For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 12 Mei 2011

Warna & Pelamin

 As salam...ok, today nak sambung cerita pasal tips tips nak buat majlis perkahwinan
tanpa wedding planner.
Siyes, aku dan Abam Sayam orang biasa biasa jadi...kitorang deside buat planner sendiri sahaja.
Samasa bersayang sayang dengan Abam sayam dulu dulu, paling aku tak gemar warna purple.
Haram tak pernah ada baju warna purple kot,Kalau ada pun yang mix mix color..jadi..warna purple
bukanlah warna kegemaran kitorang..

1st sekali lepas korang bertunang incase korang nak kahwin dalam masa terdekat macam aku & abam sayam, (6bulan) korang kena pilih baju dulu.
Ok, macam kenduri, kitorang hanya buat dirumah aku sahaja.aku ulang KAT RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN SAHAJA.
Sebab, bila sudah memilih warna pakaian...that means korang sudah memilih tema untuk deside segala
mak nenek untuk majlis nanti.
Cuba korang main campur aduk jer, mesti warna warni kang..
Sebab....warna warna untuk majlis perkahwinan sekarang ni..semua lawa lawa..
semua cantik cantik..

Ada orang suka buat perkara pelik pelik.
Macam aku punagak pelik juga.
Aku sememang nya suka bangat dengan warna kuning Di Raja.
Aku siap merayu rayu kat abam sayam supaya suka dengan warna pilihan aku tu.
Abam sayam buat buat suka sebab nak ambik hati aku..
Kang aku merajuk pulak...eh.
Memula abam sayam bukannya nak sangat test test baju or ushar ushar baju ni.
Paling dia menyampah kot aku rasa.
Kalau boleh dia nak aku pergi sensorang jer masa tu..
Lepas aku buat muka sentap, barulah abam sayam nak pergi..
Bukannya jauh kot.Seberang jalan rumah mak aku jer pun.huh!!!

 See...sapa yang hover sampai pajak buku pengantin?
Abam sayam jugak kan?
Abam sayam suka warna biru.
Banyak tau baju warna biru dia.Naik pening lah aku tengok warna biru yang
sinonim dengan dia tu.
Bila mak andam tanya warna baju idaman kitorang...aku sebut kuning, abam sebut biru.
serentak.
pastu kitorang ketawa...sambil tu aku sapu sapu bahu aku..sebab mak andam dua alam ni tepuk tepuk bahu aku...alamak...tangan jantan kot yang pukul aku kan...bergurau manja ....kan kan?

Mak andam tu yang banyak advise dan bermulut mengalahkan longkang.
You ni gemuk...cuma ada 5 warna jer yang you boleh pilih..yang ini, ini, itu, itu dan tu...sekali muncung dia kasi..huhuhu..
Aku terkesima sekejap sebab semua warna idaman tak der yang dia tunjuk.
Aku selak selak photo book dorang.Ini...ada warna kuning..merujuk kepada kebaya labuh songket bunga tabur patern dulu dulu...tapi aku suka...* sambil pejam mata...lepas tu senyum..
hello..nyah, sekarang orang tak pakai baju baju orang lama gini tau nyah.
You ni tak de taste la nyah...siot jer dia cakap macam tu kat aku...
AAAla...ai suka yang ni...
Baju ni kitorang dah masukkan dalam museum kat UK.huh..alasan lah tu..malas nak mencarikkan?

Untuk pengetahuan korang kan, abam memang suka warna warna..
paling dia pantang warna cokelat.Aku pun tak faham kenapa abam bermasalah dengan warna cokelat.
Agaknya cokelat pernah sakitkan hati abam kot..?
Kalau aku terbeli warna agak kusam kusam...sure...akan kena bahan dengan dia.
Dia akan kutuk kutuk aku sampai aku tukar ok..kejiiiii kan abam tu...grrrrrrr....

Baju warna hitam ni pun cantik..but abam said no.ini bukan majlis berkabung sayam...
ini majlis wedding kita..tolong lah pilih yang ada warna..
haah betul jugak..kalau dah pakai baju warna hitam, pelamin dah tentu tentu hitam
bunga telur hitam...baju penanggah hitamm..huii..geng gagak hitam u kang majlis ai orang kata..
So..setelah 2 jam membelek baju..itu pun lepas bayar deposit
(kedai ni kejam sikit...u kena bayar deposit baru boleh try baju..kalau tak..kirim salam nak cuba baju kitorang..hahahhahaha yang hujung ayat tu aku tambah sendiri)
So try semua warna yang aku muat tu..
Antaranya, warna PUTIH, HIJAU TUA tapi cantik sangat, BIRU gelap..pun cantik, COKELAT tapi  aku cepat cepat cakap tak mo pakai warna tu..last sekali warna UNGU gelap.

vavavavava...semua cantik cantik...yang tak cantik sebab aku punya warna yang dok berkenan semua dok muat..aiseh....berdiet separuh mati lah masa nak kawen...haram...sumpah tak diet sangat masa tu..

Mak andam tu cakap...kalau kitorang berdua pakai warna apa pun santek..
Sebab dia kata kitorang ni agak cerah..yer..Abam jer yang cerah.aku hitam manis..
Aku rela merndah diri..sebab abam memang putih kuning langsat kulitnya..
So...kitorang pilih UNGGU Gelap sebab macam jarang jarang nampak kat majlis perkahwinan..

ok, lepas pilih baju ni, kitorang pilih baju famili pulak.
nantikan episod sambungan nya akan datang...huii...macam drama bersiri pulak..
daa....

Tiada ulasan: