For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 29 Februari 2012

Acik Wedding- ::Edisi Hand Bouquet lah sangat::

 Hallo...pewwwwhhh....Assalammualaikum...uoll.
Bestnya tengok rating naik lepas update blog pagi tadi.
Ho...amacam santek tak aku ngan Abam gubah?
Hahaha...banyak kali bukak..lepas tu pasang balik.
Maklumlah..first time buat hand bouquet nih.
Dulu masa aku kahwin beli yang ready made.
Lepas tu gubah sendiri.
Boleh adjust adjust kalau rasa tak suka...kannnn???
Sambil mengubah tu, sambil tengok you tube juga.
Hahaha...dasar la kan weii?
 Inilah bunga ke 2 atau untuk majlis bersanding on Sunday.
Lilac color dengan cream.Aku gatal juga tangan...buka sarung bunga sekuntum..
Agak nakal tangan aku ni masa tu...
Oho...teruja kot..
 Inilah hasilnya.
Nasib baik pengantin tak ada masa tu.
Dorang keluar pergi membeli barang barang yang masih tak ada.
Aku ni nerves sikit bila orang dok tengok tengok time menggubah ni.
Abam memula jer jadi tukang bagi arahan.
Last last dia pulak yang ajar aku susun bunga supaya jadi bulat.
Walaupun tak berapa nak bulat sangat.
Tapi..hasil kerja kami sangat comel dimata sendiri.
Lebih kurang syok sendirilah tu kan...
Kahkahkah
Taraaaaaaaaaaaaa....merah menyerolang tak warnanya?
Sakit biji mata aku bila tengok warna nih.
See...tenggelam timbul cara susunan bunga bungaan.
Gambar  farano ni kasi intro jer sebenarnya.

Lepas jer siap menggubah bunga tu kan,
Abam ajak pergi KL...nak beli barang dia pulak.
Puittt mengalahkan pengantin pulak lah Abam ni..
Khamis pergi KL, jumaat pergi KL...Sabtu pun pergi..
Opsss...orang yang kerja kat KL tak kecoh pun kan..?
Yer...aku kecoh sebab aku tak suka harungi jalan jem..
Yeehhaaaa......ok, nanti kita sambung lagi...:)

**Harga bunga jatuh lebih  kurang dari MYR0.85 sekuntum.
(murahkemahal?)

Acik Wedding - Edisi Membeli bunga nak buat mandi bungeeee....tak ah. tipu jer..

Kak Cik
 Haiii..Assalammualaikum...
Oho....lama blog mak sunyi sepi kan uall.
Maklum lah...mak busy sangat sangat.
Ok, last week selamat lah sudah adik mak yang no.3 menikah.
My o my...penatnya bukan kepalang.
Ok, cerita lepas ni edisi by edisi.
Muntah hijau lah korang nanti yer..
Lagi satu nak bagi tahu...yang kualiti gambar memang langsung tak mememuaskan.
Sebab guna henpon garu sahaja.
Tiada DSLR or camera digital.
Sebab aku & Abam malas nak mengangkut .
DSLR memang tak ada.
Aku start cuti dari hari jumaat sampailah ke hari isnin.
Semalam baru warm up sebab ada benda yang nak diuruskan selepas bercuti..
Hahaha..iyekan jer lah iye dok?

 Macam biasa, bila tang bab bab memilih bunga je, aku yang kena in-charge.
Tapi, sebagai menghormati permintaan bakal pengantin, aku ngan abam bawak juga pengantin perempuan cuci cuci mata kat kedai bunga.
Aku angkut juga bakal adik ipar yang bongsu sekali.
Untuk kasi felling kat dia..hakhakhak.
Pengantin perempuan sangat teruja bila memilih warna bunga.
Sampai sejam kot memilih warnanya.
Abam dia buat jer gaya macam tu..
Padahal cepat cepat keluar sebab sejuk...sangat dalam tu.
Kalau dah bercakap sampai keluar asap...kan...
 Pilihan bunga ni...khas untuk hand bouquet.
Pengantin demand nak 2 jambak.
Duit pun berjambak jambak keluar...kakaka..
Warna merah ni khas untuk majlis nikah pada hari sabtu.
 Sewaktu sampai rumah, laju laju aku cabut sarung bunga tu.
Tak pasal pasal bunga tu terus kembang.
Adoiyai...menyesal pun ada juga.
Maklumlah..bunga merah ni nak pakai untuk esok nya kan..
 Nasib baik baru gatal tangan untuk bunga merah jer.
Yang lilac color & cream ni tak cabut sarungnya..

Ha....sebab dah terlalu kembang kan..
Sampai tercabut petal petal bunga ros ni.
Ada dua tiga kuntum gak yang gatal sintit tercabut.
Ada gak aku yang cabut..woaaaa...gatal tangan lah katakan.

Ok, bunga ni semua aku dengan Abam yang gubah.
Memang berteraburlah rumah mak hari tu.
Nanti Aku update bagi yer...
Kasi panas blog sekejap..
Hahaha...

Selasa, 21 Februari 2012

How to make a hand-tied calla lily bouquet for your wedding -DIY Weddin...



Haii...Assalammualaikum..

Jom tengok cara orang buat bunga tangan ni...somel kan?
Ok lah...just nak share ini jer...
Babai uall..

Selasa, 14 Februari 2012

Hari ,Hari, pun Hari Kasih Sayang...kan kan??

Assalammualaikum....

Busy ke korang today?
Aku memang hari hari busy.Busy body!!Puittthhh
Hari ni mesti ramai je Gadis gadis muda belia gelejat nak balik office awalkan?
Ada yang siap apply cuti.
Heeheee...sapalah tu agaknya kan..
Dulu mungkin aku salah sorang dari tu.
Sebab masa dulu dulu aku Jahil.
Mak bapak cakap tak mahu dengar.
Ikut kata hati jer...Kenapalah kan???

Ok, lupakanlah kisah lama, malas nak ungkit ungkit lagi kan..
Hari tu, aku teringin sangat nak makan Tutti Frutti ni.
Aku ajak Abam. Tapi Abam cakap dia tak tahu kedai ni dekat mana.
Area Sunway & Subang Jaya.
So, buat luahan perasaan kat adik aku.
Adik aku cakap ada selang beberapa kedai dari tempat kerja adik aku.
Bila dah tahu tempat, Abam pulak tak free..
Jadi, terus call Sue & pergi mencekik Tutti Frutti tu bersama sama.

Ini adalah cubaan aku merasa TF (Tutti Frutti).
Rasanya masam...maklumlah Yogurt kan?
Takkan rasa manis gula pulak?
Disebabkan itu adalah cubaan pertama, walaupun dah selalu nak cuba tapi tak dapat dapat.
Aku tetap rasa TF tak boleh nak lawan Baskin Robin.
Lepas tu, Abam cakap, aku memang..kalau yang untuk kesihatan, yang ada rasa buah- buahan,
Semua tak berkenan kat tekak.
Cuba bagi ice krim yang ada kek ke, biskut ke...laju jer cakap sedap.
Eh, tapi betul apa...memang sedap...takkan aku nak tipu pulak..

Hahaha...sikit tak sama tajuk dengan cerita kan?
Sebabnya today is 14 Feb 2012.
Tapi, bagi aku tak ada makna, sebab bagi aku..setiap hari adalah bermakna..
Namun galak juga  tulis tajuk macam gitu.
Eh, oklah...jumpa lain kali...

**Pagi tadi masa aku turun bawah bayar parking, Ada orang yang nak bertanya sebab dia sesat dalam perjalanan. Dalam kereta dia u all...penuh bunga- bungaan...best jugak kalau ada orang belikan bunga.
Tapi kalau beli sendiri pun ok apa..?Silalah hargai diri sendiri...

Jumaat, 10 Februari 2012

Orang dah nak kasik...harus lah suka....benda free kannnn????

 Hip hip...horeyyyy...hip hip..horeyyyy...
Assalammualaikum..Apalah aku nikan.
Dah la lama senyap sunyi..sesekali menulis dalam blog pun sengal.
Tah hapa hapa tah..
Owh..Korang tau kan , aku ni orang biasa biasa jer.
Mana penah update beli jam jenama mahal mahal.
Paling mahal penah letak pun jenama guess.Itupun kat Petaling Street...kahkahkah
Itu paling murah aku pilih..puiiii!!mesti korang marah kan..
Aku kan...memang suka suki sangat dengan Jenama jam Swatch ni.
Aku pernah beli 6 jenis caca merba warna jam ni.
Gila kan? Setahun 2 utas aku beli.
kahkahkah.
Sebab aku kalau pakai jam jenis sakai bak kata Abam.
Mana taknya...aku kan jenis tak suka buka jam.
Sampai berbekaslah tangan aku. tapi...itu DuluuuuuUUUUUUUUU...
Yang biru biru ni jam baru aku...kuang kuang kuang.
Company toreh getah yang kasi kat Abam.
Sempena 100 tahun company di tubuhkan.
Syok kan...?
Abam memang tak pakai jam plastik macam ni..
Ada ke dia kutuk jam ni...
Ada aku kesah?hahaha, sebab aku bukan jam kan...
Dia kata tak macho kalau lelaki pakai jam macam gini.
Dia lebih selesa pakai jam steel.
Memula yang merah tu dah simpan dalam kotak.
Kengkonon boleh tukar tukar.
La ni....pakai balik.Sebab jam biru tertinggal kat rumah mak aku.
Harap harap tak der la anak anak yang mak aku jaga dok berkenan nak pinjam.
kahkahkah.

Oklah, itu jer cerita dihari Jumaat pagi ni..
Mood nak berblog tengah membara sehangat api....puiitt...

**Kadang- kadang, kita memerlukan ruang untuk membetulkan segala galanya...tak gitu???

Khamis, 9 Februari 2012

Jom melawat sedara kat Shah Alam.."banyaklah sedara kauuuu....."

 Assalammualaikum.....my oh my...
Lama gila kan aku tak mengupdate.
Malas sangat sekarang ni.
Ter ter ter...amat malas.
Kenapa tah.
Gambar berlambak lambak snap.
Cuma mood nak menaip dan berkarya merapan mengarut tak ada lately ni..
Berkarya kata ko....kahkahkah
Serious wei...aku rasa macam malas berganda ganda.
Tengok badan pun dah tau malas kan...heee..
Minggu lepas kan, aku ngan Abam ke kedai ikan.
Korang tau jer lah...aku ni nama jer Anak Jati Selangor.
Kan..tapi hampeh.
Orang tua aku pun siap beli rumah kat Shah Alam.
Tapi..salahkan dorang...sebab tak mau pindah kat sana.
Aku baru tahu...aku ulang lagi sekali...AKU BARU TAHU....!!!
Kat sebelah Wet World Shah Alam tu ada kedai Aquarium yang sangat besar aku pernah pergi.
Aku ulang balik...KEDAI IKAN TERBESAR yang aku pernah pergi setakat ni.

Memang terbaik kedainya tu.
Siap ada 4 ekor ikan Arapaima.
Semua besar besar ikannya.
Sebesar Abam...haaa...besarkan.
Korang kan..tak payah jauh jauh nak tengok Arapaima kot.
Boleh jumpa kat Shah Alam Seksyen 2.
Sisik dia kan...sampai berlumut.
Geli jugak aku tengok ikan tu.
Ingat tak, aku pernah jumpa Arapaima kat Yong Peng masa nak pergi Singapore 2 tahun yang lalu?
Tapi kat situ lagi besauuuuuuuuuuuuuuuuUUUUUUUUUuuuuu....
Untu pengetahuan korang, ikan ni namanya ikan Koi.
Mungkin ikan ni berasal dari Pahang...hahaha.Aku merepek.
Ikan ini baka dari Japan.
Ha....mahal seekor tau, kalau tak silap dalam 3 ke 4 ratus gak seekor.
Tapi semua ikan ni dah besar besar...dah boleh jaga diri masing masing..
Ohya, sebelum ada yang serbu sebab nak beli ikan Arapaima diatas...
Aku nak kasi tau..taukeh kedai ni tak jual ikan Arapaima tu.
Kirim salam jer lah bila korang berniat nak membelinya.

Bukan ikan koi, Arapaima je...ikan Arowana, sepat ronggeng, ikan kaloi, ikan patin...pun ada dorang jual.
Tapi semua stock dari besar jari...sampai besar peha.
Harga..tak boleh dirunding.
Korang pilihlah yang mana berkenan.
Jangan lupa bawak duit banyak banyak.
Sebab para peminat ikan ni, pada matanya...semuanya LAWA!!!
Kalau bawak anak tu, boleh bermesra dengan ikan.
Maksud aku, bukalah berkelakuan tak sopan...beli umpan kat kaunter,
lepas tu...bagi ikan dorang makan...kan comel.
Tapi, jangan cuba bagi makan kat Arapaima.
Tak pasal pasal ikan tu melompat tinggi pulak..

**Fakta, aku pernah tengok ikan arapaima ni mengamuk kat dalam (River Monster kalau tak silap)TV. Sampai patah oo..tulang rusuk orang tu.so...jangan bagi Arapaima kat situ mengamuk...heeee

Khamis, 2 Februari 2012

Baby New Born...Somel kan...?

 Hai...Assalammualaikum...
Alhamdulillah, Mimy sudah selamat melahirkan baby boy.
Di beri nama: Megat Nufail Anaqi.
Alololo...somel kan...?
Gambar ni aku cilok kat FB mama Fayel.
 Eh..eh...buka mata pon handsome..
Kalau tak silap aku gambar ni, baby baru berusia 1 atau 2 hari.
So suwittttttttttttt....
Tang dagu tu yang tak tahan tu.
Comel lah sangat sangat.

Ok, fast update ni...daaaa....

Roti Canai Special Telur separuh masak...Di Sungai Jalan Bunus..

 Haiii...Assalammualaikum...
Mood malas memang menguasai diri.
Sorry...banyak banyak. kahkahkah
Hui...sebulan lagi ni.
Aku ni asyik counting je.
Iya...Asyik counting sebab bakal terima ahli keluarga yang baru tak lama lagi.
Lepas tu, kitorang se-family busy sesangat lately ni.
Aku..memanglah busy yang tah hapa hapa..
Ohya, gambar family Abang aku. Kalau nak tahu tulah Abah Alili.
Happy jer sebab Mak aku baru lepas belanja dorang baju sorang sepasang.
Aku...lagi lah..Anak manja mak...sure aku dapat lebih.
Owhh..menantu lelaki sorang mak aku pun dapat juga.
Fair..semua pun dapat sebenarnya..
Ha...korang tengoklah Alili punya perangai tu.
Macam budak tak berapa nak "segar"
Dulu kan, masa muda mudi selalu lepak kat Manson kat tepi sungai Jalan Bunus tu.
Tapi, memang tak pernah order Roti cana Special terbaik dari ladang ni.
1st time aku makan.
Tu pun share dengan Abam & SIL.
Sebab lepas tu nak makan Nasi itik masak rendang pulak.
Kahkahkah...memang asyik makan jer lah...
Menembum tot...
 See...semua pun try makan Share share.
Alili jer yang makan sepinggan.
Ha...sebab Alili memang suka makan roti canai.

Ok, lain kali aku update ea....

**Busy melampaui batas.Puii......:)