For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 9 Mei 2011

::Selamat Bertunang Adik ku::

 Assalammualaikum yaw...
Rindu gila baban mak nak hapdet blog.
Ok ok, aku tau ada yang macam tertunggu tunggu
kenapalah aku letak teaser jer seminggu kan?
Gila meroyan kot lama lama buat orang lain menyampah kan?
Hahaha ada mak kesah ke?

Korang, jangan la merajuk..terus nak tutup yang hujung kat atas sebelah kanan ni kan?
meh mak pujuk ea..
1 mei 2011 lepas, adik mak bertunang.
Mak ada 4beradik, semua lelaki yer anak anak.
Abnag mak dah ada seorang anak..alili..hui...alili yang baik tu..heeeee:)
Adik mak yang no 1 ni la yang bertunang.
Dengan Cik Farah nor..bukan nama sebenar.

 Ha, inilah kekasih adik aku yang di ambil jadi calon isteri.
amacam, ada rasa rasa berpotensi gundu macam akak ipar nya yang cute lagi tembam
macam dottie ni tak?
Cik Farah nor ni kurus keding je.
Meh kita cerita sikit pasal dia..ngeh ngeh ngeh..
Dia ni anak sulung. Ada 2 beradik aje.
Sikit kan..Abang aku pun pon kawen ngan akak ipar aku yang sikit bilangan adik beradiknya.
cuba korang teka...yer...Akak ipar aku pon 2 beradik gak.
aku best..adik adik ipar & ipar ipar ramai...yey!!

Farah Nor ni sudah lama bercintan cintun dengan adik aku rasa rasanya lebih lima tahun.
lama kan..dari farah ni sekolah lagi gamaknya..
Usia nya...haram aku tatau..senang senang kang aku tanya dia lah ea..tapi.dia masih muda..:)

 Ok, yang hensome macam hero cerita dulu dulu ni abah aku..
Walaupon abah bukan ketua rombongan hari tu..
Ketua rombongan meminang ni ketuai oleh adik abah aku yak ni Uncle Jeff..bukan nama sebenar jugak
wow...janggal u nak panggil uncle jeff ni..
Uncle aku ni memang fofular lah.
Pergi lah celah mana pun pasti ada je yang kenal beliau.
he...fofular kah?

Korang perasan kan.budak macho yang baju kotak kotak tu?
huh, alili lah ka..sapa lagi..
Lama aku tak cerita pasal dia kan?
Dia sekarang dah baik..sudah kurang nakal nya..
Ya..dia sudah banyak baik dari nakalnya..
aisssshhh..budak budak kan...:)
 Yaw..sebenarnya...rombongan kitorang sekampung ko.
Penuh rumah farah nor ni dengan tetamu sebelah kitorang.
Cuma belom nak roboh je rumah dia.Kalau rumah seri...haaa..
Fikir fikirkan lah u all...Sapa seri..?

Majlis bermula pada pukul 3 petang gitu.
Maklumlah, janji melayu pukul 1.30petang.
Tunggu orang tu..tunggu orang ni..
Makan makan kecil kat rumah mak aku,
cuci cuci pinggan dulu..ha..baru gerak pergi rumah Farah.

Kitorang bawa hantaran lebih 13 dulang .
Farah balas seperti yang ada kat atas tu.
Biasalah, sebelah aku famili nya agak close gitu.
Semua pun nak tambah tambah dulang untuk adik aku ni.
Thanks makcik mak cik ku...
 He...muka mak aku tak boleh belah la weii..
Control cun ea mak?
Mak aku nerbes sebab dah lama tak sarung cincin kat bakal menantu
Adik kasi farah nor ni 2 bentuk cincin,
cincin belah rotan & cincin tunang..ala..yang ado batu batu tu..
Hantaran pulak..30k..hahaha..korang kena tipu..

 Amboi..si mata kucing ni tau..
Gila glamer bermata kelabu asap.
Aku malas nak pakai fake eyelashed you..kang over shadow farah pulak..
kuang kuang kuang..
Biar kak cik aja yang pakai bulu mata palesu kan?
Kak cik ni Gf adik bongsu aku weii..cun tak ?

 Geng pink color..
Yang tundung soft pinky ni akak ipar gua..
yang merah bertudung ayu tu, my cousin Lah kecik..
Ini untuk membezakan antara ktorang berdua..
Dua dua sama nama...hampeh..hehehehe...
Nasib satu lah kecik..satu lagi lah besar..
kalau panggil lah gemuk..kang aku meradang pulak..

Geng orang buta..
dorang ni suka mengayakan cermin mata mahal mereka.
Hahaha..pecah perut masa aku ambil gambar dorang ni.
Udah macam panca sitara wei.
Bercermin mata ala ala orang buta..menyampah!!!

Mereka semua buah hati kesayangan hamba...

ok..ok...nanti kalau aku rajin, aku hapdet lagi ya...
Maka...tamatlah cerita adik aku bertunang...sempoi kan...
sebab aku malas nak taip banyak banyak...adios yaw...!!!

1 ulasan:

applemintlady berkata...

mak ai..dottie anyah ckp??hampeh..