For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 6 Julai 2011

Holbrook-Frogskin- General

Yu huuu guys..
Assalammualaikum..
Rindu betul Alili dengan korang yang suka baca blog anyah Alili..
Anyah Alili sekarang ni sangat busy.
Maafkan lah yer.
Ok la, Alili nak bagi tahu..Alili ni dulu selalu jadi model untuk Anyah Alili.
Alili bukannya dapat duit pun.
Anyah Alili makin kedek (kedekut) semenjak dua menjak ni.
Nak suruh belanja Ice cream pun anyah buat muka kat Alili.
Menyampah betul tau.
Baru baru ni anyah datang rumah nenek Alili.
Anyah kalau dah berjumpa dengan adik adik dia hui..
terus tak layan Alili.
Kalau adik anyah tak de kat rumah, barulah nak peluk peluk Alili.
Kalau tak...jangan harap lah.
Sebab Anyah & adik adiknya busy berborak pasal telepon garu dorang tu.
Boring jer kan..?
Alili nak tumpang main burung marah pun kena marah.

Gambar Alili kat atas tu macam hodoh betul.
Anyah tu suka paksa paksa Alili.
Dah la alili bergambar secara tak ikhlas.
Lagi pun anyah asyik pesan jangan tunjuk gigi.
Tu yang alili boring tu.
Gigi Alili dah la macam gigi kucing.
Semua tajam tajam.
Anyah kata  tak cantik kalau gigi tajam tajam.
Anyah kata tak comel kalau tunjuk gigi bila bergambar.
Nenek la tu suruh anyah cakap macam tu, sebab alili malas nak berus gigi bila mandi.
Adoiii...Alili ni dah la nak promote pasal holbrook adik bongsu anyah ni.
Poyo jer kan.
Dah beli lepas tu suruh alili Pakai then snap pics.
Memang kerja tah apa apa dorang nih.
Ni model yang tak berapa nak baru kot dari Oakley.
Siyes cakap memang cool...
sambil buat tangan macam Rajnikan kat atas kepala.
Alili suka warna holbrook ni.
Matte Black w/ Ruby Iridium Lens (Nicky Hayden Ducati)
Siap ada signature sekali.

.
Rasanya anyah pernah keluarkan Frogskin ni.
Yang ni pun kategori rare.
Alili tahu harga nya berdentum kat pasaran sekarang ni.
Tapi kepada sesiapa yang mula berjinak jinak dengan
oakley frogskin ni, dapatkanlah nasihat pakar ya.
Lambakkan yang artificial kat pasar malam,
sungguh mengecewakan.
Lagi lagi yang kena tipu.
Kesian tau.Tak baik tipu tipu orang.
Sebab nak kaya cepat..lepas tu tipu tipu orang kan.

Ni the General 50.
Entah sapa punyalah Anyah alili lenjan.
Gila rare sekarang ni kat market.
Cecah ribuan ringgit kalau ori.
Kalau fake punya 10 hengget pun dah dapat.
Kalau RB pun bersepah sepah jual.
Ni BL punya.
Alili malas nak cerita pasal BL & RB ni.
Sapa sapa yang suka pasal Rayban ni,
Tentu korang faham apa secret word dorang ni kan.
Macam macam ada.
Dah tentu korang tahu kenapa value nya melantak lantak mahalkan..?
Anyah pernah cerita kat alili, arwah atuk anyah dulu pakai BL nih.
Tapi tak ingat model yang mana.
Sebab, rayban ni  memang dah lama...

Penutup entry today:)

Tiada ulasan: