For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 30 November 2010

MAHA 2010

 
 Salam & Selamat Tengahari  kawan kawan.
Tengok jer buah nangka ni, terus teringat cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Ala...Yang cerita nya ada ibu mengandung teringin makan buah nangka tu..?
Aku pun sudah hilang ingatan pulak pasal kisah tu.
Ok ok,
Last sunday, aku & Amy memang sungguh busy bercinta cintun.
Mula mula pergi ke SYP.mencari keperluan isi rumah.Lepas bosan ronda ronda dalam SYP,
Amy beria ia ajak mahu ke MAHA di Serdang.
Ok.Aku layan kan, coz hari masih cerah & mendung ada juga seketika itu.
lebih kurang 2jam kesesakan lalu lintas di MAHA.
Damn.Lengoh kaki aku tekan clutch & break.
Kitorang sampai, aku pecut masuk pintu 1.
Ha....punyalah ramai umat manusia.
Arround 530pm pun masih orang ramai.
Aku kiranya 1st time datang MAHA ni.Ni pun sebab Amy yang nak pergi sangatkan..:)
Dalam paper & TV9 asyik war war kan pasal Nangka besar ni.
Kebetulan pulak , memang nangka besar ni kat depan sekali time aku masuk.
Kat sini banyak tempat boleh masuk.Kiri kanan, depan belakang.
So, kira aku & amy masuk ikut depan la..coz jumpa Nangka ni.
Buah Nangka ni ada yang berharga rm10.Tapi tak pasti berapa kilonya.
Mungkin juga sepeket.
Kalau sebiji, rm44++..
Haaa...Aje gila lah nak makan nangka seminggu paling tidak pun sebulan baru habis.
Aku tidak belikan untuk mak.Coz emak & family aku sedang bercuti cutian di JOHOR.
lagi pun, mak tak boleh makan nangka..nanti ANGIN...!!!
Jalan depan sikit, jumpa orang jual bunga.
Amy suka bunga bunga yang di tanam.
Banyak kali dia suruh aku pilih yang mana aku berkenan.
YES, aku berkenan yang ini.
Tapi harganya agak mahal.
Bila Amy nak bayar, aku terus cakap
"Nanti bunga tu mati lah..nanti orang tak ada masa nak jaga."
Aku bukan tak suka bunga,
tapi aku ni bertangan panas.
Apa saja jenis tanaman kalau aku yang tanam atau bela,
confirm tak umur panjanglah lepas tu.
Kan sayang..
Lagipun rumah kitorang tinggi melangit sangat.
kot kot titiba angin kuat ke,
pastu jatuh atas owning atau kereta orang ke, tak ke naya.
Jadi, tidak belilah bunga orkid yang cantik ni..:(
Sila abaikan model berbaju biru kotak kotak itu.
Dia sedang memandang pokok periuk kera kat atas kedai tu.
Gila babas dia nak bela pokok tu.
huii..scary aku babe.
Pokok tu jurai jurai.
Titiba bila tanam kat rumah, time time buka pintu angin bertiup..ha...sudah seperti PHSM.
Pastu penuh ngan periuk keranya.
Kalau umah kurang cawan atau gelas, boleh petik pastu buat minum.
hahaha..aku tipu saja.
Ada berbagai jenis taman tamanan yang dorang bawakan khas untuk tetamu MAHA.
Kalau aku duduk rumah yang berkawasan boleh bercucuk tanam, 
Aku pilih nak tanam pokok Padi.
hahaha.nenong!!
Aku mestilah nak suruh Amy tanam pokok kedondong & pelam kat kawasan rumah.
Lepas tu baru boleh tanam buah strawberry pulak.
Eh, apa aku merepek repek ni.

 Huh, apsal asyik gambar bunga orkid jer ni?
Ha..bunga lain lain aku dah biasa tengok.
Bunga orkid ni walaupun tak wangi tapi dia cantik.
Memang tak jemu mata memandang la wei..
Ada yang berharga serendah rm5 dan ada yang semahal rm65 sepasu.
Itu harga yang paling mahal aku tengok kat situ.
Tak tahulah pulak kalau ada yang lebih mahal.
Dan, tak mustahil kalau ada yang lebih mahal dari harga yang aku tengok.
ngeh ngeh ngeh.
Ayuhh..pencinta Bunga orkid.
Datang lah beramai ramai di sana kerana MAHA akan berakhir pada 5 December ini.

Bila tengok rusa nikan,
Rasa kesian pada Amy.
Dia sangat sangat nak makan sup rusa kat sana.
Tapi, aku alahan lah pulak.
Bau bau binatang ternakan seperti kambing biri biri, rusa, lembu 
dan seangkatan sekarang ni amatlah memualkan.
Kebetulan pulak hujan renyai renyai.
kawasan tu menjadi lembab.
Bau bauan yang agak kurang menyenangkan menyerap masuk syahdu ikut lubang hidung.
Maka....
Sepanjang lalu kat kawasan tu, aku muntah muntah.
Nasib baik aku tak makan yang bukan bukan sebelum ke sana.
Amy,dia suruh aku belajar suruh terima bau bau macam tu.
Ha....mana boleh.Makan kambing panggang boleh lah..
Nak bau bau macam tu tak boleh..:)
Kandang rusa & kedai sup bersebelahan.
Moral of the story kat tukang kedai,
jangan buat kedai makan kat sebelah kandang rusa.
Nanti ada orang tak boleh makan!!@%$^^*(


6ixth Sense-menyesal with lyrics.wmv



Isnin, 29 November 2010

Saat Ku Idamkan

 
 Hoyeee....
Titiba tekak aku mengidam nak minum starbucks.
Jadi, jom kita layan starbucks ada rasa pudina & Caramel sorang satu.
Sambil pulak layan internet yang serba serbi lembab wifinya kat Subang.
Huh..angin sekejap.coz saat memerlukan wifi,
tup tup...lembabonnya tahap cipan.
Terus jer rasa nak marah.
Tapi tak jadi marah sebab Cik Sue belanja starbucks pada hari itu.
Thanks Cik Sue.
Ini pulak  Amy yang mengidam.
Aku kalau sate so..so saja.
Tak makan pun tidak mengapa.
Kalau sudah hidang diatas meja, aku balun saja.
Amy suka makan sate daging.Aku lebih kepada sate ayam.
Maklumlah, dah tua tua ni, gigi dah goyang goyang.
Perut pun sudah malas mahu menghadam.
jadi, paham paham sudahlah.
Ini kegemaran aku sekarang ni.
Buah pelam yang siap dikupas dipasaraya.
Yang pelik terhadap diri sendiri ni,
aku nak juga beli yang dah siap kupas begini.
Kalau beli yang kilo kilo tu haram aku tak mahu pandang.
Keji bukan?
Ke pemalas..?
Ya...sekarang semakin & bertambah malas.
Harga buah pelam dah siap potong ini rm2.
murah bukan?
Ker...mahal?
Aku kalau teringin beli saja.
Usah kirakan harganya...
Ha...Apam balik chocolate rice ni memang terbaik.
Tiap tiap hari ada abang itu jual kat pasar malam.
Tapi, hanya hari Ahad saja aku mahu makan.
Tidak untuk hari hari selain itu.
Paling kesian Amy.
Dia hujan hujan sanggup menunggu apam balik coklat ini untuk aku.
Abang yang jual apam balik ni pun sudah kenal ngan muka kitorang.
Rasa...huiii cukup mantap.
Memang sedap.
Kacang , gula, jagung & coklat rice.itu intinya.
Harga rm3.50 seketul besar.

::Mimy & Megat Sudah Jadi Pengantin ::

 
Pheeeeewwww....
Salam Sejahtera kawan kawan.
Titiba aku buat mengeluh pulah.Bukan mengeluh,
tapi bersyukur..sebab Mimy kawan alam maya aku sudah selamat menjadi isteri Megat.
Dia Telah menjadi kawan aku setahun yang lepas.
Dan kami berkongsi cerita ini kerana,
kami berdua bertunang & berkahwin pada tahun yang sama.
Jadi, kami berkongsi cerita untuk perbaiki majlis aku yang lepas.
Ok ok,
Sebenarnya, Mimy bertemu jodoh dengan Megat juga dalam alammaya.
Megat terbaca kisah Mimy dalam Blog.
Indah sungguhkan?
Begitu kuat aura dalam alamaya ni.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang pergilah serbu kat blog empunya diri..:)

 
Sebenarnya, aku merancang mahu pergi dengan Amy & Sue.
Tapi, biasalah, suamiku sibuk mencari rezeki.
Aku redha.
Aku semakin memahami kerja Amy yang tak tentu masa pulang atau kerja.
Maklumlah, dia hanya penoreh getah.
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Kalau malas menoreh, kuranglah pendapatan.
Tapi, kat KL ni mana nak cari pokok getah kan?hehe..
Jadi, arround 1130am, aku sudah siap menunggu Cik  Sue.
Kenapa awal sangat?
Walaupun kenduri dekat sekangkang kera, tapi 
masing masing ada hal lain..Jadi, lepas makan makan kat dewan, 
terus bergegas pergi rumah pengantin.
 Penganti bersama Cik Sue.

Sumpah aku tak tipu,
makan kat nasi minyak kat rumah Mimy sedap sangat.
Kalau dulu dulu,
aku memang tidak suka suki makan nasi minyak.
Akukan ada perangai pelik.
Titiba masa kenduri rumah Mimy, wao....
aku main senduk jer nasi minyaknya.
Macam biasa, separuh senduk nasi putih, separuh senduk nasi minyak.
Lauk...sangat sangat sedap.
Nak nak pulak daging dendeng hitam pujaan hati ku.Betul eh?Daging dendeng?
Aku main bedal jer nama lauk tu.
Pict?hahaha..time makan, harus makan.gambar tiada bukan masalah.
Kalau sedap, semua orang akan mengakuinya..
 Mak Mimy, memang kenal aku.
Siap tanya "laki ko mana?Apsal tak datang?"
"ooo..laki saya baru balik menoreh makcik.dari 7ptg semalam keluar  menoreh,
sampai 10 pagi tadi beru abis menoreh.."
"ooo...."Nasib mak ko nok memahami.
"Ha...ko singgahlah umah makcik.Mimy ada kat sana tengah bersiap"
Memang aku ngan Sue, tetap mahu singgah walaupun mak Mimy tak kasi singgah..:)
ahahaha..
Wow...cantiknya Mimy.
terasa ingin mengenakan baju pengantin sekali lagi.
Tapi tang perut aku sudah tak muat.ahahaha..
Tema Kelabu asap & Shocking Pink memang padanan warna yang cantik.
Teruja sekejap kami berdua.
Masa kat dewan, aku & sue malu malu kucing nak ambil gambar di pentas.
Kan ada pelamin dah cantik dipasang.
Tapi..aku macam biasa, malu kucing!!
Owh...Cantikan.
Merpati dua sejoli.
Bukan joli katak
Nice Make up, Nice dress dan segala galanya nice lah.
Pengantin lelaki malu malu bila aku suruh posing posing.
Heeee...Biasalah, kata pengantin..harus lah malu malu.

Pada Mimy & Megat,
Selamat pengantin baru Aku ucapkan.
Semoga tabah & banyak banyak bersabar mengharungi alam perkahwinan.
Macam la yang tukang tulis blog ni dah kahwin 8 tahun kan?
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Semoga dikurniakan anak anak yang soleh & solehah.

 Sebenarnya banyak sangat gambar ko ni Mimy dalam Camera aku.
Walaupun kita jumpa sekejap,
Aku terus asyik tangkap pict ko.

::Last picture agak sengal.jadi..sila abaikan...::


Nota kaki: Titiba mahu makan daging dendeng kat motorola.adeh...mengidam sungguh ni..:)

Khamis, 25 November 2010

dR. Rozmey hampa dengan kutipan 2 Alam



Aku amik dari Youtube...hahahahhaha..funny kowt..

Rabu, 24 November 2010

Minta Bantuan Rakan-rakan

 
 Salam Sejahtera..
tolonglah
kepada sesiapa penderma darah LELAKI SAHAJA,dtg to Subang Jaya Medical
Centre, mention nk derma for En Nor Azly Mohd Nor, 5th floor ,North
Tower. Hanya Allah yg mampu balas budi baik anda semua. Terima
kaseh..tolong sebarkan...
 

Jumaat, 19 November 2010

Rindu ngan Budak macal ini..

  Salam kawan kawan..
Aku ngah rindukan budak macal yang comel ni..
Semalam seperti biasa, 
Aku akan call emak dan bertanyakan budak ni.
Sapa yang masih tak kenal ngan Syafiq Azri ni?
Atau nick name nya yang dia sebut sendiri ALILI.
Dia sekarang sudah berumur 4 tahun pada bulan Oct yang lepas.
Sekejap jer kan..pejam celik pejam celik dah besar Alili anyah ni..:)
Mulutnya sangat sangat becok macam buntot ayam bertih jagung.
Kalau naik kereta ngan dia, aku rela suruh tutup radio..
Kasi can dia membebel sampai destinasi yang ditujui.
Huh..non stop becakap.
Ini topik perbualan aku semalam ngan dia..
Me: Alili sihat?
Alili: Sihat anyah..?
Me: Sihat...Alili dah makan..?   Ni soalan memang aku selalu tanya.
Alili: Sudah.Uncle mana ?Ni soalan yang sering dia tanya.
Me: Uncle keje..kenapa?
Alili:Kenapa uncle keje? kenapa Anyah keje..?Owh....anyah tak cukup duit yer kalau Uncle tak keje..?

Hahahaha...terkedu tak dengan soalan dia macam ni?
Macam ada orang yang ajar kalau dia buat soalan ni kat tepi.
Aku malas nak jawap.Kang kalau aku jawap..makin merapu merapan dia tanya.

Ada satu petang tu,
Aku balik menyinggah rumah mak ambil barang.
Aku tengok Alili tengah bergurau ngan abah aku.
Amboi...sakan gelak budak kecik tu.
Masa aku masuk tu, mak baru jer nak solat Asar.

Alili:Atuk..atuk ni atuk yang comel la...

Aku terbahak bahak gelak.
Mak aku terus tersenyum , terus mak sembahyang semula kat dalam bilik.
Ada ke kata abah aku atuk yang comel...haaa....bodek kuat budak kecik tu..

Now dia sudah sekolah.
Rumah mak aku sudah tak bising macam selalu.
Bising sebab dia suka tengok cartoon pagi pagi buta lepas abang aku hantar dia.
Dia bijak ok..
Aku dengarkan jer dia berbual dengan mak aku.

Alili: What is your name?
Nenek:My name is Nora Ain Ramli.
Alili: No..No..Your name is Nenek..
Nenek:Yes...my name is Nora Ain..
Alili:Ish...nenek ni..Your name is nenek..nenek tau.I Call u nenek kan kan?

Aku dah tergelak gelak dengar apa yang dia borakkan.
Aduilah...sakit perut dengan dia ni..
Itu belum lagi suruh mengira.
One sampai Ten reti kira.
Suruh la Satu sampai Sepuluh.
Pasti, nombor Lima tercicir.
Susah dia nak sebut angka 5.
Kesian..

Khamis, 18 November 2010

5 Tahun yang lalu..

 
 ::Combi, Minah rempit, Jasmin, Kak Masrina , Ayuk Memey & Yani::
Pweeeeeh....
Susah betul nak kurus macam dulu dulu..
Cuba teka yang mana satu aku?
Yang baju merah tu kah?
Ooo..tidak itu Ayuk Memey menyebutnya juga sama seperti tunangan Norman Hakim
Ini gambar aku rasa awal tahun 2005 yang lalu..
Padanlah sudah berlalu 5 tahun yang lepas..nga nga nga..
Masa ni kawan kawan aku yang paling ramai adalah dari tanah seberang Indonesia.
Dorang ni berasal dari Palembang Indonesia.
4 Dari kiri orang Malaysia taw..
Hahaha..
Titiba aku tengok tengok album kat FB rindu pulak kat Ayuk Memey ni.
Dia ni kawan baik nyan aku.
Ada gak awak awek kilang ni panggil dia brekeley..
Kalau tak salah aku maksudnya..Kerinting.
Ayuk ni suka betul buat rambut kerenting.
Meh kita cerita dari kiri aku tu..
Nama sebenar RAHSIA.Nama yang aku gelar combi walaupun org jati MELAKA
Masa kecik kecik hingusan, dia ni selalu datang kerumah untie nya.
Yakni jiran aku selang 2 buah rumah.
Dia orang Merlimau.Kadang kadang dia sangat baik..
Kadang kadang dia terlalu baik..dan kadang kadang dia selalu kena buli.
Stop.Lain kali aku cerita lagi.
Sebelah Combi...ermmm...Isteri Amy.
Dia pakai moto 125-Z masa dulu dulu.Kini Amy sudah belikan moto lain.
Keje Isteri Amy adalah merempit dengan combi.
Isteri Amy dan Combi adalah serumah masa dia belum kahwin 
Rakan berkarok juga.
Isteri Amy juga banyak berubah sejak bercinta cinta dengan Amy dulu.
Tengok...Isteri Amy pakai skirt labuh tu..
hahaha...Poyo jer kan?
Korang bayangkan lah macam mana Isteri Amy boleh pakai skirt ngan motor class nya?
Huh...buruk & tak senonoh jer rupanya.
Si Combi dok membonceng kat belakang pakai seluar..Can U imagine?
Sebelah isteri Amy, Jasmin.
Dia ni kira Otai petai masa kat Kilang dulu.
Yang paling cun pun dia jugak.
Dia kalau bercakap mesti suka ketap gigi.
Btw, gigi dia cantik...Itu yang penting.
Sebelah Jasmin tu Kak Masrina.
Aku dengar kabar sekarang kak Mas sudah ada ramai cahayamata.
Siap dapat baby twin lagi..
Huhuhu..tahniah kak Mas.
Dan yang hujung sekali tu Yani.
Aku banyak lupa lah pasal dia ni..
Manalah dia sekarang ni?
Titiba masa type entry ni teringat dengan Gunung Merapi kat Indonesia.
Huhuhu..Semoga Allah menjauhkan malapetaka dari kita semua..
Owh ya...dulu masa aku slim kan...Aku tak makan nasi tau.
Aku makan Buah jer.
Tak makan daging jugak.
Ayam boleh, tapi seminggu sekali.
Korang bayangkan kalau ada makan makan kat Chicken Hartz Buffet.?
Ha...takkan aku nak makan buah jer kan?
Masa tu baju semua size M ok...M..aduh...
Seluar size 29-30 jer..
Berat pun 58kg kan?
woa...sekarang..usah di tanya berapa..
Tak lama lagi out off meter la mesin penimbang berat badan kat rumah..
Sob..sob..sob...
baru jer ingat nak makan buah.Dah Suami Daela SMS ajak dinner kat luar malam ni 
Jika tak hujan...hahahahaha....

::Random picture At USS::

 
Rayban The General
Gremlins by ZARA
Skinny Levi's
Onitzuka Tiger
 
Fire Irridium By Frogskin Oakley
Rolling Stones By ZARA
Skinny By DP
Crocs
Bag gendong warna warni By Pasar malam.
Woa...gambar kelihatan seperti berada di UK.
kakakaka...ajih kelentong jer.
Ni kat USS.
Tah macam mana aku ngan Amy terjumpa
lorong tikus seperti ini disana.
Bukan ke semua celah kitorang kaji..
Sampai gila keji bergambar dipintu ini.
Kalau kat KL or Sunway bergambar macam ini,
Sumpah tidak mahu.
Malu!!!
Di pintu inilah aku terdengar bunyi baby menangis.
Sumpah..aku tercari cari suara baby tu.
Rupanya.....rakaman.
Hampeh..!!!!
Manalah tahu kan..ada orang buang baby dekat dekat situ..
Lama jugak kitorang lepak lepak dekat ngan pintu merah & pintu cokelat ni.
Sebab orang tak ramai lalu lalang kat area ni.
Lepak sambil menghabiskan Ice blended head Dinosaur..
Sambil borak borak jugak.
Sambil bertukar fikiran lepas tu nak pegi mana pulak.
Kalau tak silap aku lagi 3 jam nak balik..Ha...
Jenuh jugak nak menghabiskan masa kat sana. 
Eah...Comel betul panda ni.
Sama macam perut aku la panda ni..
Tiru jer tau..
Kat USS, korang boleh bergambar dengan Panda or lain lain 
karekter yang ada kat sana.
Yang bagusnya, korang bagi jer camera korang yang canggih canggih tu kat 
pengawal keselamatan atau PA karekter tu.
Dorang ngan rela hati ambilkan gambar korang.
Kalau cantik rezeki korang.
Kalau blur macam ni...Ha...nasib akulah kan..
Kat sana agak straight sikit PA dorang ni.
Kalau korang menangis merayu pun, kalau dorang dah kata
This is last snap, walaupun korang buat muka kesian dorang tak layan.
Ha...Aku kena masa kejar The Mummy.
Hahaha...mana aku tahukan?
Kalau tahu..harus segan silu.
Korang juga kena beratur panjang jika mahu bergambar dengan mereka.
Aku sanggup..
hahaha..
 




Selasa, 16 November 2010

Hujan Rahmat Tuhan

 
::Gambar amik dari Google::

Salam Aidiladha & Selamat Pagi..
Woa...excited aku bagi Salam AidilAdha pagi pagi selasa nikan..
Sebenarnya Raya Haji kat Malaysia ni adalah besok.
Hari ini Muslimin Muslimat kat tanah Haram Mekah Al-mukarramah sudah berhari raya..
Aku masih lagi bekerja pada hari ni.
Esok cuti sehari saja.
Cuti tahunan sudah habis aku balun sebelum hujung tahun.
Jadi, tiada cuti bersambung.
Kalau nak apply boleh.Tapi kena tolak Gazi...aduh....tak rela..
Okok, 
Semalam hujan lebatkan?
Aku semalam basah lenjun sampai rumah.
Dari DP sampai KJ, tidak lah lebat mana.
Tup tup lepas jer KJ, hah..amik ko, lenjun.
Tiada apa pun yang kering.Hahaha
Nasib baik petir agak berkurangan.
Kalau tidak, confirm aku berhenti ditepi jalan.
Sampai rumah semalam agak lewat 5 minit dari waktu biasa.
Amy semalam balik seawal jam 3 ptg.
Dia sudah merekok ubi dulu.
Aku nak layan mata sekali tak mahu pulak.Perut sudah berdondang sayang.
Jadi, singsing lengan nak masak.
Selalu aku akan singgah untuk beli sayur or..apa apa yang terlintas nak masak.
Tapi semalam, aku straight jer balik rumah.
Buka peti ais nampak ayam..terus terasa mahu makan sup ayam.
Aku kelentang kelentong kat dapur, Amy..buka mata pun tidak.
Sungguh dia tak heran yang aku buat bising di dapur.
Selesai sudah masak, sup ayam, ikan goreng bertepung,
cili kicap & sayur cucumber potong.Siap.
Mudah dan senang.
Sepatutnya kami mahu berdatingan.
Tapi sebab hujan..dating dirumah saja.
Dating dengan orang yang syok syok tidur ditepi.
Tapikan, bagus juga hujan..
Dapat merehatkan badan..
Dapat baring baring depan tv..sambil melayan Prison Break Season 1.
Indah.pullstop.. 

Isnin, 15 November 2010

Collection By Inspiration

 ::Credit to Uncle Google
Hip Hip..horeyy..
Apsal pulak aku jadi cam gini kan?
owh...btw, kenapa pulak tiba tiba Perfume pulak jadi modal untuk berblog?
Ya..Perlu.Sebab ini adalah collection aku yang latest.
Bau?Boleh la..Sedap sedap bau bunga gitu la..
Botol cantik.Siap ada kelopak bunga Daisy lagi.
Amy, memang suka pakai perfume ladies.
Dulu dulu masa majlis suai kenal antara aku ngan dia,
terserlah bau keperempuanan pada dirinya.
Dia pakai CK Escape for woman.Naik pening Aku bau bila dekat ngan dia.
Aku cam naik angin pun ada gak coz baunya tu betul betul buat aku pening kepala.
Marc Jacobs Daisy ni adalah hantaran masa majlis pertunangan aku tempoh hari.
Tah kenapa tah aku tiba tiba suka ngan botolnya..
Keji doe...orang suka bau-annya...tapi aku suka botolnya.
Nasib baik baunya tak memeningkan kepala aku..Noted.
Kat rumah masih banyak lagi isinya.
Aku kalau minyak wangi...
Bukan main sayang nak spry spry ni.
Kudukut...owh...tidak..untuk diri sendiri.& juga suami
Tapi...Amy, wah wah..selamba batak jer dia spry spry kat badan dia..
wuaaaaa.....selamba kodok jer siap kat baju & seluar dia..
Tuan punya badan jimat jimat kot..
hahahaha...itu semua gara gara gambar dibawah ni....




Pict ini juga credit by abang Google.
Desire Amy sudah habis licin takoy..
Tidak sampai setahun 2 botol sudah licin...
Sebab kalau dia tak de kat rumah pun aku cuba share share pakai.
Bau?Ya...aku suka.sexy & hot babe..
Dulu masa PJJ, aku sendiri ada sebotol perfume ini dirumah.
Kalau rindu kekasih...spry saja kat bantal..
Dasyat betul masa tu...eiii...malu aku.Tapi inilah kenyataan.
Amy juga sangat sangat suka dengan Dunhill Desire ini.
Dah banyak yang empty bottle bersepah dalam store.
Aku suruh buang botol botol tu dia kata sayang.
Bila sudah disusun, huh..boleh beli rantai emas kot.
Ha...banyakkan?



 
Ha...yang ini aku mahu repeat beli.
Tapi entah kebila agaknya.
Aku juga memang sudah ada lebih 5 botol CK eternity ini.
Keji bukan?
Eternity ni terlalu banyak yang special nya bagi diri aku.
Kenangan paling manis ketika berjaya pow kekasih ku Amy,
Penat mengayat, sampai dia terjebak..
Sebab baunya syok...bau bunga nya agak sexy.Adakah bunga sexy? 
Tidak ada..
Tah la..baunya agak lain.
Kalau tiruan pun masih tidak sama dengan yang asli.
Ini kelebihan Eternity.
Amy suka tanya bila aku nak beli yang ini?
Aduh....boleh tak kalau dia saja yang belikan ?
Sempena hari jadi ku tahun depan tak lama lagi..
Hahaha..


Masih cerita Temasek

Hallo & Salam my friend.
Tiba tiba mood untuk gembira untuk meng-update blog kembali.
Hari tu,  tiba tiba je rasa tiada mood untuk berblog.
Memang keji betul perangai aku lately ni.
Thanks to AZR credit the pict.
Sangat sangat cute gambar ini.
My baby angkat is farysh pada hari tu.
Cute sangat ngan legging belang tarungnya.
Amy siap nyanyi lagu untuk baby Farysh.
Comel jer masa dia nyanyikan tau.
Lupa pulak aku nak rakam.
Tapi dia mana suka buka mulut besar besar..kasi semua orang dengar.
Only me & baby jer yang dengar kot.

Gambar beramai ramai depan Hotel Mania Mutiara  ni memang cool.
Kejadian ini berlaku sewaktu nak bertolak ke USS.
Rupanya semakin besar keluarga DJSB sekarang ni.
Jika tahun lepas Shazz melenggang lenggang kangkung,
Tahun ni sudah ada baby Raisya.
Jika tahun lepas Kak watie berenam, tahun ni sudah bertujuh.
DJSB juga bakal menerima baby baby baru tak lama lagi.
Semoga, semakin erat tali persahabatan antara pekerja kita semua..
Cheers..

Ha...aku rasa, ini adalah geng yang paling menderita ketika di Singapura.
Suami ku yang paling derita.
Sebelum bas nak bertolak ke USS,
ketika berhenti disempadan,
Ahli geng geng ini sudah turun untuk merokok.
Katakan tidak untuk merokok En. Suami.
Begitulah azam untuk si perokok macam Amy ni.
Setiap tahun pun berazam.
Di Temasek, dorang tidak digalakkan merokok.
Itu pun Tour Guard orang temasek yang cakap gitu.
Tapi memang betullah kot?
Harga sekotak rokok adalah $11.
Cuba convert dalam Ringgit Malaysia...?
Rate Sing Dollar adalah $1. Bersamaan rm2.4410.
RM26.851 Sekotak.
Omak aiii...
Bagus juga kalau macam ni.Sure Amy terus berhenti.

Rabu, 10 November 2010

Selasa, 9 November 2010

Orchard Rd.

Hahaha..Salam Sejahtera kawan kawan..
Mood meng-update blog memang tengah membara bara.
Kalau korang bosan aku tak dapat nak tolong.
Jika nak kata aku ba ta kop terpulang..
Ini adalah acara shopping moping secara berhemat.
Aku terlupalah, apa nama shopping mall dibelakang tu.
Sangat besar sekali.(Baca nada seperti orang temasek)
Kami semua dibebaskan disini dan berjumpa semula arround 6pm.
Di tempat ini juga.
Semua harga barang kat sini MURAH MURAH jika korang tinggal disana.
Sila pengsan bila sudah sedar diri yang aku orang Malaysia.
Bohong lah jika aku kata hanya memcuci mata.
Tidak sama sekali.
Tapi semua pengaliran wang tunai pada Amy.
Dia bagi beli jika perlu sahaja.
Maklumlah, kami bukan orang berada.
mahu bermewah mewahan disana.
Jadi, beli belah di Orchard Road hanya sedikit sedikit sahaja.
Woa...Asyik asyik gambar Amy.
Gambar aku serious memang tak banyak.
Kalau ada pon semuanya look gundu.
Gunduu...hahahaha.
Kat Orchard road ni memang ramai sangat umat manusia.
semua shopping mall nya majoriti jual branded items.
LV, miu-miu, Gucci,Prada..etc.
Tapi aku & geng geng office mate semua serbu Lucky Plaza.
The same road.
Ha...kat situ murah sangat berbanding kedai kedai yang jual jenama GAH GAH.
T-Shirt boleh dapat 3-4 helai $10.
Fridge Magnet 4-5pcs $10.
Tapi kalau korang pandai tawar, mungkin dapat lebih.
Aku titiba jadi baik..ambil terus bayar...owh..kena pukau kot.hahaha.
Ada yang kata kalau shopping kat Geylang murah sikit berbanding kat situ.
Betulkah?
Aku tak tahu menahulah pulak
Heee....Ni gambar Director aku.
Sekali pandang dia pun dah jadi macam patung.
Amboi...feeling feeling Amy kan?
Ni baby Farysh. Sangat sangat comel.
Uncle Amy sangat tiba tiba mahu dukung baby Farysh.
Baby pun sangat baik.Tak menagis.
Tapi, bila ambil baby dari mamanya aje, baby lepas nenen.
Nasib baik uncle tak kena muak baby..
Baby Farysh anak Kak Watie.
Baby Boy yang ke 5.
Kami hanya pinjam sekejap sahaja.
Mana tahu dapat baby boy macam Farysh.
kannnnnn...?

Family Day At Universal Studio Singapore

 

Salam...
See...ramai tak ahli kelab Company aku sekarang ni?
Ramai tak ramai sangat la..
Lain lain nampak penuh tu adalah spouse dan anak anak staff.
Memang betul betul enjoy this year seyhh..
Ucapan ribu ribu terima kasih pada Cik Sue yang organize this trip.
Dan juga travel agent PANORAMA yang telah bertungkus lumus selama 3 hari 2 malam
mengaturcarakan seluruh trip dengan berjaya.
Ini adalah acara kemuncak trip.
Berjalan sakan dalam USS( Universal Studio Singapore) sampai lebam.
Sampai longot kulit aku weii..
Berbelak belak bila balik hotel.
Suhu kat sana memang panas. Nasib baik sebelah laut..Ada gak angin angin bayu laut melintas.
Kalau tak, confirm semua kepanasan..
Setiap kali trip, kitorang semua dapat T.
Tahun ni color Putih suci.
Tahun lepas hijau daun pisang.
Ni pon travel agent sediakan.
Comity member just amik size baju je.Kan senang!!
Teringat masa zaman zaman rombongan sekolah dulu dulu.
Kalau rombongan jer, mesti kena pakai baju sama.
cute kan?
Waktu masuk USS adalah pukul 10am sampai 7pm.
Tapi kitorang decide untuk keluar selepas pukul 5pm.
Itu pun ada yang cakap tak cukup masa.
Banyak game yang dorang dorang tak sempat main?
Aku & Amy hanya ronda ronda macam polis kat luar saja.
Tidak teringin pun mahu main the game yang disediakan.
Keji gila kot kitorang.Aku tak tahan tengok orang beratur panjang babe...
Tapi kitorang over pose photo.
Hahaha..Encik Suami paling banyak bergambar.
Dia adalah orang yang paling tidak suka bergambar.
Boss juga telah memberi all staff termasuk anak anak & suami isteri duit Singapore Dollars.
Amount nya sangat bermakna buat kitorang.Bestkan?
Kalau tak silap, setiap orang sekali masuk di USS ni $72 ketika weekend.
$66 jika weekday. Tapi, jika korang over kaya, boleh terus beli yang VIP.
Semua game korang tidak perlu beratur panjang panjang.
 Boleh terus potong Q.
Tapi harga VIP adalah tambahan 30%.
tiada yang percuma disana.
Mineral water $5. Aku & Amy galak galak mahu beli air kepala Dinosaur.
Harga?..hahahaha...korang pergi sana nanti boleh tahu berapa ya.Setelah convert duit Ringgit Malaysia,
terus rasa mahu pitam..hahaha.
Tiket korang boleh redeem $5 untuk shop dan $5 untuk F&B.
Itu adalah free.Ini yang aku redeem masa beli air bottle yg ada kepala dinosaur tu.
  
Ini adalah sebahagian aktiviti disana.
Ada orang, enjoy the game & show kat sana.
Ada orang enjoy membeli belah juga.
Tapi kitorang berdua...enjoy bergambar ngan Frankestein ni.
Bukan dengan dia saja.Bermacam macam lagi lah.


Woody Woodpecker  in the house.
Sangat sangat cute.
Anak my M, telah mengepow mamanya.
Membeli dengan harga $33 seekor setelah bergambar dengan WW ni.
Memang cute.Tapi mamanya kena pow da...
Bestnya kalau boleh bawa Alili kesini.
Mesti dia teruja dengan semua ni...aiseh...Tak henti henti minda aku teringatkan dia...
Aiseh....

Isnin, 8 November 2010

::Holiday At Temasek::

 
Ya ampun....kan..
Skema gambar ini.
Tapi harus juga taruk sebab bukti yang aku & Amy sudah sampai kesini.
Ya...Temasek.Owh...sungguh classic bila menyebutnya.
3 Hari belum puas berada disana.
Sila abaikan pipi yang sedang melendut,
Badan yang semakin comel, perut yang semakin kedepan.Haha.
Sang suami masih kurus.Cuma penambahan berat pada pipi.Ni gara gara kuat tidurkan?
Sebenarnya Holiday ini ditaja oleh Company Aku.
Semua staff layak pergi. Tidak kira staff baru atau yang lama.
Yang paling best, Semua suami isteri(non staff) dan juga anak beranak
semua juga layak pergi..
Semua perbelanjaan ditanggung beres oleh company.Terima kasih Dato & Co.
Tahun ini, ada juga family yang tidak dapat menyertai trip kali ini.
Dato & Datin, En.F, En.K & Capt.
Kenapa Big Boss tidak pergi?
Owh...Big Boss sedang bersiap sedia untuk menunaikan Ibadah Haji pada tahun ini.
Salah timing ketika organizer memilih tarikh.Tapi tidak mengapa.
Memang holiday ini paling bermakna buat kami seluruh wargakerja company tuttt.
Walaupun hanya ke temasek,
Itu sudah cukup beerti bagi kami.
Bagi aku, inilah kali pertama menjejak kaki ke Temasek
Begitu juga Amy.
Kami semua telah selamat sampai semalam dalam pukul 6 petang.
Memang cukup penat.
Kalau diikutkan penat, harus aku minta cuti tambahan hari ini.
Tapi...semangat & refreshment selepas bercuti sungguh buat kami all staff teruja.
Semua pun datang kerja hari ini walaupun ada yang apply cuti.
Tahniah..:)


Jumaat, 5 November 2010

Kami On The Way.......

 
 Salam...
Today Aku & Amy mahu bercuti cutian,
Sambil ber honeymoon di negara orang.
Sekarang ini kami dalam perjalanan..
Doakan supaya kami selamat sampai ketempat yang ditujui..

Babai....kita sambung di next entry akan datang...


Khamis, 4 November 2010

Rare Collection

 
Hoyeee....Did u Like Frogskin?
Im addicted ngan Fire Iridium ni.
Cool kot.Meraban Aku & Amy mencari benda alah ni.
Susah giler nak dapat.Kalau ada pun quite mahal.
Benda rare macam ni, faham faham je lah kan.
Gambar ni cam obvious gila kot.Lantak lah kan...hahaha.
Apsal my face macam pucat gila sekarang ni?
Mungkin sekarang sudah tidak mahu memakai make up setebal dulu dulu.
wah...macamlah aku suka sangat bermake up tebal kan?
Nehi ok...Nehi..
Pelembab bibir pun aku x mahu pakai.
Keji..membiarkan bibir sebegitu rupa.
Biar sang suami tahu bahawa isteri mu ini sudah malas untuk bersolek
Dush!!!bukankah aku memang natural beauty?
Pimple pimple kecik masih tumbuh segar didagu & pipi.
Nasib baik comel comel & kecil.
Jika tidak....mengagau mencari ubat.

Rayban B & L 50 atau General milik Sang suami
Harus mengayakan ketika suami suruh pegangkan ketika dia try baju dlm fitting room.
Size 62.Korang jangan cuba cuba mahu minta di let go.
Ada yang kena penampar siam dari Amy.
Gila rare juga benda ini.
Amy sangat kedekut bila mahu pinjam semata mata untuk menagkap gambar macam ini.
Gambar ini adalah secara curi curi.
Akhirnya kantoi bila Sang suami buat spot check didalam handphone.
 Nasib dia tidak menjerit.
Dan dia cakap, besarnya lens 50 ni bila u pakai.
Owh...adakah wajah ku semakin kurus?
Wajah aja kurus.
Tempat tempat lain tidak.
Masih mengembung...contoh terdekat pipi.
Dalam entry rare ni untuk yg last pict ni,
Hanya baju punya sign yg rare.Owh...i like rolling stones..
Ha...tengoklah pipi tuan empunya blog ni.
Berbelon belon sudah.
Mana taknya, sambil menaip entry ini,
Tangan tengah menyuap sepotong cheese cake sempena hari jadi Boss.
Mewah makan kek sehari dua dalam minggu ni.
O...saya masih suka berbulu mata palsu.
Tanpa make up tapi...masih gedik gedik pakai kan?
Nampak sangat bulu mata aku yang asli tidak kelihatan.
Ya...bulu mata yang asli pendek.Kalau pakai mascara tebal tebal baru kelihatan.
Itu yang membuatkan aku lebih suka pakai bulu mata paslu ini.
Jimat.Tak payah beli mascara.
Ada juga yang suka tenyeh fake eyelashes bersama sama mascara.
Tapi itu bukan cara aku.
Oklah...
Tak sabar untuk hari esok..
Jom Jalan jalan sempena cuti Deepavalli.
Pada Mala & kaum kaum india yang lain, Happy Deepavalli.

::Jom Masak Masak Bersama Chef D::

 
Salam & good morning kawan kawan.
Waoo....pagi pagi ni saya sengaja letak gambar makanan.
Mana tahu, menu yang saya masak ni boleh buat idea untuk masak ditengah hari nanti.
Paling tidak pun untuk menu pilihan masa lunch nantikan?
Ini adalah cubaan pertama.
Semua pun cubaan pertama selepas menjadi wife kepada Amy.
Laksa adalah makanan kegemaran Amy.
Kalau pergi pasar malam, sure nak beli laksa.
Aku dah naik muak ngan bau laksa.
Satu hari Amy suruh aku belajar masak Kuah laksa.
Nasib baik mak aku sudi mengajar secara bergayutan menalefon
Ha...beli 5 ekor ikan sardin
beli 1 ikan sardin dalam tin kecil.
Daun kesum jangan lupa letak.Daun kantan juga.
Kalau nak lagi sedap, bubuh byk2.
Semua direbus..bla..bla..bla..
Aku dengar dengan teliti.Thanks emak...coz sudah mengajar aku kedapur
sejak dari umur 9 tahun.
Aku tidak kekok untuk kedapur sebenarnya..
Cuma beza sebelum & selepas kahwin,
Ini yang membuatkan lebih beerti.
Aku hanya menolong emak didapur dulu dulu.
Tidak lagi sekarang..Bersingsing lengan menyiapkan sendiri..

 
Ini pula Soto carca merba yang aku masak.
Macam biasa, ayam direbus untuk membuat sup soto.
Aku lebih suka menggoreng ayam separuh masak sebelum membuat sup, masak kari ataupun masak kurma.
Pelikkan?
Tapi inilah yang aku lakukan.Aku tidak lalu makan jika tidak digoreng.
Abah aku pun seperti ini.
Jadi, bila abah request untuk makan antara  masakan itu, mak atau aku sendiri
kena buat macam itu.
Begedil pulak aku lebih suka menggoreng kentangnya.
sedikit isi ayam, daun bawang , bawang goreng & serbuk perasa.
Sila tumbuk dengan lesung batu kerana lebih lembut & sedap aku rasa.
Campurkan semua bahan bahan tadi kemudian pecahkan sebiji telur dan salut begedil yang di buat seperti 
kuih cucur badak dalam telur.Goreng dengan api yang sederhana.
Kuah kicap itu sungguh kick.Kalau tak KICK sila tendang dinding rumah korang sendiri.haha
Seulas bawang putih, beberapa biji cili padi kampung
Sesudu gula kemudian tumbuk dalam lesung batu.
Sesudah lumat baru masukkan kicap.
Maaf...aku terlupa snap gambar suhun selepas di goreng.
Aku suka soto.Jadi kena goreng suhun.
Amy suka bihun sup.Aku juga rebus bihun.
Masih kuah yang sama.
Sayur kobis cina tu, sangat sedap kalau makan bersama bihun sup.
Tapi aku bedal jer...

 
Ni adalah breakfast minggu lepas.
Berzaman tondan mahu hapdet disini.
Owh...tiba tiba Amy mahu makan nasi lemak.
Tapi dia nak aku yang masak.
Hahaha...Dulu dulu mak yang sediakan.Bangun pagi nasi lemak kurang pedas sudah ada diatas meja.
Macam tidak percaya, aku boleh lakukan..
Amy selalu cakap , aku kalau masak macam untuk makan 10 oarang.
Ya...memang betul..itu kelemahan aku.
Aku masih tidak pandai mengagak sukatan dalam anggaran berdua.
Masa dulu jer kat rumah mak orang ramai.
Jadi terbawa bawa perangai tu.
Nasib baik Amy tidak suka membazir.
Seharian suntuk dia cuba menghabiskan Nasi lemak itu.
Sebekas pula aku sudah tapau kan untuk emak.
Sambal ikan bilis, ikan bilis goreng, ayam goreng bertepung 
telur rebus.Bila sebut telur rebus ni kan, 
Aku terebus telur ni agak sekejap.
Aku tak dapat mengagak ketepatan telur ini sama ada jadi atau tidak.
Ilustrasi gambar cantik.Tapi sedikit cair isi telur itu.
Tapi...sebabkan lapar..makan saja.
Amy tidak suka memuji.
Jadi, kalau dia sudi bertambah...maknanya...sedap lah kot?