For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 23 Jun 2011

Menu Orang Malas ::Kue tiaw Bandung::


As Salam And Morning yall..

Korang sihat tak hari ni?
Aku flu pulak pagi pagi ni..sudah bersin bersin kan..
Owh ya...ini adalah masakkan penuh kasih sayang aku untuk Abam ketika nak makan dengan segera.
Aku pun dah lama tak tepek resepi kat sini.
Resepi sempoi ni memang seswai untuk orang yang malas macam aku.
Paling malas kalau semua bahan main campur aduk jer.
Itu memang aku.Lagipun, aku gunakan bahan bahan yang sememangnya sudah ada
dalam fridge.

Bahan bahan:

Sedikit minyak untuk menumis
Bawang putih di tumbuk halus
kue tiaw basah
telur 2 biji,
sos cili
Sedikit cili boh anggaran 2 sudu(kalau korang feel nak pedas)
Nak lagi pedas potong cili padi 18 biji.(ini aku guna dalam 5biji je)
Bebola ikan
Sedikit sayur carrot , dan sedikit sawi.
cili merah untuk kasi napsu ketika memakannya..
Air dalam 3 gelas.
Sedikit Ayam.ni kalau tak de pun boleh:)

Cara cara:

tumis bawang putih sampai hangus...eh..tak la..agak agak la kan..
lepas tu masukkan ayam & cili boh.
Agak agak dah masak sepenuhnya, masukkan air.
Tuang cili sos anggaran 5 sudu besar.
masukkan sayur juga.
Masukkan bebola ikan, kemudian pecahkan telur sebiji sebiji.
Jangan over kacau bila telur sudah dipecahkan.
Kang korang tak dapat keadaan telur macam dalam gambar..
masukkan garam, pak aji & seswaikan rasanya.
Akhir sekali hidangkan dengan cili padi potong & bawang goreng.

*tip:kue tiaw tu korang hanya celur ngan air panas dalam 2 minit.kalau over cook kang tak sedap pulak.
      toskan, masukkan dalam mangkuk, lepas tu baru tuang kuahnya...uiii...super sedap!

**aku tak berapa suka mee, jadi korang boleh tukar drpd kue tiaw kepada MEE, BIHUN, MAGGI.nasi aku tak pernah cuba lagi.

oklah.
itulah menu orang malas minggu ni..babai..:)

Tiada ulasan: