For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 31 Januari 2011

::Lipstik Warna Merah::

 credit to sayam google
Happy days & Salam sejahtera..
Ini hali ar, gua mahu celita pasat ini liptik.
Eeeeehhh..apsal aku tulis ni macam orang Cina cakap jer?
Mood CNY dah nak tiba agaknya..:)
Ok, last week masa aku berdatingan bersama geng geng sewel kan,
Aku & Zana pergi ke SaSa.
Aku dah lama Aim nak beli lipstick warna merah darah ni.
Tapi Sayam tak kasi.
Dia kata , kalau aku pakai , macam buntot ayam.
Ala..macam dia pernah tengok bontot ayam.(ayat derhaka)
Jadi, bila bersama Sayam..meh kita batalkan niat suci murni nak beli lipstick
warna merah darah impian aku tu.

 credit to sayam google
Ha..kan sexy plus mengiurkan kalau berbibir merah gini kan?
Bibir aku ala ala neng baizura kalau pakai kan..sure lagi la..
Nampak tebal macam negroto.
Punca punca Sayam tak suka aku pakai warna merah ni,
di suatu hari yang gumbira di pasaraya:

Aku telah cuba test lipstick Tok Ti.
Ya..warna merah yang aku tuju dulu.
Memang cantik kot.Tapi sebab bibir aku munggil Anjelina Logis,
makanya..huii..mengerikan suami ku!!!
Aku pun mula memuncungkan bibir ke arah Sayam.
"BAIK PADAM cepat..."
Sekali aku kena jerit ar kat dalam kedai tu..kekekeke..
Kelakar pun ada.
Cepat cepat aku padam ngan tisu free kat kedai tu.
Seharian aku kena bebel kot.
Macam macam kot, dia kata.
Buruk, macam buntot ayam, macam buntot kera jugak..
ha...aku diam jer..
sebab nak bagi dia cool balik kan.hahaha.Isteri yang keji.
 credit to sayam google
Ha...inilah warna warna yang selalu aku gunakan.
Nude nude kan color nya.
Baru nampak natural kot.
Aku pun bukannya suka sangat pakai tebal tebal.
Sekali sapu jer sudah memadai.
Agak agak nampak merah sikit sikt jer sudah cukup.
Mesti korang macam pelik jer kan..kenapa aku suka nau nak pakai warna merah tu?
Ala....mesti punya kan..korang nak tau..
heee...sebab, aku perlu pakai sikit sikit jer.
Kan jimat.lagipun kalau pakai merah ni, sure nampak macam bibir asli.
eh...ye ke?
Bukannya seperti pict no.2 tu.kalau macam tu punya cara pemakaian,
tak sampai sebulan dahhabis.
Teringat dulu dulu zaman kerja kilang dulu,
Ada lah sorang dua suka pakai lipstick tebal tebal gini.
Aku try tanya, sebulan berapa kali beli lipstick?
Dia cakap sebulan sebatang..hahaha..korang bayangkan la..
macam mana pulak dia tonyoh kat bibir nya..hahaha!!!

 
See...tidaklah setebal mana pun aku pakai lipstick .
Pakai sebatang lipstick jer ambil masa berbulan bulan baru habis.
Kalau expired, ke tong sampah jer lah jawapnya.
Tapi, serious nak kasi tahu,
Aku memang dah beli color merah tu.Aku degil
Siap simpan baik baik dalam beg sebab tak mo kasi Sayam jumpa.
Kata duduk serumah.
Aku simpan dalam beg make up pun dia terjumpa.
Padahal tiada kena mengena pun dengan barang dia kat dalam tu.
Selalu aku beli lipstick brand cap Ayam jer.
Sayam  tau dah, kalau aku singgah kat kaunter tu, sure dia tau aku nak beli lipstik kan..
Yang warna merah ni aku beli cap itik.
Sure la..bentuknya agak berbeza.
Nasib baik dia tak marah.
Tapi dia cakap aku degil...Heeee...:)

p/s:tidaklah aku berani pakai lipstick merah merah sebenarnya.

Khamis, 27 Januari 2011

::Setabak Pyramid dengan Makpiah::

Nama Tipu: Along bukan Ah long

Nama Gelaran: Anak Mat Jan
Kenderaan masa dulu: E pangkah 5. (Minah raydos)
Status: Ibu beranak 1, dan nak masuk dua(bila bila masa jer ni)
Pangkat:Ketua Pengganas.
Job: Kaki Pukul
Spouse: Fayeed Al-Saad
Sinopsis: Dulu masa sekolah teramat jahat dia ni.Tu sebab aku panggil dia Ketua Pengganas.Kalau boleh dulu dulu sekolah dibakarnya..ha..tinggal tapak terbakar jer lah sekolah tu sekarang(itu kalau dia bakar..tapi dia x bakar..hatinya jer terbakar).Paling kuat ponteng sekolah.Suka suka datang sekolah sebab kena paksa dengan kawan kawan.Lepas tu belum lagi waktu balik, dia sudah ada kat rumah.Tapi itu dulu..sekarang sudah baik...sudah menyesal..hahahaha...gelak syaitonirojim..
Nama Tipu: Kissmewanie(hee...geli aku tau )

Nama Gelaran: Punk
Kenderaan Masa dulu:Pinjam Moto Bapak
Status: Ibu beranak 4
Pangkat:Assistant Sahaja
Job: Jual Besi Tajam Kat area KL
Spouse: -
Sinopsis: Dia ni suka melaram time kat sekolah.Orang lain semua pakai public phone(zaman itu).Dia sudah ada henpon botol air.Gila famous kot sebab hand-phone lepas tu kena rampas ngan Cikgu Mah.Paling awal kawen.Dan anak dia sudah darjah 3.Paling terus dia ni suka gelak sampai semua orang akan pandang pandang.grrrrrr....
Nama Tipu: Jaja Shi Shi

Nama Gelaran: Anak Sidek@ Aja Tonggek
Kenderaan Masa dulu:Sama macam diatas.
Status: Ibu beranak 2
Pangkat:Pun Sama. Assistant je.
Job: Tukang kira wang
Spouse: Nijam
Sinopsis: Dia ni suka menyanyi, menari.Dulu dulu kalau ada apa apa berkaitan pasal ni, semua dia nak ceburi.Tamak gila.ke..gila glamour?hahaha.Suka tiru gaya artis macam DIVA Ziana Zain.Dia paling riuh kalau time nak pergi sekolah.Kalau tiru gaya gaya orang yang dia berkenan nak kutuk pun dia hebat.Sekarang dia dah tak kutuk orang dah.hahaha..
Nama Tipu: Cik Jana yang dah perasan konon konon CIK sangat la tu..

Nama Gelaran: Janaton
Kenderaan Masa dulu:Bapak belikan moto E pangkah 5
Status: Ibu beranak 2.Bila nak tambah ni?Ngeh ngeh ngeh..
Pangkat:Assistant No.3
Job: Tukang kira stock kat kedai Ubat
Spouse: Zamani Slam
Sinopsis: Dia ni suka ikut kawan kawan.Masa dulu dulu la.Pernah dulu kena kejar dengan parang sebab malam malam buta sebuk nak pergi joget lambak bersama sama ketua pengganas.Dulu sangat sangat kurus cun melecun.sekarang sudah tembun banyak.Suka mencekik & kuat mencekik.Nasib baik masih cun.Kulit dia tidak pernah dijangkiti jerawat.Halus jer..(macam iklan nescafe)
Nama Tipu: Daela, deklah

Nama Gelaran: Tiada.Sebab aku baik
Kenderaan Masa dulu: Menumpang.Lepas tu baru bapak belikan EX5 jugak
Status: Isteri
Pangkat: PA
Job: Tukang Jawap Soalan soalan matematik
Spouse: Amy the General
Sinopsis: Agak pendiam.Suka ketawa.Agak nakal masa sekolah dulu.Paling teruk bila kena tangkap joint budak budak lelaki kat kelas main duit..(kira judi gak tu)dia tak joint.Tapi dok leka bagi sokongan moral kat kawan kawan.Sekali kena libas ngan cikgu jugak.Tak pasal pasal sorang jer pompuan berdiri sama dengan budak budak lelaki.eeeiii..malunya masa sekarang tengah type ni.Ketua tingkatan yang paling best bak kata budak budak lelaki kelas aku.Mana tak nya, ketua tingkatan pun joint lari dari kelas tambahan..hahahaha..Agak menyesal dengan sikap yang lalu.Harap harap anak anak KITA tak jadi macam kita...adehhh...
 Adeh..korang, aku gelak gelak sendiri.
Bila baca apa yang aku tulis ni.Ini semua kisah silam kitorang.
Ada 3 orang lagi yang aku tak taruk kat sini.
Ha..sapa suruh tak datang kan?
Bukan main susah nak suruh dorang ni berkumpul.
Nama duduk Satu Taman.
Tapi..mak aii...susahnya..
Tapi, kitorang masing masing memahami.
Sudah ada keluarga.Sudah ada tanggungjawap.
Jika tak dapat datang tu, di maafkan.
Baik bersikap pemaaf dari berdendam.
Baik bersangka baik dari burukkan?
Macam biasa, adik ketua lanun Elin, Kakak Tentera Rehan & Mak itam Amaz tiada.
Kalau ada..best betul berkancah.
Kitorang ni kalau melepak, memang tak boleh jauh sikit dari kawasan jajahan.
Nak pergi jauh jauh buat apa kan?
Kata rumah dekat dengan Sunway Pyramid?
Jadi..berbondong bondonglah kitorang kesana.
Tidak ada yang me-raydos macam muda muda dulu.
Semua dok pakat pakat menumpang.Kata sekawan sejajahan kan?
Punk jer yang runner sendiri.Dia sudah pindah dari kepompom katanya.
Ye la sangat tu.Tapi tetap kena balik ke situ jugak.
Dah Uncle Jamal masih duduk sana kan..Harus lah..balik juga..
Time ni kitorang tengah bincang bincang pasal next reunion.
Hai...bertuah badan.
Kali ini reunion telah di sponsor oleh CIP.
Cip mana?CIP MORE kot?
Malam tu, dia datang..tapi dia malu malu kucing nak bergambar.
Sebab dia ni lagi pemes dari kitorang.
Sampai Ketua pengganas nak jadi hang cangkul..ataupun hang kebun.
Dia kata, aku boleh jadi pak pacak, tapi kena slim balik macam masa muda.
wowowowo...hampeh jer kan..
Cip lepak tak lama, lepas tu dia kena pergi KL..
Katanya kena jadi pak pacak lagi..dem la ko kan..
Aku ngan cip adalah rakan baik.Sebaik sekarang.
Tidak pernah bermusuhan.
Sebab itu sampai sekarang Cip akan ingat aku walaupon aku dah montel.
Walaupun aku dengan Cip tak sekelas, tapi cip suka melepak dengan aku.
Kalau imbas imbas kembali zaman cip masa sekolah dulu, cip lah paling rendah.
Cip lah paling comei.
Sekarang cip dah tak comei.hahahaha..

My best friend masa dulu kini & selamanya.
Kitorang ni berkawan sejak dari umur aku 9 tahun.
Now dah masuk 30an.woaaaa..sudah tua kalau ikut angka.
Tapi masih muda..huii perasan.
Sekejap jer sudah berputar kan?
Dulu masa kecil kecil, main tanah main pasir
Dah remaja..merendek naik moto.owh..dia juga yang ajar aku bawa moto.
hahaha..jana..ko ingat tak..kalau aku tak hadang moto aku dulu..ko mesti dah masuk sungai kan?
huh...scary sekejap!!!
The mommies.
Bukan mummy return ya.
Time time nilah dorang dapat free dari anak anak & suami.
Sekali sekala best juga dengan bebelan si ibu ibu ni.

 
Ha..ini food ibu mengandung.
Layan coffee sambil makan ni memang terbaik.
Dan menambah berat badan.
Lepas saja Punk balik, oh ya..dia balik dulu.
kitorang memyambung sampai kedai nak tutup.
Ha..masih tak habis meeting,
sambung kat kedai char kue teow di kawasan jajahan.
Bertapa kebulurnya ibu ibu ini rupanya.
Titiba teringat punk cakap...
"sapa sapa free boleh la joint dia swin kat DP, excessive kat GIM rumah dia.
woaaaaa....lemak harus dilupuskan.."
Kemudian, Hubby Along sampai,
wah....
"makcik, Sayam kamu cakap hari in persatuan isteri isteri kita mesyuarat"
hahaha..Sayam aku sudah bagi tahu laki along..
"Sasah bini aku tak masak kat rumahkan..." fayeed cakap lagi 
hahahaha..

Kita tamatkan entry ini dengan penuh nilai murni persahabatan..


Rabu, 26 Januari 2011

Kenapa aku boring ?

 Hallo...korang.Apa hobi korang ea?
Gini...semenjak kitorang mendirikan rumahtangga kan,
Tak pernah lagi aku joint sayam pergi memancing.
Dulu masa sekolah ,gila tulis hobi suka memancing.
Padahal memancing kat sungai dapat anak ikan sepat ronggeng jer kot.
Korang pun tahu kan...sayam aku ni suka sangat memancing.
Kalau ikutkan hati..nak jer aku curi curi snap peralatan memancingnya & bubuh kat dalam blog ni.
Hahaha.Kang sia sia dapat tendangan percuma Safee Salleh.huh..titiba.
Lelaki berbaju merah itu sayam.
Kitorang baru habis berjogging kat Taman Tasik Kelana Jaya last week..
Tapi kitorang nak memancing kat Tasik Subang.

Korang penah rasa boring?
Ya...bila tak dapat ikan terus aku rasa boring.
Betullah orang kata, sapa yang suka memancing..orang itu penyabar.
Mungkin bukan aku orangnya.
Sayam...hermm..agak penyabar orangnya kot.
Sebab itu dia suka memancing.Kalau ikutkan aku..nak terus dapat ikan jer.
Tak mahu tunggu tunggu aihh...buang masa kot.
Baik beli ikan kat pasar dari menunggu ikan yang belum tentu dapat kan?
Macam hari tu lah...
Baru sekali pancing, dah terus aku tanya dah dapat ikan ke belum?
Tension kot Sayam bila aku asyik tanya soalan yang sama ?
Makna kata...aku bukan seorang yang penyabar...Tapi itu bab bab memancing jer la...
Baru 10-15 minit sayam baling umpan dalam tasik.
Aku dah gatal gatal kena gigit dengan semut.
Ha, belum lagi 2-3jam.
Kalau seharian semalaman pulak?
Sasah aku kronik rindu nak peluk bantal kan.
woaaahhh...syok lagi duduk kat rumah diam diam tengok Prison Break kot.

 
Kawasan pemancingan di tasik subang jaya.
Tah tah kawasan kumbahan Hotel hotel yang ada kat depan tu tak?
Huii..tidaklah aku makan ikan pancingan tasik kalau Sayam dapat hari tu.
Kebetulan masa memancing kat situkan, 
Ada sorang uncle ni dapat ikan toman dalam 500grm kot.
Wah...berkobar Sayam nak dapatkan jugak.
Yang bini kat sebelah dah sibuk sibuk ajak pergi breakfast.
ha....kitorang breakfast dalam waktu lunch.
Semua gara gara nak memancing.
Last last, sayam cakap..
Nak pergi memancing masa dia keje malam karang.
Mancing kat Klang.Dengan kawan kawan dia.
Aku kasi jer...sebab tiada larangan jika dia mahu memancing lagi selepas kahwin.
Ini janji aku pada dia.
Bila balik dapat ikan Siakap 1.8kg...wow...
Terus hantar ikan kat rumah mak mentua kot ..
Mak mentuanya terus masak ikan siakap goreng garing tiga rasa..
Sedap..sedap...ha...kang senang...aku pun boleh relax relax sambil layan raja lawak 
kat rumah mak aku sambil tunggu sayam balik..
tak gitu...?

Selasa, 25 Januari 2011

Cara Membuat Kek Belang( Butter Cake)

Kwang, kwang kwang...
Salam & selamat sejahtera kawan kawan.
Today aku nak ajar cara cara buat butter cake belang tarung rimau.
  • Mula mula masukkan sebuku setengah buttercup 500grm & secawan gula halus.
  • Setelah kembang(anggaran 35-45minit pukulan, boleh masukkan telur 5-6 biji (tapi sebiji sebiji jangan masuk sekali semua)kira sambil pukul...pastu masukkan telur.Tak lupa juga, masukkan sedikit esen vanilla untuk perasa.
  • Masukkan tepung gandum 1setengah cawan .Dan baking powder sesudu kecil(Mak aku kata kalau masuk banyak banyak..kang kek jadi x sedap...baik korang bubuh ikut sukatan yang aku ajarkan ni)
  • Bahagi 2 bancuhan supaya boleh letak pewarna.
  •  Gambar 5 & 6 adalah sukatan yang telah aku bahagikan.
  • Setelah warna dicampurkan ke dalam adunan, kacau rata rata.
  • Masukkan pewarna asli dulu dengan senduk.
  • Lapiskan dengan adunan yang berwarna merah
 
  •  Lakukan selang seli adunan sampai abis
  • Bakar dengan sempurna
  • Hahaha..titiba kek aku bertukar warna.(titiba warna hijau pulak)
Ok, selamat mencuba.

p/s: Kek jadi warna hijau selepas siap adalah satu penipuan.
Kek Belang merah masa mak bake, aku bantai membongkang.
Bila kek sudah siap, si peng order datang rumah & terus pick up masa tengah suam suam kek lagik.
Makanya..tiada lah gambar kek merah untuk tatapan semua.
Lepas tu mak pujuk hati dengan menyiapkan sebiji lagi kek warna hijau.
Aku malas nak snap pict.Cara yang sama..cuma warna aje kena tukar...:)

Jumaat, 21 Januari 2011

Too Much



Salam, kawan kawan...
Titiba rasa rindu dihati ini untuk meng upload blog sambil meletakkan
kumpulan Spice Girl bertajuk Too Much ni.
Spice girl ni ala ala era akhir 90 an dulu dulu.
Memang ngetop lah group ni kalau korang masih ingat..
Banyak lagi lagu lagu dari omputeh era akhir 90an
yang best best untuk dilayan..
Salah satu nya BSB.

Ingat lagi masa muda muda belia..
Sanggup pergi tengok wayang citer lakonan SG (spice Girl)
Tapi aku sudah lupa tajuk ceritanya.
Jalan cerita nya pun aku sudah lupa.
Emma, victoria, Mel-C, Geri & Mel- B..
Inilah nama nama dorang...jenuh aku google kot...takut salah tulis.

Oklah selamat berhibur...
imbas kenangan manis bila dengar lagu nu..
enjoy..!!!!

Isnin, 17 Januari 2011

::Birthday My lovely Mom::

Aloppp...Salam sejahtera.
okey, okey soe coz belated wish birthday my mom kat blog.
Aku busy sabtu lepas.
Ok, btw, birthday mak sudah terlepas pada 15 January yang lepas.
Pagi pagi aku sudah wish kat mak, coz aku kan sudah tidak tinggal serumah dengan emak lagi sekarang ni.
sob..sob..
Pagi pagi juga kakak ipar ku sudah mengatur pelbagai agenda sempena birthday emak tahun ni.
Ya,nama aku & sayam jugak tidak terkecuali dari itu.
Adik adik ku juga juga tak berhenti sms.
Arul saja nak belanja mak makan kat Jeram.
Ha...Jauh kan...
Owh ya, Sayam kebetulan kerja petang minggu lepas.
Confirm tak dapat jointkan melainkan dia balik pukul 7pm.
Tapi nan ado...dia kena paksa balik pukul 11 pm.
owh...aku redha.
Gambar diatas adalah sotong panggang @ bakar.
Eh..entah, betullah kot namanya cam tu.
Ha...korang, Aku naik 1 kereta dengan adik bongsu aku,
Mak naik dengan abang aku.
Adik aku arul, naik dengan fara.Abah datang last sekali sebab ada urusan.
Ha..ramai kan?
Gila hazab tunggu dorang bakar kitorang punya order.
Aku yang sampai lambat pun, makanan yang diorder awal masih tak dapat.
Sikit punya banyak lah orang.
 Aku lebih suka kerang rebus dari bakar.
Sebab isi kerang bakar sudah kecut.
I hate kalau benda benda makanan yang boleh menghilangkan rasa manisnya.
Tapi kebulur punya pasal, aku bedal seko dua jer kerang ni.Hahaha..tipu.
Kuah atau pencicah untuk food kat situ memang terbaik dari ladang.
Sumpah sedap.
Hah, yang baju putih ala ala cute lewat lewat ashaari tu kemal.
Dia ni sepupu aku.
Dia memang suka hang out ngan adik beradik aku.
Kira hari tu pengganti Sayam aku lah untuk makankan sayam aku punya food.

Ha, budak yang gigi rongak nilah paling gembira.
Dia sekarang ni sudah dogil.
Kalau nak amik gambarnya, kena curi curi.
Kalau suruh dia berposing, ha...dapatlah gambar seperti ini.
Sebelah budak kecik tu fara.
Ha...Alili kalau dengan fara, memang akan duduk senyap senyap macam kucing.
Sebab fara suka jegil jegil kat dia.hahaha...tapi alili duduk diam dalam 10 minit jer.
Yang selebihnya, main pindah pindah tempat duduk.
huiii...kan..
 Ha...kan aku cakap, dia buat buat baik jer.
Sekarang Alili sudah sekolah.
Bila kita tanya, alili sekolah kat mana dia jawap Smart Reader Kids dekat white coffee.
Padahal kat sebelah old town white coffee kat Sri Manja.
Satu hari aku dengar Alili berborak dengan Sayam.
Alili: Uncle, uncle pandai cakap Cina tak?


Sayam: Huh..mana Uncle pandai...kenapa Alili pandai ker?


Alili: A'ah. Alili pandai cakap cina.
(Aku pun toleh lah kat alili wow...cepatnya budak ni boleh cakap cina) aku berkata kata dalam hati


Sayam:Ha...cuba Alili cakap Uncle nak dengar..


 Dengan selamber dia cakap
Alili: Kong Si Pa Cai Uncle....

Ha....kejam kot.Aku terus gelak sakan.Sayam kena kelentong dengan Alili.Lepas siap tanya, unlce nak dengar cakap India pulak...Ha...Sayam tak layan, ha..padan muka budak tu

 Semua sabar menanti food.
Kak cik siap pakai uniform keje.
Hoaaa....Aku sorang jer single hari tu..
 My SIL & Bro.
Dorang asyik meratah ketam & kerang bakar.
 Alili & En. Crab bakar.
Ok, kedai ni..menunya..semua bakar.
Aku pun hampir terbakar hati coz dah la table kitorang duduk betul betul belakang bara.
Lepas tu panas Bak kata adik aku, sambil makan sambil kita ber SPA

Order malam tu,
Ikan jenahak panggang,
Ikan pari bakar
Sotong bakar
ketam bakar
Kerang  bakar
Soto & nasi untuk semua

 
 Ha....inilah pinggan pinggan yang kitorang gunakan.
Memang banyak.
Sama banyak dengan tisu.Ha...sekali lap peluh la tu kan..
Dalam pukul 945pm kitorang beransur.
Aku nak kena pick up Sayam kat Shah Alam.
So, bila sayam masuk kereta...eh...kenapa korang semua bau Ikan bakar?
Hahahaha...memang kitorang bertiga bau retung.
Asap ikan bakar Jeram dah ikut balik KL.
Otw, lepas hantar adik aku kepangkal jalan,
Sayam cakap dia belum dinner.
Kantin tutup masa dia kerja tadi.
Ala....kesiankan..
Jom..kita pergi makan aku simpati.
Tapi...kat mana ea?Aku tanya..
Erm....dekat dengan rumah kita la...kat situ ada ikan bakar..
La....Sayam pun teringin nak makan ikan bakar rupanya..
Ha...nasib baik ada ikan.Sebab kedai tu ramai pelanggan.
Ok, Apa apa pun terima kasih pada Arul coz belanjahari tu.
Dan pada mak, semoga panjang umur, & sentiasa dilindungi oleh Allah swt.
Deklah Sayang Mak..muaaahhh..

Jumaat, 14 Januari 2011

Kelebihan menghafal Ayat Kursi

 
Berikut adalah translasi tulisan rumi ayat Kursi daripada tulisan jawi:

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma
fis-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma
baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima
sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem 


Dan berikut pula adalah terjemahannya didalam bahasa Melayu:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup,

Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

- Satu masa dulu, ketika aku masih dibangku sekolah, aku telah di pukul kerana tidak menghafal ayat kursi ini.
-Sekarang, aku sudah mengamalkan surah ini sebelum masuk tidur, ketika perjalanan, & juga sesudah solat..
-Hati lebih tenang & jiwa lebih aman.
-titiba hati ini terpanggil untuk meletakkan surah ini di dalam blog.
-sila klik di link ini kerana aku terjumpa linknya disini...

Tefal dari Jauh

Salam, wah...ini adalah gambar semalam.
Aku sudah received hadiah dari mu Fairy..
Ha...siap dapat bag & nota sekali.
Btw, memang kepulangan nya aku nantikan.
Bukan mahu claim hadiah kawen taw...
tapi...sebagai kawan blogger yang berjauhan.
Dia jauh disana.
Aku dekat di Malaysia.
Kalau dia balik negara asal sekalipun,
dia tetap jauh, sejauh Negeri 8 +1 & Selangor.
Ha...masih jauhkan.
Tapiiiiii!!! Ha...nak marah ni...Dia masih busy, tak sempat nak jumpa.
Aku redha..& memahami.
Sekali sekali sekala pulang ketanah air, haruslah kan..
Nak buat visitor kat sedara mara,
Nak shopping shopping.
Nak dating dating..opppssss..hahahaha..
Ha...yang paling best, bila balik negeri sendiri..
ko demam kan fey, itu yang paling teruk...
 Ha...inilah hadiah kawen aku yang si Fey ni hadiahkan..
Syok dapat Tefal ni kot.Teruja aku nak masak balik semalam.
 Pengantin sudah basi kot.
Pinjam muka cik Sue sebagai pengganti..
coz aku tukang tangkap gambar.
Ha....terus terpikir dan dan tu jugak nak masak apa kan..
hahahahaa...

 

Ha...muka yang separuh nilah tuan empunya Tefal.
Hahahaha..Nak dijadikan cerita,
masa aku received benda nikan,
Aku ingat mamat despacth yang hantar ni kan, bawa bunga,
Huii teruk rabun aku ni kot.
Jadi...sapa lah yang nak kasi aku bunga kan?
Nak tau sebab apa aku ingat benda ni bunga?
Sebab cara mamat tu pegang kot.Ha..sama macam dalam gambar ni dia pegang.
Aku pun nak chop & sign lah kan, bila dia sebut jer nama,
barulah aku pandang..ooooi...
Aku punya.Apa ke peliknya cara pembungkusan itu?
Hahahaa..fey, ko jangan marah aku fey..
Rugi aku tak tangkap masa dia masih berbalut.
Si fey sekarang sudah selamat berada nun jauh disana.
Hujan batu bata kat negeri orang kat sana..
Hujan emas, hujan makanan barulah kat negeri sendiri.
Tak gitu fey..
Apa apa pun, terima kasih daun keladi.
Aku masih sayang nak gunakan tefal tu fey..kekekekekeke...

Selasa, 11 Januari 2011

Puan Jana Belanja Subway

 Gambar by abang google

Yu huuu...any body home?
Haha..Salam sejahtera kawan kawan..
Rindu korang semua.
Ni updates pun secara auto publish ye..
Saya ulangi auto publish.Saya sudah draft siap siap.
Jadi suka hati mak bapak saya nak masukkan jam pukul berapa kan...
hahaha.mood bingai di situ sekejap.
Semalam my bff suzana suzen tiba tiba mengidam mahu makan subway.
Seharian dia menggangu hidup saya melalui call.
mentang mentang pakai hot tiket kan..
tapi saya sayang dia...Dia call tanya bila nak makan subway.
OMG..dah lama tak makan subway kot.
Aku pun macam teruja nak makan subway jugak.
So, baik punya plan, makan lepas mahgrib.
Coz aku sampai rumah awal, dia agak lewat..
jadi decide lepas solat mahgrib.
 Credit  to google

Owh ya.. Sue juga ikut serta.
Pun Jana belanja.wah..moga moga murah rezeki ko nok.
Maaflah, gambar yang original aku tak dapat masukkan.
nanti senang senang aku masukkan ea..
Idea asal mahu keluar selepas mahgrib, titiba Puan Jana sms aku suruh pick up her kat tempat kerjanya.
Aku & Cik sue, pun pergilah menjemput Puan Jana yang comel itu.
Sayam tak ikut.Sayam kerja petang.
Syukran Sayam izinkan lepak bersama dorang malam tadi.
Puan Jana ada sikit rasuah Sayam aku.
Hahaha..tak lah.Puan Jana telah membelanja Sayam sekali.
Mood take away sekali bersama sama anak & suaminya sekali.
Huh...Terima kasih banyak banyak nok. lebiu..
Lepas puas makan subway, hahaha
Nampak nau makan banyak kan?
Kitorang sambung window shopping kat Subang Parade.
Dulu, masa Aku & Puan  Jana masa muda muda belia,
kat situlah kitorang berkumbah.
Ha...situlah paling syok , situlah paling best.
Naik Bas KL-Klang nombor 51.
Ha...sampai sekarang aku ingat.
Masa kan boleh lupa...
Puan Jana mahu cuci cuci mata katanya..
Jadi, aku & Sue layankan saja.
Semua kedai kami singgah.
Ha...sebab, Puan Jana mencari cari sehelai baju untuk Annual Dinner company nya tak lama lagi.
Woah nok...best lah..ada tema tema gitukan?
Kitorang..hermm..asyik tema yang sama tiap tiap tahun.
Tapi..best jugak, tak payah membazir..Ha..jimat disitu!!!

 
 Apsal gambar si Patrick ni ada?
Hahaha..tak ada kena mengena pon.
Saja..Aku nak sambung cerita Puan jana lagi ni..
Masa kitorang kecik kecik sampai umor 17 tahun,
Puan Jana ni kurus kering jer orangnya.
Ha..sekarang, sudah agak tembun.
Lagi 4-5 kilo beratnya..samalah macam aku.
Semalam, masa test baju, kecoh fitting room kat 1 kedai nih.
Gelak macam tuan kedai tu kitorang punya kawan.
Puan Jana buat lawak kot.
Segan nak pakai baju yang kami cadangkan.
Aku pun terkekeh kekeh gak ketawa sama.
Siot jer..
Bila dia pakai dress dia kutuk diri sendiri.
Kata macam tengah mengandung.
Bila pakai dress pendek, macam budak budak baru nak "naik".
Budak SA tu joint sekali ketawa.
Thanks dik, coz melayan 3 orang sewel dikedai mu semalam.
Puan Jana masih ketawa sambil bengang tak dapat baju yang disukainya.
kemudian masuk kat butik agak ternama.
Sekali dia sudah berkenan...Ha...
Bila tengok harga...hah ambik..terus nak pengsan..
kakakaka..sebab kitorang orang biasa biasa ja...
Kalau tengok harga 5-6 ratus sehelai baju terus rasa nak pitam..
laju laju keluar dari kedai tu..
Lepas tu kitorang beransur mintak diri untuk pulang.
sambil berborak menuju parking free kat care4 subang Jaya.
hahaha..dasar kudukut!!!!

Rabu, 5 Januari 2011

Cerita basi dalam Edit posts

Hola..
Apsal aku upload pict Ed Hardy ni?
Titiba jer kan?
Padahal..aku yang paling takut tengok cerita hantu.
Pict diatas tiada kena mengena.
Korang dah tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah?
Aku sudah...Ha...balik rumah terus mimpi hantu.
Bak kata bomoh thai tu...kalau kita ingat "dia", dia akan ingat kita.
Huuu...tak mahu..
Aku rasa, rata rata blogger sudah mengupaskan film Mamat Khalid tu.
Semua pun cakap seronok.
Aku pun rasa seronok gak.
Padahal..banyak refer pada Amy.
Coz dia orang Perak.
Cerita tu banyak mengaitkan bahasa bahasa perak atau lorat nya.
Teman, wilca, kopek.
Mula mula agak sengal lah kan.
Nasib Amy sudi menerangkan.Kalau tidak, hanya dia sorang saja yang ketawa,
bila tang lorat perak di ucapkan.

 
Sedih tak korang kalau dipermainkan?
ha...titiba mahu berselindung disebalik Oakley voilet inilah.
Ada orang mahu menguji sejauh mana hati  terluka.
Ok ok...aku tak mahu buat drama king lah.
Ada sorang kawan aku ni,
Dia dan pakwe nya sedang hot bercinta.
Pakwe nya suka menduga hati makwe nya.
Huii..macam ayat dulu dululah.
Si Makwenya, sangat suka pada binatang contoh kucing.
Si Pakwe pulak suka gitu gitulah pada kucing.
makna kata, kalau tak ada kucing pun tak mengapa.
Satu hari, Si Pakwe MMS kat makwe nya gambar kucing..
Pewiiit sikit punya comel lah kucing tu
Si Makwe sudah perasantan yang pakwenya mahu bagi kucing yang di MMS kan tadi.
Maka berbunga bungalah hati..
Si Makwe dengan perasan nya memuji muji kebaikan Pakwenya.
Hah...sekali hanya kata kata yang memedihkan hati jer yang beliau terima..
So...kecewalah si makwe sepanjang hari...
Sampailah, Time nak jumpa si Pakwe...padahal mood dah tiada tu..
Si Pakwe cakap, "u masuk kereta dulu...i nak beli gula gula getah"
Si makwe masuklah dalam kereta...
Terdengar pulak bunyi kucing "meeeeeowwwwww"
Wah....terus Si Makwe suka sangat...
Sampai menitis nitis air mata...
hahahhahaa...

Ha...sila jangan tanya apa maksud tersurat dan tersirat ni...!!
ia tiada kaitan dengan aku..itu yang lebih utama.
Moralnya, jangan suka bersangka buruk dengan pakwe sendiri.
itu jer moral nya...
Tapi" Hati manusia...tak siapa pun tahu..rambut sama hitam, hati tetap lain lain.."

Selasa, 4 Januari 2011

:: Bertunangnya Si Uda & Dara (Ain) ::

Salam Sejahtera & Morning kawan kawan..
Seperti yang aku tulis pada entry lepas, nak attend kenduri (engagement kawan),
Ha...yang baju putih inilah kawan Sayam ai.
Rakan sepancingan masa Sayam ai duduk kat kampung dulu.
Nama nya Uda
Dia suka melawak sampai boleh ketawa terbahak bahak.
Nampaknya semua kawan kawan Sayam sudah ikut jejak Sayam.
Inilah namanya Jodoh tak kemana kan..?
Tunang nya Ain tu, 2-3 kali je aku pernah jumpa.
1st time berkenalan kat Subway Pyramid tahun lepas.
2nd time masa aku bertunang.
3nd time masa aku jadi pengantin.
Maklum je lah, keje F & B macam Ain ni memerlukan pengorbanan.
Cuti tak tentu masa.
Kang korang mengamuk kalau F & B link cuti macam keje kerajaan..
Ha...time nilah yang paling seronok.
Hantaran dari uda ke Ain jer dah puluh puluh.
Banyak tu.Teringat time aku tahun lepas...:)
Orang yang nak menghantar meminang pun ramai.
Boleh roboh rumah ain kalau semua naik keatas.hahaha
Ha...kalau naik bas kira tak ada seat yang kosong la..
Bas sekolah sedang menunggu dihadapan rumah uda.
Tapi..bukan nak menghantar geng geng Cik Saodah meminang Ain.
Bas tu parking je pun.
Rumah ain sangat jauh dari rumah Aku.
Tapi...sebelah rumah aje dengan rumah Uda.
Hah?Sebelah rumaaaaahhhhh?
Ya...memang dorang jiran sebelah menyebelah.!!!
Kata jodoh kan...dah sampai.. jodohnya, dulu masa kecik buli buli pun..
tup tup..dah besar bakal isteri...sapa tahu kan?
 
Hahahaha...
orang lain sibuk meminang, aku and the gang (Sayam Friends)
dok melepak kat rumah uda.
Ternampak pulak uda tengah usap usap kucing nya.
Uiiii manja gila kucingnya aku tengok.
Ha...sampai terbaring kucing gaya macam ni.
Cute sangat...
Siap kuak lentang tu.
Ok, kita tamatkan kisah uda & dara ni...
Semoga pertunangan mereka sampai..ke hari perkahwinan.
Kalau tak silap aku bulan 6-7 akan datang..

Isnin, 3 Januari 2011

Konsert Gemuruh DT 2010 Sunway Lagoon

Hoyeeeehh...Wah...lama sudah aku aku tidak tengok konsert free..
Walaupun semua tix kena bayar rm70 per head.
Aku tetap free...sebab Sayam bayarkan..

Tomei tak...comei pipi kitorang kan?
Dua dua pun tembun..
Bunga orkid di tepi telinga tu sila lah abaikan.
Bukan penyeri pun.
Saja..mood penuh sesak yang teramat kat sinun masa tu.
Tapi we all datang awal.Sempat window shopping kan..
Sebenarnya ada kisah disebalik cerita ini..
Meh kita imbas...7 tahun lalu punya story...
Walaupun ini bukan gambaran 7 tahun lepas, tapi ini jugak lah orang orang yang layan..
Makna kata orang yang sama.
Dulu harga tix 20-30 jer..
Sekarang..ha...jauh kot berbeza nya.
DT ni memang selalu buat konsert.
Cuma aku jer selalu kena tinggalkan..dek boyfriend..
Ok. Antara sebab sebab aku kena tinggal.
  • Dorang nak panjat panjat pagar.(sampai koyak seluar...)
  • Dorang nak hanging kepala beramai ramai.
  • Dorang semua hafal lagu..(aku tak hafal)
  • Dorang tak kisah kalau kena himpit himpit.
  • Dorang jenis nyanyi nyanyi sampai hilang suara.
  • Dorang lelaki especially tak heran kalau bertolak tolak ditempat yang ramai orang.
  • Ha...paling best, dorang akan kedepan & terus move kedepan..sampai stage.
  • Telinga dorang tahan bunyik speaker yang kuat bapak bunyi nya...
Ha...Sebab nilah aku sudah lama tak joint Sayam pergi konsert.
Tapi..malam sabtu lepas...wah...bukan main baik lagi ajak..
Yelah, isteri...tak kan nak biakan sorang sorang kat rumah...
Harus angkut sekali..

Geng geng gagak hitam..
Titiba Sayam, gray pulak.Larik tema betul suami ku ni.
Logo baju dah ganas dah...aih...
Before concert start.
Muka semua tak berminyak...& tak berpeluh..
Aku tak de geng.Jadi kena jadi tukang ambil gambar dorang.
Sikit sikit minta tolong ambilkan gambar...
hurmmm layankan saja lah.
Ha...masa ni dorang tengah menurun.
Mamat botak atas kepala Sayam tu, tidak diketahui
dari mana dia datang.
Tup..tup..lepas snap tengok gambar balik dia ada.
Gambar Sayam sedikit over.Hahaha..

Ramai giler orang kat sunway lagoon malam tu.
Memang pax teramat amat.Lemas aku.
Nak tak nak...kena tunggu gak lah..walaupon dalam kasut sudah masuk pasir..
Aku berdiri disebelah pagar.Nasib baik ada pagar..
Belakang aku baru Sayam.Takut..
Kiri aku pagar..kanan aku kawan kawan Sayam..
Sedikit keadaan selamat disitu.
 
Ok, korang, ada kejadian scary dalam hidup aku masa kat sana.
Sumpah takut masa naik escalator otw nak naik atas untuk balik.
Lautan orang arround 30k masa tu.semua berhimpun kearah escalator.
kitorang siap singgah beli air mineral yang berharga rm5 sebotol kecil.
Sungguh mencekik ok..!!
Keadaan dalam gelap SL kan...harus jalan secara perlahan lahan untuk mengelakkan perempuhan..
Sampai jer escalator (aku naik yang sebelah kiri)
dia naik macam biasa..tapi tiada ruang untuk bersuka ria ea.
Semua ruang penuh dengan orang.
Ha...ada pulak orang orang yang tak bertanggungjawap main henjut henjut kat atas
escalator yang sedang bergerak tu.
Tak pasal pasal mulut aku ter ''sound'' orang tu.Aku memang tak kenal dia.
Tapi..siyes kot..kalau nak bergurau bukan atas escalator yang penuh dengan orang ramai.
Paling tidak pun time aku tak ada.sure korang boleh henjut sampai roboh.
Time tu jugak baru teringat jambatan roboh kat luar negara tempoh hari ..
Gila lah...orang menjerit jerit kat escalator masa tu..
Luck aku naik yang sebelah kiri..coz sebelah kanan punya escalator sudah stop..
Korang bayangkan..bertapa scarynya..bertolak tolak.
Aku tak pasti ada yang jatuh atau pun tidak.
Sebab aku terus melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi...

Lepas balik dari concert tu, 
pergi melepak minum & makan.
lepas tu balik rumah pack kain baju nak balik kampung sayam..
waaaaa...Nasib baik mata sudah dibekalkan dengan tidur yang cukup.
Sampai kampung sayam arround 4am gitu.
Terus amik bantal..dan tido..
Esoknya pagi nak pergi kenduri orang bertunang...
adios..
Selamat tahun Baru 2011..