For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 19 November 2010

Rindu ngan Budak macal ini..

  Salam kawan kawan..
Aku ngah rindukan budak macal yang comel ni..
Semalam seperti biasa, 
Aku akan call emak dan bertanyakan budak ni.
Sapa yang masih tak kenal ngan Syafiq Azri ni?
Atau nick name nya yang dia sebut sendiri ALILI.
Dia sekarang sudah berumur 4 tahun pada bulan Oct yang lepas.
Sekejap jer kan..pejam celik pejam celik dah besar Alili anyah ni..:)
Mulutnya sangat sangat becok macam buntot ayam bertih jagung.
Kalau naik kereta ngan dia, aku rela suruh tutup radio..
Kasi can dia membebel sampai destinasi yang ditujui.
Huh..non stop becakap.
Ini topik perbualan aku semalam ngan dia..
Me: Alili sihat?
Alili: Sihat anyah..?
Me: Sihat...Alili dah makan..?   Ni soalan memang aku selalu tanya.
Alili: Sudah.Uncle mana ?Ni soalan yang sering dia tanya.
Me: Uncle keje..kenapa?
Alili:Kenapa uncle keje? kenapa Anyah keje..?Owh....anyah tak cukup duit yer kalau Uncle tak keje..?

Hahahaha...terkedu tak dengan soalan dia macam ni?
Macam ada orang yang ajar kalau dia buat soalan ni kat tepi.
Aku malas nak jawap.Kang kalau aku jawap..makin merapu merapan dia tanya.

Ada satu petang tu,
Aku balik menyinggah rumah mak ambil barang.
Aku tengok Alili tengah bergurau ngan abah aku.
Amboi...sakan gelak budak kecik tu.
Masa aku masuk tu, mak baru jer nak solat Asar.

Alili:Atuk..atuk ni atuk yang comel la...

Aku terbahak bahak gelak.
Mak aku terus tersenyum , terus mak sembahyang semula kat dalam bilik.
Ada ke kata abah aku atuk yang comel...haaa....bodek kuat budak kecik tu..

Now dia sudah sekolah.
Rumah mak aku sudah tak bising macam selalu.
Bising sebab dia suka tengok cartoon pagi pagi buta lepas abang aku hantar dia.
Dia bijak ok..
Aku dengarkan jer dia berbual dengan mak aku.

Alili: What is your name?
Nenek:My name is Nora Ain Ramli.
Alili: No..No..Your name is Nenek..
Nenek:Yes...my name is Nora Ain..
Alili:Ish...nenek ni..Your name is nenek..nenek tau.I Call u nenek kan kan?

Aku dah tergelak gelak dengar apa yang dia borakkan.
Aduilah...sakit perut dengan dia ni..
Itu belum lagi suruh mengira.
One sampai Ten reti kira.
Suruh la Satu sampai Sepuluh.
Pasti, nombor Lima tercicir.
Susah dia nak sebut angka 5.
Kesian..

1 ulasan:

FairyLilly berkata...

comel dan bijak your nephew ni.
Seronok melayan bebudak banyak cakap nih