Peace yaw!!
Assalammualaikum..
Cepat cepat nak sambung cerita duka yang bertambah lara.
1st sekali aku nak tanya..apa perasaan korang kalau
orang yang korang sayang kini jadi dah tak sayang
asyik lalu lalang dengan tiada perasaan pada korang?
Lepas tu buat muka happy macam tak ada masalah.
Eh..kalau happy memang la tak der masalah kan?
Now...yang bermasalah adalah Poah.
Gila kental hati poah..
Kalau aku lah kan..eh..
Ini mato mato yang selalu cerita kat aku.
Poah pun akan luahkan perasaan nya kat aku.
Untung aku..sebab, mato mato lagi laju dari poah kasi tau.
wahh...pengaruh kuat kan..?
Padahal kalau boleh aku tak nak tahu pasal MA.
Sebab aku benci orang yang suka sengih sengih yang melampau.
Apa la aku ni kan..orang sengih sengih pun aku benci.
Senyum & sengih 2 perkara yang berbeza bagi aku.
Senyum tu cantik.
Kalau sengih sengih tu..korang fikir fikir kan lah.
Sebagai perempuan,
aku faham perangai & perasaan poah.
Mesti tension gila sebab BF kesayangan dah tak mahu Poah lagi.
Alasan yang MA kasi, sebab dia dah ada calon pilihan orang tua nya.
Lagi macam sibai aku rasa.
Sebab masa nk isi full tank kereta ko, ada ko cakap macam tu?
Dan perempuan itulah pilihan orang tua MA. kata MA ke poah.
Sejak tu,
MA & poah putus.
Putus cinta jer.
Tapi mata tak putus lagi..sebab masing masing sama department.
Celah mana nak tutup lagi kan.
Kalau meeting, mesti ada sekali..kalau ada big boss belanja pon..
mesti kena attend jugak kan?
MA & Poah bukan budak budak lagi.
Percintaan yang dah nak sampai jinjang pelamin tak jadi.
mestilah meninggalkan kesan yang agak mendalam.
wah..wah...tau tau jer aku kan...
Poah makan hati. Sampai kurus kering badan beliau.
Dah la memang kurus.
Barulah poah sedar bertapa bodohnya dia ikut cakap
MA sebab tak berhenti ambil duit macam aku.
Dah la kecewa...kan kan?
Lepas jer dengar MA bertunang, kini dengar pulak
MA nak mendirikan rumahtangga.
Hui...korang suka ke tak kalau jadi poah?
Kalau aku jadi poah...aku pun nak kawen jugak.
Lantak piang la ko kan MA.
Tapi lain orang lain caranya..
MA macam bangga gila bagi kad jemputan perkahwinan dekat Poah.
Korang agak agak poah menangis tak?
Hahahaa....korang agak agak lah apa pun kan..?
Seminggu poah demam panas...
Biasalah lepas MA cuti kahwin,
Bini MA tinggalkan kesan kesan bahan bukti bila dah jadi suami.
Bak kata Poah kalau tutup mata pun tetap nampak.
nak buat macam mana kan?
Basic lah kalau kerja kilang,
gambar kahwin ko selagi tak koyak, atau tak buruk..
selagi tu ada jer yang sudi jaja kan.
Macam haram sebab ada yang tinggalkan atas meja Poah.
Poah suka atau tak..?
Kalau aku jadi poah...aku nak jugak tengok kan..isteri MA.
Tapi Poah tak sekeypoh aku.
Poah bersabar dan ketepikan gambar tu..
Kalau aku..mesti dah hancur aku kerjakan.
Siap rendam dengan air panas lagi...kakakaka..
puas hati.
Last last Poah berhenti dengan wujudnya 2nd VSS
Kaya poah.Tapi tak sekaya aku dulu.
Dah kata namanya 2nd, mestilah sikit dari yang mula2.
ilang semua sakit mata & hati yang berlaku di dalam jiwa Poah.
Sepanjang 2 tahun Poah makan hati Berduka lara
dengan apa yang aku tulis ni.
2-3 episod jer.Dia yang mengalaminya..
ya amat sabar ko Poah.
** Now poah sudah berjaya dalam kehidupan.MA pulak entah apa cerita pun aku tak tau.Paparazi yang kepoh dulu tu semua dah stop bagi berita.
Aku pelik lah.Kenapa tak nak bagi tau MA macam mana sekarang kan..?Nak jugak tahu...(dasar keypoh tak sudah)
- terlupa pulak pasal Poah sediakan 2-3 kilo daging dendeng masa MA nak ke jepong.
ha.....dari pagi sampai petang poah masak.Aku tukang rasa jer..:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan