For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 31 Mei 2012

Lepas melompat terus kedapur...Pitamlah lepas tu..!!!

Assalammualaikum...
Good morning peeps...
Huh...lama betul aku sepi.
Aku bermalasan nak menaip entry lah sekarang ni.
Tapi...itu memang alasan setiap kali aku type entry kan..
oho...malas sebenarnya..
Banyak benda nak cerita.
Tapi...kang over cerita macam poyo pulak rasanya.
Korang tau jer la...
Abam bukan boleh aku over bercerita sikit kat dalam blog ni.
Semua dia nak kata aku poyo.
Aku redho, tapi dalam diam aku tulis or update jugak.
Haha...durhaka betul!!
Abam bukan bising sebab aku nak berblog.
Abam cakap tolong jangan letak gambar dia dalam blog.
Ok.. hari ni tak letak gambar dia dah.
Esok lusa ada kot...ngeh ngeh..ngeh..
Aku letak pict Alili dengan Acu tengah melacong lacong.
Apa melacong tu?
Melompat maknanya.
Itu bahasa banjar....hehe..
Lokasinya kalau tak silap kat Area tugu negara.Eh? entah?
Aku tak joint dorang pergi melepak kat situ
Just snap gambar ni thru Acik punya FB.
Banyak gila dorang bergambar.
Jeles mak nak....mak pun nak jugak...hahaha

Aku paling suka pict ni.
Nampak ceria dan sangat syok korang melompat kan?

Ikan cencaru sumbat by google. Nah...link tuan tanah!!!

Semalam, lepas balik kerja...aku pergi kedai nak beli ikan.
Tapi...semua ikan pun macam kurang menarik.
Nak beli ayam...entah, tak der nafsu nak makan ayam.
Nak beli daging...Abam pantang pulak makan daging sekarang ni.
Sotong ngan udang baru masak hari tu..
Lepas tu kan...ternampak ikan cencaru.
Orang kelantan panggil ikan Jeket.Macam lah orang tak tahu kan kan?
Terus...dalam kepala otak aku bling bling idea mencurah curah nak masak time tu.
Ok...terus beli ikan cencaru 2 ekor.
Takkan nak beli sekilo pulak.
Jenuh pulak nak habiskan nanti.

Bahan bahan untuk inti :
  • Kelapa parut seringgit (mintak parut yang putih jer)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji cili merah besar
  • Separuh kiub ayam knorr
  • sedikit garam
Cara cara:

Semua bahan kat atas tu masukkan dalam lesung batu dan tumbuk.
Agak agak dah lumat masukkan sedikit mak aji
Ikan pulak sila lumur dengan kunyit dan sedikit garam.
Ha...lepas tu, sumbat sampai penuh kat belakang ikan tu.
Senang bukan?

Macam aku, kat rumah ni tak boleh nak membakar ikan or segala jenis bakaran.
Sebab rumah flat kan.
Kalau kat rumah mak aku, mak memang ada bakar ikan.
Tapi..mak pakai tutup periuk untuk bakar ikan atas tu.
Macam aku..aku sayang nak buat macam gitu.
Sebab periuk rumah aku ada satu jer.
hahaha....kedekut pahit kan? Satu jer...
Jadi, aku goreng garing garing macam goreng ikan biasa.
Hasilnya...teramatlah sedap sampai menjilat pinggan malam tadi.
Lepas tu buat kuah kicap dengan cili potong.
Terbaik wa cakap sama luuu....
 Ok...bai bai...jumpa lagi...Insyaallah..

** Bila senyap orang cari...bila ada berlagak....huh!!!poyo.
#takadakenamengenadengansesiapa...ngehngehngeh


Rabu, 23 Mei 2012

#Medan 4# Last Enrty..hahaha

Minum milo anda jadi sihat & kuat.
Woah...promote nampak.
Ala..aku memang suka minum milo la..
Dulu , kini & selamanya.
OK, ini bukanlah milo dalam kotak yang di beli di Malaysia.
Agak pelik kan...lubang penebuk straw kat tengah tengah.
Aku memang tak pernah jumpa kat sini..
Ni pun kawan aku yang belikan.
Sebab titiba kat sana sakit perut lah.
Sakit kepalalah...
Mengada ngada...ciss...
Aku dan air teh botol yang tak boleh blah!
Aku tak boleh minum air ni kot.
Rasa lain macam..aku rasa sikit jer.
The rest Abam tolong habiskan
Ke aku sorang je yang rasa..
Sebab Abam ngan kawan aku ok jer.. kankan?
Aku buat muka happy tu sebab nak bergambo jer...
Bukan bermakna aku senyum sebab air teh botol tu.
Oh ya...masa aku belikan ole ole untuk mak aku kat kedai ni,
Owner kedai offer suruh minum teh botol ni.
Baiknya...terima kasih...sampai terlupa nak tanya nama.
Dorang siap buat demo tudung kat kepala aku.
Hahaha...Abam ada snap gambar tu.
Tapi ai shy shy lah nak taruk kat sini..
yehooo...
OK, last gambar aku nak letak.& juga last entry kat Medan
Gambar banyak sebenarnya.
Tapi guna henpon garukan.
Haruslah..sekejap hitam..sekejap cerah. puii.
Ok...dengan dialah aku pergi Medan.
Hehe..saja kasi seprias jer..
Woah...beria shopping kain baju kawen kat sinikan?
Ada bau bau nasi minyak ke ni Sue?
Hahaha...pening wei nak pilih kain kain kat sini
Semua pun cantik cantik.

Aku pun ada beli kain kat kedai ni.
Beli sekali berpuluh pasang.
Tapi bukan untuk dijual.
Aku belikan untuk family member coz next year adik aku yang bongsu nak menikah.
Habis semua duit juta rupiah aku...huaaaaa...
Maaf banyak banyak sebab terlupa nak snap gambar kain.
hahaha...
Lepas habis habis shopping,
Terus rushing balik ke hotel pick up segala barang.
Sebab nak check out then terus pergi airport nak balik Malaysia.
Sebelum sampai ke airport tu,
kitorang suruh Pak Supir bawa ke kedai Bika Ambon Zulaika.
Ala....kalau kat sini orang panggil Apam gula hangus.
Lebih kurang je bentuk nya.
Tapi aku beli perisa pandan.
Sedap jugak.. Famous jugak kedai ni..
Beratur panjang jugak rasanya sewaktu nak membayar.

Lepas tu terus Pak Supir bye bye kan kitorang..
Sebab dah sampai Airport
Nasib baik kat airport Polonia tu ada wifi free.
Sebab kitorang dah malas nak meronda ronda lagi.
Lama gak lepak kat situ.
Lebih kurang 4 jam.
Awal kan...?punyalah rentung nak tunggu.
Asyik tengok jam waktu Malaysia.
Lepas tu, waktu yang di tunggu sudah tiba...
Naik flight terus rasa tak sabar nak sampai Malaysia.
huargggghhhh......!!!!!
 
**Betul kata pepatah" sabar itu separuh dari iman.."

Isnin, 21 Mei 2012

#Medan 3# Versi Jenjalan Cari Makan

Hai...Assalamualaikum.
Meh, nak sambung cerita.
Lepas jer lepak kat Sogo tu kan,
Perut kitorang sekali lagi mendidih .
Ikutkan waktu Malaysia dah pukul 8 malam.
Waktu yang biasa untuk aku dan Abam makan.
So, suruh Pak Supir tu hantar kitorang makan kat Wajir Seafood ni.
Aku macam biasa...selalu la...was was wi sufi..
Tapi...bila tengok agak ramai orang yang makan bertudung,
Hati terus tenang...
Semoga apa yang aku dan semua makan hari tu halal..
Amin...itu yang terlintas kat hati masa tu.
Nak tengok menu nya..?
 Ok, since aku memang dah kata ini pestime pergi jenjalan kat Indonesia ni.
Perkara wajib nak rasa adalah Jus Alpukat.
Aku terus tanya kat waiter tu.
Air ni ada tak?
Ha...sekali ada..
Perasaan pertama kali minum air ni..rasa entah..biasa jer.
Tak der hebat mana pun.
Tapi...setelah dua kali sedut..terus terasa nikmatnya...
Lepas tu aku offer Abam suruh rasa.
Korang tahu apa dia komen tentang Jus Alpukat aku tu?
Rasanya seperti ranting kayu yang di blender.
Kemudian ranting kayu di bubuh sedikit air, pewarna hijau.
Akhir sekali nak menutup kuat rasa ranting...bubuh coklat..!!!
Ha...begitulah komen dari Abam.
Ala...jeles lettew...!!!
Abam order air apa tah?
Aku malas nak snap sebab air dorang jus jus biasa jer..
hahahaha...padan muka dorang...sebab korang kata air aku x sedap.
Sentap aku..terus tak mo tangkap gambar air korang...
 Black paper brokoli.
Boleh mintak dimasak bersama daging sapi atau ayam.
Aku choose ayam.
Bila order sampai...aku macam...eh...apsal besar bapak sampai pinggan brokoli ni?
Adoiyaiii...sapa nak habiskan...hahahaha..

 Udang goreng butter.
Ini paling terbaik.
Aku makan dua ketul jer.
Size udang separuh tapak tangan aku yang gebu ni.
Ha.....sedapnya...rasa nak makan lagi..
Bila nak pergi lagi nih???
 Dalam banyak banyak food yang kami order.
Tom Yam ni paling spoil.
Korang nak tahu macam mana rasa nya?
Rasanya seperti hirup kuah asam pedas.
Tapi ada letak serai.
Tak ke spoil rasanya.
Ok, serai tak jadi masalah untuk aku..
sebab bagi aku serai antara bahan utama nak buat Tom Yam.
Ini...dorang campur dengan bunga kantan.
Aku sampai sekarang tak boleh nak terima....
Ada ke...campur bunga kantan kan??
Tengok kuah...terasa sedap gila...dah rasa..
Akakaka...puii...aku tersedak pedas.
Cili padi tu wayang jer.
Tak ketuk pun..
Aku rasa depa aci campak jer..hahahaha..
Ini ikan siakap 3 rasa.
Ini pun sedap jugak.
Tapi tak larat nak habiskan.
Kawan aku cakap sepatutnya...ikan ni potong ala terbang.
Tapi...tak pulak dorang potong macam gitu.
Semua portion adalah besar.
Kitorang makan berempat pun tak habis ok.
Korang agak agak berapa ratus ribu rupiah yang habis untuk semua ni?
Aku tak ingat pun berapa....
Tapi aku rasa dalam myr 70-+.
Termasuk air sekali...

Ok..lepas kenyang makan,
hari pun hujan renyai renyai..
kitorang pun beredar dari situ.
Paling best bila ada orang tolong payungkan sampai ke mobil.
Abam aku tak jeles pun.
Sebab yang tolong payung kan dia jantan jugak.
Hahaha...
Lepas bersih bersihkan diri..
Yahooo....sambil sambil kira duit rupiah..
Yang mana lebih kan..puiittt..
Sambil tu borak borak.
Penat giler....tapi mata masih tak mahu pejam..
Abam...dia dah melayari mimpi sendiri.
Aku jer yang masih terkebil kebil tak mahu tidur.

Lepas tu layan tv Indonsia.
Celah mana pulak ada tv Malaysia kan kan?
Lepas tu ada rancangan hantu.
Puiii...memula nak tutup tv dah.
Lepas tu..aku terkekek kekek gelak.
Sebab hantu tu di cipta untuk takutkan orang.
Orang yang ditakutkan pulak is melatah.
Ha....kelakar juga...
Tapi...pikir pikir balik...macam bodoh piang pun ada jugak.

huhhhhh....sedar sedar dah pagi....ohoho....
pin pin..pin pin....bunyi itu buat aku tersedar..
Hah, nanti sambung lagi ok??

Jumaat, 18 Mei 2012

#Part 2# Medan...Bukan Kampung Medan di Petaling Jaya..

Huargggghhhhh....Opsss..termengantuk pulak tengahari remang ni.
Korang dah lunch ke?
Menu apa ea??
Ok...nak sambung cerita Medan lagi.
Hotel yang kami tinggal adalah Hotel Ibunda.
Dekat area mana, korang jangan lah tanya.
Yang pasti..Hotel Ibunda tu warna kelabu.
Aku memang tak suka nak ambil tahu lokasi nya.
Sebab lemau lemau angkara tak cukup tidur.
Pak Supir bawak ronda ronda pun aku ignore jer.
Tapi kan ualls,
Paling aku dengan Abam terkejut..
Kawan Aku tu titiba speaking Indonesia.
Aku terus tergelak.
Dalam Flight elok lagi cakap Bahasa Melayu dengan kitorang.
Dah jejak kaki kat Indonesia...hah..tu dia..
Berubah kau bercakap kan...ahahaha...


 Kat Medan , memang ramai sangat umat manusia.
Macet usah cakap lah kan.
Tapi seperkara nak puji walaupun dorang punya kenderaan sikit punya banyak..
Dan..dari dua lorong jadi 3 lorong..hah..sila lah berfikir kawan kawan.
Aku terus macam takut gila nak menghadapinya.
Terus terbayang kalau aku pulak yang drive kan.
Terus aku stuck.
Coz masih terasa yang kat Malaysia ni...lebih baik dari disana.
Aku sekarang lebih menghargai tinggal di negara sendiri.
I love Malaysia to much.
Hahaha..
Suasana pagi hening di Medan.
Dah la memula sampai agak pening dengan waktu nya.
Walaupun lewat 1 jam dari Malaysia...tapi..tak kuasa nak pusing kan jam ikut waktu sana.
Malas gila kot.
Lepas tu masing masing poyo asyik salah timing.
Setelah rehat rehat...perut mulalah kruk kruk berbunyi.
Nasi langsung tak masuk lagi ni.
Dah sampai sana bukan main mengada ngada perut ni.
Aku ni ada terdengar khabar pasal keadaan makanan di sana.
Biras akulah yang bercerita.
Banyak makanan kat sana kena hati hati.
Sebab kat sana B.I.B.I (ni alili yang eja...kengkonon mengadu dengan mak aku yang kawan dia cakap babi)
Jual merata rata.
Syukur weii...sebab aku tak sempat nampak .
Lepas tu, bila Pak Supir pick up, ajak lunch..terus je cakap nak pergi makan.
Tapi nak makan makanan yang halal.
Adoiyai...memula seram sejuk jugak nak makan dekat warong warong .
Pak Supir pun cakaplah...dia pun tak berani nak suruh kitorang makan dekat situ.
Aku asyik cakap lapar dalam hati jer la..
Kat sana pukul 1pm. Kat sini pukul 2pm kan.
Maunya tak mengelupur kebulur.
Aku ingatkan aku sorang jer macam gitu kan..
Abam dengan kawan aku pun sama rupanya..ahaha

Bila Pak Supir berhenti nak turun makan,
Aku perhatikan..pelanggan nya dulu.
Ramai juga yang bertudung.
Barulah hati ini tenang nak makan.
Lepas lunch barulah boleh jalan jalan cuci mata..
Perut pun senang hati..hahaha
Sebenarnya kan..ada banyak perkara yang boleh aku jadikan iktibar untuk diri sendiri.
Maklumlah..banyak pengalaman luas permandangan.
Walaupun baru sekali sekala berada diluar kawasan, aku harus ambil kira semuanya.
Sememangnya...kalau di Malaysia kita jarang berjumpa dengan si pemaksa membeli barang..
Namun...lebih hebat dugaan disana.
Jangan suka sombong dengan orang yang kita tak kenali.
Sebab kalau kau sombong sangat....siap sedialah kena "sembelih"
Jangan gatal gatal nak naik "angkot" (roda 3) tu...memang lah murah.
Sebab ada pakcik & makcik satu hotel dengan kitorang kena "pow" dengan pemandu angkot.

Eh, ok...lepas makan tengahari...kitorang pusing pusing dekat mana entah.
Aku malas nak ambil pusing sebab tak ada benda yang menarik untuk digambar.
Kemudian minta Pak Supir bawak kitorang ke SOGO.
Jangan tak percaya...kat Medan, Indonesia Ada SOGO..
Tapi...entah la....Sogo tu tak menaikan nafsu nak bershoping ualls.
Selamat duit Abam kankan?
Ada lah masuk kat kedai Guess.
Lepas tu aku belek selipar. Kononnya nak sambar barang 3 pasang kalau murah bebenor kan?
Tapi...kena aku syak...sesuatu..sebelum kena game kan.
Aku tanya berapa harga sepasang selipar tu.
Lepas tu....Promoter dia bagi tau harga dalam rupiah la kan.
Then aku terus kira...haa...korang mesti macam...eh apsal aku tanya harga pulak kan?
Price Tag tak der ke kan?
Yer...memang tak ada.
Poyo ark? mestilah poyo kan.
Paling poyo bila tanya...adoila...nak tipu harga.
Masa aku convert duit dalam Rm...dorang charge lebih dari 50ringgit.
Wak lu....eh.
Contoh harga selipar tu kat sini Myr 109.90 kat sana Myr 159.90 setelah di convert kan.

Kalau promoter tu kelentong pun...(if aku beli) memang la bodoh sangat rasanya..
Sebab semua Baju, kasut, selipar, beg...nan ada price tag.
Herm...pastikan korang semua bijak bijak bila nak berbelanja...
Ok...nanti sambung lagi ea...

Khamis, 17 Mei 2012

#Part 1#Medan...Bukan Kampung Medan di Petaling Jaya..

Pening? Sama macam aku gak...sambil snap pict sambil bergerak.
Hasilnya...memeningkan kepala...
Oh...Assalammualaikum....selamat petang.
Late mengupdate dalam blog sendiri adalah indah.
Suka hati aku nak update bila bila aku suka.
Tiada paksaan...or...terasa memaksa diri untuk update blog sendiri.
Itu lebih baik.
Ini cerita basi yang mengambil masa kurang dari sebulan.
Kisah terlambat update memang sengaja aku lewatkan.
Sebab....memang tiada sebab yang best aku nak di cerita...
Lagi pun...semua orang punya story or tempat korang melancong lagi hebat hebat.
Aku....biasa biasa jer...naik pun kat tambang murah Air Asia.
Hahaha...
Sewaktu kebosanan menanti pesawat.
Sampai awal pagi di Airport memang memenatkan.
Jika pun penerbangan bermula jam 8.30am.
Sebelum suboh sudah get ready nak gerak.
Tak der sapa nak hantar korang pergi naik pesawat yer..
So...drive sendiri, dan parking dekat Airport.
Oho...nanti cerita pasal berapa costing parking kat Airport Air Asia.
Murah? hahaha....murah sikit dari tambang naik Taxi Limo ke Damansara Perdana.
Hari tu adalah Trip ke Indonesia.
Bukan ke Bali...or Bandung..Tapi ke Medan.
Bukan Kampung Medan...aha..
Ini adalah kesemua duit yang telah ditukar sewaktu di Malaysia.
Kaya weii.....kalau dalam RM.
Lebih 10M. kaya tak ?
10M duit Indonesia alah...celah gigi korang kan...
Celah gigi kitorang gak sebab nak menghabiskan duit ya amat syok.
Tapi siyes...ni bukan duit kitorang.
Tumpang bergambar jer..sob sob sob..
Lepas tu...masing masing pening sebab tak biasa guna mata wang ratus ratus ribu.
Haaaa...Abam korang la...sengal tak sudah sudah.
Aku sengal sekejap jer..hahaha...
Puihh..tak mengaku kan..?
Ha, Pada sesiapa yang pernah menginap kat Hotel ni..
Pasti tahu apa nama hotel ni kan??
Flight memang tak delay pagi tu.
Syukur Al-hamdulillah.
Akhirnya....jejak jugak kaki aku kat tanah Indonesia ni. Puii..
Dah la dekat gila. Naik kapal terbang tak sempat nak order makanan lah.
Terus suruh pasang belt balik.
Sebab nak mendarat kata Pilot.
Btw, kitorang bercuti sekali bertiga.
Sapa orang ketiga tu?
Ha...nantilah...tuan tanah segan nak bergambar katanya.
heeee...
Abam yang sungguh teruja sebab boleh suka suki snap gambar kat situ.
Motif dia bergambar kat depan cermin ni aku tak tahu apa maksudnya.
Masa ni Kawan aku tengah uruskan hotel untuk kitorang.
Maklumlah...bila hujung hujung minggu jer...hotel, motel semua penuh.
Ohya...1st sekali nak cakap masa kat Airport Indonesia tu...
Titiba aku terasa sedang berada dalam cerita Sinetron Tv3.
Hahaha...bodoh piang kan?
Tapi...itu pengalaman.
Hadoi la....tu belum pergi jauh jauh lagi tu...
Eh...mengarut pulak.
Di sebabkan sampai Medan sangat awal.
Jadi, terus suruh Pak Supir hantar ke Hotel.
Awas kawan kawan...Pak Supir di kawasan Airport lebih kuat mencekik nya tau.
Baik korang keluar jalan kaki sikit...then akan ada Pak Supir yang akan tanya Destinasi
Kemana korang nak pergi.
Macam aku..memang sure sengal.
Tapi...Kawan aku tu...sudah ulang alik ke sana.
Jadi...Memang tiada istilah kena "kencing" kat sana.
Kos sepatutnya sampai di Hotel yang kami menginap adalah 100rp.
Hah...Pandai pandai lah korang kali bahagi sendiri.
Jika ada yang menawarkan lebih murah...korang boleh grab.
Kalau lebih dari itu...
Dah sasah korang kena "kencing".
Dan lebih best...bila dapat Pak Supir yang baik.
Ok...ready nak merepek lagi?
hermm....sambung esok esok la..

Babai..

Jumaat, 11 Mei 2012

Demam!!

Alloooo....Assalammualaikum.. Woahhh..aku merindui blog aku semdiri.. Aku dah lama tak membebel sendiri. Sebab blog ni pun aku buat untuk syok syok sendiri pun. Sepuloh hari aku senyap sunyi kan. Aku masih bernyawa.. Tapi...aku tak sihat. Ini semua punca dari Abam. Abam demam....aku pun demam sekali. Abam dah sihat sejahtera.. Aku terpeledot tak boleh bangun. Malam tadi Abam bising bising suruh makan ubat. Aku....herm...pandang ubat, pandang muka Abam.. Lepas tu aku terus masuk bilik. Kepala berat semacam. Mata yang sepet bertambah sepet. Sebab aku gonyoh gonyoh biji mata. Kengkonon tak mahu makan ubat. Nasib baik abam tak hentak meja...kakaka. Semalam, aku lepas balik keje, melepak rumah mak aku kejap Then balik rumah sendiri. Lepas mahgrib tu, aku terus baring..sampai abam balik kerja. Lepas hidang untuk dia makan, Aku tak sempat nak tunggu abam makan ok. Dia makan sensorang. Sebenarnya kesian..tapi nak buat macamana..kan kan.. Nasib baik aku sempat masak telur mata kerbau masak kicap, Dengan sayur kacang. Arround 3am abam baru baring kat sebelah aku. Sebab dia sebok main game. Sebelum aku halau dia main game kat depan..baik pergi dulu. Agak agak dah puas main game bola abam tu karang, baru masuk bilik. Yer...game bola kat cipek memang bising. Gua tension...sebab aku nak kerja esok nya. Dia sedapla...tido lewat...lepas tu pergi menoreh lewat!!! Punca aku terjaga dari tidur pun sebab mimpi bersambung sambung. Pelik jugak malam tadi. Lepas mimpi tayar kereta...ahahahaha Mimpi MIL boleh berjalan. Tu yang terus terjaga dari tidur tu.. Terus aku kejut abam yang baru nak terlena.. Korang tau apa dia cakap... Haaa...tu tandanya awak kena makan ubat..!! Sebab nak suruh baik dari demam.. Herm...aku pun lantas bangun dan makan ubat. Lepas tu sambung tido balik. Sebenarnya aku kurang berehat kot. Asyik nak tido jer keje nye kan? Eh..terpanjang pulak buat luahan hati kat sini.. Aku ada banyak benda nak story lagi.. Tapi..nanti nanti lah.. Ok, esok dah hari sabtu.. Selamat bercuti pada yang cuti.. Pada yang bekerja...selamat bekerja.. Babai...hiks hiks **Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang disekeliling tersenyum, Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang Akan tersenyum...dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis...

Rabu, 2 Mei 2012

1 May 2012

Assalammualaikum....hai ualls..

Titiba aku nak senyum senyum kambeng sensorang lah..
Tapi tertulis kat blog pulak.
Woahhh...semalam cuti korang buat apa ea?
Aku macam biasa...bila Abam menoreh shift malam...aku pun jadi kelawar..
Ada jer yang booking ajak dating bersama...rindu lettew..kan kan?
Aku kan...kalau ada masa terluang boleh jer lepak or mengelenjat bersama.
Tapi...kalau aku ada commitment lain..or Abam ada...semua aku bataskan..
 Semalam, adik aku dengan tunangnya...pagi pagi dah tanya..aku free ke tidak hari ni..(semalam)
Aku reply, selagi Abam tak pergi menoreh...aku tak free..
So...aku free lepas pukul 6:30pm. coz Abam titiba kena paksa menoreh masuk awal.
Woahhh...menoreh time public holiday kan....hasilnya...InsyaAllah...:)

Lepas kiss kiss kat parking ....puiiii....kau ingat aku duduk kat amareka ke???
Buang tebiat nak feeling amareka kan...kiss tangan sudah ler...haha..
Bukan tak boleh tapi aku segan...tak gamak nak buat macam tu...hahaha..
Lepas tu laju laju datang rumah mak.Selaju hujan petang semalam...
Aku tunggu kat bawah je.Malas nak naik rumah mak dulu..
Dengan bagai bagai barang mengangkut macam biasa kan...
So...tujuan utama Ikea..

Korang nak tahu sebab apa kesana?
Sebab nak beli barang nak buat bunga telur.
Woah....perasan benar budak berdua ni.
Entah apa yang best beli belah kat situ pun aku tak tahu..
Aku ,walaupun sekangkang kera..bukan geng kang kang curi susu  dengan Ikea,
Tetap buat buat tak ada masa nak kesitu..
Yelah...orang ramai...Aku rimas..
Tapi...disebabkan budak berdua ni ajak juga aku ikut...
Aku pow dorang Meat ball kat sana.
Hah...rasa kan...set meatball yang satu lagi tu..aku punya sensorang..
Lagi padan muka...sebab beratur panjang gila petang semalam..
Adik aku dah rasuah aku supaya lupakan meat ball di Ikea.
Dia ajak makan kat Murni...ohoooo...say No to Murni...tah..titiba aku jadi macam tu semalam.
Terkejut dengan diri sendiri sebenarnya...
Muka happy lepas makan meat ball...yummy....:)

 Lepas acara makan berkongsi kongsi..terus cari barang yang dikehendaki.
Amboi...kemain korang yer adik berdua.
Tak hagak hagak shopping macam naik van.
Penuh kubik dengan timbunan barang dorang ni.
Aku memang ada yang berkenan kat Ikea tu...tapi lebih banyak tak berkenan..
Sebab...tak der banyak wang..

Lepas selesai membeli belah, aku ingatkan dorang ni nak ajak balik.
Aku tengok jam dah nak dekat pukul 9 malam.
Rupanya...dorang ajak pergi menonton wayang.
Eh..eh...rasa macam janggal pulak.
Sebab aku selalu tengok wayang dengan Abam yang tercinta..
Ni dengan adik adik pulak..
Lepas tu...dorang dera aku ambil tayangan jam 11:15pm.
Huarrrggghhhh...Kemain mata aku nak terlolap.
Lepas tu, nasib baik aku ada bawak Si ciped.hahahaha...
Sambil menghabiskan waktu...main Draw Racing.
Sumpah budak budak ni ketawa terbahak bahak.
Rasa macam dating dengan orang sewel pulak aku rasa..

Cerita The Avengers yang dorang nak tonton.
Aku ok jer...kalau dorang nak belanja tengok cerita Thamby pun aku ok.
Nasib baik cerita superb.
Memula kurang faham.
Lepas di cerita kan oleh kak cik...baru aku faham.
Ye la..aku bukan selalu sangat tengok cerita omputeh.
Tu yang selalu tertinggal pesawat....
Rupanya Film tu adalah sekual Thor.
Ha....kan ada sedikit sengal kat diri aku kot..
Titiba jer...kan kan?
Ok, now nak update sikit pasal butik Sue dengan Aku. Sapa sapa berkenan dengan Kain pasang ni..boleh melawat kat SINI..Yang pasti...harga kami jauh lebih murah dari pesaing yang lain...ok....Babai...muah muah..