For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 6 Jun 2011

Kenduri Kahwin Aboy & Papago


Assalammualaikum...

Aku nak menyanyi la...

Kompang di palu...pengantin baru..
Duduk bersanding tersipu malu..

Aisshh..lagi apa ea?
Ok, ok..mood minggu ni adalah mood orang menamatkan zaman single.
Wiwit..bulan ni sahaja aku dapat 10 kad untuk menghadiri majlis perkahwinan.
wah wah..kenyang makan nasi pengantin ok.
Semalam sempat aku & Abam menghadiri 2 majlis perkahwinan.
Nasib baik semua dekat dekat area KL. kalau luar kawasan,
makanya berpeluh basah baju kitorang.

Aku ngan Abam memang kelam kabut semalam.
Hari sabtu aku lepak rumah mak seharian,
lepas tu, bila dah balik rumah sendiri, amik kau..baru aku perasan
charger tepon garu tertinggal rumah mak.No back up back up charger kat rumah.
Jadinya lepas jer bateri mati..terus tention.eh tak!!
Arround pukul 12am tu ingat nak menyinggah rumah mak ambil benda alah tu,
tapi macam...eh jom lah kita pergi cuci mata kat danau kota dulu.
Ok.ronda ronda kat danau dan berakhir pada pukul 2.3am mcm tu.
Huh...terus tak jadi singgah rumah mak.
Lepas tu pagi semalam...feeling bangun subuh subuh, lepas tu baik pergi ambik charger ,
hampeh!!
Baik sambung tidur dari ambil kan..
dalam pukul 11am baru pergi ambil.Padahal rumah mak dengan rumah aku..dekat.memang dekat.
Tapi..M.A.L.A.S

Lepas tu balik rumah balik rushing nak bersiap nak pergi kenduri.
Hahaha...meh cerita pasal Aboy kahwin.
Aboy ni kawan aku masa sekolah menegah dulu.
Dia sekelas dengan Jana.Aku kelas sebelah.
Owh ya, before this memang ada buat reunion bagai kan.
Kawan kawan aku memang semua tak kenal Abam.
Geram betul ngan dorang ni.Semua ingat aku suka SOROK Abam.
Abam kerja tak tentu arah.Jadi..memang Abam jarang jarang dapat joint bersama.
Masa kitorang kawen pun ada yang datang awal..lepas tu malas nak tunggu..
tu la..sapa tak suruh tengok aku bersanding kan?
eh..ni cerita Aboy ke cerita aku ni?
Dah namanya kawan sekampung yang kawen, tentu ramai suku sakat kawan kawan lama
kat sana berkumpul.
Yang paling sedih semalam, aku tengah melintas bawak nasi,
kawan aku tegur...eh...datang single jer ke?
Padalah Abam ada kat belakang tengah follow aku.
Terus introduce Abam kat diorang.
See...teruk betul kawan kawan aku nih.grrrrrr!!!
"Ha..tu la...suka sorok suami selama ni.."
eh...mana ada?
Aku mana ada sorok suami kan..?

Lepas acara makan makan, Barulah kawan kawan yang lain datang.
Sebab aku dah nak balik masa tu.dorang pulak baru datang kan.
So, just say hai je.
Nak lepak bersama sama dah kena jeling ngan Abam.
Terus tak jadi.hehe.
Otw nak balik tu, Aboy dah duduk bersanding ngan Yanti.
Terus aku jeles sebab tengok warna kuning.
Meriah jer warna warna nya.
Isteri Aboy orang Sg. Petani Kedah.
jauh betul orang rumah aboy ni.
Nasib baik kita sehala kan boy, boleh ko datang beraya rumah mak mertua aku nanti.eh

Lepas tu, driver laju laju pulak pick up my mom yang tinggal sensorang kat rumah.
Kitorang berkejar pulak pergi Selayang Indah.
Untuk sekian kalinya..kira 1st time jugaklah aku sampai situ. nasib papago ajar kitorang.
Papago ni memang betul. Cuma yang tak betul keadaan jalan.
Papago dah suruh masuk kanan..
Tapi...celah mana nak masuk kanan kalau ada kedai Jual ikan masin kan?
pelik jugak...

Lepas tu, driver yang degil ikut sekali lagi cakap Awek dalam papago.
Yeye..sampai.Memang lah awek tu suruh masuk.Ikut kanan. Ikut kiri.
Destinasi yang di tuju sampai.
Alkisahnya...Lorong orang kenduri tu celah bedah.
Betul dah dia suruh kan..aiseh...bermasalah kalau pergi kenduri
tak der map.Nak nak pulak kawasan yang tak pernah sampai.

Lepas tu terus makan nasi beriani lagi sekali.
lapar sebab jauh.Driver bawak macam bergelombang dalam kereta.
Perut semua dah kembali leper & mintak nasi tambah.
Bila nak balik, terus tutup papago.Sebabnya..
Jalan nak balik rumah semua orang pun tahu.
buat habis bateri je karang...ok...korang weekend tadi buat apa?

Tiada ulasan: