For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 2 Jun 2011

::Dating::

Assalammualaikum yawww!!!

Petang semalam lepas balik kerja,
gua laju laju merempit balik rumah..
coz gua ada dating ngan Abam Sayam gua.
Minggu ni gua rasa happy gila sebab Abam tak kerja malam.
Ada meeting pasal ke-naik turunan harga getah.
Yess..bagus bagus..Ada kawan kat rumah.
Kalau dia keje malam..dah kena berangkut pergi rumah mak.
Rindu kat mak lah..

Aku sememangnya malas nak naik rumah mandi bagai.
Nanti confirm lambat. Bila dah sampai area rumah aku,
Terus call abam suruh dia tunggu aku kat bawah.
Kata nak dating sangat kan..
Aku bayangkan abam pakai baju kemeja petak petak tight in ngan seluar pakmaun.
lepas tu pasang angan angan dating makan kat Gold Coast Sepang ke..
paling kuman pun dekat Muara Klang.
Lama gak aku tak makan seafood.
Nak nak pulak free kan..sedapnya anak tekak.

Sekali,
Aku tengok abam pakai seluar pendek ngan selipar jepon.
Hahaha...kurang asam betul encik Abam tu tau.
Nasib baik tak der sapa perasan aku ketawa terkekeh kekeh.
Bila aku bertentang mata ngan abam...aku masih tahan ketawa.
Puan, apsal awak ketawakan saya..?
Eh..mana adalah..cepat saya da lapar da ni..kita nak dinner kat mana?
ermmm...kita pergi pasar malam dulu lah..lepas tu baru kita pergi makan ea..?
Ambik ko, pasar malam jer dia ajak dating.Dalam telephone amboi..
macam nak ajak makan kat tempat best best je kan..?
Comel jer cara dia ajak aku keluar semalam.itu pasal tinggi angan angan.

Sampai kat pasar malam,
Abam cakap beli lauk bagai.
Aku pilih ikan.Lepas tu aku cakap kat dia,
Dah lama ea..Abam tak pergi memancing..
Haah, dia rindu nak mancing..tapi dia busy.
Aku teringin nak beli ikan tenggiri.
Tapi aku tanya Abam dulu, dia makan tak ikan tu.
Jawapan dia..Dia tak suka.Aku pun terus pilih ikan sardin.
yey..ikan sardin sedap kalau masak kicap.
Lepas tu belilah sedikit ayam, daging.
Sayur pulak, abam pilih nak makan ulam daun salom.
korang kenal ke?
Nanti aku snap pict  tau.Tahun bila nk update...kan?
penuhlah jugak kiri kanan memborong stock seminggu lebih.
Kalau asyik malas masak je..
Confirm tahan sebulan.eh

Abam tanya, nak masak ke nak makan kat luar..?
eh eh..tadi ajak makan kat luar..kan..?
terus menuju kedai peberet kitorang kat simpang jalan besar.
Food & service memang terbaik kat kedai tu.
Abam order nasi putih, tom yam kung,
telur bungkus, sayur chop chai, kerabu ikan bilis & sambal belacan.
Air pulak teh o ais & air suam.
Terus terlupa dengan NORA ELENA kan..kan..
Harga nya..ok lah.Kadang kadang kira mahal.
kadang kadang kira murah.
Tak pelah, mahal ke murah ke..kalau sedap..
insyaallah..selalulah nampak muka kitorang kan awe?
Lepas tu balik rumah..
ok tamat dating kitorang semalam..yekkk..!!!

1 ulasan:

Wanita Bertudung Hijau berkata...

sayur chop chai tu mcm mn ye?