For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 18 Julai 2011

Molten LAVA Macaroon Tedap..tangat tangat..apsal atu pelat nih..?

Holla...Assalammualaikum..

Hoyeeee...Today mood gumbira kot.
Semalam kan, dating ngan Abam..
Bukan ke hari hari dating kan..?eh..
Semalam pergi jalan jalan ushar kampung kat OU.
Jadi..inilah peluang nak makan macaroon kat Molten LAVA.
Aku memang selalu nampak orang updates blog cakap makan or beli macaroon kat blog.
Jadi..dengan perasaan ingin mencuba, aku masih memendam perasaan..
Salah satu sebab aku tak mahu makan dulu dulu..sebab orang selalu cakap..
macaroom ni manis sangat sangat.
Jadi..terbantut disitu seketika..
Lepas tu, aku tengok tv9 Saffiya kot.Kalau salah tolong betulkan ea...
Ye..pengacara tu betul betul dah merosakkan pemikiran aku..dan menjelaskan..
macaroon ni sedap la...cantik lah..ada flavor yang unik la..
Demm kann?
Aku terjebak..tapi..sebabkan aku kedekut..so..aku amik jalan terbaik buat sendiri.
Cuma rasa kat kedai jer aku tak pernah lagi kan..
Jadi...di entry yang lepas..penuh dengan hempas pulas aku & farah menyediakan macaroon..

Kebetulan abam semalam ajak membeli belah kat sana..
Otak aku terus teringat Lava Macaroon.
Tapi aku senyap senyap kengkonon nak cover line kang..abam bising bising cakap
aku asyik makan jer lately ni..
Lepas beli barang barang..abam ajak lepak kat bawah.
Yeye..mestilah melintas dekat Kedai Molten Lava ni..
Terus buat muka comel bila lalu depan kedai ni..
Titiba kan..teringat yang abam tak penah rasa macaroon yang aku buat seketul seketul.
Sapa suruh makan bukan sepasang tanpa inti an..?

Lepas tu, abam suruh beli beberapa ketul macaroon ni.
Sebab dia cakap macam comel jer kan..?
Ya..memang macaroon kat kedai ni besar duit 50sen besarnya.
lepas tu tebal pulak.
Rasanya kan..ya amat tedap..tedap tangat tangat..
Sampai hari ni terasa kesedapan nya..
Korang try lah beli passion fruit flava tau..
Aku gerenti korang terus teringat ingat ketedappannya..
Rose & mint biasa biasa jer rasanya.
Durian flava pun rasa biasa jer..
Gambar yang aku snap ni lah perasa passion fruit.
Tak rugi tau beli flava ni...aku terus jatuh cinta.
Harga kat sini pun murah sikit berbanding IKANO.
Kat ikanokan..sebiji rm3.9. Kat sini rm3.30.
Beza 60sen tu kan...?
Oklah...selamat menjamu mata ea...muah muah muah..

Tiada ulasan: