For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 3 Jun 2011

Asam Pedas & Salom

Assalammualaikum korang...

Senyap sunyi blog aku kan..?
Mood nak update kelongkang.
Cerita pun tak menarik setelah aku siapkan cerita duka lara yang berepisod tu kan?
korang nak baca aku merepek lagi..?
ke...aku yang syok syok sendiri jer kan..?

Blog kalau tanpa gambar memang suram.
Ibarat Lagu & iramalah jugak kan..?
Dah aku punya mood nak ambil gambar tak ada...
Nak buat macam mana yer tak?

Gambar ni semua aku google yer anak anak..:)



Bahan bahan :

Sedikit kunyit serbuk
Ikan kembung
Cili blander 1 senduk
Asam jawa
Air semangkuk
Daun kesom
1 batang Bunga Kantan dibelah 4(sebab aku beli yang besar)
1 biji Tomato
5 biji bendi
13-15 biji lada hitam (tumbuk halus)



Cara cara nya:

Tumis minyak dengan cili blander
Masukkan daun kesum & bunga kantan lepas tu tumis sampai cili masak.
Masukkan air.(ok,ini mak aku punya cara masak asam pedas.Ikan yang korang nak masak tu, lepas korang
cuci bersih bersih , mak aku akan gaul ikan & asam jawa dalam satu bekas.
Banyak mana air sukatan, ikut gerak hati korang lah ye.
takkan ikan kembung seekor, sebaldi air pulakkan?So, agak agak lah ea.)
Bila cili dah masak masukkan lah ikan bersama sama air asam jawa tu.
Masukkan separuh sudu kecil kunyit serbuk.
Masukkan serbuk lada hitam.
Aku buat pengasinggan sebab aku kan masak ayam & ikan jugak.
Jadi, aku buat dua kuali..jenuh aku basuh kuali kekekeke..
Last masukkan bendi, garam , gula, pak aji secukup rasa.
Kalau korang punya kuah kurang masam, boleh bubuh asam keping.
sebelum tutup api, masukkan buah tomato.dah siap..
begitu mudah kalau rajin.
Kalau malas...pergi beli kat kedai..


Inilah pokok daun selom yang aku gugel..
Tapi yang aku beli kat pasar malam hari tu, gemuk gemuk macam aku.
Aku dah la jarang jarang makan ulam, sekali makan..ha...susah nak berhenti
tambah nasi.
Lauk selingan semalam, ayam goreng kunyit.
selalu aku masak asyik dapat markah curut jer..
Sebab Abam cakap, terlebih minyak la..
apa la..banyak jer komplen dia tu.
Semalam, aku guna secret recipe. hahahaha..ala pakai tepung jagung jer la..
masa nak goreng ayam tu, korang masukkan 2 sudu tepung jagung..
alamak...sumpah sedap dek non oit...

ok..ok..mlm ni kalau rajin aku hapdet lagi k..
Sambil melayan Maharaja lawak..itu pun kalau rajin la yer...

ok..selamat mencuba babai...

Tiada ulasan: