For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 18 Julai 2011

Sotong Sotong....

credit pict form my sibling::Acik::

Yuhuu..As salam..

Lepas jer kenyang makan macaroon kan..(ayat penipu..makan macaroon tak kenyang weii kalau setakat 3-4 biji..)
dasar perut besar tank TZM kan..
Mak aku call bagitahu suruh datang rumah ambil sotong..
eh, adik aku sudah selamat sampai di rumah malam tadi.
Ingat kan...aku cakap aku sedih sebab adik aku tak ajak pergi mencandat sotong..
Tapi tak lah sedih sangat..
Ha...percaya atau tak..team adik aku dapat 3 bekas full seperti dalam gambar ni.
Adik aku cakap paling panjang sotong 2 kaki.
muakakakaka panjang kan,,?

Ok, disebabkan aku pernah mengalami peristiwa mencandat sotong kan..
Meh aku cerita 1st time pergi mencandat.

Peristiwa ni berlaku 5-6 bulan sebelum tsunami tahun 2004.
Aku dengan team team kaki mencandat turun ke terengganu.
Aku sememanya bukan suka pergi jalan jalan menerokai alam.
Serius..aku bukan macam ni.
Jadual kerja aku padat.Paling malas dulu nak apply cuti..macam mintak sedekah.
Padahal cuti sendiri tu..Seksa gila nak bercuti panjang.Lagi lagi pulak..
kalau ada 2 orang dalam 1 line nak cuti pada tarikh yang sama.
Berbulu jer "maklong" ngan aku & kak Jem.
Huii...best nya zaman tu..
Lepas mengarungi 8 Jam perjalanan KL-Marang..akhirnya sampai di Marang.
Kitorang disambut mesra oleh kawan kawan baru di sana.
Subuh subuh hening dah terpacak kat kedai makan.
Lepak lepak dulu sebelum waktu nak bertolak ke Pulau.
Nak masuk pulau mesti baca bismillah.
Eh, nak masuk pulau mestilah tunggu orang orang kat jeti bangun dulu.
Pekerja semua start kerja.Naya nak dayung sampan ke Pulau kapas yer anak anak.

Arround 8am macam tu, kitorang membeli belah dulu kat pasar minggu.
Paling best, abang abang yang tunggu kitorang tu belanja buah durian. terbaik dari ladang sedapnya.
Kitorang share2 duit untuk bekalan makanan selama beberapa hari kat sana.
Macam macam lauk kitorang bawak masuk pulau.
Macam nak pergi berperang jer cara cara membeli belahnya.
Macam tak ingat nak balik jer..Padahal 7-8 orang jer kan.
Aku anak emak.Aku tak pernah tinggalkan emak travel jauh jauh macam ni.
Bila tengok laut...titiba jadi seram..tah hapa hapa tah perangai kot.
Kalau korang nak tahu atau tak tahu..aktiviti mencandat sotong memang kena time matahari terbenam.
Kalau siang siang tak main la..sotong nak tido..
Time malam sotong baru nak pergi kerja cari makanan..
Kesian sotong tertipu dengan candat yang berwarna warni.

**petua nak mencandat sotong.
  • Kalau korang nak memulakan perjalanan baca doa yang bermula dengan bismillah..:)
  • Sila pastikan korang pakai baju yang berwarna gelap.Kalau pakai baju warna hitam lagi ok.Sebab sotong ni suka suka hati marah dengan memancutkan dakwat berwarna hitam.Kalau korang 'terror' korang selamat dari pancutan.Kalau tak terror hukum buang aja baju korang tu.Sebab dakwat sotong susah sikit nak hilang bila dah kena baju.Lagi pun sotong sensetip..ini petua dari tekong masa tu.Aku pakai baju putih..tapi nasib baik pakai sweater warna biru tua.(Nasib baik sotong tak kenal warna kan..)
  • Sila pakai Baju lengan panjang & seluar panjang.Sebab atas laut kang sejuk..nak nak pulak angin malam...mengigil karang korang..
  • Pada yang tak pasti korang kuat atau lemah bila berada atas laut..sila makan ubat mencegah mabuk.Ubat ni boleh didapatkan di farmasi..(1st time aku pergi kan, aku mabuk laut gila babas.Dapat seekor anak sotong terus aku tidur.Jadi..petua untuk mengelakkan mabuk sila makan sedikit sebelum memulakan perjalanan.Jangan korang belasah kaw kaw pulak nasi dagang.Kang banyak tu masuk..banyak tu jugak akan keluar.
  • Makan pil tahan mabuk atleast 1 hour before naik boat.Tapi kalau memang korang nak kena tu..kuasa tuhan Yer..jangan salahkan aku..heee...
  • Kalau dah mabuk laut you all..asam masin ke, air gas semua dah tak jalan yer.Harap maklum.
Ha..paling penting, korang yang mewah mewah kat atas kapal dengan DSLR or smart phone, sila lah berhati hati...ombak laut kadang kadang kawan..kadang kadang lawan.Kang terebang pulak ipad dalam laut..selamat!!!

Bila start mencandat kan..aku mula mabuk kepayang.
Aku tak pernah mabuk laut..kan...terus macam flat.
Nasib baik tak makan beria-ia petang tu.
Masa atas speed boat tu kan, aku dah rasa macam pening pening lalat.
Dari jeti Pulau kapas menuju destinasi 1 jam.kira lubuk yang power lah tu.heee...sebenarnya ikut rezeki.
Masa tu kan..kiri kanan depan belakang semua laut.seriau anak mak...muakakakaka..
Lagi best..korang pikirkan lah kalau nak membuang segala air kat mana..?
Masa tu team aku semua muda mudi..blom kawen..jadi malu malu kucing kan..?
Aku mula mencari port yang sesuai untuk tidur.
Aiseh...aku rasa dah baring sebelah tong simpan sotong pon nyaman jer.
Yer la..mana ada port yang kosong.Orang sibuk mencandat aku sibuk mabuk kepayang..
Sedar sedar dari tidur kan you all.. dah nampak pulau gajah mengawan..
yeha....aku selamat dari bala bencana..
Kawan kawan ai  nakal..dorang buat video tangkap gambar aku tengah muntah & terpeledot.
Keji..keji..tak nak aku masukkan dalam blog or utube.
YAH MALU............

Ok..next aku ceritakan pengalaman time aku pergi dengan abam & the gang pulak..

Back to cerita adik aku kan..
Semua staff dorang dapat sorang 2 kilo untuk bawak balik rumah.
Best...adik aku cakapkan...ramai yang mabuk teruk.
Ombak bergelora sangat.
Adik aku cakap kan..dengan dia dia tumbang..
Dapat candat 5-6 ekor jer..lepas tu mabuk.
Masalahnya sekarang..adik aku cerita..dengan tekong tekong tewas..angkara ombak besar.bukan Ombak Besar untuk kuruskan badan tu..
Nasib baik masa nak balik tu tekong ok..kalau tak..sampai penghujung laut china selatan adik aku ngan kengkawan nya terlajak..
Sotong sotong yang dorang candat pun dapat size yang tak mengecewakan..
Atleast adik aku suruh akk kesayangan dia ni datang rumah ambik sorang 2 ekor sotong kan..

Ok..habis cerita untuk hari ni...


Tiada ulasan: