More info here..:)

Khamis, 2 Februari 2012

Baby New Born...Somel kan...?

 Hai...Assalammualaikum...
Alhamdulillah, Mimy sudah selamat melahirkan baby boy.
Di beri nama: Megat Nufail Anaqi.
Alololo...somel kan...?
Gambar ni aku cilok kat FB mama Fayel.
 Eh..eh...buka mata pon handsome..
Kalau tak silap aku gambar ni, baby baru berusia 1 atau 2 hari.
So suwittttttttttttt....
Tang dagu tu yang tak tahan tu.
Comel lah sangat sangat.

Ok, fast update ni...daaaa....

Roti Canai Special Telur separuh masak...Di Sungai Jalan Bunus..

 Haiii...Assalammualaikum...
Mood malas memang menguasai diri.
Sorry...banyak banyak. kahkahkah
Hui...sebulan lagi ni.
Aku ni asyik counting je.
Iya...Asyik counting sebab bakal terima ahli keluarga yang baru tak lama lagi.
Lepas tu, kitorang se-family busy sesangat lately ni.
Aku..memanglah busy yang tah hapa hapa..
Ohya, gambar family Abang aku. Kalau nak tahu tulah Abah Alili.
Happy jer sebab Mak aku baru lepas belanja dorang baju sorang sepasang.
Aku...lagi lah..Anak manja mak...sure aku dapat lebih.
Owhh..menantu lelaki sorang mak aku pun dapat juga.
Fair..semua pun dapat sebenarnya..
Ha...korang tengoklah Alili punya perangai tu.
Macam budak tak berapa nak "segar"
Dulu kan, masa muda mudi selalu lepak kat Manson kat tepi sungai Jalan Bunus tu.
Tapi, memang tak pernah order Roti cana Special terbaik dari ladang ni.
1st time aku makan.
Tu pun share dengan Abam & SIL.
Sebab lepas tu nak makan Nasi itik masak rendang pulak.
Kahkahkah...memang asyik makan jer lah...
Menembum tot...
 See...semua pun try makan Share share.
Alili jer yang makan sepinggan.
Ha...sebab Alili memang suka makan roti canai.

Ok, lain kali aku update ea....

**Busy melampaui batas.Puii......:)

Selasa, 31 Januari 2012

Khamis, 26 Januari 2012

Rindu Alili tahap kronik.....

 Haii...Assalammualaikum..
Sorry, lama menghilangkan diri. And again..belum tentu aku akan kerap hapdate selalu macam dulu dulu.
Kalau kerap tu, kira angin pus pus datang lah kan..
Kan...dah lama aku tak tepek muka Alili dalam blog.
Alili dah besar. Alili dah 6 tahun.
Alili dah tak manja macam dia kecik kecik dulu.
Itu yang buat aku sedih sikit tu..
Tapi, kalau sekali sekala aku datang...Amboi..tak nak lekang dengan aku.
Asyik mengulit (mengendeng) je.
Pantang lah aku bergerak. laju jer nak ikut.
Walaupun Alili dah besar, tapi Alili masih kurus kering macam ikan kering.
Mak aku cakap, Alili kuat makan.
Tapi...belum masanya nak menembun..mungkin esok lusa..hahaha.
Kebetulan Abam menoreh shift malam tempoh hari,
Jadi...aku ambil peluang nak tidur bawah ketiak mak aku pulak..
Padahal pengecut..kahkahkah
Sampai sampai rumah mak, tengok Alili tengah kusyuk menulis homework.
Teacher nya pulak "Nenek" aka Mak kesayangan dunia akhirat aku tu.
Osem korang...mak aku mengajar cucu buat homework.
Paling tak tahan tu, siap ada rotan kat tangan mak aku..
Kahkahkah...Anyah dulu pun "nenek" tak mengajar ada rotan ok..
See...bukan main liat nau nak membuat homework.
Abang aku yang suruh nenek buat macam gitu.
Sebab Alili asyik menakal nak main main & main.
Lepas tu, homework tak buat langsung yang teacher kasi bebel Abang aku.

Dulu, Cikgu kat rumah adalah Adik bongsu aku .
Disebabkan Adik aku nak menikah jugak tak lama lagi..
Haruslah mengumpul duit & bekerja keras.hahaha...
Adik aku tu garang tahap Max.
Aku tengok pun geram jer kalau dia mengajar Alili & Acu.
Menagis lah...budak berdua tu.
Dah la menangis, sambil menulis.
Tahap kejamlah namanya tu kan?
Tapi...Ada baiknya...lepas jer solat mahgrib, laju jer dorang buka bag sekolah dan bagi tau ada homework atau tidak.
Kalau ada...kena siapkan depan Adik aku tu.
Kalau tak der, kena baca buku.Pun depan adik aku juga.
Ha..garang kan..
Tapi time belajar jer adik aku tu garang...
Cuba time melawak...ok jer..

Baru baru ni mak aku ada cakap..
Nanti bila Alili masuk sekolah darjah 1,
Maybe Abang aku pindah ke tempat baru..
Terus aku sedih.
Aku tanya Alili...kenapa Alili nak pindah tinggalkan anyah?
Alili cakap..nanti Anyah datang lah tengok Alili...
Ok. Aku malas nak terus kan dialog ni.
Nanti aku nangis....takmau....

Ok Babai semua.

Rabu, 18 Januari 2012

Main order jer kan...Tapi cute!!

 Kekeke...Buruk benor tulisan kamu ni yer...?
Ini tulisan Abam. Mentang mentang boleh ber- i Cloud ni kan..
Semua main order jer.
Comel jer kan kan..?
Ini adalah permintaan hari pertama orang yang dapat MC selama seminggu.
Syok kan...tapi tak jugak.
Sebab Abam MC..aku kerja.Tapi...macam tak kerja...:(
Kena buli dengan pesakit..tak per..Aku rela..ahaha.
Sebenarnya, lepas kejadian tu, Aku memang pantangkan Abam sendiri.
Walaupun doktor tak cakap apa pun kan..
Sebab tak mahu abam rasa tak selesa yang melibatkan makanan.
Walaupun sambal belacan.
Sepatutnya..masa abam tulis tu, sambal tak kena potong..
Lepas aku membebel terus potong..huh..tanda protest lah tu.
Selepas sampai kat rumah, laju laju masak.
Sebab Abam suka buat aku kecut perut tengok dia macam kebuluran.
Padahal..aku dah siap masak..sebelum nak tinggalkan dia seorang diri kat rumah..
Walaupun separuh hari.
Aku kan..nak pecah rahsia lah.
Aku kan..memang tak reti buat sambal belacan sebenarnya.
Selalunya Fail...itu yang aku berat hati sikit nak buat sambal belacan.
Aku punya sambal belacan ciptaan sendiri adalah begini.
Udang kering, bawang merah kecil, cili padi, gula, ajinamoto & limau.
Memula abam cakap aku suka buat benda yang pelik pelik.
Tapi..bila tengok dia bertambah nasi bila sambal tu ada..
Ha...mestilah dia suka yer dok?

**Mood rajin memasak kembai..tapi nak update kat blog..ya amat malas rasanya.hahaha

Abam keluar masuk Hospital

 Assalammualaikum...Salam Sejahtera...
Omak aiii...cukup seminggu lebih dengan kesunyian dalam blog aku kan?
Tiada seri lagi indah sopan santun maki hamun sementara waktu.
Mood minggu lepas adalah bersedih.
Cuba tengok gambar.
Takkan Abam dah duduk berkerusi roda aku nak gembira gembira tulis blog kan?
Paling tidak reti untuk meluahkan kesedihan dalam catatan seperti biasa.
Aku lemah untuk segala galanya.
Jadi, aku ambil masa untuk pulihkan segala duka lara yang lepas.
Kira ambil waktu untuk berehat dari menulis di blog.
Walaupun.....aku jarang jarang mengupdate blog sekarang ini.Kaannnn?
Lagipun aku sengaja gelapkan gambar Abam .
Sebab Abam pakai seluar pendek.
Aku terlupa nak pakaikan kain pelekat..hahaha
Bila dah gabra, semua benda pun terlupa..iya kan?

Minggu lepas adalah minggu keluar masuk hospital.
Seronok bukan?Memanglah tak.
Abam mengalami sakit di bahagian rusuk sebelah kiri.
Adakah sebab malam malam aku termengigau , lepas tu pergi tumbuk rusuk dia kuat kuat?
Bukan..bukan.
Abam sakit bukan sebab aku..
Masa Abam kerja petang 2 minggu yang lepas, abam cakap dia sakit bahagian tu.
Aku ajak pergi klinik buat check-up dia tak mahu.
So...sampailah hari yang ke 3 lepas kejadian...Abam pucat lesi suruh aku hantar dia ke hospital.
Sebab dia susah nak bernafas.
Itu pun dah puas aku membebel..last last  nak pergi juga.


 Masa ni adalah hari kedua dalam hospital.
Mujur adik aku sudi nak teman kan kakak nya yang sengal mencari jalan.
Aku memang fail kalau guna GPS tanpa bantuan orang sebelah.
Mana sempat nak tengok GPS dengan jalan kot.
Adakah alasan aku munasabah...atau aku memang mengada ngada sebab selalu Abam yang bacakan?

Aku yang sungguh kebosanan menunggu rawatan dari hospital.
Bukan sengaja atau tunjuk jam buruk yang dihadiahkan oleh Abam walaupun cap ayam kampung.
Tetapi nak snap time tu adalah menghampiri pukul 1 pagi..
Lemau gila masa tu.
Abam dah senyap lepas kena injection.
Aku nak merayau rayau dalam hospital? Sensorang?
Memanglah takkkkkkkk...............!!!
titiba.

**Sekarang keadaan Abam dah beransur pulih..Al-Hamdulillah...:)
~~~Kembali Senyum~~~

Jumaat, 6 Januari 2012

Nasib baik kau cantik....Kalau kau hensem..dah tentu Abam jeles...

Yuhuuu...Assalammualaikum...Selamat petang.


Ehem....Terbatuk korang tengok pict ikan ni?
Ke...sebab tajuk entry nya?
Jangan lah weii...Memang lah..ini ikan idaman aku.
Abam suka hati jer marah marah kalau aku pasang angan angan nak membela ikan ni.
Jenuh aku google  pict untuk dapatkan gambar arowana yang terbaik untuk korang.
Cantikkan warna ikan ni..
Golden plus coklat gitu...sangat rare.
Sebenarnya..ini first time aku tengok warna ni.
Selalu tengok Gold semua.
Titiba masa google ni, terjumpa warna secantik ini..
Terus...macam tak sabar nak beli jugak hujung tahun akan datang.
Hujung tahun akan datang tu..bukan bermaksud tahun depan tau..
Tahun tahun tahun akan datang..puiii
Makna kata..bukan dalam masa yang singkat..


Punca aku suka ikan ni memang dah lama.
Tapi..semenjak abam suka ajak pergi kedai ikan sekarang ni..
Makin galak pulak.
Tapi...nak beli..memang tak mampu.
Abam cakap kalau ada duit, kena beli aquarium dulu.
Aquarium pun kena beli yang main kaki kaki jer panjangnya.
Kalau setakat yang besar bola tu, rentikan lah..
Jadi modal nya kena besar juga.
Lepas tu barulah boleh beli anak ikan nya..
Ohya, anak ikan nya pun bukan yang murah.
Sebab taste aku nak beli yang rare jer..
Yang biasa biasa tak mo....puii lah kan.


Ini Info ikan Arwana aku cilok kat sini..:)


Asian Arowanas
(a). Super Red Arowana(Chili and Blood)
(b). 1.5 Grade Red Arowana(xbreed between Red and yellow tail Arowana)
(c). Malaysian Crossback Arowana
(d). Green Arowana
(e). Red Tailed Golden Arowana
(f). Yellow Tailed Arowana

South American Arowanas(a). Silver Arowana
(b). Black Arowana

Australian Arowanas
(a). Pearl Arowana
(b). Golden Pearl Arowana
(c). Red Pearl Arowana (very rare)

African Arowanas
(a). Araipaima Gigas(not suitable for aquarium tank rearing)

The main difference between the Asian Arowanas and the rest are the scales! Asian Aros have 5 steps of scales comparing to their counterparts which are having 7 steps of scales.

RTG = Red Tail Golden
XBACK = Cross Back
YT = Yellow Tail
YTL = Yi Tiao Long ( straight line scales on 6th level )
TKL = Tikum Leng
PLJ = Protruding Lower Jaw
SR = Super Red ( Grade 1 Red )
CR = Chilli Red
ER = Emperor Red
BMB XB = Bukit Merah Blue
PG = Panda Gold
PHG = Pahang Gold
PR = Purple Red
EBXB = Electric Blue Crossback
VFSR = Violet Fusion Super Red
BB = Beneficial Bacteria
SABF = Singapore Arowana Breeding Farm ( Farm based in Singapore )
DFI = Dragon Fish Industry ( Farm based in Singapore )
QH = Qian Hu ( Farm based in Singapore )



Ok, sambung cerita balik.
Abam cakap ikan ni makanan dia semua yang kena beli.
Lepas tu semua mahal mahal jer makanan dia.
Paling tak tahan tu, anak katak.
Terus aku wekk..wek...muntah.
Ni semua bukan sesaja jer nak kasi makan macam tu jelas Abam.
Setiap makanan ada fungsi.
Untuk kasi sisik cantik lah, berkilat lah..
Abam cakap ingat nak kena kasi nasi ke?
Hohoho...tergelak aku.
Lain lain makanan dia adalah cengkerik, anak ikan, ulat, etc.


Ikan nikan..kelebihan dia kalau dia berenang tu...lemah lembut.
Pendek kata PEMALAS.
Tapi slow motionnya buat aku jatuh cinta...
Pernah aku tengo ada sampai Puluh ribu harganya.
Mungkin sebab sebab diatas..
Mengikut pandangan orang Cina..ikan ini membawa tuah..kepada pemeliharanya.
Dorang yang anggap.
Aku lebih percayakan Tuah, rezeki adalah kurniaan Allah S.W.T


**Ok, rega yang buat aku nak pengsan bila terjumpa kat kedai ikan Arowana adalah 15k untuk seekor.
Ha...sila pitam sekarang.kakaka...