arround 2am -3am.
Pelik kan..?Ambik masa yang lama tu..
untuk proses kasi kitorang sakit perut..
Seharian aku sakit perut lepas tu.
Nasib baik masa nak balik sini..perut tak meragam.
Hermmm...lepas ni aku akan berhati hati bila nak makan lauk di majlis kenduri.
adoiyaiii...sakit bukan kepalang weiii...kalau toilet dirumah sendiri oklah dekat.
Ini kat kampung weiii..
Nasib baik toilet rumah kampung abam dalam rumah.
Kalau luar rumah macam arwah atuk aku dulu...
Ada yang kena teman kan..
Sebab terpengaruh dengan cerita "HKLBR"
ok..ok..panjang gila dah ni..babai..
**gambar pengantin ado.Tapi tak bawa camera lah...nanti aku upload ya...:)
2 ulasan:
uihh memang panjang beno citernya! =D layannnsss...
CIBI lagi ke hari ni nih? ;p
sibuk je kak skrg
Catat Ulasan