For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 29 Julai 2011

Singa Baham Harimau...


Assalammualaikum...

Hai korang, aku sedang bersedih.
Sama sedih dengan tajuk nya kan..
Singa Baham Harimau.
Aku rasa semua rakyat Malaysia sedang bersedih.
Cuaca pagi tadi seolah olah menangisi kesedihan rakyat Malaysia.
Namun, Harimau Melaya tetap dihati...
walaupun aku bukanlah fanatik untuk pasukan bola sepak negara,
Paling tidak, aku juga terasa dengan kegagalan "kita" untuk terus layak ke FIFA 2014 akan datang.
Rata rata dalam radio, media, blog & fb meluahkan perasaan.
Aku juga tidak dapat menahan kesedihan aku..
Kerana aku juga salah seorang dari rakyat malaysia yang menyokong harimau melaya malam tadi
di stadium bukit Jalil.
Abam & Acu juga turut kecewa....
sob..sob..sob..
Semalam,
Memang lautan manusia di Bukit Jalil.
Aku sampai memang awal semalam.
Seawal jam 5 petang.
Maklumlah, sejak pembukaan Jalan "potong"
kat belakang rumah..owh..memang memudahkan ok.
Tak perlu bersusah payah melintas melalui Puchong.
Ya....terima kasih Highway.