For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 12 September 2017

Busselton Jetty - The Margaret River Chocolate - Cape Leewin Light House



As salam... well helloo..
Ok, mari aku nak menyambung kongsi cerita pengalaman yang tak seberapa untuk korang..
Tapi more fun & gembira dihati kami. Aku ni baru dua kali je pergi Australia. Haha Jakun kan?
Kitorang meneruskan perjalanan ke Busselton Jetty. 
Jauhnya lebih kurang 121 kilometer dari Lake Clifton.
Sejam lebih  perjalanan. Kitorang ada berhenti sekali rasanya isi minyak.
Fyi, sepatutnya isi minyak kat Town lah ye.
Kalau Area pendalaman harga minyak agak mahal.
Di Australia harga minyak tidak sama untuk mana mana tempat.
Pandai pandailah korang buat pilihan yang betul.
Tapi jangan sampai fuel kering kontang sudahla.. :)



Ha... Inilah pemandangan yang sebenar kalau ikutkan.
Tapi jangan expected sangat tau. Nanti kecewa banyak..
Macam aku dah macam redha, sebab pernah mengalami kekecewaan cuaca masa kesana dulu.
Maklumlah...jakun :)
Tapi kesian pulak pada Amy & adik adik aku ni haa.
Cuaca masa tu kejap kejap cerah, kejap kejap hujan dan titiba panas lit lit.
Angin memang usah cakap lah.
Selama lepak dekat Busselton Jetty ni, sejuk semacam.
Angin lautlah katakan.
Aku sampai pakai glove.
Anak anak buah pun sama gak ber- glove je dorang.



Team gedik bergambar 


Lagi seketul gambar gedik.. Haha


Ok, Jarak laluan ke Busselton Jetty ni lebih kurang 2.5 km
Haaaaa... berpeluh ketiak tau kalau cuaca kat Malaysia kan?
Tapi sana tak yah keluar peluh. Jenuh tunggu peluh..tak keluar keluar gak..
Kami ambil keputusan  tak nak merentasi Jetty menaiki train atau berjalan kaki.
Naik train kena bayar, naik kaki sendiri pun kena bayar.
Jadi...amik feel kat tepi tepi sudah.
Agak mahal jugak kalau naik train.
Lagi pun hari nak hujan.
Cer korang tengok awan tu... tebal je mendungnya kan..

Lepas bergambar, kami makan dulu di area Jetty tu.
Lunch macam biasalah, ikan ikan & ikan.
Pada aku makan dekat situ memang sedap.
Ikan fresh.
Kami order 2 set makanan untuk 4 orang dewasa dan 2 kanak kanak riang.

Lepas tu meneruskan perjalanan ke Margaret River Chocolate
Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit
Lebih kurang 35.9km.
Masa perjalanan ni, luas mata memandang tau.
Sana sini nampak cantik.


Taraaaaa.... dah sampai.
Pusing pusing dalam ni sekejap.
Adalah membeli sedikit coklat dalam ni.
Amy, beli coklat bola golf. Hamboiiii saya tu.
Nasib baik aku bukan penggemar coklat.
Suka makan time suka je.
Kalau tak suka, tengok pun tak mahu.. haha..


Titiba Rayyan suka coklat. Jadi Acik belikan coklat untuk dia.
Nanti buka dekat dulmah ye... (Dulmah a.k.a RUMAH)
Nasib baik abang Rayyan dengar kata.


See... langit biru..
Lepas bergambar terus meneruskan pejalanan ke Hotel.
Simpan simpan luggage dulu.
Margaret River Holiday Suite berhampiran River Wine Region.
Ambil masa 21km atau 16minit dari situ.
Kami duduk hotel tu semalaman.
Lepas tu meneruskan perjalan ke Cape Leewin Light House.
 

Taraaaaa.... Dah sampai di Cape Leewin Light House.
Tapi kesedihan jugak..
Sebab lewat 2 minit.
Deme deme dah tutup pagar putih tu.
Dalam 4.32 kami sampai depan pagar tu.
Tak ada belas kasihan tau..
Terus tutup pagar masa tu.
Kira sharp time deme deme lah.

So, melangok la kitorang bergambar depan pintu gate tu.
Nasib baiklah permandangan yang sungguh dan super duper awesome.
Hilang jugaklah penat kami kan.. walaupun kesedihan.


Muka kepenatan masing masing.. hehe


Thank you Google. Nilah yang sebenarnya gambaran Light House ni.


Gambar ni , gambar check out sebenarnya..
Alasan malas nak bubuh gambar malam tu sebab malas nak pakai tudung dalam rumah.Haha
Rumah besar ada 5 katil.
Bermalam kat hotel ni memang betul betul sejuk.
Jatuh 4 degree malam tu.
Kitorang bersembang sembang berasap rasap mulut.
Hotel ni depan dia ada Coles.
Macam biasa laaa...aku membeli strawberry dan menggila nak membeli pyrex.
Memekak adik aku.Hahaha..gila murah kan? harus laaaaa...


P/s: Setahun berlalu baru aku up story ni...hahahaha giler betul... :)