For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 26 Jun 2012

Betul kata pepatah...Sedangkan lidah lagi tergigit....

Betul kata pepatah...
Sedangkan lidah lagi tergigit..
Inikan pula laki bini.
Haha...speku lah tu...!!!

3 Minggu lepas or 4 minggu yang lepas..
Aku buat makan makan kat rumah.
Siap masak bagai bagai lah.
Woah...titiba macam eh...nak masak banyak banyaklah.
Then call mak, adik beradik datang makan malam kat rumah.
Menu hari tu,
Ikan bilis sambal...ha...ini feberet bakal adik ipar.
Ayam masak lemak cili padi.yang ni feberet abah.
Lepas tu ada ikan goreng lah, telur dadar la...eh...macam macam lah aku masak hari tu.
Family member sampai lepas mahgrib.
Sekali ada Alili.
Ha.....ini cerita pasal budak ni sebenarnyaa....grrrrr!!!!

Alili, bila da sampai rumah aku...tentu sekali bosan.
Sebab bosan...rumah aku tak ada mainan.
Nak main cipet Abam dah pajak main game bola.
Jadi...budak tu terus "short" or masuk air sensorang.
Orang lain sibuk buat itu ini.
Mak aku melayan tv.
Abah pulak turun pergi solat di surau.
Ok, sapa sapa yang dah lama baca blog hangat hangat tahi ayam ni,
Mesti tahu hobi Abam.
Sapa yang belum tau lagi...meh nak cerita...Abam iolls hobinya memancing.
Ha...bila hobi memancing, automatically nya....barang barang pancing Abam banyak.
Ada 2 kotak besar.
Aku pun tak pernah usik or.....tengok tengok.
Kang rosak barang dia.
Kalau rosak sebab tak berusik Abam tak kecoh uolls.

Sebenarnya, bilik tu bilik ruang solat kat rumah.
Barang barang pancing Abam diletakkan di hujung bilik.
So, bolehlah nak sembahyang bersama.
Dekat dengan kotak tu, adalah beberapa Joran yang Abam tegakkan tepi dinding.
Cantik jer Abam susun.
Kat bawah pulak, ada satu mesin pancing.
Itu semua aku tak pernah sentuh.
Macam mana Abam letak, macam tulah dia akan ambil.
Cer kalau tersalah susun...terus Abam tanya...kenapa itu/ini teralih.
See....Abam sangat cerewet....sangat sangat...Sob sob!!
But, aku memang tak pernah nak berkenan or gatal gatal tangan pi usik sana sini.
Ha, bila Alili datang rumah aku, dia mula gelisah pusing sana...pusing sini.
Kat rumah aku memang grill tak buka macam kat rumah mak.
Dah terkurung budak tu kan...
Dalam aku busy sediakan dan hidangkan makanan,
Mata aku meliar perhatikan pergerakkan Alili tu.
Mungkin masa aku kembali ke dapur, Alili masuk dalam bilik solat.
Ha...korang ingat Alili nak pergi solat ke kan?
Haruslah tak...tapi menggodam reta benda Abam dalam tu.

Tibiba aku tengok Abam dah follow Alili keluar dari bilik solat tu.
Aku pandang Abam dengan kerutan kat sekitar luar mata.haha...dah tua weii..
Abam cakap Alili tak sempat usik apa apa...sebab Abam pun terperasan titiba rumah tak berbunyi.
Sebab Alili dah masuk bilik, sambil tutup pintu.
Itu Abam sendiri yang cakap.
Aku memang tak kuasa nak check check apa yang diusik.

Ha...ni  baru ceritanya.
Di Senja nan merah sabtu lepas.
Aku istihar perang dengan Abam.
Sebab asyik tido jer dari siang.
Aku merajuk sebab Abam janji nak pergi beli barang dapur masa tengahari..grrrr..!!
Tapi..bila time solat masih bersama...
Aku masuk bilik utama bila aku nak mengadap cermin,
Abam berdiri depan aku sambil pegang mesin pancingnya.
Korang rasa apa dah jadi dengan mesin nya ea...?
meh....aku nak gelak dulu...
wakakakakakakakkaka.....kakakakakkakakaka...kakakakkakakaka

Dengan aku yang masih muncung sedepa itu...abam tanya?
"Takkan boikot merajuk sampai buat mesin pancing Abam macam gini...?"
Aku terus tak jadi marah...terus gelak terkekeh kekeh sampai mengalir air mata.
Sebab....aku tau...bukan aku yang buat...
Yer...Alili telah memusing benang ke mesin pancing Abam.
Itu yang aku tak tahan nak gelak.
Aku rasa budak tu pusing depan belakang kot.
Sebab, baik punya tersangkut....
Hahahahaha.....Aku suka pikir jalan pintas.
Aku suruh Abam putuskan jer tali benang tu guna pisau..
Tapi Abam cakap...dia sayang.
Benang tu warna merah.
Benang baru beli.
Lepas tu mahal. benang beli pun ikut meter.
Aduhhaaaaiiii....Anak buah oh anak buah..
Nasib baik kau yang buat Alili...
Kalau aku la yang buat....setahun pun belum tentu Abam tak henti membebel.
Mesti aku kena bahan dengan dia.

Now, mesin pancing pun dah ok.
Benang pun Abam buka elok elok.
Perang pun dah berdamai....
ok itu jer..

**untung gak...dapat hadiah Abam bagi....thanks Abam..lebiulah!!

Isnin, 25 Jun 2012

Project Lepas Mahgrib.....barulah syok!!! EH.

Holla, Assalammualaikum...

Hai uolls.
Busy ke? hehe...mesti mood Monday blues kan korang ni?
Macam aku...apa barang blues blues?
Cuma malas nak pergi kerja je pagi tadi.
Weekends korang macam mana?
Aku macam biasalah...kena dera dengan Abam.
Ok, itu nanti aku cerita ye.
Now nak cerita...dari lepak lepak dengan kengkawan menakal aku ni,
terus kitorang plan buat idea melanjutkan operasi meninggalkan anak anak & suami seketika.

Time lepak aku adalah bila Abam menoreh malam & masuk seawal jam 7pm.
Modesoperandi, mesti dekat dekat...
Dan, project lepak mesti lepas solat Mahgrib.
Sebab senang nak balik rumah bila husband dorang call.
Ahahaha...kena tipu..
Kawan kawan aku...semua lupa daratan bila keluar dari rumah..
Hahahahhaa...
Lepak kat Char Kue Tiaw area kawasan jajahan kitorang paling terbaik.
Lagipun dorang ni semua kedekut pahit.
Nak ajak lepak kat stabak pun tak nak kuar duit.
Entah, masa buat cadangan nak lepak, masing masing cakap nak mencekik.
Aku tanya fastfood atau tomyam?
Masing masing cakap char kue tiaw.
So, aku macam biasa, Datin Sabarina akan datang pick up.

Dan yang jadi mangsa paling awal pun, mesti aku dengan Datin Sabarina.
Yang lain lain nasib baik cepat sampai.
Kalau lambat...kena belanja kitorang.
Haaa....kejam bukan??
hehe..bukan selalu kan kan?
Masa lepak lepak tu, dorang ajak pergi luangkan lebih masa bersama.
Aku on jer.
Janji..tak ganggu time aku dating dengan Abam.
Korang tau je lah, lepak warung tepi jalan,
Apa barang order air segelas sorang.
Masing masing tamak haloba minuk air dua gelas sorang.
Tapi...sedikit hampehlah char kue tiaw malam tu.
Char Kue Tiaw penuh dengan taugeh.
Huh...pantang betul aku macam gitu.
Tau la nak untung kan.
Agak agak la...
Ni, Taugeh jer macam seringgit sekali bubuh.
Kue Tiaw pulak, adalah besar genggam dorang bubuh.
hahahha....sekarang sapa yang bodoh?
Aku selalu order tak nak taugeh.
Malam tu dah tak sabar sangat bergosip dengan dorang..
bila tukang order tanya order...terus jer sebut kan.
Sapa yang salah??

Ho....oklah, nanti nak cerita pasal kemana kitorang lepak buang masa...
Tapi jujur nak cakap...tempat lepak tu, memang tak best pun.
Jadi...jangan lah mengharap cerita pun best.
Hahaha...hola

Rabu, 20 Jun 2012

Azlan & The Typewriter - Idola

Pergi kenduri sepupu Abam yang Abam sendiri pun tak ingat sapa nama sepupu nyer...hishhh...

 Hai uolls.
Assalammualaikum..salam siaran. Puit..macam Neelofa dalam Nona pulop.
Hohoho...
Apsal lak aku titiba tulis nama Neelofa ni??heee..
Ok, Sabtu lepas yang meletihkan ok.
Ni baru jer kumpul tenaga nak menaip kat blog.
Sabtu lepas ada saudara sebelah Arwah Abah Abam mengadakan majlis perkahwinan di Ipoh.
Aku ulang alik kedah -KL, KL- langkawi, Penang KL dah biasa.
Tapi...meredah nak pergi Ipoh titiba over excited pulop.
Sebab yang diatas aku jadi mandor jer.
Kali ini kena drive sendiri.
Abam jadi boss jer la.....sebab Abam dah jadi Panda.
Asyik menoreh shift malam jer.
Aku stress jugak sebenarnya. Tapi nak buat camner kan kan?
Baik tolong drive kan...sebelum jadi apa apa..
Walau pun abam tersengguk sengguk tahan mata teman aku berborak..
Sampai jugak akhirnya ke sana.
Sekali berhenti kat RnR sebab nak ketandas.
Aku ngan Abam gerak secara solo.
Memang tak ikut konvoi hakak hakak ipar.
Maklumlah, aku kena ikut ragam abam.
Kang kalau janji janji dengan orang tapi tak boleh nak tepati kang kena marah.

So, dalam pukul 945am aku gerak dan sampai Simpang Pulai arround 1200pm macam tu.
Best...sebab cepat sampai.
Lagi best sebab kereta pun taklah banyak sangat sepanjang jalan.
 Tapi lowi besar besar...takut gak.
 Sampai jer Simpang Pulai, cousin aku dah tunggu kat depan Balai polis Simpang Pulai tu.
Tu yang best kalau ramai saudara mara ni.
Even kau sesat barat or perlukan pertolongan..ha, kan ada sedara mara.
Cousin aku bertugas kat sana.
Jauh bawa diri diperantauan.
Ok, dari kiri Elynn, Sister In Law(Kak Lang Abam) & Ekin.
Depa ni anak beranak.
 Woah...anak anak buah semua dah besar panjang.
Dan kitorang ada 3 orang cucu.
Hahaha...dah tua kan kan?
 Sebenarnya, semua gambar ni snap di fb  Elynn pagi tadi.
Masa berarak ni, aku tengah sibuk makan ABC.
Lagipun cuaca sama macam kat sini.
Panas belengas. Campur dengan jerebu debu yang melampau.
Aku ingat bila dah jauh ngan KL jerebu tak ikut..
Meleset betul sangkaan aku...hahaha
Cousin Abam sebelah pengantin lelaki.
Tapi Abam macam biasa, sedara sendiri pun lupa nama.
Aku cukup faham....hehe..
Ohya, tengok dress pengantin perempuan nya.
Cantiklah.
Abam memang suka warna biru.
Banyak kali dia cakap warna biru tu cantik.
Puji warna jer takper ye Abam.
Jangan titiba rasa nak pakai sekali lagi.
haha..
Lama jugak Abam adik beradik termasuk sepupu aku lepak kat sana.
Bila hakak hakak abam nak pulang, kitorang sekali angkat vontot mintak diri.
Tapi, tetap kitorang tak follow hakak hakak Abam.
Kitorang nak meronda Ipoh dengan cousin aku dulu.
Benda tak rancang.
Sepupu aku tu pokleh.
Dia kerja ikut jadual.
Nak cuti pun sama.
Aku cakap if dia free boleh jadi pemandu pelancong kitorang.
Titiba free pulak hari tu.
So, memang dia jadi pemandu peloncong kitorang.
Macam macam tempat dia tunjukkan.
Just tunjuk macam itu itu...ha....sambil jari dan muncung sekali..kehkehkeh.
Aku malas nak suruh berhenti henti.
Panas gila masa tu..

Last last, singgah kat rumah Farah J.
Lepak lepak pekena durian 3 -4 ulas, lepas tu terus meronda lagi
Ok, itu jer nak bagi tahu.
Okbai.

Khamis, 7 Jun 2012

"Hello...saya Polis.Tadi awak ada call Polis ke? hahahaha....

Satu malam kubur berasap...ngeh ngeh ngeh..
Ha...takut lettew..
Sedang aku menunggu kekasih gelap ku sampai dari kebun getah.
Ada bunyi panggilan telepon.
Aku bergegas sambil bergoyang goyang lemak nak ambil telepon aku tu.
Bila nak jawap puitt(sambil buat gaya aci meludah air sireh hahahahha)
...dia miscalled pulak.
Aku tengok nombor si pemanggil agak pelik.
Bermula 010.
Aku memang malas nak return call.
Nak kata Ah long...memang bukan.
Sebab ah long jarang call waktu senja or malam.
Lepas tu sekali lagi berbunyi henpon aku.
Then aku pick up lah.
Sekali ko....tau sapa yang call?
Kekasih lama kah?...ish...bukan!
Ibu mertua ku kah?hermm...pun bukan.

Suara macam kenal.
Ala ala menjerit dia bercakap.
Alili.Abang aku belikan Alili henpon.
Punyalah aku jealous marah.
Yer la....budak tu kecik lagi kot...nak mengeja pun merangkak lagi.
Dah mengada ngada abang aku belikan henpon.
Bukan apa...mak aku bising jugak, Alili sehari nak mintak mak call kan abang aku lebih 10 kali.
Korang rasa mak aku ada share dengan orang Digi ke kan?
Haruslah...tak.Kalau ada aku kaya sekarang ni...hahaha
Topup mak aku habis sebab cucu jer la..
Kejap kejap kang mintak mak aku call Atok.
Lepas atok kang abah dia.
Lepas abah dia nak cakap dengan aku pulak.
Kesian mak aku...kena pow dengan cucu..
Mungkin sebab tu, abang aku belikan Alili henpon.
Dan mungkin lagi...sebab abang aku pun dah joint iphong jugak.

Pagi semalam jer, aku received call dari Alili 7 kali.
Kejap kejap kang call tanya dah makan ke belom.
Lepas tu call balik tanya aku kat mana pulak.
Lepas tu aku pesan kat dia...nanti Anyah je yang call Alili.
Alili tak payah call anyah.
Nanti topup Alili habis cepat.
Tak lama lepas tu, mak aku call.
Aku tanyalah kenapa.
Rupanya.............hahahhaa...aku nak gelak dulu boleh tak??

Masa Alili main dekat depan rumah, Acu menjerit jerit panggil mak aku.
Mak aku tengah sembahyang(stop sekejap sebab bunyi acu panggil mak agak gelabah bunyiknya)
Korang nak tahu kenapa?
Alili terdail no 999
Huh...terus aku tanya..lepas tu mak?
Mak aku cakap sempat berdering.
Tapi cepat cepat mak putuskan panggilan.
Ayoyo...budak kecik tu.
Sebenarnya, dia main dail jer.
Kecoh betul budak kecik tu dibelikan henpon.
Lepas jer habis bergosip dengan mak,
Aku dail no tepon Alili.
Sekali call tak pick up.
2nd call baru dia pick up.
Terus aku menyamar.
kakakakakakakakakkakakakakakakakakakakakakaka................

"Hallo saya polis, tadi awak ada call polis ke?"
"ermmm...ermmm....arrrrr?" pup. dia putuskan panggilan.
Aku call lagi.
"Hello , saya polis...kenapa matikan telepon? Nak tido balai polis ke?" aku cakap tegas.
Tapi sumpah nak terkecing sebab kelakar.
"Hallo encik polis, maafkan Alili encik Polis...Alili tak sengaja telepon encik polis."
"ok, saya maafkan.Lain kali jangan call polis lagi"
Itu pesanan aku. terus dia putuskan panggilan.
Aku macam nak putus urat kentut tergelak.
Geng gelak menoreh masa aku buat job tu.
Hahahahahahaha....
Hahahhahahahhaha...aku gelak sendiri.

woah.....nanti aku sambung lagi cerita ni...
Siot jer kan...
okbai..

Siapa dia nak mempesoalkan kita...sedangkan dia hanya menumpang disini...Amboi!!

Aku kan, titiba hari ni macam nak maki orang lah.
Hahaha...tapi aku kalau boleh malas nak ikutkan emosi.
Amboi...sekarang aku suka ikut emosi.
Nasib baik aku layan emosi sekejap jer.
Sambil tu berfikir panjang...nak terus beremosi atau meluahkan.
So, dari dulu lagi aku suka ambil jalan yang sangat mudah.
Diamkan diri...ya...diamkan diri lebih baik!!!
Itu yang terbaik untuk aku.
Selama ni aku suka update yang agak agak comel dan baik dalam blog.
Ada pernah dulu dulu aku suka maki orang.
Tapi...entah, bila jumpa orang tu...bila dia hulurkan tangan..
Nak bersalam dengan aku...terus aku boleh lupakan kisah silam.
Ya, itu jenis diri aku.

Aku memang cepat marah, cepat naik angin.
Jangan ingat aku ni pendiam kakaka...
Jangan ingat aku ni baik sangat.
Aku hanya manusia biasa.
Kadang kadang...aku suka muhasabah diri sendiri.
Tengok kekurangan diri sendiri.
Ya, kalau boleh aku tak nak maki hamun orang secara bertulis.
Entah??
Bagi aku orang tu pengecut.
Hanya berani menulis sambil memaki hamun orang lain.
Aku pun sebenarnya pengecut juga..ya...aku akuinya...kekeke

Macam tempoh hari..
Sedang aku nak membeli ikan di pasar.
Ada minah negera seberang sound sound aku.
Siap cakap kalau tak beli apa apa buat apa beratur kat sini.
Eh, suka hati aku lah nak beratur kat mana mana aku suka.
Aku ada IC. kau ada IC? aku tanya dia??
Terus dia bebel bebel bahasa yang aku tak boleh faham.
Sebenarnya dia nak potong Q untuk bayar barangan yang dia beli.
Aku beratur sebab mak tengah memilih ikan/ayam.
Keadaan kat pasar tu tak ubah macam di Sana.
Penuh dengan orang orang dia.
Kita pulak nak dipersoalkan.
Terus aku macam nak maki hamun.
Tapi...ehhh..aku pujuk hati.
Tak payah layan perasaan...
Bawakkan polis satu truck jer.
Pasti..memcicit mereka lari bertempiaran bukan??

Tapi...bukan semua macam minah yang kecoh tu.
Ada yang baik..ada yang lebih baik dari aku.
Hermmm...
Oklah...sekadar untuk meluahkan emosi jari.
Jari menggigil nak update story.
Dan korang korang jangan takut nak mempersoalkan taraf mereka.
Sebab ini negara kita..
Eh..patriotik pulak aku.
Aku pun belajar dari banyak kesilapan.
Oh ya, aku banyak dapat ilmu dari Blog Mazidul.
Dari situ aku berani mempersoalkan , siapa mereka untuk mempersoalkan aku.
Ini negara aku.
Owh yeah..

okbai..

Selasa, 5 Jun 2012

Mengidam nak buat agar agar Cendol....aduhai...banyak nau dugaannya!!!.

Yuhuuu...Assalammualaikum, hai kawan kawan...:)
Senyum sikit...aha...kan manis tu.
Ok, minggu lepas aku mengidam NAK BUAT AGAR AGAR CENDOL.
Gila pelik pelik perangai sekarang ni.
Hari hari aku meronda cari cendol you.
Sampai ada akak kat kedai tu cakap "sekarang ni belum bulan puasa..susah sikit nak ada"
Terus hati kecil aku tertipu dengan kata kata akak kedai tu.
Bila sampai kat rumah, aku buat muka sedih dan hampa.
Entah lain macam hampa nya.
Abam bebel bebel cakap aku mengada ngada.
Aku terus emo sendiri...
Terus masak telur kicap jer hari tu.
Padan muka....heeeeee

Esok tu, aku call mak.
Yer...mak cakap, mak tak pergi pasar.
Adoiii..keciwa...Ohhhhh...Aku keciwa...
Bila mak tanya kenapa aku keciwa?Aku malas nk bercerita.
Sebab aku malas nak susahkan mak masa tu.
Aku tahu...mak sayang aku...nanti mak pulak menggagau nak beli cendol untuk aku.
Jadi..aku diamkan diri..
Tapi, aku biasa...pagi jer aku senyap...
Lepas tu petang pulak aku call mak.
Tanya lah...kot kot mak tahu kat mana ada orang jual cendol kan.
Mak aku cakap ada.
Dekat dengan rumah bujang aku dulu.
Aku pun macam...alamak...malas nak pergi ke sana.
Sebab dah sampai rumah.
Harus malas nak berebut parking.
So, pendam perasaan lagi.
Bila abam balik dari menoreh, tengok muka aku sedih terus ajak pergi makan dekat luar.
Aku tak de mood nak makan kat luar.
Aku cakap tak payah nak pujuk hati aku dengan ajak makan kat luar.
Puii...itulah perasaan aku bila tak dapat nak buat agar agar cendol..
Teruk semacam....
 
Esoknya, aku dah nekad, tak mahu ingat lagi kat cendol.
Aku macam naik segan pulak asyik aku jer pergi tanya kat kedai akak tu.
Lepas tu akak tu sampai nampak aku jer...buat isyarat tangan pusing pusing.
Apsal aku tak cari kat kedai area rumah bujang aku?
Bukan aku malas, tapi kedai tu buka time subuh sampai pagi arround 10 pagi.
Aku kan keje...mana sempat nak kesana..
Sambil memikirkan menu apa nak masak petang tu,
Sampai lah kat rumah.
Bila buka beg, nampak Abah aku misscall.
Abah aku adalah jarang jarang nak call aku.
Sebab selalu aku yang call.
Kalau dia call kan,  mesti aku berdebar.
Aku laju laju call abah balik.
Rupanya abah aku nak ajak aku dengan Abam dinner kat kedai.
Tapi Abam masih belom balik rumah.
Aku cakap tak boleh nak joint abah.
Lepas tu abah pass phone kat Mak.

Mak aku cakap, dia dah belikan cendol untuk aku..
Adoiyaiii...sayang sampai tak kira juta dah kat mak aku.
Terus hati berbunga bunga...
Mak cakap mak beli masa otw nak pergi dinner.
Dekat area erea rumah mak aku juga.
Semangat nak buat agar agar cendol membara bara..
Haha...gambar pun dah jadi bukti kan.
Kalau korang nak tahu, punyalah excited aku ni,
Sampai dua kali aku buat agar agar cendol.

Ok, nanti aku update resepi yer..