For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 29 Mac 2013

Aku Ketagihan menyopping kat Groupon.. Alamak...!!!


As salam dulu kengkawan.
Bukan aku budget makan kat tempat best best or mahal mahal.
Kepsi pun aku rasa cukup mahal untuk makan hari hari..
Owhhhh kedek weeeeeeiiiiii.....kahkahkah
Aku lebih selesa makan kat warung.
Sekali sekala selesa lah.
Kalau kerap....taukeh ayam pun bengkrup ye kan?


Ok, aku nak bagi tahulah.
Abam kan memang tak gemo kalau binik tembam dia suka membeli belah secara on9.
Ada je dia nak kondem.
Yer uols, aku pernah beli barang kat satu shop ni, tapi entah x pernah guna pon poduct nya.
Rasa macam kena tipu.
So, semenjak itu aku tak pernah membeli by on9 lagi.
Aku pun tak kuasa nak pergi kondem si penjual.
Tu hak dialah nak menipu.
Kalau costumer cabut lari...tak mahu beli , bagi aku cukup untuk pembalasan.

Aku perangai serik sekejap jer.
Lepas groupon setiap setengah hari akan email macam macam.
Terjebak tengok lah jugak.
Curi curi tengok tempat tempat percutian.
Agak best.
Tengok food pun kerap jugak.
Tapi korang kena pastikan yang betul betul diyakini halal.
Sebab ada gak jual yang non halal.
So, masa nak membeli tu sila hati hati.
Kalau was was wi sufi, jangan beli.
Senang bukan?


Salah satu dari promotion nya, ni The Manhattan.
Phewwww...harga kalau tak beli kat groupon bapak mencekik.
Nak masuk makan pun belum tentu.
Kalau setakat makan berdua sampai seratus lebih hooo...x berbaloi.
Abam bukan suka makanan macam gini.
Semua food include air masih bawah RM60.
Food pulak semua giant platter.
Sumpah senak perut kitorang berdua.
Makan rushing rushing sebab lepas tu nak tengok wayang pulak.
Yey...dah lama tak dating tengok wayang.
Tak meyempat.
Selalu curi curi beli kat astro 1st lepas tu owner kena bayar.
hahahahaha...nasib lah kan???


Ok, food semua tidak mengecewakan.
Sedap & banyak.
Btw, aku beli 2 set kupon kot.
Satu dating dengan yang tersayang..Abam lettew..
Satu lagi lepak dengan kengkawan.
Kannn....best jer.
Bila lepak ramai ramai, confirm selagi tak tutup mall tu,
kitorang tak nk gerak ke pangkal jalan.
Banyak nau gosip nya kan...

Lain kali korang rajin rajin semak kat Groupon ni tau..

XOXO,

Daela

Rabu, 27 Mac 2013

Selingkar ubat nyamuk..kesahnya..


Kadang kadang Allah bagi kita dugaan.
Dugaan dalam kehidupan.
Dugaan dalam pelayaran.
Dan bermacam macam lagi dugaan.
Kadang kadang aku juga tewas dalam mengharungi dugaan.
Namun bagi aku , kehidupan harus di teruskan.
Jangan berpaling tadah.
Itu yang penting. 
Teruskan perjuangan mu..

Terlalu banyak bahagia yang datang.
Selalu terlupa pada dugaan kekalahan.

Ini adalah gambar simpanan yg berada dalam draft yang terlalu lama..
Punyalah berkurun baru aku nak menulis.
Sebab tadi aku tengok blog macam kena hack pulak.
Ada post yang aku tak pernah buat.
Punyalah gagah orang itu hack account blog aku ni.
Ala...cerita pun suam suam kuku je kot.
Apahal pulak sampai nak hack hack bagai?
Kesian eh...sungguh lahhhhhhhh.....

Owh ya...berbalik pada gambar tu kan..
Bukan aku nak tayang selipar or jeans usang aku tu.
Tapi ubat nyamuk tulah..
Rare sangat aku rasa.
Time balik kampunag Abam jer baru rasa nak pakai ubat nyamuk tu..
Masa aku balik kampung Abam yang lepas,
Rumah sepi tanpa penghuni.
Yang ada cuma nyamuk nyamuk yang masih setia.
Damn...
Nyamuk suka dengan perempuan gemuk hitam manis ni.
Abam yang putih itu langsung tak di gigitnya..
Maka tergaru garulah isteri Abam sambil membebel..

Kemudian abam hilang dari pandangan.
Mungkin nak bakar sampah bisik hati ini..
No. Salah. Bukan.
Semua yang diatas tak betul.
Abam keluar dengan selingkar ubat nyamuk yang telah terpasang.
Lalu di letakkan di bawah tempat isteri duduk..
Eh eh...terasa sungguh sayang pada Abam ketika tu.
Kemudian abam sambung bersembang dengan rakannya si pengantin baru..

Walaupun hanya selingkar ubat nyamuk..
Terus dapat me-melting hati ni.
Hati ini sekeras kerak nasi.
Curah dengan air sejuk...agak lambat tertanggal dari periuk.
Namun, cuba dan try pakai air panas.
Tak sempat nak menari.Terus tertanggal.
Mudah bukan?
Tapi kadang kadang perit juga!
Kerak nasi yang sudah tertanggal di cuci juga.
Cuci sampai berkilat.
Hahaha...yeye je berkilat. Berkilat ke?

Owh...da lewat malam dah ni.
Rasa macam tak percaya sebab terlampau rajin update blog malam hari..
Ahahaahaha..

P/s: menghitung hari...tapi, aku tetap merindui dia..sampai bila-bila..

Xoxo,
DAELA.

Assalammualaikum..


Ice Cream goreng versi Cik Epal. Terbaik woiiiii....



As salam and good afternoon uolls.
hari ni aku tak nak letak gambar Rayyan dulu.
Simpan buat rindu rinduan.
Hehe.
Ok, mesti korang macam nak tanya apalah benda nya ini?
Its breads. 
Gardenia bread. Alah....uolls ni...aku terjebak ikut Cik Epal tu lah...
 Korang boleh tiru kat blog dia.
Senang sangat buat Ais cream goreng ni.



Aku malas nak snap satu persatu.
Sebab buat benda ni senang gila.
Aku dah buat banyak kali Ice Cream goreng ni.
Ini adalah cubaan menambah lemak kali yang berapa tah?
Tapi uols, kalau korang nak cuba bubuh ice cream baskin robin hoiiiii...
Paling terbaik aku rasa.
Bukan sebab mahal ke hapa.
Sebab rasanya....adoiyaiiii....
Terbaik uols.
Dan salah satu daripadanya....ice cream agak keras.
Masa nak sudu letak atas roti senang.
Tak cepat cair.
Tapi...kalau nak letak ice cream biasa pun boleh..
Tiada halangan.
Hagen daz pun boleh apa.


Disebabkan boss kat rumah tu selalu cakap pasal healthy kan.....
Aku goreng tiga ketul.
Dua aku punya...
Seketul jer untuk dia.
Lepas tu, suruh aku goreng lagi seketul untuk dia.
Padahal masa nak membeli ice cream tu...bukan main bebel bebel kan?
Dulu dulu lah,
Pernah beli kat pasar malam.
Harga seketul 2.50
Dan sekarang pun masih 2.50 aku rasa.
Sebab akak yang menjual tu pun masih orang yang sama.
Aku pun dah lama tak pernah pergi beli.
Pergi pasar malam pun boleh kira...
kahkahakah...

Apa lagi...jangan lupa untuk mencuba.

XOXO,
DAELA

Selasa, 26 Mac 2013

Ke Ikea kita bawak Kembar Durian Crepe.. eceh...!!!


As Salam.
Kali ini entry aku sangat penuh dengan gambar.
Bukan warna warni.
Sebab lokasi berwarna samar.
Then aku gatal gatal tangan pergi edit sampai muka jadi putih melepak.
Jadi, segala product pemutihan yang glamer  di pasaran tidak digunakan.
Hahahahhaa.

Ok, Saturday lepas, aku , Farano , Anjan , Rayyan & Alili berjimba rama.
Apsal Abam x der?
Ok, Abam menoreh waktu pagi sampai waktu senja.
Apsal Acik atau adik aku azrul x der?
Ok, Azrul kerja sekarang ni sama level dengan bangla. Sabtu /Ahad kerja non-stop. kakakakaka
Apsal Anjan tak bawa isterinya?
Ok, Kak cik a.k.a Mak su kerja. Dia kerja lagi hebat. cuti hari biasa sahaja.
Jadi, kitorang yang cuti sabtu/ahad ni...terpaksa berjalan tanpa pasangan.
Bunyi macam aneh jer kan??


 Destinasi  utama adalah makan meatball.
Nak bagi lemak bertambah.
Meatball tembun yang paling best kat ikea kan?
Selalu aku makan rasa biasa jer.
Tapi hari tu over syok pulak.
Sebab kalau dengan Abam, muka dia muncung jer kalau aku nak makan meatball nih.
Sebab tekak dia tekak melayu.
Nak makan nasi.
Aku pulak semua pun makan.
Rasa rugi kalau tak reti makan.
Kecuali Sushi .
Korang campak sushi ke, yg gulung gulung sushi tu ke?
Heeeeee....mampuih aku tak boleh nak telan.

Abam usah cakaplah kan.
Melintas depan sushi pun dia tak mau.
Belum lagi ajak..
Pernah aku try nak makan kat Shogun.
Baru jer cakap restoren jepun..terus cakap tak payah lah.
Walaupun tempura kat shogun sedap kan?

1st time ever aku makan tempura kat shogun.
Itu aku boleh makan.
kahkahkah.


 Ewah....jangan nak sengih sampai nampak gigi sangat si tudung coklat.
Nampak macam dagu runcing sangat.
Tu sebab syok perasan.
Padahal...badan...macam tempayan.
Yang tudung merah tu....kuruih.
Dalam gambar nampak besar kot.
Sebab happy dah ada baby..
Ke..kuat makan kot?
Tapi...tak kisahlah...janji happy.
Owh...Rayyan muka macam tersepit jer kan?
Padan muka...
Ahahahaha...


Plan asal aku , farano & Rayyan jer yang nak pergi.
Malam tu dah tekad cakap kat Abam..
Kalau rayyan nangis nanti, pandai pandailah kitorang pujuk.
Abam kan selalu pujukkan rayyan kalau dia menangis.
So, perasaan cuak tetap ada...
Hapa hapalah perangai kan?
Esok tu, lepas abam selamat pergi menoreh,
Aku terus landing kat rumah mak.
Dalam pukul 11 am tu baru siap siap.
Tengah siap siap, anjan cakap dia macam bosan duduk rumah.
So dia amik keputusan nak ikut jugak.
Tengah kecoh kecoh nak kunci rumah, Alili pulak datang.
Dia pun cakap nak ikut.
Nak di tinggal...mak aku tengah busy tolong orang memasak.
Jadi, siapkan alili pulak.
Nasib ada baju kat rumah mak.
Kalau tidak....hahahaa...isi tempat kosong please.


Dah penat berdukung, time untuk kasi susu pulak.
Sekali uols, Rayyan sangat good boy.
Aduh...rasa macam sanggup bawak pergi jenjalan lagi.
Dah la baik, sengih sengih bila di agah.
Kemain lagi.
Langsung tak merengek.
Maybe happy kot dapat melihat keramaian umat manusia kat Ikea.
Yer...memang ramai orang kat sana.
Dalam setengah jam jugaklah baru dapat table nak mencekik.


 Barulah terasa macam mana ada anak kecik.
Time Farano makan, aku tolong pegangkan Rayyan.
Begitulah sebaliknya.
Nasib baiklah Rayyan belum boleh makan.
Kalau tak...confirm meatball yang aku beli tu tak cukup.
Kakakakaa..


 Alololo...comeinya muka Rayyan.
Yang tolong dukung tu memang comel dah lama.
Rayyan sekarang kuat main belon.
Mulut sentiasa jer ber belon.
Tu yang mummy Rayyan asyik cakap rambut tinggal sikit.
Rayyan kuat menyembur...


Ha...sapa nak makan durian crepe..?
Sekarang ni durian crepe ada.
Tapi, taklah macam hari tu.
Fenomena melanda. Aku pun terjebak seh...
Kitorang kat rumah dah ada kembar durian crepe.
Tapi tak boleh makan.
Gigit gigit sudah.
Lengan rayyan dengan durian crepe pun susah nak beza.
Ketak ketak uols, tangan anak buah aku tu.


 Muka macam tak happy je.
Kenapa eh rayyan?


Sikit lagi kaki Rayyan masuk dalam kuah meatball.
Jenuh tarik kaki rayyan agar tak tercelup kat kuah meatball.
Tu yang sampai terbujal perut rayyan terkeluar.
Comel?
Comel sangat bila nampak perut..


Aku Rayyan. Kau ada masalah??

Ini Gambar peberet Uncle Abam rayyan.
Siap buat wallpaper kat henpon garu.

Lepas berjimba, terus pergi KL pulak.
Nasib baik aku bawak pakar cilok jalan KL.
Kalau tak...menaya jer..
Lepas beli belah terus otw balik.
Tengah nak menyampaikan area rumah..
Farano pulak mengidam nak minum coconut shake.
Sory, gambar tak der.
Yer uolls, kedai tu buka time sabtu/ahad jer.
Isnin sampai jumaat tutup.
Isteri anjan teringin nak coconut shake jugak.
Terus tapau kan then buat delivery kat Sunway Pyramid.
Woahhhhh.....

Sungguh panjang perjalanan hari tu.
Lepas sampai rumah
Agah agah Rayyan kendian terus mamat tu menangis manja nak tidur.

Ok dah. babai

XOXO,

Daela

Jumaat, 22 Mac 2013

Babun Comel Untuk Aqiqah Rayyan Zariff.


Assalammualaikum....yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....Aummmmmm...
Korang...jangan nak mengaum sangat macam aku.
Aku kebusy-an tahap gaban.
Sikit jer lagi bertukar jadi Gaban.
Gaban Gemuk.
Kekekeke...lawak kan?
Lawak sangat!!

Ok, orang busy macam aku memang selalu lambat update.
Orang dah macam macam story.
Aku..?
Memang selalu ketinggalan.
Tapi..itu hak aku kan?
Masih tiada paksaan untuk bercerita.
Korang pun sama.
Tapi..mana mana blog yang selalu buat cerita sambung sambung tu..
Memang selalu aku tuju lah.
Sebab ketagih nak membaca.
Itu sebab blog aku pun ke draft je perginya last last.

Babun.
Apsal aku panggil binatang ni babun?
Apsal bukan teddy bear kecik?
Aik...kata suka hati nak sebut...atau cakap.
Kira suka hati nak panggil apa.
Lagi pun kalau panggil babun ni macam comel jer bunyik nya.
Kalau teddy bear...pun comel gak.
Tapi kalau aku punya istilah...
Teddy Bear adalah yang beasr.
Yang sedap untuk dipeluk ketika hendak tidur.
Tapi itu bukan aku.
Apa barang umur dah masuk 30 sen nak berteddy bear bagai?
Siap segala warna semua ada?
Owhhhh...itu bukan aku...

Step 1

Sila beli dawai size 25-26 untuk menyucuk punggung babun.
Beli juga lidi . Kemudian bahagian yang tajam tu dicucuk kan & diikat dengan dawai.
Ok, harga babun agak mahal kalau beli sikit.
Maknanya...korang kena beli banyak banyak baru dapat murah.


Step 2.

Pilih lah segala warna Riben yang korang suka.
Macam aku...& Mummy Rayyan memang kepala otak mereng.
Kitorang ikut warna kegemaran.
Asal terfikir jer terus sambar.
Lepas tu kan...jenuh nak mencari riben yang sama warna. tapi kat kedai lain.
Bijak pandai kan?
Dah sasah susah kan diri masing masing.
Aku bab bab macam gini tak payah di ajar pun.
Selalu buat.
Nice kan?



Yang warna Pink, hitam black metal  , ungu ni mak aku nak.
Untuk ahli persatuan katanya.
Mak nak jugak?
Kitorang layankan jer buat .
Owh ya...sekarang ni tengah mengah membuat bunga tisu untuk Abam polis kita.
Mula belum lagi.
Abam polis kita tu asyik tak tentu arah nak pilih warna bunga.
Nak aku paksa ke Abam pulis?
Kahkahkahkah...

Ke ikut warna yang aku suka?

Eh!!

Arggghhhhh... sakit pingggang membuat benda ni.
Walaupun sikit.
Tapi setakat 100 pcs tu 2-3 hari kitorang boleh siapkan.
Opsss.. maaf.
Aku tolong gunting gunting, & cantum kan jer.
Ikat dawai, ikat riben.. Mummy Rayyan & Nina.
Orang kata boleh berniaga dengan benda alah ni.
Aku pun nak open lah untuk sapa sapa nak order.
Limit 50 pcs/ order.
Warna boleh request.
Hahaha...
sambil menyambil!!


Peramugari Mas.
Muka tak boleh nak letak sangat.
Sekarang dia pulak ambik alih teman mak aku.
Dengan harapan mak ada kawan setelah semua anak mak bernikah.
Tapi...rumah mak mana pernah kosong.
Aku jer kalau balik dari tempat kerja...
Kat sana jua tempat aku menebeng.

Kata orang, kalau nak membuat gubahan, make-up kan orang kena tengok tengok tangan.
Aku bab bab make -up hampeh.
Tapi bagi bunga, riben...In sha Allah.
Laju je idea keluar.
Tak payah nak ditahan tahan.

Aku selalu macam tu.

Namun, bila aku lalai, aku lupa, aku akan terus jem.
Apa pun aku tak nak buat.
Apa idea pun hilang.
Last last Google jugak.


Keduanya buah hati kesayangan aku.
Aku sayang dunia akhirat.
Tangan si tembam membuat kan aku rindu rinduan.
Tangan si pemakai Jam membuatkan aku gundah gelana. kahkahkah.
Tak payah nak wek sangat. an......an.... an??

Nak marah dah besar.
Tak pernah nak marah sebenarnya.
Sebab dia memang macam gitu orang nya.
Serious bila aku buat salah.
Garang bila aku degil.
Bergambar macam itu memang dia suka.
Aku ambil gambar elok elok, dia delete.
Tinggalnya gambar ini.
Comel sangat katanya.
Herm. sekali lagi aku senyum dalam hati.

Tak moh muka kena jual dalam blog lah tu.
Aku tahu dia tahu.


Ok saja letak muka budak tembam ni.
Sebab aku dan dia sangat suka budak budak.
Sebab aku sangat sayangkan Rayyan.
Owh...korang ni...aku tetap sayangi Alili.
Dia tu mana boleh hilang dalam hati.
Tetap terpahat dalam hati sebagai anak buah kesayangan.
Namun, bila dah mula sekolah..
Dah mula berkawan...
Dah mula pandai berbelanja..
Mulalah...malu untuk dicium.
Malu untuk dibelai.
Semua dia malu.
Huh...itu aku sebagai mak saudara.

** Post gambar pasal bunga teddy bear / babun.
Tapi aku dah merapu rapu. ok bai.

Isnin, 11 Mac 2013

Majlis Perkahwinan Adik Bongsu Aku # Menikah Time


Assalam uolls..
Adehhhhh......Sory uolls. Aku kemalasan melampau lampau sekarang ni.
Macam macam pikir , mengalahkan hapa jer kan.
Btw, Adik bongsu aku dah selamat menjadi seorang suami.
Majlis semua sudah berlepas minggu sudah.
Aku memang tak der mood sangat nak menghapdet blog.
Penat sangat lepas kenduri.
Hahahaha...macamlah cuci periuk kan??
Majlis pernikahan dijalankan di Masjid Kg. Lindungan.
Masjid baru uolls.
Cantik... dan best jer aku rasa.
Sebab aku pun first time jejakkan kaki kat situ.


Aku dengan Abam memang start cuti dari hari Jumaat.
Abam pulak time orang busy busy macam gini demam teruk.
Adoiyai...macam macam hal pulak.
Abam demam satu hal.
Aku kena kehulu kehilir sensorang pulak.
Aku dah la penakut..
Kakakakakaka...
Pastu macam biasalahkan..
Orang demam memang mintaknya macam macam.
Ngada ngada lebih.
Nak sup ketam dikala semua orang busy...
Dah aku tawap meronda kat macam macam kedai.
Dan dan tu pulak banyak kedai tak jual ketam.
Stress pulak mencari ketam.
Last last jumpa ketam terus beli 5 kilo.
Kakakakakaka....susah sangat nak jumpa ketam kan???
Lepas tu masakkan sup..owhh..terus baik dari demam Abam tau..
Al-hamdulillah..


Mamat pasebukkkkkkk...
4 Kali baru sah ok.
Korang lain kali...kalau nak menikah..jangan lah letak hantaran ada singgit singit kat hujung.
Mamat ni tersasul sasul...
Last last pak mertua pulak tak tersebut singgit tu.
Dah kena ulang lagi..
Apapun semua juga selesai...


Pengantin perempuan yang sangat tenang.
Welcome to the club.
Club isteri isteri.
Puit....hahahahhaa.


Amboi...kemain happy selepas menikah uolls.
Eh..ada ke orang bersedih?
Hah. Ada...mak aku sedih.
Aku?
Jangan harap tak sedih..
sedih uolls.
Adik badik semua dah kawen mawen.
Lepas ni asyik pergi kenduri rumah orang pulak.
Kenduri cousin cousin pulak.
Dorang sekarang ni tengah tunggu Q untuk menikah.
Hujung bulan ni ada sorang.
Bulan 4 Kang ada lagi.
Bulan 5 kat Ipoh.
Bulan 6 Kat Pahang...
Adeh...banyaklah kalau nak tulis.
Tu baru cousin & kawan kawan terdekat.
Yang next year lagi...
Adoi....best kan?



Mesti uolls macam biasa tengok persalinan SIL aku nikan?
Memey laa...ni baju Puan Sue.
Dorang sewa.
Kalau korang nak sewa pon buleh gak.
Harga berpatutan sangat.
Siap vail, tudung eh...segala macam lah.
Ada warna gray & putih.
Bunga tangan pun boleh tempah uolls.
Warna boleh request.
Kalau nak bertanya boleh email aku atau Puan Sue.
Kitorang pun ambil tempahan bunga pahar,
Juga membuat hantaran..


Posing posing lepas menangis.
Kehkehkeh..

Ini semua lakonan semata mata.
Banyak kali kena dera sebab laju jer dorang bersalam.
Kata pengantin baru...
Nak ambik gambar kan??

Tema hari tu sebelah kitorang adalah biru, hijau
Suka hati jer baju yang kitorang pakai.
Uncle aku tak pasal pasal pakai baju biru tua.
Aih..gasaklah kan..
Abam yang sangat suka tidurkan anak.
Rayyan terlentok lentok tido hapah haram tak sedar.
Lantak piang lah korang nak bergambar ke...berdansa ke kan?
Yang penting tido...
Namun, pastikan keadaan mesti berangin dan sejuk.
Kalau tidak...Rayyan akan menagis seperti kena dera.
Adehhh...

Ohya, lepas majlis pernikahan
Ada majlis Aqiqah untuk Rayyan.
Jadi, orang kampung makan ada kari kambing masa itu.
Yuhuuu.. sedap weh.
Ok, sambung next entry.

XOXO,

Daela

Khamis, 7 Mac 2013

Loser

Loser....


Boooooo...Booooo...Boooo lagi...
Boooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Ok ok...i mengaku, i loser ok.
Sebab aku memang tahap maximum tak sempat nak menghapdate blog.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Dan semua sebab ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hehe.
Tapi aku happy...sebab bertungkus lumus last minit.
Walaupun aku hanya pembantu..
Ok, lain lain...aku cerita nanti...
Da..

XOXO,

Daela.