Assalammualaikum semua..
Walaupun sesetengah blog mengamalkan Wednesday wordless
but ini blog aku kan...suka hati la aku nak membebel..
Semalam, Abam masuk menoreh awal.
Aku pun lepas siap siapkan kerja rumah, terus pandu laju menuju rumah mak.
Bukak bukak tudung saji...ya ampun...ada sambal machang.
Ada ikan goreng & ikan sardin.
Jadi..memang terbaik lah kan.
Acara menambah nasi sudah menjadi selepas menyuap nasi sehingga licin pinggan.
Second time tambah nasi..aku nak tambah lah sambal machang,
Sekalinya...plup!!!masuk kemata.Sudu plastik tu melantun.
Ha...itu yang keluar status kat muka buku aku makan sambal machang sambil menangis.
Terus aku stop makan..
Sambil meleleh air mata.
Pedas mata aku...
Bila nak sambung makan...air mata meleleh lagi.
Terus potong...muakakakaka..
Nasib baik masa 1st round makan dengan nikmat.
Sesungguhnya air tangan mak memang sedap.
Minggu lepas, aku cerita kat mak,
masa aku balik rumah mak mertua aku..
Kakak ipar or anak buah aku buat sambal buah machang.
masa dorang tumbuk sambal..aku gi mana tah masa tu.
Kebetulan memang jatuh sebiji ke kat bawah..
Lepas tu mak pulak teringin nak makan sambal machang.
Hari ni mak sebut sebut nak makan kan..
Esoknya..rezeki dia dapat buah machang.
Ada jiran kasi.2-3 biji juga katanya.
Mak suruh aku bawa balik rumah..disebab kan abam menoreh getah minggu ni shift malam..
aku memang tak berapa nak memasak.
Mood manja manja lagi best..oppsss...terus korang jadi otak kuning kan..
borak borak pun kira manja juga..sebab kalau abam bercakap memang romantik,
jarang sangat nak dengar suara kuat..eh..
ha...kan murah rezeki mak..
Ya...pasal buah ni..penuh kontrovesi muka buku aku malam tadi.
Siap ada wish lagik..thanks pada yang wish ya..
Memang aku tengah mengidam buah ni.
Mula mula aku beli seringgit kat pasal malam.
Adalah dalam 5-6 biji.Jadilah..
Lepas tu aku makan sensorang.
Abam geleng geleng kepala tengok aku kot.
Aku makan buah belimbing ni tak cicah apa apa ok.
Ada orang suruh cicah garam or kicap.
But..aku lagi suka makan begitu saja..
Punyalah obses ngan buah ni, seminggu lepas tu
Aku balik kampung abam, pastu pergi pasar pagi
terjumpa buah ni lagi.Terus pinjam duit adik ipar aku.
Sebab bag duit aku tak ada kat aku masa tu rasanya.
kali ni..banyak...maklumlah beli kat kampung kan..
suka suka...
crup crap aku cekik sensorang.
Abam pun cakap..yang aku ni pelik pelik sekarang nih..
Ahad tadi..aku tidur rumah mak.
Aku cakap yang aku nak makan buah belimbing buloh.
Hah..sekali, se-plastik mak aku belikan..
Banyak gila kot...seronok aku makan weii..
Tapi yang sedihnya kan...
lepas aku makan 2-3 biji, mak ambil masukkan buah dalam peti ais.
hah...maka terjadilah frozen buah belimbing buloh ni.
Bukan aku buat ice cream yer...
Mak lupa..peti ais ghosakkkkk!!!!!!!
terus keras keras buah tu jadi ais....aku nang guram...
grrrrrrrr.......!!
terus sedih hati ini:(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan