For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 25 Oktober 2013

Rayyan Zariff dah nak masuk 11 bulan...


Assalammualaikum...Salam sejahtera.
Lama tak bubuh gambar budak tembam ni.
Hari hari aku rindu dia...jangan lah cepat besar Ayyen.
Titiba pulak...kekekeke..
Last week Ayyen kena tinggal dengan mummy dia.
Mummy dia pergi kursus kat Pulau Pangkor.
Jadi...Ayyen kena tinggal dengan mak aku.
Bapak Ayyen pun kena tinggal jugak ok.
Siang mak jaga Ayyen malam apak dia jaga.
Aku pulak time free je dapat jaga kan sekejap.

Bila aku update gambar ni kat FB mummy ayyen cakap rasa nak nangis tengok gambar ni.

Ye...sebab Ayyen sangat behave.
Semua pun puji...behave sangat.
Ayyen pandai bawak diri.
Tapi..kadang kadang lupa diri bila dapat steering kereta.


Muka mintak simpati lettew...
Rambut Ayyen agak panjang. Aku tengok dia rimas jer.
Nak bercakap tak pandai.
Kalau marah tarik rambut sendiri.
Lepas tu bebel bebel...
Mak aku memang tak suka cucu dia rambut panjang.
Pernah gak aku joint putong rambut Ayyen kat rumah.
3 orang ke 4 orang tah tolong pegang.
Punyalah dia memberontak tak mahu kena ketam rambut dia tu..
Amboiyaiiii..
Kat kedai Uncle tu baik jer...
Siap sengih sengih lagi tau..
Tambi..tambi..


Tengok..siap tunduk lagi..
Buat muka sedih jek..
Sambil tu air liur dia meleleh..
Banyak kali pulak aku lap kan..
Redha jer dengan apa yang nenek buat lettew.


Kakakakakaa...
Ayyen pandai sangat buat mimik muka.
Padahal aku buat gambar candid je ni..
Tapi macam real..



Lepas sesi gunting rambut ayyen..
Keluar jer dari kedai uncle tu, nampak Abah aku baru park kereta.
Terus ajak joint makan kepsi.
Sebab Ayyen nak makan mashed patato.
Tengok...Ayyen ok yang nak makan.
Padahal aku yang ajak ajak mak pergi beli..
Woahhhh...lama tak makan kepsi ok.

Since kat area rumah dah ada kepsi terus bungkus je lah.
Lagipun masa tu hujan rintik rintik air bergelora.
Nanti demam pulak budak icik icik tu..
Kesian...budak icik icik tu..
Sampai jer rumah terus nak makan patato..
ok itu jer...
Babai semua..

XOXO,
Daela..

Selasa, 22 Oktober 2013

Rabu, 16 Oktober 2013

Aku jer senyum lebar...kucing buat muka boring...boleh??


Assalammualaikum.. Selamat Hari Raya Aidiladha  untuk semua yang beragama Islam.
Lama sangat tak berblog iolls.
Tak busy sangat pun..tapi entah baru hari ni teringat password & email add kot.
Menyampah iolls.
Hah..kebetulan pulak malam tadi saja nak check blog.
Kot kot duit nuffnang naik berganda ganda kan..
Tup tup...baru perasan ada orang hack blog aku ni.
Apa kejadahnya????
Blog suam suam kuku pun ada yang teringin nak hack.
Tak da keje gamaknya..
Jadi, lepas ni kena tukar pasword yang baru..

Lamakan aku tak menulis....?
Rindu tetap rindu nak menulis.
Gambar pun ada banyak.
Tapi gambar makanan.
Haha...aku kan kuat makan.
Puiiiii...itu kira gambar yang terselamat dari delete-tan abam.
Heran betul aku asal aku snap gamba makanan jer..
Esok gambar da clear.
Bila aku tanya kenapa delete?
Dengan comel dia jawap tak nak aku bertambah gemok..
Hello...orang gemuk ni comel tau..
Orang gemuk ni cute..gulp..
Aku jawap dalam hati je la..
Redho dengan apa yang dia cakap tu..

Tapi memang betul pun.
Hari ni aku masak lemak ketam, esok lusa aku masak lemak ketam lagi.
Bukan apa..nak improvekan kebolehan je kot.
Tak pun, save gambar makanan or masakkan orang kat offc,
Balik rumah buat muka manja nak mintak belanja.
Itu sebab abam jadi macam gitu.



Phewww..Ini bukan lah menu raya korban tadi.
Ini mee kari lebih kasih sayang.
Sebab nya..tengok isilah.
Semua aku bedal. Ikut suka.suka suka hati..
Lepas tu first time buat mee kari campur cili giling.
Disebabkan dr. Pakar menasihatkan supaya tidak memakan mee kuning,
Jadi jom pandai pandai ubah dengan spegetti.
Abam komen spegetti tak sedap.
Speggeti tak sesuai untuk gantikan mee.
Aku...aku pedulik hapa.
Dia kata tak sedap tapi aku tengok nak minta tambah.
Aku tambahkan...aku tambahkan..
Sebab tak sedapkan??
Hahahahahahaha...

Menu raya tadi semua mak aku yang sediakan.
Aku tolong tolong saja..
Menunya, daging masak hitam, laksa, ayam masak merah.
Kuah kacang kerang dan nasi impit.
Aku...selamba je layan ayam masak merah dengan nasi sejuk.
Tekak aku tekak mengada.
Lepas dah kenyang tu...baru teringin nak makan dengan nasi impit pulak.
Lemang adalah rasa seking dua.
Laksa...haa..yang ni aku makan banyak kali.
Sampai pergi rumah abang ipar aku pun masih aku bedal laksa kakak ipar aku.
Huiiii sedap weiiii...lagi lagi ada nenas.
Terbaik dari Alam Megah.

Bila aku bergambar dengan kucing tu..bermakna aku datang melawat mak abam.
Walaupun aku senyum lebar..tapi kucing buat muka boring.
Owh..oklah dah lewat malam da ni..
Selamat malam..

Assalammualaikum...

Xoxo:
DAELA