Assalamualaikum..:)
Petang petang ni, akak nak ajar adik adik memasak yer..
Dah lama blog akak ni sunyi sepi dari dunia masakkan.
Bukan akak tak masak yer adik adik.
Hari hari akak masak untuk Abam.
Abam kata dia dah bosan makan kat kedai.
Akak pulak..dah jemu masak kat rumah.
Sekali sekali nak jugak makan kat luar kan..
Gambar labu masak lemak ni, akak ada updates dalam laman sesawang
"Muka buku."
Ramai kawan kawan mintak aku updates resepi.
Ok ok..mari akak share kan resepinya.
Resepi untuk 2- tiga 4 orang punya makan:
Labu separuh (masa akak beli ni size cinonet jer)
Sedikit santan( Akak beli sebiji kelapa)
Udang 3 ringgit ( sila kopek kulit udang untuk mendapatkan feel yang best..ngeh ngeh ngeh)
2-3 ulas bawang merah kecil di mayam halus
Sedikit udang kering..lagi best kalau korang tumbuk.
Sedikit air ini untuk korang rebus labu sampai empuk tau.
garam gula & pak ajinamoto
Cara cara:
Rebus labu sampai empuk, masukkan bawang & santan.
Diingatkan..supaya tidak mengacau beria ia kerana labu mudah lembik sebab dah empukkan.
Kang ada pulak makan bubur labu bersama udang.heeeee..
Agak agak santan dah nak mendidih, masukkan udang, garam gula & ajinamoto secukup rasa.
Bila semua nya sempurna..tutup api dan hidangkan..
Lagi sedap kalau ada ikan masin goreng garing & ikan kerisi goreng.
Ada pulak sambal belacan...kena pulak dengan timun potong...aduh..tolong...
Aku susah nak berhenti tambah nasi...heeeeeee....:)
2 ulasan:
lapar pulak tengok masak lemak labu tu
aku tak suka lauk labu nok..ntah la napa..tak tau
Catat Ulasan