For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 2 Mei 2011

::Kembali ke Rahmatullah..::

Al-fatihah..
Untuk arwah Paklang aku yang telah kembali kerahmatullah pada malam 28 April 2011 yang lepas.
Pak Lang aku menghembuskan nafas yang terakhir di hospital Teluk Intan.

Arwah Paklang aku memang selalu semput.
dia dimasukkan dalam hospital dalam 4 hari sebelum meninggal dunia.
Pada hari siang 28 tu, my cousin sudah memberi tahu aku yang paklang aku sedang menjalani
rawatan dalam hospital.

Gambar ni adalah last pict yang aku tangkap sebelum beliau meninggalkan alam yang fana ini.
Sini juga last entry pasal tok alang alili..
Dan mungkin kerana Alili sayangkan tok alang nya,
Minggu terakhir arwah paklang aku meninggal,
Mak & abah aku serta adik adik tu telah pergi memancing untuk kali terakhir bersama arwah.
Masing masing agak terkejut dengan kehilangan Paklang aku, kerana
beliau tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pergi selamanya..

Di pagi 29 April, kami sekeluarga sampai,
Jenazah Paklang aku masih diruang tamu untuk menerima pernghormatan terakhir dari kami sekeluarga.
Alili terdiam dan terkedu melihat tok alang yang dulunya selalu melayan alili dengan manja.
"Dah tak ada tok alang lagi dah...alili sedih.." ucap alili sambil termenung jauh.

Aku memang tidak menyangka alili yang berumur 5 tahun, boleh duduk disisi arwah.
Alili juga tidak langsung menunjukkan rasa takut dengan Jenazah.
Alili tolong mengangkat tilam serta bantal yang telah digunakan oleh arwah Paklang aku ke atas rumah.
Dia memang selamba.
Mungkin kerana arwah tok alang nya selalu melayan karenah alili yang gedik mahu memancing ..

Aduh, menitik air mata ini bila mengingati kembali..

"Jom lah kita balik kampung Arwah tok alang minggu ni alili.." Kata abah aku pada alili

"Ala..tak nak lah...Tok alang dah meninggal..dah tak best kalau balik kg.."

1 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

Semoga roh pak lang ditempat di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn.jangan sedih ye daela.