For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 28 Ogos 2015

Mari mencuci Pandora






As salammualaikum semuaaa..
Salam sejahtera.
Juga selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58.
So, korang semua dah habis cuti cuti kan?
Aku macam biasa.. Duduk rumah sahaja.
Eh tak. Semalam aku dengan Abam pergi mandi manda dekat Sungai.
Ulu Yam area Batu Caves sana.
Macam biasa aku dengan Abam pergi bawak anak sorang..
Ok yang tu bulan september depan aku cerita kan..

Ok, apsal aku titiba up gambar logo pandora ni kan?
Haaa.. Mesti ingat aku nak tayang pandora aku.
Uhuuukk.. Aku batuk sekejap.
Aku ada pandora. Tapi lama sangat tak beranak pinak Pandora Charm nyaaa..
Ok.. Ini pun bukan aku punya.
Semua pun aku google jer
Kengkonon nak bagi contoh gambar pandora yang lepas di cuci..

Wokey, tujuan aku sebenarnya nak bagi bagi petua cuci pandora.
Selama korang korang yang pakai pandora, semua pun pergi hantar cuci kat outlet kan?
So, lepas ni korang sediakan duit lebih sikit untuk membeli,
Dan sabun untuk cuci tangan korang lepas cuci pandora. 
Itu sahaja.. 


Haaaaa.. Inilah kain untuk cuci pandora korang tu.
Pergi kedai One Shop, korang mintak kain cuci silver kat dorang.
Pandora aku jenis silver.
Ada gak yang rose goldkan?
Rose gold aku x pakai. 
So korang jangan berani berani cuci pakai kain ni tau..
Kang tanggal warna rose gold, aku tak campurrrr..😁
Harga kain silver ni ada dua.
Yang aku beli ni size besar. Rm4
Yang size kecik tak ingat pulak.
Tapi yang pasti dah tentulah murah dari yang aku beli ni yer dak?


Lepas selesai korang lap sampai shining,
Bak kata orang perak (memancor-mancor)
Kain macam biasa akan bertukar menjadi seperti dalam gambar diatas.
Memang lama betul Pandora aku bersidai kat dalam box dia.
Mood nak pakai pun tak ada.
Sebab lepas dua bulan hantar cuci kat outlet Paradigm, Pandora hilang seri.
Sooooo.. Campak jer dalam box.
Haaa mengeraslah kau dalam tu.

Kusam je tau.
Aku ni tau jelah, semua pun malas sebenarnya.
Sampai satu hari tu Abam ajak dating.
Then pergi shopping mall.
Aku pun terus ambil gelang tu. 
Asalnya nak hantar mencuci kat outlet.
Lepas tu aku nampak kain ni titiba munculkan diri.
Haaa magic kan?
Banyak laaaa aku punya magic.
Dah tentu kain pengelap Abam kan.

Aku test test lap pakai kain tu.
Bucu bucu jer aku guna.
Korang bayangkan aku punya Pandora tu dah lama sangat tak guna.
Kusam dan lebam.
Ehhh.. Berkilat.
Gosok punya gosok makin berkilat.
"Waaaaahhhh"
Terkejut aku.
Hampeh punya Abam.
Dia "waahhh" kan aku.

Pastu aku cakap lah aku pinjam kain cuci dia sekejap.
Abam cakap memang laaa dah kain tu memang untuk silver.
"Kau dah kenapaaaaaa....?"


Ok ini bukan aku punya anak pinak charm pandoran ni.
Aku pinjam gambar adik ipar punya.
Nurul Farhana. Tengok siap ada son kan....?
Aku siap tapaukan kain untuk dia.
Sebab dia ni guru aku mengajar dan meracun aku.
Aku kadang kadang jer terjebak.
Petua dia untuk cuci pandora agak pelik pelik.
Aku tak pernah cuba.
Jadi, aku pulak sarankan pada dia pasal ni.
Hah lepas je beli... Tak sempat tunggu dia lap.
Aku terus offer diri untuk lapkan.
Lama jugak aku menggilapkannya.
Hasilnya amat memuaskan.
So, dah dekat 2 bulan aku tak lap pakai kain tu. Untuk aku punya sendiri.
Keadaan masih lagi bersinar.
Pandora pun hari hari aku pakai buat belasahan.

Haaaaa.. Itu saja petua untuk hari ni.

xoxo,
Daela