For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 30 November 2011

Double Zinger Burger yang terhangat dipasaran...eh..iya ke?

 Ho Ho Ho..Kenyang perut suka hati kot?
Eh..Assalammualaikum...Selamat tengahari uoll..
Akhirnya...Setelah mengidam berhari hari...dapat jugak aku mencekik
Double Zinger Burger dari KFC ni.
Ini semua terjebak gara gara Nok..mak geram nok...
Lagi tamak sebab Nok nak makan sampai dua biji sekali gus..
Mana aci nok...mak pun tamak gak...ahahhaa..
Memang lah beli dua biji sekali gus.
Tapi satu Cik Sue punya.
Satu lagi hakak punya.
Sebenarnya mak mengidam nak makan Pizza Hut.
Masih belum makan lagi..
Walaupun jumaat lepas dah mencekik Domino's kan..
Tapi..tekak tetap mengada ngada.
Memang lah nak tambah lemak berganda hahaha.
 See...isi perut burger ni.
Malam tadi abam tengok gambar ni dalam henpon garu.
Sentap terus kekasih gelap hitam manis aku tu.
Sebab aku tak makan dengan dia.
Sapa suruh pergi menoreh time aku cuti kan..?
Wahhhhahahaha...ayat yang kejam aku rasa.
Bila nak pujuk balik, senang..ajak jer dia makan burger kat Subang Jaya yang jual atas lori tu.
Insyaallah hati Abam akan tenang lepas tu..
kah kah kah..nampak nau aku ni kedekut kan..
Tapi memang lah tak..Sebab abam memang suka nau dengan Burger kat SJ tu..
Sedap sangat katanya..Tapi memang iya pun.
Murah & lazat...meleleh air liuq aku teringatkan kelazatannya..hahaha.
Tambah lemak seganda lagi...
Dengan kuah mushroom nya yang melimpah ruah..
disaluti dengan sekeping daging burger ayam..
woahh...malam ni nak pergi beli..esok mak taruk kat blog ok..
gulp..glup..!!!!
Lepas menternak lemak lemak dibadan..
Operasi mencari pinggan mangkuk pulak.
Dalam ramai ramai jenis pinggan mangkuk yang cantik cantik..
Ini jer yang menawan kalbu ku.
Tapi..Abam pangkah..dia kata nampak clasik.
Dia kata itu tak modern.
Macam lah modern sangat kot.
Rumah kita pun pakai dapur kayu kan Abam..?
Celah mana nak bermordern sangat..
Dah pilih warna biru biru pun susah nak rasuah..
Ini kan pulak warna buah strawberry...sure sure lah dia tak nak.

**Idea datang mencurah curah sekarang ni...nak jadi wedding planner lah pulak..kah kah kah..
lepas tu siap la...ramai datang rumah mintak ganti rugi...kakakaka...

Selasa, 29 November 2011

Rest & Relax sekupang dua..

 Hallo...Assalammualaikum...selamat tengahari..
Kahkah...lama aku menghilang dari dunia blog kan?
Ada ker rindu..?ker rindu nak membahan blog suam suam kuku aku ni kan..?
Hahaha..
Yer...cuti yang panjang minggu lepas memang full aktiviti.
Tu belum cerita pasal basuh kain baju..kemas rumah..memasak kan..
Ok lah...aku nak cerita pasal tu, sampai bila bila pun tak habis kan..?
Sabtu lepas...aktiviti menghabiskan wang ringgit dengan dimulakan dengan melepak kat shopping complex.
Dengan lenguh lenguh kaki berpusing di shopping mall,
terjumpa Gintel station ni. Memanglah aku nak mencuba..
Cuba korang tengok harga sekali urut ni.
Memang berbaloi..Sebab Abam 1 ringgit.
Aku 5 ringgit. See..kelemakkan mengurut tu terpancar di wajah aku lepas tu..
 Aku bukan nak tayang kasut ke hapa kan?
Tapi peha yang semakin besar tu..
Scary sendiri. Terus rasa nak pergi slimming world.
Lepas tu feeling tata kat atas stage..kah kah.
Abam dia pandai...dia suruh aku naik duduk dulu kat kerusi pengurut ni.
Sebab dia cakap..manalah tahu..kot kot aku kena telan dek mesin ni kan..
Boleh dia tolong selamatkan.. Alah, alasan...padahal..dia nak tengok ok ke tak..
Kot kot aku dah turun dari kerusi terbongkok bongkok ke kan..
Jadi dia tak kenalah...haaa...jahat tau...:)
Tapi...memang syok lah...sedap jer...
Rasa macam nak beli kerusi ni kat rumah la..
Lepas tu hari hari duduk kat kerusi ni lepas balik dari tempat kerja..
Kan...? tapi alahai...tak beli kot..haha
 Ni bukti abam guna 3 minit jer.
Tu pun meremang remang bulu roma dia.
Ciss...mengada ngada.
Sebab duit 5 ringgit tak dapat nak tukar.
So...tak sempat lah abam nak berlemak lemak kena pecah lemak atas kerusi tu..

 Muka tak boleh belah.Dah macam alili dah perangai uncle ni..
Aku ambil gambar jer...mulalah macam macam perangainya..
grrrrrrr.....
Tapi kan..terima kasih..sebab hari hari buat aku ketawa..
kahkahkah..memang lah bukan macam ni ni aku ketawa..haha
Owh ya...bila uruutan bebola tu bergerak kat badan..
Skrin ni pun menunjukkan jugak.
See..canggih ark?
Suka suka...sedap lagi kerusi gintel ni urut dari tukang urut kat uptown2 yang ada kat luar sana tu.
Stress kalau kenang kan...
Tata...:)

Khamis, 24 November 2011

Linkin Park - Rolling In The Deep (Adele Cover - Live)

My Love Forever..::Happy Birthday Abah::

Haiii...Assalammualaikum..Selamat pagi..

Today Birthday Abah aku yang tersayang..
Bergambar pun dengan anak buah kesayangan.
Cucu kesayangan Abah aku budak kecik tu..
Kalau datang rumah , buat abah aku pening kepala..
Kalau tak datang Abah aku rindu kat dia..
kan...?

Oklah...Aku doakan supaya Abah aku panjang umur, murah rezeki & sihat sejahtera..
Amin..:)

Rabu, 23 November 2011

Perut meragam...sob..sob..

Assalammualaikum yaww...!!!

Adehhh...perut mak meragam pulak pagi ni.
Ni semua gara gara dating ngan Abam malam tadi kat kedai makan tutt..
Sorry sebab tak boleh tulis kat sini..kang korang boikot pulak kedai tu.
Lagi pun bukan salah tukang masak..
Memang salah aku.
Malam tadi aku tak masak.
Sebab Abam cakap nak belanja aku kat kedai Uncle Sam.
So...aku dengan happy happy masuk tidur selepas menonton cerita Cinta Elysa.
Sanggup tak makan apa..aku kan gemok, kang lepas makan then makan lagi...
memang lah bertambah gemok lepas tu kan?
Abam minggu ni dia menoreh waktu petang sampai lewat malam. hahaha

Kebetulan masa Abam balik rumah malam tadi,
aku tengah berselimut sensorang. Sejuk sebab hujan.
Mata dah lah berat nak tidur, aku dengar Abam balik sebab dia bagi salam.
Sebab dia bagi salam kat hujung telinga aku kuat kuat.
Tanjat boboi tau.Lepas jawap salam aku sambung tidur.
Sebab Abam keluar dari bilik. Aku rasa Abam nak mandi.
Dalam mamai mamai tidur tu, aku terbau maggi kari.
Alamak...bertambah lapar perut aku..mesti jiran aku yang masak maggi kan..
Aku mengelamun..zup!!! terus aku terduduk.
Ya Allah..Abam yang masak. haaaa...
Terus aku sapa abam manja manja sebab aku buat salah.
Yer..buat salah sebab kalau ikut perjanjian, lepas abam sampai nak terus keluar dating pergi makan.
Abam buat muka merajuk sambil makan maggi tanpa pelawa aku.
Lepas tu, aku cakap lah..yang aku pun langsung tak makan..
Namun abam terus makan..lepas tu buat muka yang kelakar suruh aku sambung makan maggi dia.
Huh...lega aku...hahaha...aku ingat dia nak merajuk..

Lepas siap siap makan maggi tu, arround 1am gak keluar meredah hujan.
Nak melepak makan kat Unlce Sam lah konon nya.
Titiba abam cakap dia memang dah sangat kenyang sebab makan maggi yang sebungkus tu berdua.
Jadi...mood nak makan yang ringan ringan.
Jadi..meneruskan perjalanan ke tut...
Punyalah lapar, sampai nak makan apa pun tak boleh nak fikir.
padahal..punyalah aku suka makan roti canai terbaik kat kedai tu.
Last last ambil nasi goreng Meletop.Abam pulak tah hapa tah...
Western pulak dia layan malam tadi.
Okey, aku memang perasan dalam bracket ( pedas terlampau) dalam menu tu.
Tapi..malas nak fikir lah masa tu.
Perut aku ni semenjak dah 3 series ni memang mengada ngada.
Pedas sikit jer termakan..mula lah memulas.
Bila nasi goreng meletop tu sampai,
Aku dah nampak cili padi berterabur kat nasi tu.
Okey, aku cuba jugak.
Sedap..tapi mak aiii..pedas yang melantun lantun.
Meleleh gak air mata nak menghabiskan.
Memang tak habis. Abam macam kesian pulak sebab aku dah la tak makan pedas sangat.
First time tak dengar abam suruh habiskan makanan..
Jadi, seperuh jer aku suap. Tapi memang pedas terlampau u all.
Boleh terkeluar buasir wei tahapnya.

Balik malam tadi..memang tak sakit perut.
Tapi..pagi pagi lepas siap siap nak pergi office mencicit ke tandas.
Perut usah cakap lah sakitnya.
Sampai kat office pulak, 2-3 kali ulang alik dah ni.
Nak bangun dari kerusi pun malas sebab sakit sangat.
Memulas mulas...arggghhhh...nak balik..nak balik...
sob...sob..sob...
Teringat abam suka cakap kalau tak reti makan pedas, baik jangan mengada ngada nak makan..
cissss.....

Salah satu sebab kenapa aku pilih Dia...

 Haiii...Assalammualaikum....Selamat pagi ...
Gila kan tajuk entry aku pagi pagi nih..?
Sambil menaip entry kan, aku batuk kong kong yang tak dapat ditahan tahan.
Gatalnya kerongkong bukan main.
Kalau boleh digaru...sure lah...aku garu sampai berdarah.
Owh ya...last week aku dengan Abam balik ke kampung Abam.
Yeyeh...musim buat sudah datang.
Aku yang sangat teruja sebab aku adalah menantu yang jakun.
Memanglah jakun sebab kawasan rumah aku mana ada pokok pokok gini.
Kalau ada pun, bila dah berbuah masing masing dok mengaku dorang yang tanam.
Hishh...baiklah tak payah.Buat jadi gaduh pun  ye jugak.
Selalunya, aku bila balik kampung Abam memang lah selalu tak perasan.
Ada pokok apa yang arwah abah dan mak  Abam tanam.
Nasib baik aku masih kenal buah apa kan..
Kalau tak kenal..mak malu hokey..

Sekarang ni musim buah rambutan, langsat, pulasan & doyan.
Ohsem nya bila sebut doyan kan?
Terserlah ke Perak kan cara sebutan itu.
Jadi, jangan lah tanya kampung abam ni kat area mana?
Johor ke...Kelantan ke kan..jangan lah teka
Aku dan abam sampai kat kampung lewat malam.
Ini semua gara gara perlawanan bola antara Malaysia & Myammar sabtu lepas.
Hahaha..padahal dah siap siap nak gerak...bila on TV, tengok ada siaran langsung,
langsung terus melekat punggung.tak jadi nak bangun
Jadi...bila dah bertolak malam...usah kata rambutan, segala galanya tak nampak.
Padahal aku teruja nak kutip bunga kantan mak mertua aku.
Itu jer dalam ingatan aku pada malam tu..
Sebab bunga kantan yang mak mertua aku tanam dulu dulu...
huii...boleh buat meniaga u.
But..aku bukanlah nak berniaga...aku nak mintak dua tiga kuntum sudah la.
Nak masak untuk anak mak jugakkan..hehehe..
Jadi..Aku dah tekat bangun esok pagi pagi..terus ambil pisau nak ambil bunga kantan..
Namun...pagi pagi, setelah buka pintu kat dapur, tidak ada sebatang bunga kantan pun yang tinggal.
bunga kantan tak berbungalah pulak..
 Lepas intai intai bunga kantan yang tak berbunga tu, aku naik ke rumah semula.
Aman damai je aku rasa. Sejuk...sunyi..
Tup tup aku nampak abam dah selak langsir buka tingkap.
Dia kata kasi angin pagi masuk..Yelah sangat.
Padahal dia nak mengintai buah buahan.
Yes...pokok Rambutan keliling rumah semua sedang berbuah.
Cantik jer permandangan..hahaha.Dasar jakun kan..
Abam cakap petang petang sikit baru kita petik buah rambutan ni.
Jadi..gambar gambar ni semua adalah waktu petang semalam.
See...cara abam dengan aku sangat sangat lah berbeza.
Aku main kait jer buah, lepas tu masukkan dalam plastik.
Cara abam pulak...siap ikat macam kat kedai.
Aku ingat abam nak ajak berniaga rambutan ke kan..?
Kot kot singgah kat R & R lepas tu jual rambutan..
Nampak sangat kan...Aku kerja cincai tapi dapat banyak buah boleh masuk dalam plastik.
Abam buat kerja kemas...tapi penuh ranting menyemak..
hahaha...ok lah..mood aku sekarang ni adalah sakit perut..
adehhhh...

Khamis, 17 November 2011

Rihanna - We Found Love ft. Calvin Harris



Aku suka lagu dia ja..
Video clip dia..memang macam hampeh..
Korang yang hak kecik kecik belom cukup umoq tak payah ikut na..

3 jam 15 minit

Assalammualaikum..

Huh..Tension aku sejak semalam.
Mana tak nya, perjalan aku dari office sampai ke rumah ambil masa 3 jam 15 minit.
Sungguh tak masuk akal.
Geram....ahahaha..memang aku ketawa.
Tapi aku rasa macam nak patah riuk kaki.Opssss...
Aku tak tahulah mana silapnya jalan boleh jem seteruk itu.
Padahal dari Damansara Perdana ke Kampung Dusun bukan nama sebenar
Bukan lah jauh mana pun.
30-40 minit dah boleh aku sampai kat parking rumah aku.
Stuck yang teruk selama 3 jam lebih itu membuatkan aku lebih tabah. cewah.
Pasang lagu lagu buat bingit kepala.
Jadi..tukar kepada radio IKIM.
terus insaf..lepas tu,
Korang tak tahu pulak berapa kali aku termencarut.
Bukan lah marah sebab jalan jem.
Tapi dengan sikap pemandu jalan raya yang biadap.
Macam dia sensorang aja yang ada rumah.
Macam dia sorang jer yang stress dengan jalan jem kan.?
Yang lain lain ni...hapa?
Tunggul?Suka suka hati main buat 2-3 lorong sendiri.
Pasal orang orang macam ni lah...jalan bertambah sesak.
Sesesak semalam..
Last last aku tengok jam dekat pukui 8 suku,
terus call abam suruh simpan balik lauk dalam peti ais balik.
Sebab aku dah hilang mood nak memasak.
Masuk jer jajahan kampung dusun, terus melilau cari gerai nak tapau nasi bungkus.
Haha...senang.

ok bai.aku nak sambung tension sensorang..grrrrrr!!!!!

Rabu, 16 November 2011

Alili dengan babun kecik..Sugar Glider

 Hannnn....Assalammualaikum..Afternoon korang.
Hai...mood bercuti masih dalam fikiran.
Nak type abjad kat blog pun malas.
Tu pasallah, dah 3 lagu aku bubuh kat blog aku kan..
Sederet jer...Mood malas nau lah tu..
Owh ya bebeh..hari tu aku ada jumpa budak Alili kat rumah mak aku.
Mula mula Alili tak datang rumah mak lagi, kerana Mama Alili kerja petang.
Jadi, Aku paksa abang aku hantar budak tu datang rumah mak dengan membawa SG.(sugarglider)
Aku dah la memang nak terlampau tengok SG tu.
Aku ada baca kat blog blog pasal SG ni comel la..apa la...kann?
So, terkedek kedeklah Alili datang dengan abang aku bersama SG.
Ha...bila aku tengok Alili dengan bag porch nya tu...Amboi..
Macam taukeh sudah.
Sekali, dalam porch tulah abang aku isi SG tu rupanya.

Aku tanya Alili apakah nama SG ni?
Terus dia cakap namanya babun.
Hamboi...laju jer letak nama kampung.
Aku tengok kat blog SG ni...nama SG dorang semua felling nama retis & AAmareka.
Alili jer yang sempoi nau panggil Babun.
Terus aku tergelak besar..
Nasib kau lah babun..sebab tuan kau tu Alili.
Kalau aku yang jadi tuan kau...
Confirm aku letak nama ala ala Amareka kan..
Baru best nak panggil..hahahaha..

 SG atau babun ni baru 1 minggu tinggal dengan Alili.
Masih malu malu babun dengan Alili lagi.
Orang kata masih belum mesra alam gitu kan.
Walaubagaimanapun, ketika buat salam perkenalan dengan adik aku,
Nah..rasakan..cakaran dari SG di tangan.
Tak cukup tangan dia cakar, melompat pulak ke badan.
Nasib kau lah dik, siapa suruh kau tak pakai baju..kan.....
Lepas tu Babun alili melompat lompat.
Disebabkan takut melompat keluar, aku terus tutup pintu.
Last last dapat jugak tangkap babun tu.
Haizzz....susuh rupanya nak jinakkan babun Alili tu.
Semalam, Abam tanya pasal babun Alili tu pada aku.
Aku jawaplah, babun Alili tu makan Buah epal yang dibelah empat.
Siap kopek kulit lagi.
Lepas tu abam menerangkan pasal SG pada aku.
Wah...terus aku melompat suka sebab aku ingatkan Abam bercakap macam tu 
sebab nak belikan untuk aku barang seekor dua kan?
Rupanya...hanya nasihat untuk Babun Alili..
Huh..cakap macam nak belikan untuk aku je.
Yang aku bertambah pelik tu, sejak bila pulak Abam tahu pasal binatang tu kan?
Cara permakanan SG, tahap kesihatan...,pelik bukan?
Ha....aku tengah merisik ni....!!!
syyyyhhhhhhh!!!!!hahahaha...

Jumaat, 11 November 2011

Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah



Assalammualaikum..

Sejukkan cuaca pagi ni..
Sesejuk mata aku yang sangap mengantuk.
Tapi setelah pekena Nescafe tarik tadi...hurmmm...
Terbaik.
Tak per..aku ngah mood ke longkang pagi ni.
Now tengah try...ambil mood..hahahaha...

Ambik mood lah sangat..Babai...
Selamat melayan lagu feberet aku yang tak lah baru sangat dipasaran..

Khamis, 10 November 2011

Dari Jalan TAR ke GSC Midvalley..tengok wayang..

Hai kawan kawan..Assalammualaikum..
Selamat tengahari.

Adoi...sorry sesangat yall.
Aku yang bersemangat mengalahkan pejuang akhirnya...
ibarat korban di tengah jalan.
Mana taknya kan..baru jer entry yang lepas berkobar kobar cakap nak update blog sehari 2 kali.
Memang lah hampeh kan..
Tapi..aku tetap bersemangat nak update jugak.
Seperti yang aku cakapkan pada entry yang lepas,
Lepas beli baju melayu, terus pergi Midvalley(MDV).
Cerita pasal Midvalley kan,
Aku tak tahulah apakah sebab aku ni ANTI sangat dengan MDV tu?
Dengar MDV jer..aku macam kenapa entah.
Perasaan aku macam eh...malas nya nak pergi situ.
Tapi..disebabkan ada orang yang sanggup redah jem & bersusah payah nak mencari parking.
Ok..jom jerlah.kann.....

 Adik aku dengan bakal tunang nya ajak tengok cerita Alamak Toyol .
Aku ni dah la penakut.
Bukan lah takut apa, sebab Abam kan selalu kena kerja malam.
Aku memang lah kena tinggal kat rumah sensorang.
Sekarang ni kadang kadang baru aku angkut kain baju tidur kat rumah mak.
Aku cuba nak beranikan diri.
Memang aku tak pernah nak tengok cerita seram muram secara solo.
No way...kan?
Nampak nau badan jer besar..tapi penakut..haha

 Abam buat muka happy sebab berjaya pujuk aku tengok movie ni.
Aku kalau boleh nak tengok cerita Tamil.
Kebetulan pulak ada cerita baru tajuknya ada bunyik "vellu vellu " macam tu.
Aku pun tak ingat.Sebab pelakon pujaan aku Rajnikan tak berlakon sama.
Kalau tak...melompat katak abam pun nak tengok juga.
Budak yang jaga kaunter tu pun beria tengok muka abam..lepas tu tengok muka aku.
Sebab kitorang beria tanya siapa "Hero" cerita tamil tu..
Kan...agaknya sebab muka abam mirip Tambi sikit kot..
Haha.Terus budak kat kaunter tu cakap eh...korang suka tengok Rajnikan ea?
Kannnn? Harus lah...
 Ha...Aweks yang berseluar biru ni lah yang belanja tiket wayang Alamak Toyol.
Sumpah cerita tu langsung tak seram.
Lawak nak mampuiii..
kira aku bagi 3.5bintang.
Sebab apa aku tulis gitu...masa Along & angah nak mencuri kat rumah orang tu..
Jalan cerita titiba jadi slow.
Bosan..tahap boleh makan nasi lemak dalam panggung.
Yup..time tu sangat bosan.
Nasib baik keseluruhan cerita kelakar.
So, pada sesiapa yang belum menonton wayang dan tak tahu nak tengok cerita apa,
Korang boleh tengok cerita Alamak Toyol ni.
Selamat menonton yer kawan kawan..:)

Rabu, 9 November 2011

Haha..laju laju Post Entry tanpa tajuk..::Baju Melayu::

 Hai korang...

Assalamualaikum..wbt. Selamat Petang kan...
Sorry, today terlewat sudah aku update blog.
Tiba Auto publish nenong pulak.
Aku set time waktu Malaysia...waktu Amareka pulak dia nak publish kan.
So, memang tak boleh belah.
Owh ya, Semalam aku halfday.
Ada masalah dalaman sikit.
Jadi, lepas settle semua masalah dalaman,
Aku , Abam , Adik & bakal tunang adik aku,
Telah menghabiskan waktu petang semalam untuk ke Jalan Masjid India.
Kalau dah pergi sana, tentulah akan menuju KAS TAILOR.
Kedai feberet Abam.
Since kitorang nak bertunang, bernikah, beli baju raya yang lepas lepas semua kat situ.
Sebab utamanya adalah kedai mesra pelanggan.
Lepas tu abam cakap kedai tu memang jahitan untuk baju melayu nya cantik.
Kemas dan jenis kainnya berkualiti.
Kalau korang tanya aku lah kan...aku akan teliti bab bab warna je.
Kalau bab bab kain...sorry..memang aku tak reti.
Nak pulak orang yang cerewet bab bab baju lah, jenis kain lah..
terus rasa kecik hati..hahahaha..
Amboi Abam..sejak bila pandai siapkan pengantin ni?
Ke dah senyap senyap abam buka butik pengantin kan..?
Macam pro jer tolong ikatkan samping orang tu..?
Eh..banyak nau persoalan aku kan..
Abam bantu adik aku yang bakal bertunang soon.
Adik aku memang la tembun.
Tengok kakak lah jugak kan?
So, nak pilih kain baju pun kena ikut yang ada size.
Nak warna "menyerolang merah" seluar tak muat.
Nak "hijau pucuk pisang" gelebeh nau bajunya.
Ha...kesian kan..?
Jadi, terpaksa ikut warna yang sesuai dengan size.
Nak tempah, kain yang dok berkenan semua dah sold out.
Lagi pun dah tak sempat.
Tulah, aku ni membebel kat adik adik aku suruh prepare cepat cepat,
ha....sibuklah kehulu kehilir berdating.
Ni seminggu dua lagi majlis, baru nak menggagau membeli.
Ha...kan tak elok kalau rushing gini?
Maksud aku, kalau kita membeli tanpa perancangan, semua macam tak syok.
Sebab nak pilih pilih macam dah kering idea.
Kena pulak kalau bawak perunding majlis mulut longkang macam aku kan.
Terus serba salah adik adik aku ni..
Geram jer aku.
Nasib baiklah bukan majlis aku...kannnnnn?
Abam dia tak banyak songeh.
Dia senyap jer tengok aku bebel bebel kat adik aku tu.
Nasib baik adik aku ni, jenis suka dengar & ikut nasihat.
Tapi time semalam jer lah ikut nasihat.
Hari hari lain memang lah tak..
Han...warna baju dengan kipas dekat belakang tu serupa.
Eh, korang rasakan..yang mana adik aku pilih buat majlis dia nanti?
Memanglah tak ada hadiah aku nak kasi...
Korang just teka teka dalam hati jer tau..
Nak tahu warna apa yang dia & bakal tunang nya pilih,
nanti aku update...soon ok..soon...
Insyaallah.
Lepas pumpang pumpang kat kedai tu,
kitorang terus ke Midvalley..
yey...jom tegok wayang.
Cerita apa yang best kat Cinema ea?

Selasa, 8 November 2011

.....Cinta hati saya yang tembun!!!

 Assalammualaikum..& Selamat Petang.

Isikan tempat kosong please...!!
Kakakaa...Apa celup kan..?
Hari tu lepak kat rumah.
Bosan bosan dah tak tahu nak melepak kemana.
Nak ke Sunway Pyramid memang lah tak.
Dah tahap nak muntah..Jadi, mari ke Ikea.
Padahal sekangkang kera dari office aku.
Namun, aku biasalah...kalau tak der benda nak buat kesana,
Tak der pasal nak cari pasal..so...malas la nak ke sana.
 Halloo..gemuk gemuk nya bunga ros.
Baja apa lah kan..?
Ha....korang kena tipu.Itu bunga palsu.
Tapi sangat cantik..
Model kat belakang tu memang gemuk.
Jadi...sila abaikan..
Memula macam nak membeli sikit sikit jer.
Sekali terjebak beli macam macam.
Ala..kalau setakat cawan 1, lilin yang kecik kecik tu..
Baik aku tak payah snap letak kat blog.
Korang pun menyampah nak tengok kan kan..?
 Saya yang menghitung detik..
Setiap detik sangat berharga..
Terima Kasih Allah..kerana kurniakan..
Insan insan yang buat saya gembira...yang buat saya bahagia..
Abam yang sentiasa buat saya gembira..
Dulu dulu, masa saya bercinta cinta...Abam sungguh garang orangnya.
Sekarang Abam yang hari hari buat saya ketawa..
Eh...titiba aku SKEMA sebut saya...puiiihh..
Masa kat sana abam bertimbang
Terkejut sangat aku sebab berat badan Abam susut mendadak.
Abam memang senang sangat nak gemuk..senang sangat nak kurus.
Tapi...kat muka..memang lah tak.
Tembun jer...Tengok..cinta hati saya tembun kan..?
Abam mesti menyirap darah kalau tengok aku update blog ada pict dia.
Dia memang macam tu.
Tapi aku kan suka nak taruk jugak.
Ish...aku hari ini sepatutnya mood happy kemain lagi.
Tapi...pagi pagi dapat news tak best.
Jadi, aku tak nak spoilkan ke happy-an aku sendiri.
Selagi aku boleh berselindung disebalik kedukaan,
lebih baik berselindung...dari mencanangkan..

Ok, hari ni nak kasi 2 entry saja.
Eh, bukan ke selalu tak updates..?
Aku nak berusaha supaya berblog sehari 2 entry.
hahaha..boleh ke kan?
Dan aku akan pastikanya enrty tu bukan sampah.
hahaha....aku dah mula merepek dah ni..
Ok, babai semua..

::Salam Aidil Adha 1432::

 Assalammualaikum Yaw...

Sorry, aku tak sempat nak bersiaran masa Hari Raya AidilAdha yang lepas.
Mak busy nok..
Banyak nau resepi yang Mak aku nak hidangkan..
Maklumlah, tahun ni, Mak aku beraya dengan adik adiknya.
Jadi, semua lauk pauk mak nak masak.
Paling penting sebab aku pun beraya dengan mak di sini.
 Antara menu terbaik yang mak sedikan,
Rendang ayam kampung & rendang burung puyuh.
Aku burumg burung ni tak berapa nak makan sangat.
Sebab aku cepat kesian..
Mak aku cakap, kalau kita asyik nak kesian jer...
Baik kau tak payah makan.
Jadi...aku memang tak makan.
 Nasi Dagang lawan dengan kari ikan tongkol.
Ikan nya aku terlupa nak snap.
Mak aku gigih sediakan nasi dagang untuk hari raya tu..
Sayang mak banyak banyak.
Macam mana lah aku tak gemuk kan..?
 Bukan nasi dagang jer menu yang mak sedikan.
Laksa & bakso juga.
Nasi impit pun ada kan..
Okies, itu jer nak tayang.
Aku yang sendiri tayang pun dah rasa kebuluran.
Mencik betul..

Jumaat, 4 November 2011

GP Moto 2011 - 2

 .




Hai.. Assalammualaikum..

Aku malas nak update cerita itu ini.
Jadi hang pa semua layan la...kesengalan aku petang jumaat ni.
hehehe..

Selamat Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Assalammualaikum...& Selamat Pagi..

Mulakan pagi kita dengan senyuman..
Dah lama sebenarnya aku simpan gambar ni.
Abam snap kat wall siapa entah.
Saja nak share..Sebab hari ni aku malas nak banyak berceloteh.

Khamis, 3 November 2011

Kalau korang yang kena...muka korang manis ke mencuka...?

Haiii...Assalamualaikum...Selamat tengahari..

Aku kan...memang lah emosional pagi pagi tadi.
Dengan sakit perut nak terberon.
Dengan lif dah sampai G titiba naik atas balik.
Dah la..lif satu jer yang aktif kat rumah aku tu.
lagi 3 lif dorang buat pekasam.
Aku memang rasa nak jer menjerit kat orang orang yang bertanggungjawap.
Sekali menjerit..baru bergerak agaknya.
Pelik gak kan..?
Bil maintenance tiap tiap bulan dibayar.
Kang kalau lambat..sampai lah surat merah.
Padahal..lewat sehari je.
Nasib baik air dorang tak sempat nak potong kan..?
Kalau sempat..memang lah kitorang yang selalu tak mandi.
Bukan nya apa...Aku memang selalu harapkan Abam.
Abam time tukar shift jer boleh bayar.
Kadang kadang abam terlajak tidur dah tempat pembayaran tutup.
Paling benci time dorang rehat.
Memang 2-3 minit pun dorang berkira..
Ini Abam yang cerita.
Sebab aku memang tak pernah pergi kannn...

Aku bukan nak merempan pasal kaunter maintenance tu.
Aku nak marah pasal apa Dorang tak repair lif kat bawah rumah aku.
Series korang..aku rumah tinggat 13.
Kat rumah aku paling tinggi tingkat 14.
Cuba korang bayangkan...kalau lif rosak.
Macam sibai ke cibai korang rasa?
Ke rasa happy sebab bukan rumah korang kan haha?
Lif yang Perumahan sediakan 4 semuanya.
Hanya 2 yang boleh pakai.
Sekarang ni hanya boleh pakai 1 lif.
dengan setiap tingkat lebih kurang 20 pintu.
Kenapalah...
Lif yang boleh pakai tu titiba pandai rosak jugak.
Saja bikin panas je.
Aku nak balik rumah pun rasa berat hati jer...
Abam akan call cakap lif masih tak repair.
Sebab Abam kesian kat bini dia yang montel ni.
Mestilah dia kesian.Sebab dah dua kali aku bernasib malang naik tangga bila lif rosak.
Owhh..korang senyum senyum ea...cakap padan muka ea?
Haha..memang lah syok naik tangga. Masa bulan puasa lagi bertambah ganda.
Berganda dosa.
Yerlah...sambil naik anak tangga marah marah.
Tangan kiri kanan dah la penuh dengan barang.
Aishhhh...perasaan aku bila dah sampai rumah,
terus nak packing barang lepas tu ajak abam pindah.

Aku nak marah lebih lebih pun buang karan jer.
Tak ada sapa dengar keluhan aku kan.
Orang perumahan apa tah lagi.
Kalau dorang dah dengar orang merungut, sure...
Hari ni rosak, esok dah ok.dah siap repair.
Ini...dah 2 minggu...sob...sob..
Lagi best setiap kali turun atau naik lif, full.
Sesak. Macam naik bas mini 53 area kg. Medan.
Eh.ok lah,
Aku nak siapkan kerja sikit.
babaiiiii......

Rabu, 2 November 2011

Test gadget orang lepas tu meroyan..

Haiii...Assalammualaikum..

Sekarang ni hujan lebat sangat kat Kg.Dusun ni
Aku dah tersangkut kat rumah mak aku sekarang ni
Apa pun tak boleh...
Nasib baik rumah mak aku ni ada wi-fi
Nak harapkan aku pasang kat rumah aku memang lah tak.
Tapi bila pikir pikir macam keperluan jugak.
Boleh gak manja manja ber YM dengan Abam.
Tapi...ada ke masa dia kan...?
Aku call sekali pun belum tentu dia nak pick up.
Bukan apa...Abam kan menoreh getah dan ikut shift.
Haaa....takkan aku tak faham faham pulak kan..?

Owhhhhh...aku baru jer baik dari demam.
Datang pulak penyakit suara hilang.
Pakej batuk dengan flu sekali.
Stress kan.
Batuk pun bukan yang perlahan lahan.
Nah...koh..koh..koh..koh..sebatu boleh dengar aku batuk.
Bertambah sakit dan perit anak tekak.
Ubat...macam macam ubat dah aku telan.
Semua tak jalan..aisssshhh..
Sedih nya..sob sob sob..
Rata rata orang ramai tak sihat.
Maklumlah...hujan..panas titiba kan.

Mood merapu dan nak memaki pun tengah berkobar kobar sekarang ni.
Aku tak tahulah kenapa perasaan tu macam ni sekarang.
Pelik pelik betul.
Tapi aku nak maki sapa kan..?
Damn...aku dah tau kat sapa aku nak maki lepas ni.
Tapi confirm kan dulu dia buat masalah malam ni ke tak kan.
Esokkkkk...siap lah aku maki ko kat sini..
gila la.. Dah dua kali weii dia buat aku maki dalam hati..
Sekali tu..aku menangis sendiri lepas tu..
Tapi dia tetap macam tu..hati kering..

Eh..oklah, abam dah call call suruh balik rumah.
Dia nak suruh aku masak.
Aku ingat malam ni nak masak yang paling simple..
Telur goreng tuang tok yu..nyam nyam...
Ermmmm...ambik mood...cool...
Bubbaiiii....

From 50th to Mato Mato

Holla..

Assalammualikum..
Pagi tadi, masa aku nak pergi kerja...
Aku tersenyum sendiri.
Mak aku kata kalau kita senyum dengan Ikhlas,
Kita mendapat rahmat...
Jadi..kalau korang terserempak dengan aku yang senyum senyum sendiri atas moto,
tu gara gara nak dapat rahmat la tu..
Sila abaikan..

Apa yang membuatkan aku tersenyum ea?
Padahal tiap tiap malam aku tidur lewat.
Subuh subuh nak bangun nak bersiap ke tempat kerja..
Ya Allah...Sanggup tarik selimut balik.
5 minit sambung tidur pun jadilah.
Sejuk air buat aku menggigil sebelum mandi...kannnn?
Macam ni,
Pagi tadi jalan Federal Highway titiba sesak nak menghala ke motorola.
Aku biasalah cuak...sebab aku tak pernah lewat ke office.
Paling lewat sampai before 740am.
Padahal office Hour 830am.
Heeee....kalau kat sekolah dulu sure dapat pelajar cemerlang sebab datang awal.
Kannn?
Aku terjengah jengah jugak.
Tengok ada kemalangan ke...lori rosak ke..
Owh...aku nampak ada Kereta Peronda Mato-mato sekali.
Mungkin kena saman kot..bisik hati sendiri.
Titiba aku nampak Mato- Mato keluar dari keretanya..dan membantu menolak kereta.
Macam hampeh kan..kalau kereta KITA rosak or titiba mati sebab tak isi minyak kan.?
Suweii jer rasanya..
Lepas Mato- mato tolak kereta tu ketepi,
Mato mato masuk dalam kereta peronda tu semula.
Lepas tu, aku tengok 3 orang budak budak berpakaian lengkap sekolah
keluar dari kereta yang rosak tu..sambil berlari anak masuk kedalam kereta peronda tu.

Terus aku tersenyum.
Aku pun tak tahu kenapa aku perlu senyum mereret sendiri.
Mato mato tu sangat baik sampai hantar budak budak yang naik kereta rosak tu kesekolah.
Macam mana aku tahu..?
Sebab kereta yang rosak tu kereta jiran orang tua aku..
Aku nak offer tolong hantar tu memang lah tak.
Jalan kita tak sehaluan..
Lagi pun aku naik moto..gila ke nak naik sampai berempat?
So...senyum lah aku sambil perhatikan Mato mato yang baik hati.
Ok..Babai..itu jer cerita hari ni..

** gambaq & cerita memang tak sama sekali.ngeh ngeh ngeh

Selasa, 1 November 2011

Special Dating..meruntun jiwa..kah kah kah

 Assalammualaikum...Dan Selamat Petang Yaw!!!

Apa barang setakat tayang batang pancing kan..?
Tayang la ikan sebarau ke..kelah ke..
Sure best punya...
Oi..oi...ini bukanlah nak cerita pasal ikan or apa kan..
Ini lah tempat yang Abam janjikan nak berdating tu..
Adoi mak...sentap hati kecik mak...
Beria ia cakap nak bawak pergi special location.
Yang aman...damai...suci murni...
Tiada hiruk pikuk kebisingan kota jelas Abam.
Wah....melompat mak budget budget pergi Cameron Highland ke...Genting ke paling koman.
Kannnnnn...?
Apa yang ada ea...?
Masa aku baca sign board ada la mention Genting lagi 100++ Km.
Bukit Fraser lagi 30km ++.
Berdebar pulak sebab masih tak sampai sampai.
Gila over isteri Abam ni tau.
Mana taknya...Esok nak kerja..cuti dah sikit nak ambil cuti EL kot.
Kang kalau banyak nau bertanya Abam buat buat tak dengar.
Dah la dia seminggu dua ni pun sengal.
Aku penat cakap sensorang, dia buat dont no jer.
Sebab utama dia begitu...FLU.
Flu boleh buat pekak...ke dia buat buat pekak ea..?

 Ok...kita stop kat sini.
Sekali Abam cakap kat sinilah dia nak ajak aku dating.
Woahhh..Aku betul betul tak sangka, kat Selangor ada tempat yang cantik macam ni.
Sila jangan percaya dengan kehijauan air ni. 
Memang air ni jernih. Tapi aku gatal edit.
Rupanya, Abam nak ajak aku imbas kenangan dia masa dia duduk kat kampung 4 tahun lepas.
Masa kami PJJ. Bila dia bosan duduk bawah ketiak mak dia,
Dia ngan kengkawan dia akan pergi memancing.
Terkejut juga aku pada mulanya.
Jauh sangat sampai ke sana Abam & gang cari port nak memancing.
Abam cakap kat tempat ni banyak ikan Sebarau.
Ikan sebarau memang suka berenang di air yang jernih & deras.
Kebetulan masa aku ngan Abam datang tu,
Ada orang asli dapat ikan sebarau kat depan mata aku.
Terus Abam cakap dia rindu dengan Rod nya..
Padahal kat rumah rod terbiar...kekeke..
Abam cakap, kalau dapat sebarau...feel dia lain..dapat Kelah feel nya lain..
Arghhh...aku mana tahu feel tangkap ikan kan..?
Dulu dulu tangkap ikan sepat guna buluh.
Lepas tu ikat dengan tangsi.hah..umpannya cacing..
Celah mana nak feel kan..?

 Tengok..Dua orang jejaka ni sanggup turun kebawah jambatan.
Jarak jambatan ngan bawah tu lebih kurang 80meter.
Kualiti gambar kurang memuaskan sebab guna henpon garu.
Kalau DSLR mungkin aku nampak parut jerawat mereka..oppsss..
Abam cakap, dulu air empangan ini penuh.
Aku macam mana nak percaya kalau tak ada bukti.
Lagi pun sekarang, cakap semua ada bukti..
Kalau setakat cakap jer....kirim salam lah.
Tapi, dah memang Abam ada bukti siap tunjuk kat aku,
Perbezaan dulu & sekarang permandangan empangan tu.
Memang...to much berbeza.
Air sekarang ni terlampau cetek.
titiba risau sebab air kat empangan ni cetek..
Isteri Abam yang separuh hati kecewa..separuh hati gembira.
Bukan lah sebab Abam ajak dating kat situ.
Sebab kecewa kedai roti canai feberet Abam ceritakan kesedapannya TUTUP.
Stress mak weii..Aku dah pasang angan angan nak makan 2 keping.
Hahaha.
Sengalkan...berbaju kurung, dating kat tepi empangan.
Punyah sopan mak masa tu..auwwww...!!!
Memang betul lepas balik kenduri kat rumah Rehan terus pecut pergi sana.
Abam cakap kang malam tak sempat nak tengok special location tu..
Cissss.....!!!
Lepas tu, sahabat mak call.
Tanya lokasi kitorang kat mana masa tu.
Lepas converstion, yeye...Ada orang nak belanja makan malam tu.
Aku kalau makan free memang lah laju nak joint.
Aku tanya Abam, nak joint tak?
Abam senyap jer. Tiada jawapan..
Jadi...aku anggap Abam tak nak pergi.Abam kan pemalu.
Lepas dah tulis nama atas batu kitorang gerak.
Abam tanya aku nak singgah mana mana lagi tak?
Aku cakap jom..teruskan perjalanan balik rumah.
Lepas tu papago pulak buat hal.
Memang lah ajar jalan paling senang.
Tapi Jalan YANGPALINGJEMDIABATINI..
So, tersengguk sengguk menghabiskan roti jem.
Sampai rumah, Abam cakap cepat siap siap...
kita keluar dinner dengan kawan kawan pulak..
Yey...terus hati kembali ceria..
Lebiu..muah muah..:)