For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 26 Mei 2011

Kisah Seram yang biasa biasa jer...

Assalamualaikum yaw...

Adeh, mentang mentang today is malam jumaatkan..
Aku nak cerita kisah seram lah..
Ini kisah dulu dulu..
Masa aku tengah keje kilang kot.
Kisah ni terjadi sewaktu 3 minggu lagi sebelum
aku tamat berkhidmat dekat situ..(mcm dah nak pencen jer kan..)

Macam biasa, kalau dah keje ilang namanya..
Mesti kena kerja shift kan.
So..dah nak berhenti kerja pun masih kena paksa OT
dan kerja malam..
Sepanjang 8 tahun aku kerja kat situ siang & malam..
Macam macam story aku dengar.
Macam macam momok yang dorang jumpa..
Mungkin jodoh aku tak berjumpa dengan apa
yang kawan kawan aku jumpa...eeeeiii takut!!!

Aku memang penakut.Nak nak sekarang ni sebab tinggal kat rumah sensorang..grrrr

Ok, aku ni jenis malas nak buat buat takut kot.
Sebab mak aku cakap..kalau kita takut...takut akan selalu ikut kita..
Tak mo lah kan..
Since aku keje kilang dulu dulu..
Mana lah boleh kalau nak pergi tandas sekali 18 orang kan?
Lepas tu kalau kerap ke tandas pulak..mesti kena tiaw ngan Line leader kot.
Hermmm...
Kalau tak silap aku kan,
Aku pergi toilet arround 2-3am.
Toilet dengan line aku anggaran 300 meter kot.
Memang dari budak budak line aku jenis berani berani masa tu.
Aku pun tak de lah penakut sangat macam sekarang ni..
Di sebab kan mood dah nak berhenti kan..
Line leader aku macam suka suka hati jer beramah mesra dengan anak buahnya..
kitorang lah tu..
Kalau pergi toilet nak pergi 2-3 orang pun dia tak kesah sangat.
Nak dengan radio pakai hendset pun dia kasi..
Janji korang dapat target.
Ya...company lama aku gila target.

Seminggu sebelum tu,
Aku dapat tau yang budak budak shift malam ada kena hesteria
Ada jumpa momok dalam stor.
Momok alihkan dorang yang sedang lena curi tulang dalam stor.
Dorang tidur kat tempat lain, bangun kat tempat lain..
Hah..mau tak melompat kan..
Lepas tu, masa cuti plak..ada department memang WAJIB OT.
Sebab rakyat akan mengamuk kalau barang yg kitorang buat tu tak siap!!!
Padahal dorang dah balik rumah dah..tup tup Pak Guard terjumpa.
Mungkin pak peramah nak say "hi" kan..
titiba...yang pandang pak guard tu bermuka serupa..
5 muka yang sama dalam lift barang.
Pak guard dah la jenis mulut longkangkan..
Habis kecoh seluruh Kaum kerabat company aku tau..

Story begini akan cepat tersebar kot.
Macam macam gaya yang dorang sampaikan.
Aku...hermm..rasa harap harap aku tak jumpalah kan..

Berbalik pada cerita aku td,
Aku ni suka dengar lagu guna hand free.
Sebelah aku pakai..sebelah lagi aku tak pakai.
Kang titiba Line leader aku cakap, aku tak dengar kang..
Dia membebel pulak...owhhh...i miss masa itu skrg ni...:(
Aku pun rasa macam nak pergi toilet..
Sewaktu aku melintas kawasan stor,
titiba bulu roma aku meremang..
Aku macam nak patah balik..
Tapi...aku kena pergi jugak..sebab dah tak tahankan..

So, aku teruskan..
Aku masuk toilet, terus rasa toilet macam sesuatu masa tu.
Tapi aku still ignore...kan..
thennnnnnn......
Kan aku cakap aku suka dengar lagu kan..
Titiba aku ingat aku terskip next songs kan..
Aku terdengar suara mengilai ok...mengilai..
kuat pulak tu...bunyik lagu dah tak dengar..
Aku dengar bunyi suara mengilai...
aku dah la selalu dengar bunyik mengilai kat dalam tibi jer..
bunyi ilaian..memang lain..bukan macam selalu kita tonton dalam tibi tu kot..
panjang jer bunyiknya...
huh..meremang bulu tengkut aku masa type cerita nih!!!

terus aku bangun ..aku buka pintu toilet,
tangan gigil gigil..
Nak pandang cermin pun aku tak berani..
**aku memang tak suka tengok cermin kalau waktu malam..sebab
ada yang cerita..masa dorang tenagh tengok cermin, ada gak umat nak tompang cermin....
mak aiiii....scary!!!
Sebab aku rasa permandangan dalam toilet agak hitam..& gelap..
Aku masih terdengar orang mengilai..
Kalau korang nak tau..aku zip seluar uniform kat depan toilet
lepas tu cepat cepat aku masuk line balik..

Dalam keadaan aku yang masih gigil gigil tuh,
line leader aku buat lawak..cakap apsal aku nampak pucat?
Jumpa hantu ke..?
Aku terus senyap..aku terus sambung buat kerja sambil tangan gigil gigil.
Aku nak guna iron & solder pun tak buleh.
Tapi aku terus diam seribu bahasa...
Sampai lah waktu nak pergi solat subuh arround 6am,
Aku pergi toilet dulu..aku tengok minah minah yang tak boleh solat melepak dalam tu.

Aku jenis suka cover line..
Lebih dari seminggu daripada tu baru aku cerita kat dorang..
Tapi masa tu memang dah nak tinggalkan kilang tu dah.
So, yang mana tinggal lagi, dorang semua cakap kenapa
Aku tak cerita dan dan tu jugak..
yer la weii..mana boleh terus cerita..
Kang ada pulak yang stop line kalau nak pergi melabur..
hahahahaha...lepas tu aku rimas kalau pergi toilet berteman
teman...ishhh!!!!tak kuasa lah weiii....
tu sebab aku suka pergi toilet sendiri sendiri...

**adeh...mesti korang pun penah alami kan..?
aku memang tak hingin nak jumpa or nak alami benda benda mcm ni..
Aku ni penakut sebenarnya.....


Tiada ulasan: