For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 29 Julai 2011

Singa Baham Harimau...


Assalammualaikum...

Hai korang, aku sedang bersedih.
Sama sedih dengan tajuk nya kan..
Singa Baham Harimau.
Aku rasa semua rakyat Malaysia sedang bersedih.
Cuaca pagi tadi seolah olah menangisi kesedihan rakyat Malaysia.
Namun, Harimau Melaya tetap dihati...
walaupun aku bukanlah fanatik untuk pasukan bola sepak negara,
Paling tidak, aku juga terasa dengan kegagalan "kita" untuk terus layak ke FIFA 2014 akan datang.
Rata rata dalam radio, media, blog & fb meluahkan perasaan.
Aku juga tidak dapat menahan kesedihan aku..
Kerana aku juga salah seorang dari rakyat malaysia yang menyokong harimau melaya malam tadi
di stadium bukit Jalil.
Abam & Acu juga turut kecewa....
sob..sob..sob..
Semalam,
Memang lautan manusia di Bukit Jalil.
Aku sampai memang awal semalam.
Seawal jam 5 petang.
Maklumlah, sejak pembukaan Jalan "potong"
kat belakang rumah..owh..memang memudahkan ok.
Tak perlu bersusah payah melintas melalui Puchong.
Ya....terima kasih Highway.
Gambar ini aku rakamkan ketika waktu petang.
Anggaran pukul 6.30-7.00 pm.
Aku memang masuk dalam stadium awal.
Kerana Abam sudah biasa menyaksikan game live.
Jadi...aku & acu menurut lah perintah.
Memang bagus ok.
Lain kali sapa sapa yang dah sampai awal silalah masuk dan book seat untuk diri sendiri & rakan rakan.
Ini kerana, jika korang lewat lewat or sengaja mahu melepak lepak di luar dulu...
Bila game start..ha...terpaksalah korang menunggu di bawah.
Atau menyemak kat tangga.
See...masa ni dah menunjukkan jam 8pm.
Stadium mula dipenuhi manusia.
Sebagai rakyat malaysia, aku berbangga sebab begitu ramai
Yang sanggup turun padang untuk bersama sama bersorak.
Yang mengata pun banyak juga.
Gambar in aku rakamkan ketika menyanyikan lagu NegaraKu.
Meremang seyh...
Aku dah la lama sangat tak bersemangat patriotik kan..?
Sampai dah tak ingat bila last aku nyanyikan lagu itu.

Baju Malaysia yang dorang pakai nikan..
Betul betul dibelakang aku dan Abam.
Punya lah semangat kan..?
Harus sedih....sebab kita dah tak layak kan..?
Pantun paling best aku baca masa di luar stadium.
Semangat berkobar kobar kan...?
Mari aku buat ulasan.

Singapore team:

-Aku memang tak berapa nak mengenali team dorang ni.
Malas nak ambil tahu lebih kurang macam gitu kan...
Ramai pengulas sukan dibelakang aku meluahkan kata kata yang sememang nya betul.
Player Singa asyik melengah lengahkan waktu.
Player Singa asyik jatuh jatuh.
Player Singa asyik nak berlakon.
Cukup cukuplah buat aksi guling guling di padang.
-Bagi aku player Singa semua badan bersaiz XL.
Lagipun semua Player Singa adalah bukan orang tempatan.
Hampir 60-70% macam itu lah yang aku dengarkan.
Entah betul atau tidak, itu hanyalah..
sosek sosek pengulas sukan Free malam tadi.

Malaysia Team:

-Aku suka kalau Khairul Fahmi Jadi Keeper.
& ramai juga yang sukakan dia kan..?
Aku asyik terdengar pengulas sukan tak berbayar marahkan "Faruqi"
Betul ke nama dia macam tu.
Kenapa aku tak kenal ea..?
Masa piala Suzuki hari tu macam nama dia tak segelemer Safee Sali kan..?
Memang faruqi seorang yang kecil & senang mencilok cilok.
Tapi bila dia diapit oleh player Singa...ha..korang boleh bayangkan kan..?
Aku melihat secara live di sana...Adoi..terasa kerdil tau dia tu.
-Pemain kita sudah berhempas pulas.
Aku sangat sangat menghargai..
Aku rasa walaupun mereka kalah, namun kita masih kalah ber MARUAH.
Pemain Kebangsaan & kebanggaan kita tidak berpura pura berguling guling diatas padang.
Bila dialihkan keluar padang, dengan mudah boleh bangun.
Boleh pula berlari lari.
Sedikit sakit hati ketika itu.

Apapun kan,
Itulah semangat sukan.
Kalah & menang adat permainan.
Itulah juga takdir & rezeki.
Mungkin itu bukan rezeki KITA kan..?
Emak aku selalu cakap bola itu bulat.
Eh..sampai sekarang aku malas nak faham kan apa maksud nya.


Ok, gambar last ni kan,
Sila abaikan dahi Abam yang berpeluh peluh tu.
Abam sangat sangat kepanasan.
Sebab matahari terbenam mengeluarkan cahaya petang yang agak terik masa tu.
oklah...babai...

Aku harap PENYOKONG Singa & Harimau..masih boleh berbaik baik...dalam Football Macth yer...:)
Adios amigos...

Sent from my iPhone