For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 9 Jun 2011

Tembikai punya TEMBIKAI

Assalammualaikum yaw...

Aku geram gila pasal semalam.
Entry gua hilang.Mana tah perginya..
rupanya auto publish titiba termasuk kedalam draft semula.
Salah aku ke..?
Paling best, tinggal tajuk jer.
Cerita semua hilang.
Dah aku berdosa sebab termarah marah sendiri.
Bila dah type entry untuk kali yang kedua..
sure cerita pun macam dah hampeh.ke..memang aku punya blog ni hampeh?
ok, aku nak cerita pasal buah tembikai ni.
Tembikai ni sebenarnya kecik je.
Adalah besar tapak tangan kot.
Disebabkan tiada DSLR, jadi gambar ku poyo feeling DSLR kan..?
Tembikai cinonet ni adik aku beli kat Sg. Besar.
Dia cakap 1kg dalam 5 ringgit kalau aku tak salah dengar.
Kalau tak dengar lagi teruk kot?
Kena pergi klinik pakar telinga lah jawapnya nanti..

Dah nak dekat dekat bulan ramadhan ni,
mulalah buah tembikai naik harga.
Pelik gakkan?
Suku biji buah tembikai dekat 4-5 ringgit.
Huii...kaya taukeh tembikai kan?
Tapi...kalau dah memang terliur nak kata apa pun tak boleh.
Tak beli karang..menyesal pulak.
Aku suka jugak buah tembikai ni.
Ikut mood jugak kaddang kadang.
Tapi Abam memang suka.
Setiap kali pergi pasar malam, mesti beli.
Dah tu tamak pulak tu.hahaha..
Hari tu dia blander buat air tembikai longan.
yang lain tu pulak dia potong macam biasa.
Korang tahu petua pilih tembikai yang elok tak..?
Selalu aku beli yang dah potong separuh tu je.
Kalau beli yang sebiji tu, takut tak elok isi dalam nya.
Kadang kadang buah belum masak pun peniaga dah jual.
Tapi..peniaga pun bukan tahu isi kat dalam kan?
Mak aku ajar..kalau nak beli tembikai pastikan kulitnya hijau.
Ada ke kulit tembikai color biru?
Dah sah la tak de kan..?
Laju je aku potong cakap mak aku.
Mestilah hijau tua kulitnya.
Berat mestilah sepadan dengan size nya.
Itu mak aku yang cakap..Kan aku cakap,
aku kalau beli tembikai mesti yang dah siap belah dua.
hahahaha..

Tembikai yang adik aku beli tu dah la isinya manis sangat.
Bijinya..omak aiii...hitam & keras.
Gambar yang dah siap potong kat bawah tu pulak tembikai yang aku beli dah siap potong.
Isi merah tapi bijinya masih putih & boleh telan.
hahahaa...ingat dulu kalau masa kecik tertelan biji
buah buahan, confirm takut..sebab takut pokok tumbuh dalam perut.
Apalah kan..masa kecik kecik fikiran macam tu..

1 ulasan:

Ibu Double Q berkata...

tak tahannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...