For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 25 Jun 2013

Surah Ya-Sin by Mishary Al Afasi



As salam...

Saya & Keluarga sebelah Abam baru sahaja kehilangan Ahli keluarga.
Semoga Allah mencucuri rahmat pada beliau...
Dan...semoga Allah dapat membalas segala kebaikan beliau ketika dibumi ini..
Abam kehilangan kakak yang sangat disayanginya..
Walaupun Abam tak pernah lafazkan kasih sayang pada arwah Kakaknya..
Namun...saya lebih mengerti...

Al-Fatihah....

Jumaat, 21 Jun 2013

Family Holiday : Terengganu 2



As salam...
Selamat hari jumaat uolls.
Mari kita menyambung cerita jalan jalan yang lepas.
Orang jalan pergi oversea tak buat part by part ok.. 
tapi aku malas nak type panjang panjang..boleh??
Lepas jer sampai kat parking area Hotel Sri Malaysia Marang kan..
Terus je laju laju check in.
Lepas tu, dah la kena naik tangga tingkat 3.
Sekali abam ajak check in hotel lain.
Dia cakap kesian share room.
Sebab macam penuh.
Aku jenis ok jer.
Tapi abam lah kan..

Nak tidur kat HSMM pun memang tak boleh juga.
Sebab room semua penuh.
So...decide cari kat area yang terdekat.
Ambil semua barang then terus melilau cari hotel.
Sampai lah kat betul betul Bandar Terengganu.
Memula kitorang bersama sama tanya room kat counter.
Last last aku suruh abam je yang turun naik.
Lebih kurang 10 hotel mahal plus paling hauk dia tanya.
Semua pun Fulllllll....
Punca semua hotel full adalah sebab musim mencandat sotong.
Orang sekarang bukan nak tidur kat pulau dah kata friend aku yang stay kat Pulau Kapas.
Semua pun nak balik hotel lepas mencandat.
Camp site pun tak meriah macam dulu..
Sendu uolls.....kesian bila kawan aku cakap macam gitu.

Bila ternampak signboard Felda Residence ni, terus suruh abam naik kat lobby.
Sekali abam turun buat muka happy
Aku tanya kenapa...?
Abam cakap room ada..Al-hamdullillah.
Terus park kereta dan naik ke lobby.
Sekali pekerja malam itu tanya nak separate room ke?
Aku terus ketawa...kenapa suami isteri x boleh satu room ke aku tanya?
Terus dia pun ketawa..
Apa apa je lah...

Lepas check in...phewwww lega.
Terus bersihkan diri..sekali abam cakap lapar.
Owhhh...memang lapar.
Sebab last makan masa kat kenduri rumah Angah kat Pahang.
siap siap pergi late dinner.
Arround 2am baru betul betul dapat baring atas katil..
hermmmm....letih kan?


Ni family aku breakfast kat HSMM.
Best jer aku tengok.
Abah cakap meriah sangat.
Rugi korang tak der...
Dorang semua asyik wasap wasap gambar je lah.
Redho akak korang yang sedang lena membuta.
Eh...tak juga, sebab kitorang pun dah bangun.
Tengah siap siap nak pergi breakfast kat tinggat 11 ke 14? tak ingat..


Lepas dorang breakfast... aku ingat dorang masuk bilik siap siap.
Sekali tak uolls.
Wassap lagi gambar tengah nak terjun tiruk kat pool.
Terus hati aku panas.
Kahkahakah..
Bukan main lagi...berenang renang korang yer..
Tengok kaki Ayyen pun buat aku geram..
Kemain lagi kakinya..
Seperti menari ballet  gitu kan???


Nasi Dagang aku punya.
Ini first round.
Nasi sedap.
Tapi ramai nau umat manusia masa tu.
Aku ngan Abam kira turun paling awal lah breakfast.
Arround 7am dah turun mencekik.
Maybe ada group rombongan Cik Kiah ke terengganu...mungkinn??


Abam korang titiba kat hotel makan Omelet lah pulak.
Feeling omputeh breakfast lettew.
Menyampah ai.
Tapi sebelum tu nasi dagang segunung.
Nasib baik itu lauk ikan aye.
Kalau ayam mesti lagi banyak abam makan.
Aku tengok tulang belulang ikan aye dalam tray banyak.
Takut gak tercekik tulang.
Walaupun tulang ikan aye besau besau...
Eh, sapa tak tahu ikan aye itu ikan apa??
Ikan Aye sama dengan ikan kayu tak pun ikan tongkol.
Sedap weiii kari ikan aye versi nasi dagang kat terengganu..


Permandangan dari tempat breakfast kat Felda Residence Terengganu.
Tapi sayang uolls...
Tingkap ni dorang tak bersihkan.
Dari dalam bersih la..
Kat luar tu kotor sangat.....
Tapi ada ke yang tolong cuci ek?


Sambil makan sambil borak borak masa hadapan.
Kalau boleh nak beli satu kapal yang lalu kat bawah..
Kahkahkah....yeye je kan?
Titiba tengah syok makan aku sakit perut sangat.
Nak terberon sangat.
Tengok tengok tandas pulak tak der.
Abam dah la tengah syiok main game.
Aku ajak balik bilik tak nak pulak.
Berpeluh gak aku tahan nak memerut...
Benci tauuuu...


Ok, penutup gambar separuh encik suami aku yang tomei itew..
Tomey ke????hahahahaha...
Lepas tu balik bilik baring baring sementara tunggu check out.
Lagipun tunggu sibling aku tengah seronok sangat mandi pool kan.
Sebab ada lain lain destinasi nak diterokai selepas tu..

ok, itu je nak cerita..
Nanti sambung lagi.
Gambar semua credit from my adik fb.

XOXO,

Daela.

Khamis, 20 Jun 2013

Family Holiday : Terengganu 1


As salam,
Nak sambung cerita pergi Terengganu lagi..
Lepas je habis kenduri kendara Ahad tu,
Terus cargas kemas kemas barang apa apa yang patut.
Terus kitorang siap sedia nak gerak ke sana.
Pada mulanya, hanya Aku , mak & abah , Family Acik jer yang nak ke sana.
Adik dengan Abang aku masing masing belum buat decision.
Lepas kena racun tikus kitorang...
Tup tup dorang semua nak ikut pulak.
Lagi lah meriah kan...

Adik aku Acik dah booking kat Hotel Sri Malaysia Marang
Untuk tiga bilik.
Dalam otak aku, ok...sumbat sumbat je lah malam nanti kan..
Sebab guest dah bertambah.
Aku janji dapat baring , tido cukup.Aku on je.


Mak aiii....perjalanan panjang mengambil 200km++
Titiba jadi macam best pulak.
Aku tengok kenderaan Arah nak balik KL mak aiii..
Tak berhenti kereta lalu.
Mesti jem teruk kat Karak bisik hati aku.
Maklumlah..cuti sekolah dah berakhirkan masa tu.

Kitorang konvoi 5 biji kereta.
Semua sibling aku ada.
Dah lama sebenarnya tak cuti bersama sama.
Last bercuti...kat Penang.
Masa tu, aku tengah darjah 5.
Lamanyaaaaaa......
Kira quality time tu penting.
setakat berkumpul , memang selalulah..

 Lagi meriah bila budak kecik ni ada.
Happy dan gembira sangat.
Adik aku suka sangat melayan amik pict Rayyan ni.
Rayyan suka sangat main steering.
Sampai meleleh leleh air liur kat benda alah tu pun tak pe.
Muka sangat keterujaan.

Masa singgah solat Mahgrib kat Kerteh kalau tak silap,
Aku dukung Ayyen masuk dalam kereta aku.
Sekali orang tengah sembahyang dalam masjid,
Ayyen tekan hon panjang.
Tarik tangan Ayyen kuat pun dia tak mau lepas.
Kira tunjuk perasaan kot masa tu.

Alili pun ikut jugak uolls.
Mana buleh tinggal.
Mak aku cakap jer nenek nak pergi Terengganu,
Terus ikut jer bontot nenek.
Haaa....takut kena tinggallah tu uolls.


Baju masing masing ke Terengganu.
Semua pun pakai baju lepas kenduri.
Aku pun sama.
Tak kuasa nak tukar tukar baju.

Dalam pukul 10 malam kot baru sampai Marang.
Itu pun berhenti henti banyak kali.
Sorang nak terkucil..
Semua berhenti...betul tak?

XOXO,

Daela

Lama menyepi....dan muncul dengan Gambar Perkahwinan...

 Assalammualaikum.... Salam Sejahtera uolls..
Lama nya tak menulis kat blog kan.
Rasa dah tak reti nak merapu tang mana dah ni.
Gambar terlampau melambak.
Melimpah ruah sampai henpon x boleh nak terima next snap pict.
Dasar pakai henpon murah kan...
Sob sob sob...

Menyepi tanpa berita kan?
Aku terlampau busy dengan macam macam hal.
Terpaksa tangguhkan semua napsu serakah menulis kat blog uolls.
Nanti senang senang aku ceritalah kenapa aku sepi tanpa sebarang berita yang lepas.
Kalau korang kat tempat aku pun mungkin sama.
Atau lebih teruk dari aku..
Atau masih lagi trauma..
Kahkahkah..
Propa sangat.

Gambar wedding ni adalah permulaan bulan Jun yang lepas.
Sepupu aku yang  dah selamat mendirikan rumah tangga.


Cantikkan gambar orang kahwin..
Ok, wedding di buat di dua dua belah pihak.


Baju hak warna Royal Blue ni dorang pakai masa Resepsi rumah Farah.
Aku tak berkesempatan untuk menghadiri majlis sebelah rumah Farah.
Punyalah double up busy kan...
Hanya adik adik aku & mak yang menghadirkan diri ke sebelah Ipoh.
Lagipun dorang banyak cuti..
Aku ngan Abam cuti tinggal sekentut je.
Mana nak amik time raya nanti..EL yang secara mengejut ka nanti kan..
So, memang tak dapat nak hadirkan diri kat rumah pengantin perempuan.
Aku dengar sambutan class VVIP disambut oleh keluarga pengantin perempuan..
Tumpang happy bila mendengarnya..

Good good!!

Ni pulak time kat Pahang.
Sebelah rumah pengantin lelaki.
Gambar rasanya macam banyak gila.
Sekali check kat henpon, eh...tak ada.
Baru teringat...
Aku bukan main lagi ambil gambar guna henpon orang lain..
Bana kan?
Padanlah rasa macam syok jer..
Perasan pun yer jugak.

Time kenduri kat Pahang ni aku dan famili kengkonon ambil cuti extra.
Lepas selesai kenduri kat Pahang terus gerak pergi Terengganu.
Weeee....bestnya...dah lama tak pergi Terengganu uolls.
Last pergi 2006.
Lamakan.....

Ok, yang itu...nanti nanti kita update yaa..

daaaaa...

XOXO,

Daela.