For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 2 April 2015

Kinder Joy Untuk Kuyen





Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Aku dan Antel ada kegilaan baru sekarang.
Kegilaan membeli Kinder Joy untuk anak buah.
Sanggup aku dengan Antel (Uncle) calling Rayyan to Abam now) singgah station minyak sebelum ke
Shah Alam berjumpa anak buah aku yang tersangatlah comel itu.
Kadang kadang bila singgah di rumah mak, Kuyen (nama timangan beliau) akan buat spot check dalam bag aku.

Mana tidaknya, asal jumpa Kuyen je, hah..Abam pesan suruh belikan Kinder Joy.
Nampak tak siapa yang meroyan kan Kinder Joy ni?
Ok, puncanya... selalu nampak Kuyen melayari ipad mini dengan menonton salah satu video diatas tu.
Dia akan senyum senyum sambil panggil nama aku.
Tu mak aku yang cerita.
Kuyen baru 2 tahun tau. Tapi dia pandai tgk Youtube sendiri.
Nampak?
Aku dua tahun....? ngeh ngeh...tak tahu apa apa.

Selalu dia akan buka youtube kat Ipad tanpa diajar.
Ipad kan ada Icon You tube & MX tube. Siapa siapa kaki jailbreak mesti tahu apa yang aku cakap nih.
Jadi, Mummy dia memang ada yang dah siap siap download.
Tapi...Kuyen bijak. Sekejap je tengok yang macam tu.
Lepas tu pandailah dia dapat buka Kinder Joy .
Banyak pulak tu , siap cakap spain la, German la..
Dia bukan faham pun kan. Janji tengok gambar sudah.
Mak aku akan selalu pantau dia ketika dia main Ipad.


Meh Anyah belanja satu gambar terbaru Kuyen.
See, baby tua yang selalu perasan kecik.
Siap masuk dalam baldi.
Sesak nafas aku bila mummynya whatapps gambar Kuyen tengah macam gini.
Dia peduli apakan?
Janji sejuk....dalam baldi pun jadi kolam.


Ini snap dari video yang Abam buat untuk Kuyen
Terus send dekat Mummy dia.
Suruh tunjuk kat Kuyen.
Meroyan Kuyen asyik sebut sebut nama aku lepas tu.
Muskil dia manalah aku boleh dapat banyak-banyak macam gini kan?

Pernah juga belikan untuk Icaa.
Tapi Icaa punya teruja lain.
Biasa biasa jer.
Sebab dia kecik lagi.
Thank you juga pada pengeluar Kinder Joy ni sebab ada for Girl & Boy.
Senang..Pink untuk budak perempuan, blue untuk budak lelaki.
Kalau tak ada yang boy, yang girl pun aku belasah belikan Kuyen.



Xoxo,
Daela