Assalammualaikum kawan kawan..
Aku tak tahulah nak letak tajuk apa kat entry aku ni.
Sewaktu aku menulis ni, pemikiran aku jauh diperbatasan.
Ada bait bait kemencarutan di bibir.
Tak mampu meluahkan pada zahir.
Ini lah aku.Aku redho...
Ceh ceh..puitis tak ayat tu?
Saja aku karang...kengkonon amik feel baik.
Namun..entry ni penuh makian dan cacian..
Sapa sapa terasa..sila click pangkah kat atas sebelah kanan sekali.
tqvm.
Sapa sapa yang kenal aku dengan lebih dekat,
korang mesti tahu siapa aku.
Aku memang seorang pendiam.
aku memang suka menjadi pendengar yang setia.
Aku suka memikiran apakah maksud apa yang aku dengarkan.
Korang tak boleh nak sama kan aku ketika dengan Abam.
Ketika aku dengan korang.
heee...:) senyum sikit.
Korang pernah tak jadi mangsa keadaan..
Maksud aku..macam korang gaduh ngan adik adik korang,
lepas tu mak korang masuk campur & salah kan korang.
Tanpa usul periksa..?
Sedih kan kalau macam gini...?
Aku yang nak memaki & mencaci pun da tak jadii...
Tapi cerita yang aku karang ni bukan diri aku, bukan mak aku...bukan sesiapa pun.
Cuma...aku nak kongsi sedikit pengalaman.
Aku ada ramai kawan kawan sekeliling.
Ada yang baik sangat, ada yang so so dan ada yang ok.
Tapi aku tak memilih untuk berkawan.
Budak indon tukang sapu kat office aku ni pun aku kawan.
Bagi aku kawan tiada perbatasan kecuali kawan lelaki.
Sebab aku dah kawen.enough.
Apa pandangan korang dengan sikap suka cover line?
Apa pulak pandangan korang dengan sikap keterbukaan?
& apa pulak dengan sikap suka cakap cakap belakang?
Bagi aku semua ni perlu jika digunakan dengan betul.
Aku pun salah seorang dari penggunanya.
Aku tak menafikan nya.
Ada orang kata orang pendiam kalau sekali sekala dia berkata kata..
kata katanya pedas sekali..
Sejauh mana kebenarannya...?
Bagi aku pulak..kalau aku diam bukan beerti aku kalah & marah.
Aku diam untuk lebih selesa.
Dari aku bising bising untuk menegakkan kebenaran yang sememangnya kalah..@ tak benar,
adalah tidak untuk aku.
Itu aku.
Apa ya faedah nya bila dapat info info yang tak sepatutnya korang tahu?
lepas tu dengan tak sabar serta sepantas kilat tersebar?
Aku faham dengan kecanggihan teknologi sekarang ni..
Aku tak salahkan teknologi.
Bagi aku sekarang...susah nak mempercayai..
Ok..itulah tazkirah aku hari ni.babai..
(*_*)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan