For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 2 November 2010

Cerita yang tiada gambar.


Salam & Selamat sejahtera..

Korang sihat?Aku sihat setakat sampai sekarang ni.
Actually weekend yang meletihkan minggu lepas.
Tapi sangat seronok.
Minggu ini sayam saya keje malam.
Jadi, aktiviti mengangkut kain baju untuk tidur kerumah emak sedang berlaku.
Hahaha.Aku jarang jarang tidur kat rumah sendiri kalau sorang sorang.
Masih ada perasaan takut & sunyi.
Padahal jiran jiran baru aku kat rumah baru tu bukannya tidak adakan?
So, bila Amy keje malamlah baru dapat tidur bawah ketiak emak aku. dirumah emak
Malam tadi, lepas berlumba motor bersama Amy,
Aku yang sampai di rumah emak dulu.
hahaha.Dia kerja jauh kot.Aku racing sampai trafik light je.Lepas tu masing masing ikut haluan lain.
Nenong.Tak der keje lain kah kitorang ni?
Sampai rumah mak agak lewat.Sambil baring baring bersama mak,
Abah call.Abah call bagitahu kat area rumah Aku terbakar.Kebetulan abah masih berada di area Kg. Medan
Terus aku trauma!!!!
Well, 10 tahun lalu aku & famili pernah mengalami situasi ini.
Sumpah,sampai sekarang aku masih terbayang keadaan itu.
7ramadhan tak ingat berapa hijrah,
Masa tu aku umur 18tahun.
Tengah orang lain sedang menikmati juadah berbuka puasa,
kami sebahagian penduduk kg.tett telah dilanda kebakaran.
Masa tu duduk kat rumah setinggan.Hahaha..lama tak dengar setinggan
Rumah aku mangsa nombor 2.
Keluarga aku memang sudah terbiasa dengan berbuka puasa dengan minum, makan kuih kemudian solat.
titiba hati aku terdetik nak intai jiran aku yang berbangsa lain bising bising dirumah nya.
Maklumlah..rumah setinggan, bunyi kentut pun dengar u..
Damn!!!Api sudah merebak dibahagian dinding rumah jiran i tu.
Jarak rumah aku ngan rumah jiran anggaran 3meter.
Begitu pantas api menyambar dinding rumah kitorang.
Tiada apa barang yang dapat diselamatkan.
Semua barang barang beharga hangus terbakar.
Ya....kecuali mesin jahit cap Singer mak yang terselamat coz mesin jahit tu betul betul dekat dengan pintu.
Kain baju, barang elektrik semua tinggal abu.
Pinggan mangkuk mak yang bersusun dalam lemari pun turut musnah.lerai..
Abah cuba masuk dalam rumah untuk selamatkan segala dokumen penting,
tapi dokumen tu telah emak alih sehari sebelum kejadian.
Maka...terbakarlah sekali...
Mujurlah semua ahli keluarga aku semua terselamat.Itu lebih penting & bermakna.
Kitorang & jiran jiran yang lain semua sehelai sepinggang.
Sedih yang teramat sangat aku & semua orang pun aku rasa..
Seharian semalaman semua mangsa tidur kat dewan.
Mujurlah arwah atuk aku tidak bersama kami ketika itu.
Kebetulan Arwah atuk berada di Pahang.
Masa kejadian tukan, ramai sangat orang.tatau lah datang dari mana?
Barang barang jiran aku pun ramai orang yang tak dikenali tolong SELAMATkan..
Keadaan dalam penuh api, asap...letupan & hiruk pikuk manusia menjerit
Mak aku terus sakit masa tu.Kesian mak.Mak terkejut..
Sampai sekarang mak trauma.
Kalau dengar je ada orang ditimpa musibah macam ni,
mak terus cakap..mak kesian dengan mangsa.Walaupun dalam TV ok!!
Selepas kejadian menimpa, datanglah beramai ramai orang yang baik hati membantu.
Semua datang melawat kat dewan.
Yang datang juga menghulurkan pelbagai bantuan.
Sungguh mulia hati mereka.
Aku masinh teringat kejadian itu..
Adeh...Paling menyedihkan, mangsa kebakaran itu telah kehilangan suaminya.
Api yang marak membakar rumah mereka,
Sang suami dalam keadaan uzur turun melalui jendela.
Kemudian terjatuh.Rumah double story
Dan bila dikejarkan kehospital, suami mangsa telah meniggal dunia..
Al- Fatihah untuk arwah..
Peristiwa ini benar benar terjadi..
Bersyukurlah kerana kita masih lagi bernyawa..
Semoga kita semua dijauhkan segala musibah...Ameen...

Tiada ulasan: