Korang suka kucing tak?
Aku memang suka kucing. Tapi tak suka bela kucing.
Dulu dulu masa aku & famili duduk kat TM,
memang ada bela kucing.
Nama kucing aku Ami. Ami ni kucing betina.
Macam gambar yang aku google ni lah warna Ami.
Lama jugak aku bela Ami ni.
masa aku start bela ami ni, dia kecik lagi.
bila dah lama dah dewasa..ha..mulalah ada boipren.
Lepas tu Ami beranak , kalau tak silap aku dalam 2-3 ekor.
Mak aku mula bising bising pasal anak Ami.
Ami hari hari pindah randah bawak anak nya.
Aku memang geli sikit dengan baby kucing ni.
Lagi pun titiba ami menjadi garang.
Mungkin sebab 1st time jadi ibu kucing kan..?
Rumah pulak harum semerbak bau kucing.
Mak mula lah suruh aku buang Ami.
Aku pulak tak sampai hati nak buang ami sekeluarga.
Tapi..telinga aku dah panas sebab mak lebih bising dari baby Ami.
Jadi..pada subuh subuh hening, aku kumpulkan ami & anak anaknya
dalam kotak..
Masa aku nak buang tu, Anak ami dalam 2-3-4 bulan macam tu.
Lagi lah comel comel & bulat bulat.
Puas aku pujuk mak supaya benarkan aku bela Ami.
Tapi mak tetap cakap tak boleh.
Pagi pagi tu, lepas solat subuh
aku angkat kotak dan bawak ami ronda ronda naik moto.
Aku ushar ushar line kat mana nak letak Ami & anak anak nya.
Last last aku taruk kat kedai orang jual ikan.
Pada fikiran aku yang masih muda & mentah masa tu..
Mesti ami & anak anaknya akan bertambah gemuk & cukup makan
sebab aku nak tinggalkan dia kat pasar.
Sebelum tinggalkan ami, air mata aku asyik menitik jer.
Sedih..sebab aku sayang Ami sangat sangat.
Lepas aku tinggalkan, terus balik rumah , aku merajuk dengan mak.
Aku tak makan..tak minum...konon konon tunjuk tanda aku tak setuju dengan mak yang suruh aku buang Ami.
Petang tu, tengah aku cuci motor, aku nampak ami dah melintas depan mata aku.
eh..ami.Terus aku peluk ami.
Ami macam marah aku terus menuju kedapur tempat port biasa ami.
Hah ko..sekali ami dah bawak balik anak anaknya sekali.
Cehh!!!
Lepas tu terus tak jadi buang ami.
Bila masa nak pindah..terus tinggal ami.
Ami tak tahu nak datang Kota Damansara naik bas no. berapa.
hahahaha.
Aku dengan Jana memang gilakan kucing.
Dah kata kawan baik masa kecik..
Jana suka buat idea yang sangat sangat berharga bila dah dewasa.
Sampai sekarang aku tak pernah lupa.
Kami menyamun.
Ya...sungguh nakal sewaktu kecil.
Kami menyamun seekor bapak kucing.
Dosa & pahala masa kecil ..kami tidak mengerti.
Yang kami tahu...mari kita ambil kucing orang tu.
Aku & jana penat berdayung basikal pulang dari sekolah.
Sambil itu kami berborak pasal terlihat kucing comel di sebuah lorong.
Hari hari aku & dia akan melalui lorong tu agar terjumpa dengan kucing berbulu tebal itu.
Nasib agak baik sebab kami berpeluang mendekati kucing manja itu..
Terus syaitan menggoda aku & jana supaya memasukkan kucing itu kedalam bag sekolah.
Ya..memang nakal kerana memasukkan kucing dalam bag sekolah.
Masukkan dalam beg sekolah Jana.
Dalam bag aku tak boleh..sebab bag aku kecil.
Lepas berjaya jadi pencuri...kitorang bawak kucing berbulu tebal pulang kerumah.
Kami namakannya Aneng.Sempena bulunya kuning.
Aneng sungguh nakal.Dia asyik meragam sahaja.
Langsung tak reti diam.Bila jana bagi makan ikan.
Aneng tak mahu makan.
Bila cuba mintak pada intan(dia juga bela kucing berbulu tebal)makanan kucing,
barulah aneng nak makan.
Terus kitorang tak suka aneng. Sebab aneng memilih.hehehe..
Duit sekolah pun mintak mak bapak...ada hati nak bela kucing yang makanan pun kena beli..
Moralnya..jangan curi kucing belaan orang..Aku tak ingat la sama ada kitorang pulangkan Aneng atau tak.
Yang pasti...Kitorang jaga aneng sehari jer..kakakaka...
1 ulasan:
oooo curi kucing yer.....apa punya nakai ini budak
Catat Ulasan