For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 31 Mei 2011

::Asam pedas tak jadi::

credit to google:)

Assalammualaikum..

Sambungan cerita Duka Lara part 2 ,nanti aku siapkan ea..
Semalam balik kerja terus aku masuk dapur.
Abam busy menggodam handphone garu.Dia balik awal 2 jam sebelum aku sampai rumah.
Waktu menoreh lebih masa tiada untuk hari tu.
Minggu ni..Abam kerja pagi..yey!!!
Kalau dia menoreh pagi...Aku memang kena memasak..
Semalam..memang aku dah berazam nak masak ikan kembung masak asam pedas campur bendi.
Abam suka bendi kalau masak berkuah macam tu.
Aku so..so..jer.

Sebelum sampai rumah, aku singgah kat pasaraya dekat area rumah aku tu.
Dengan confident nya aku beli bahan bahan nak masak asam pedas.
Kalau dah katanya pasaraya...confirm kalau nak beli ikan jer..mesti terjebak kan?
Yer..terjebak beli buah tembikai, buah longan dalam tin.
Owh ya..semalam aku puasa.Jadi napsu membeli belah agak termelampau masa tu.
Sampai jer rumah, terus aku capai kuali nak rebus cili kering..
Ya..anak anak..cili kering kehabisan stock dirumah.
Nak suruh Abam pergi kedai..ya amat bercinta.Dia letih.
Tapi main game burung marah tak letih kannnnnnnn.....?
Jadi, nak turun bawah agak kemalasan , aku tukar lah resepi.
Makna kata kena tukar resepi..aisehhhh!!!!
Aku tukar menu ikan kembung masak masam manis style "suka hati aku"

untuk 2 orang makan:-

1 Ekor ikan kembung sederhana besar.
10-15 biji cili padi potong halus
1 biji labu bawang besar.
2 ulas bawang putih dicincang
1 biji tomato potong 6
Sedikit cauliflower
Sedikit lobak merah
1 biji cili merah
2 helai daun limau purut dihiris nipis
4 sudu cili sos thai
6 sudu kicap manis cap udang
sedikit air

Cara caranya:

Ikan kembung tu korang kelar kelar , letak garam & kunyit..lepas tu korang goreng garing garing(ketepikan)
Tumis bawang putih, merah, cili padi, daun limau purut sampai naik bau.
Masukkan tomato, cauliflower & lobak merah goreng sekejap
Kemudian masukkan cili sos & kicap.
Masa ni kuah akan pekat..so masukkan sedikit air anggaran setengah cawan air
Agak agak dah separuh pekat, boleh tutup api.

Aku suka kalau ikan tu kita hidangkan & tuang kuah atas ikan.SIAP

**aku tak letak sedikit garam, gula & pak aji coz sos cili & kicap dah ada rasa tersendiri.

Lauk lauk lain macam ayam goreng cara kak Ina do do cheng, & sayur pulak
taugeh goreng campur tauhu.
Air pulak Abam sangat rajin nak tolong blander kan tembikai..& bukak kan tin Longan
So, menu untuk air semalam tembikai longan home made by Abam Sayam.

Lepas berbuka tu..santak mantak perut kot.
Ini semua gara gara kesedapan air tembikai tu.
Terlupa yang aku tengah berdiet GULA kan..
dah kira cheat day minum gula...

oklah..kuat gila aku membebel sekarang ni..babai yaw!!!

3 ulasan:

Queen berkata...

haha..takpe..janji jadi kan...jadi dalam istilah tekak mampu menelan..takkesahlah ape lauk.. =)

atty's berkata...

alor mana gambar..nak tingok..!

Mimy Hamid berkata...

asam pedas kick ko letak daun kesum..tp aku tak reti...nenek aku power