For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 30 Mac 2012

Bersama Dato' Adnan & sekutunya...yeyeh...!!!

 Yana & Me yang tembun...:)# yana yang sangat sangat comel & tinggi

Yuhu....Assalammualaikum..
Peehhhhh....cukup seminggu aku perap , peram story kot.
Bila dah nak update story, titiba aku kebusyan pulak.
Kang bila tak busy, modal nak berceloteh tak der.
Hai...lah, malas bebenor aku sekarang ni...
Mari aku sambung cerita dari minggu lepas..hahaha,
Email aku sekarang ni selalu sangat masuk kat spam.
Aku bukannya rajin nak jengah jengah email lately ni.
Kalau setakat nak bagi tahu yang kena loteri ke...kan?
Dah sasah kerja kerja orang jahat..hahaha...memang aku terus delete.
Bila aku nak delete email spam tu, terpandang email dari MIG.
Ho....jemputan ke majlis makan makan.
Mula mula macam eh...tak nak pergi la...mesti dorang buat majlis jauh..
Aku kan, minah rempit.
Kalau nak pergi KL , minah rempit ni goyang sikit.
Bukan apa...sekarang ni..ada macam macam kes...minah rempit terus paranoid.
Lain lah kalau pergi dengan Abam kan..
Bila baca laju laju nampak kat Kelantan Delight.
Wah...macam best jer.
Sebelah mata jer nak pergi sana.
Dekat & senang. Dekat dengan rumah, senang dengan parking.eh
Lepas tu reply kat MIG dan say yes untuk invitation tu..
 Me & Akak yang menang moto tempohari

Kawan baru. Akak ni datang dari jauh uolls.
Sebab dia salah sorang dari pemenang yang bertuah malam tu.
Apakenamaakaknipunmaktakingat:)
Dia menang moto yer. Tu yang hitam tu kunci replica Modernas.
Eh eh...bestnya..dapat moto percuma dek kerana liek kat FB yer uolls.
Sorang lagi pun datang dari jauh juga.
Mak segan..jadi tak bergambar dengan dia..

 Jejaka Idaman Melaya & Me ahaahahaha...yah Malu nok...:)

Yeha...dengan jejaka idaman melaya.
Hensem tau dia ni.
Jeles sangat abam bila tengok gambar ni.
Ha....aku tau, korang mesti nak tahu..kenapa aku tak pergi dengan abam.
Kankan? Gila sengal tuduh orang macam gitu...:)
Abam kebetulan bertugas menoreh getah waktu afrika.
Aku suruh abam MC. Abam tak nak Ok. dia jual mahal.
Dia kata dia segan...
Aku dalam rela terpaksa jugak.
Nasib baik abam tak buat muka sentap.
Tapi kira sentap sebab malam tu agak lewat abam call aku dari ladang getahnya...
Sentap lettew..

Along Maharaja Lawak...& me yang asyik peace 24jam masa kat situ..

Lepas Major David Teo memberi sepatah  dua kata,
Terus acara makan makan.
Yang ni memang acara yang di tunggu tunggu.
Aku memang mengelamun sikit bila ada orang tengah bagi ucapan.
Maklumlah...titiba tetamu jemputan biliknya asing asing.
Harus kepekakan telinga...membutakan mata...hahahaha..
Makanan semua sedap sedap belaka.
Aku memang peberet masakan kelantan.
Lagi lagi tomyam yang aku amik semangkuk kecik tu..
sedap weiii..
Yah malu nak tambah lagi...katanya...
Nak tapau masuk beg lagi maluuuu....kakakaka....

Masa register kat depan, dapat door gift. nah...aku tunjuk kat korang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
2 Keping poster : Dah selamat kat Alili & Acu
2 bungkus Mamee: Pun Alili ngan Acu yang makan
1 VCD : Aku tatau siapa yang dapat sebab budak berdua tu sentap...coz berebut!!
1 T-shirt dari MIG: yang ni aku kasi kat adik ipar aku...

** ok...selamat sudah story mory yang aku simpan kat draft sejak berkurun lepas..
Babai...
 

Khamis, 22 Mac 2012

Aku tak reti nak kasi tajuk la....kang korang kata aku poyo lak...hahaha

 Ok, Assalammualaikum.. derr!!!
Aku ni sebenarnya, memang selalu merayau rayau kat blog kawan kawan.
Lepas tu baca blog Abang Nara, ala..blog popular pasal retis metis tu lah.
Aku memang suka membaca komen yang berjela jela bila Abang Nara buat entry.
Lepas tu aku ketawa sensorang, sebab lucu baca komen komen kat sana.
Sebab komen komen kat sana ada macam macam korang boleh jumpa.Nice ok.
Satu hari, abang nara ada post kat entry dia pasal contest like kat FB.
Aku memang seorang yang jarang jarang nak joint contest.
Sebab aku tak suka kalau kalah...hahahaha.
Yang membuatkan aku terbuka hati nak joint adalah kerana..
Gambar kat bawah ni.
Korang kena bergambar dengan motorsikal.
Tak kisahlah, motosikal pinjam ke, moto adik abang ke, kan?
Jangan moto curi sudah. T & C dorang memang senang, fill up form yang disediakan,
then upload gambar.
Senang bukan?
Tak payah lah korang nak mengampu or bagi kata kata pujian  kat MIG kan kan?
contoh gini: Saya suka kau sebab...............................................(isi tempat kosong tak melebihi 20 patah perkataan) hoooo...memang aku tak kan joint lah weii.
Amacam...ini gambar yang aku upload tempoh hari..?
Ada gaya minah rempit tak..?
Ini moto kawan lama aku...dia kasi aku pinjam moto dia.
Gambar ni gambar lama..hahaha..
Kalau korang nak tahu, moto ni berat gila.
Mungkin lebih berat dari badan aku..perasan lettew..puitttthhh..

Paling aku benci sebab nak suruh orang like like kat FB.
Memang lah..tak suka.
Sebab aku pun kurang suka bila orang post wall then suruh like.
Jarang jarang aku tolong like kan...hahaha.
Aku cuma suruh kengkawan rapat jer yang like.
Itu pun secara paksa aku suruh. dah kata kawan rapat kan..
Sapa tak like, aku cekik leher korang.senang bukan?
Dorang pun takut, lalu like...hahaha.
Rupanya, ramai juga yang aku tak paksa tolong like kan..
Yuhuuu..tak terbalas jasa korang yang like ahkak yer...

Undi like dibuka untuk beberapa hari.
Aku sabtu & ahad memang lah tak boleh nak like kan..
sebab tak pergi rumah mak :)
Tup tup, rupanya dah habis contest date nya.
Aku tak harap pun menang.
Sebab last aku tengok, aku punya rating...dah termasuk page yang ke - 3.
Tapi masih dia atas, so....aku sendiri cakap...eh...aku kalah..
So, memang tak mengharap...kau ingat aku ni jenis mengharap ke?
Aku memang jenis tak mengharap.
Nak bagi harapan pun belum tentu lagi..ish..macam kejam jer ayat ni ark?

owh....nanti kita sambung lagi ea...
Aku nak kemas kemas ni...sebab nak balik dah waktu Maldives sekarang ni..

Titiba Rasa Macam dah lama tak update blog....today nak update!! Puittthhhh..

 Hai uolls..Apa Khabaq? Assalammualaikum..
Lama kan aku senyap sunyi tanpa menulis kat blog?
Ada update pun sebab Youtube je.
Aku memang super pemalas la ni.
Walaupun aku tahap dewa malas nak menulis kat sini..
Tapi...aku rindu sebenarnya.
Rindu nak mengarut kat sini..
 Layankanlah pict yang aku bakal masukkan dalam blog jap jap lagi.
Itu pun kalau rajin...puiiii...kan?
Ini semua aktiviti semalam 21 March 2012.
Aku memang ambik banyak gambar untuk letak kat blog.
Tapi...sudahnya..aku malas nak sign in untuk update blog.
Maafkan aku....
Woaaaa.....korang lagi selalu dapat jemputan yang best best kan..
Aku ni macai jer...tak pernah minat pun nak pergi event yang Gah Gah.
Sebab baju aku semua beli kat pasar malam..malu laaaa.....(tapi semalam tak malu)
Beg duit pun beli kat Petaling Street. 
Lepas tu aku ni pemalu..hahaha..

**merendah diri lebih baik dari meninggi diri..sebab nanti terlupa, dari mana asal kita..:)

Rabu, 14 Mac 2012

SeeFood 2012 Trailer



Hai..Assalammualaikum..

Dah lama tak tengok wayang cerita kanak kanak..
Rasa macam nak pergi menonton cerita ni lah..
Tengok trailer macam best jer.

Ok...baibai...

Acik Wedding- ::Edisi Last ....phewwwww....!!!

 Assalammualaikum..
Akhirnya, habis sudah entry by entry yang sudah lapuk di publish.
Gila babeng lama kan?
Aku memang malas nak menaip entry apatah lagi berstory.
Ok, Insyaallah...next years, my youngest brother akan mendirikan rumah tangga pulak.
Kalau ikutkan perjanjian mak mak ni,
Nak buat akhir tahun ni jugak.
Tapi....kitorang suruh stop dulu la...
Penat kenduri lepas pun belum habis..hahahaha...dan dan jer.

Gambar memang macam biasa blur blur.
Sebenarnya ada cerita disebalik warna baju kitorang.
Yang tukang pilih warna baju melayu aku.
Yang beli kain nak buat baju kurung pun aku.
Jadiiiii....mak , Abam bebel bebel salahkan aku....
Hahaha..Masa beli baju melayu, aku dah jatuh cinta dengan warna Turquoise.
Kuning Jagung pun cantik jugak.but...terpilih warna Turquoise untuk 11 pasang baju melayu di Kas Tailor.
Kendian, pergi kedai kain potong kat Nagoya.
Nak beli kat Jakel...tak mampu:)) ahaha..

Paling bijak bila nak membeli..mak tak bawa contoh warna.
Aku cakap dengan mak, suruh beli yang warna hijau hijau sikit.
Mak cakap yang biru sangat ni ha.
So, malas membantah, balik rumah mak..terus hantar kat tukang jahit.
Setengah bulan kendian...siap. Bawak balik rumah...ha...sekali pakai..
Abam cakap mata aku kero.
Dah tak kenal warna ..
Yer ualls.Warna biru kain sekolah menengah aku & mak pilih.

 Ha...aku memang tak ingat nak ambil gambar masa adik aku bersanding.
Henpon garu habis bateri.
Ni cilok kat sapa punya muka buku pun aku tak ingat.
Warna baju pengantin adalah hijau kain sekolah Agama.
Warna yang jarang jarang orang guna.
Adik aku choose guna package Allfinaz sama macam aku jugak.
Untung badang keding macam Farah.
Semua baju yang dia suka..semua boleh pakai..
Aku gak yang rugi..Sebab Gemokkk!!!
Hahaha..comel ke buruk gambar niea?
Aku bukan cubit betul betul pun.
Abam tu...ngada ngada ajak bersanding sekali lagi.
Korang tengok je lah tangan nya gitu kan..?

Haizzzz..letih nak sudahkan entry ni sebenarnya,
Puas korek korek gambar sana sini.
Memang tak banyak.
Sebab tumpang bergambar pun pakai henpon garu sepupu sepapat aku.
Apa apa pun...terima kasih pada saudara mara yang sudi berhempas pulas menolong,
Yang datang memeriahkan majlis tempoh hari.
Maaf jika ada kekurangan, salah dan silap yang tidak perasan ketika majlis berlangsung.
Pada guest yang datang..maaf sebab ada yang terpaksa menunggu lama nak makan.
Q panjang sangat.

Ok...baibai...wasalam..hiiiiii:)

Isnin, 12 Mac 2012

Cheque Nuffnang dah sampai...Terima Kasih...heeeeee...nak senyum lebar boleh x?

 
Assalammualaikum...Selamat Hari senin ualls..
Ok, picture dia atas sangat sangat poyo untuk ditayangkan.
Aku malu sebab pendapatan aku berblog bukan  yang ribu ribu.
Tapi Aku bersyukur...Al-hamdulillah...
Cukup untuk beli kasut C&K 3-4 pasang:)
Itu pun time Discount.
Heeee....
Ok, Cheque ni sampai Jumaat minggu lepas.
Titiba adik bongsu aku call cakap cheque Nuffnang dah sampai.
Aku sangat gembira...hahahaha...skema betul ayat.
Ini adalah cheque yang kedua yang telah diberikan oleh Nuffnang.
Thank u so much Nuffnang.

Ok..pada sapa sapa yang belum mendaftar di Nuffnang,
Sila mendaftar di sini!!!
Banyak benefit yang korang akan dapat.
Tak rugi yer adik adik...:)

Ok, selamat bergumbiraaaaaaaa....aha!!

Jumaat, 9 Mac 2012

Acik Wedding- ::Edisi Malam hari...sebelum Bersanding Besok!!

 Assalammualaikum..
I'm back on track..hahaha...hampun..kembali ke? Kang esok esok malas update.
Ok, Lepas majlis nikah..semua balik rumah mak.
Nasib baik Cik Timah bagi semangkuk tingkat yang Full dengan makanan untuk dibawa pulang.
Kebetulan sepupu sepapat aku sudah sampai yang dari jauh jauh.
Jadi, hidangkan dorang makanan..pastu aku terus sambung tido kat dalam bilik.
Abam...entah..aku dah tak ingat dia kemana masa tu.

Lepas mahgrib, kitorang berbiji biji kereta move ke Kelana Jaya.
Sebab nak tolomg bagai bagai benda yang masih belum siap.
1st sekali nak kena buat..adalah menyiapkan goodie bag untuk tetamu.
Minah kat atas tu feeling sensorang.
selalu sensorang klu bergambar atas pelamin..kahkahkah...
 Hahaha..tenaga kerahan berjaya menyiapkan lebih 1000 goodie bag malam tu.
Antara isi dalam goodie bag adalah Coklat Lindt, bahulu , telur rebus, kerepek kerepek.
Ha...memang agak kepenatan sedikit sebab macam macam nak kena tarukkan?
Yang pasti, sepupu sepapat aku memang terbaik.
Semua sanggup kena kerah tenaga.
Sayang korang banyak banyak...
ohya, 500++ untuk family kitorang,
500++ lagi untuk family farah.
 Sepupu lelaki aku mengelat.
Tak aciii...sebab semua nak buat kerja senang jer.
Dorang nak melipat penanda buku tu jer.
Alili panggil kertas merah tu penanda buku.
 Ha...kan aku cakap, Adik aku ni buat majlis dengan budget.
Bukan  mampu nak buat bunga setaman untuk semeja.
So, buat ikut yang termampu.
Buat apa buat majlis grand grand..tapi berhutang.
Masa ni, kitorang dah halau pengantin balik rumah masing masing..
Sebab kesian pulak..kang mata korang jadi mata panda!!
Hai...saya coklat lindt.
Semua dah selamat masuk dalam perut tetamu saya rasa.
Rasa coklat lind ni bagi aku entah...macam biasa jer.
Tapi yang aku tengok kalau jual kat kedai, mak ai..melantak lantak harganya.
Pedulikkan harga nya.
Yang pasti...semua pun dah selamat dah kerja kitorang malam tu.
Aku gerak balik dalam pukul 2am dari dewan.
Sepupu aku & kawan kawan dorang lagi kesian..sebab kena pasang petunjuk arah lepas tu..
Aku yang kengkonon nak terus balik rumah sendiri..tapi terhenti kat rumah mak sebab nak ambil
pelbagai charger & baju yang tak berpakai.
Sudahnya...cousin aku nak tumpang bermalam kat rumah tak berharta kitorang.
Ok...on!! Lepas tu masing masing mengadu kebuluran.
Ya...dorang memang kebuluran.
Sebab kitorang kat dewan mencekik KFC yang bukan di beli di I-City.
Untung la....tapi tetap tak untung.
Dorang dera aku nak makan jauh jauh.
Nasib baik tak mintak makan kat Penang.
Memang mintak penampar lah budak budak tu gamaknya.

Aku memang kena balik rumah dulu.
Sebab aku seharian suntuk tak mandi.
Kakakakaka, siap mintak maaf lagi sapa sapa yang mengada ngada nak dekat dekat dengan aku masa tu.
Padahal...minyak wangi dah setengah botol aku spry kat badan.
Bau wangi ke busuk kan..?
Tapi..aku tetap tak selesa.
Lepas tu..terus otw ke Kg. Baru.
Lebam mata panda ku....o.m.giiiiii...
Lepas makan...nasib baik dorang tak mintak nak lepak kat dataran merdeka ke hapa kan..
terus balik rumah.. dan tido..

**kunci jam pukul 630am. padahal sampai rumah 450am.. puithhh la...aptb!!
tapi best!!

Khamis, 8 Mac 2012

Acik Wedding- ::Edisi Out door yang membuatkan excited nak joint lepas tu.....sila teruskan membaca!!!

 Hallo....Assalammualaikum...wah...sejuk bonar tengah hari romang hari ni..
Matahari kat area sini menangis sejak pagi tadi..
Mungkin bulan buat matahari merajuk..ahahaha

Ok lah, nak sambung balik cerita basi aku ni..
Lepas jer majlis pernikahan..masing masing menggelupur kelaparan.
Sebab kat masjid tak hidangkan nasi.
Akan TETAPI di rumah Farah.
Nasib baik masjid dengan rumah sekangkang kera.
Tapi...perut aku lapar kot..eh eh...semua orang lapar masa tu..
Hidangan lauk pauk ala kampung memang best.
Aku memula nak masuk rumah sebab nak ke tandas.
Last last terus pajak tempat duduk sebelah untie aku..Cik Ani.
Dah sedap makan, eh baru perasan...Abam & aku tak makan bersama..
Hak hak hak...dah la Abam tolong pegangkan handbag.
Korang tahu jer la...bila makan duduk depan makcik makcik ni..
Bersembang sembang terlupa kat laki..
Laju laju aku makan tapi sempat bertambah 2 kali nasi sebab lauk nya "hot" gila.
Nenas dengan ikan talang masak lemak cili padi.
Pheewwww...berpeluh siot.
Sambal belacan lagi..Sedap!!!
 Bila aku intai jer kat depan...muka abam macam "mus".
Tajam jer muncungnya.
Padahal dia pun dah siap makan pun.
Ala....adik adik mu kan ada Abam...sajer jer tau nak sentap sentap!!
Terus terbayangkan, abam ..handbag...Abam..handbag.
Kakakakaka....

Sepatutnya, semua gang gang baju Purple kena paksa dengan aku pergi Outdoor kat Putrajaya.
Tetapi....lepas makan kenyang...semua tarik muka kesian.
Semua pun malas.
Aku lagilah malas.
Ada driver pun aku tak nak joint. Sebab terasa macam jauh gila..
Yang pasti kekenyangan.
Last last...adalah 2-3 sepupu Aku & fara temankan dorang kesana.
Yey....kesian adik aku.
Kalau korang buat tepi kolam hari tu ke...Anyah nak gak joint.
Lepas tu..Anyah duduk bersimpuh tepi kolam...eh..!!
Gambar gambar diatas semua aku copy dari muka buku.
So...agak blur blur jugak.
Cameraman adik aku update sekeping jer gambar buat teaser..
Sangat cantik setelah di edit.

haaaa....oklah..aku dah nak balik ni..harap harap jalan tak jem.

Ok, babai....

p/s: kau ingat kau jer reti marah? Aku tak???grrrrr...!!!

Rabu, 7 Mac 2012

Acik Wedding- ::Edisi Aksi Spontan Sewaktu Pernikahan

 Assalammualaikum...Salam Sejahtera uolls..:)
 Abam memang mangsa & pakar perunding imej ketika itu.
Adik aku yang gedebok bercermin mato hitam tu...sebenarnya cover line.
Sebab mato dia dah macam beruang panda.
hehe..
Eheh..gedebok nyer yang pakai baju petak petak tu..
 
 Mak tu kenapa ea?
Tepuk amai amai ke mak..?
kekekeke..
 Ha...blackberry kot tu..?
Kahkahkah..keji kan sapa yang buat gitu?
Apakah..???
 Aku dera budak ni supaya senyum sampai nampak gigi.
Dia comel sangat.
Tapi...bukan main menakal.
Tapi..biasalah..kanak kanak...:)
He....Abam dengan Sepupu aku yang paling kecik.
hahahaha...percaya tak??? Silalah percaya...

p/s:Setiap gambar..pasti ada cerita...kan kan?

Acik Wedding- ::Edisi Benikah di Pagi yang hening...tapi terlambat...nasib baik Tok Kadi tak merajuk....kahkahkah

Haha.Sentap baca tajuk hari nih?
Oppp...Assalammualaikum..(Sorry peram cerita..mood muram durjana nak mengupdate blog kot)
Plan asal adik mak menikah memang waktu Malaysia jam 11Am.
Awalkan kan?
Lepas tu , adik aku cakap arround 1030am kena ada kat kawasan masjid.
Kebetulan pulak memang malas dah nak balik rumah sendiri masa tu.
So, bangun subuh subuh...cau balik rumah dan bersiap siap.
Hasilnya...agak lewat juga sampai ke masjid masa tu.
Maybe 5 minit lambat kan kan.
Adik adik aku yang lain sudah sampai. Yang lambat aku ngan untie aku yang tercinta.
Sebab sesatbarat mengingat jalan mencari Masjid yang bakal menjadi saksi nanti.
Abam kau orang memang kadang kadang boleh harap.
Kadang kadang hampeh.
Padahal, dudulu bulu kaki Abam bersepah kat area tu...Mak aii..sembang...an an?
Nasib baik terjumpa logo masjid. Kalau tak...sure...!!!
Kami ketinggalan pesawat menyaksikan majlis pernikahan adik mak tu..
Antara hantaran yang sikit sangat dibawa hari tu..
Tapi sebelah lelaki untong...sebab dapat kek dengan buah..
Acik kejam kot..sebab tak bagi apa apa food dekat family farah..
Yer lah...kenapa ea?
Tema pada hari pernikahan hari tu adalah warna Purple untuk pihak kitorang.
Abam pun tak ketinggalan.
Cuma warna jer lain banyak.
Dorang semua pakai baju melayu perple masa aku kahwin dulu.
Cousin aku Kemal a.k.a perasan Awal Ashaari memang busy masa tu.
Masing masing mengyibukkan diri dengan mengambil gambar & video guna garuan masing masing.
Gambar memang lah blur blur tahap cipan kan?
Heee.....teringat masa abam menikah dengan aku dulu masa menaip ni.
Terus aku laju laju pergi tengok folder gambar kitorang menikah dulu dulu..
Sebab tulah aku kalau nak update blog ni selalu separuh jalan.
Bila dah mengimbau gambar gambar lama...terus malas nak update.
Padahal...memula jer semangat.
Dengan sekali lafaz, adik aku sudah selamat menikah dengan Farano.
Abam korang 3 kali baru sah.
Masa tu...aku yang seram pulak...
titiba laju laju tengok kot ada sapa sapa yang lipat hujung karpet masa tu.
Menakal aku pikir bukan bukan ..

Nasib baik ikut Mas kahwin Selangor.
Ok, Aku rapat dengan adik beradik aku.
Mak aku pun tak menagis tengok Acik sudah selamat menikah.
Mungkin dalam hati mak sudah cukup sedih sebab anak bujang kesayangannya sudah bersedia
untuk mendirikan rumahtangga.
Aku pun titiba terasa sebak.
Sebab mata masuk habuk masa tu...kahkahkah...hampeh!!!
Macam comel jer gambar ni..
hikhikhik...ok, nanti aku hapdet lagi ea...

Baibai...

p/s:kadang kadang jiwa selalu memberontak...tapi...naluri sering mengingatkan..banyak banyak bersabar..
 

Khamis, 1 Mac 2012

Acik Wedding- ::Edisi Ambil Bunga Meja...pastu mengular dengan orang tak berapa nak segar...boleh??

 Haiiii....Assalammualaikmu..Yaw!!
Wahhh...Adik mak nok, tak tahan aku.
Nak berbunga segar jugak letak atas meja.
Walaupun dua kuntum satu table kan...
Ok ok...Adik aku membeli bunga segar sebanyak 100 kuntum.
Lepas tu semua kena pick up on Saturday. Petang pulak tu..
Sebab peti ais kat rumah semua dah penuh dengan macam macam.
Sebenarnya aku nak habis kan kisah pasal bunga dulu lah.
Lepas tu baru pasal nikah..boleh?
 Bunga bunga ni semua kena humban dalam bonet kereta.
Aku lepas tu...buat kira kira nak senangkan perut dengan TF.
laju jer u-turn sebab nak pow Abam dengan hubby sepupu aku yang sewel ni..
Perempuan ni sepupu sebelah mak aku.
Semua family member mesti call her Lah Kecik. Aku pulak Lah besar.
Ha....macam cari gaduh jer kan...kakaka..
Aizum tu bukanlah begitu mata nya.
Saja kan dia jer buat macam gitu.
Sepanjang petang keluar dengan sepupu aku yang agak sewel tu membawak sampai ke malam.

Yang kiri ni aku punya TF.Yang kanan Abam punya TF
Aku macam pelik, Asal nak mencekik TF mesti nak kena letak strawberi.
Lepas tu aku mengomel cakap masam.
Aku bagi abam dia tak mahu.
Bagi Aizum & Lah kecik pun dorang tak mau..
Last last, masuk jugak dalam perut aku yang comel nih.

Baru jer nak menyuap TF, dah macam macam orang call.
Semua nak tahu lokasi aku kat mana..
Aku kan kuat mengular time time kenduri.
Mengular pulak ajak sepupu sepapat.
Dah...kecoh sebab aku ambik bunga, tapi....lama sangat pergi nya..
Kengkonon nak mengular dalam Pyramid,
Tapiiiii...terkenangkan mak aku dah order kerisik rm15.
Urgent pulak tu..potong betullahhhhh....!!!
Ahahaha..tapi aku anak yang baik, lepas mencekik TF..
laju laju pergi membeli kerisik kat area rumah aku.

Omggg...letih letih...tapi time tu jer lah.
Sekarang ni kalau letih lagi...memang mintak penampar lah kan???

**Hidup ibarat roda..kadang kadang..kita selalu merasa diri diatas.., jangan lupa...roda juga berpusing!!!

p/s: thanks kat Abam yang tersayam...:)