For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 27 Mei 2011

Make A Macaron..

Hadoooiiii..
Assalammualaikum yaw!!!

Awal awal entry aku dah mengeluh kan..
Sedih...gumbira...rasa menagis pun ada.
Aku suka cerita yang dulu dulu..
korang mesti da boring kan?

Ini cerita minggu lepas..
Aku buat macaron...
Sumpah kalau korang nak tahu..ini bukan lah hasilnya..
Ini semua aku google & tepek kat sini.
Yang aku punya, nanti aku update ea..
henpon garu titiba kong pulak..
Abam main game "burung marah" terlampau lampau lak.
Sampai licin takoi bateri aku.
Adik adik aku skrg kalau keluar dr bilik or g dating..terus lock bilik
menyampah..nak tumpang charges henpon garu pun da tak buleh...


Korang pernah makan macaron ni tak?
Rasanya macam mana ea?
Susah nak cakaplah..sebab aku makan hasil buatan sendiri..
Mungkin kalau beli kat Harrods KLCC barulah aku boleh compare kan dengan macaron buatan aku tu.
Aku & Farah..gigih membeli belah bahan bahan nak buat menda alah ni.
Nasib baik tepung almond yang mahal ni di taja oleh tunang adik aku.
Thanks farah...lebiu..(ada 700grm lagi..nanti kita buat lagi ea...)

Gila kentang kitorang google macaron, last last farah terjebak beli bagai bagai warna.
Semua warna di atas ada dia beli & campur kat rumah mak.
Aku kalau nak operasi buat makan makan yang peliks peliks..silalah kerumah mak.
Sebab rumah mak semua benda ada..
umah aku semua tak ada...sob..sob..sob..!!!
Memang malas nak beli sebab tak rajin nak mengadap sensorang.
Lagi pun rasa macam janggal sebab tak bising bising kan..
Paling best my chef in my world...kalau dia tak komen komen anak dia masak..rasa tak lengkap ok..
waima aku masak kat rumah sensorang pun aku akan call mak..tanya resepi..kot kot salah ke kan..
adoi..anak mak betul aku nih..

Bahan bahan Macaron :

Tepung almond ( korang kena jemur at least 1hour untuk kasik tepung ringan kemudian ayak tau)
2 biji putih telur (dalam keadaan suhu bilik.tak boleh dalam peti ais punya...aiseh...buat ni memang banyak "songel")
gula castor (kena jemur jugak)
gula ising (pun jemur gak)
Sedikit jem( tapi aku pemalas..aku guna nutella sahaja..)
Baking Paper (korang lukis guna duit siling 2 kupang dan jarak jarak kan..)

**bahan bahan mudah nak jumpa..tapi..bab azab nak membuatnya...Tuhan jer yang tahu..

Cara cara

Pukul gula castor & putih telur sampai kembang semangkuk
ayak tepung almond & gula ising lepas tu campurkan dengan putih telur yang da kembang tu.
campurkan pewarna ikut suka hati korang tau..aku ni keji sikit..aku bubuh warna peliks..
Masukkan dalam piping bag & paip kan atas baking paper tadi.
Cucuk buble yang ado...(kang kalau tak cucuk..masa macaron dlm oven tu pecah & retak)
Rehatkan macaron selama 35++minit lepas tu bakar.

**Cubaan kali kedua baru berjaya jadi kaki kot.
gila girang aku menjerit kat dapur..

1st trial memang hampeh.semua belaka tak jadi.Rasa ada..Rupanya..aku "ter"belajar pada blogger yang ajar tak betul..
Aku tak salahkan dia..sebab dia nak meniaga..tu sebab dia bg gitu gitu jer resepinya..
Aku tulis kat atas pun tak cukup lengkap..sebab main ingat ingat jer.
Nanti aku update gambar hasil air tangan dari aku..puiii.....


**selamat mencuba..sambi kesat air mata (*_*)



Tiada ulasan: