For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 29 November 2010

::Mimy & Megat Sudah Jadi Pengantin ::

 
Pheeeeewwww....
Salam Sejahtera kawan kawan.
Titiba aku buat mengeluh pulah.Bukan mengeluh,
tapi bersyukur..sebab Mimy kawan alam maya aku sudah selamat menjadi isteri Megat.
Dia Telah menjadi kawan aku setahun yang lepas.
Dan kami berkongsi cerita ini kerana,
kami berdua bertunang & berkahwin pada tahun yang sama.
Jadi, kami berkongsi cerita untuk perbaiki majlis aku yang lepas.
Ok ok,
Sebenarnya, Mimy bertemu jodoh dengan Megat juga dalam alammaya.
Megat terbaca kisah Mimy dalam Blog.
Indah sungguhkan?
Begitu kuat aura dalam alamaya ni.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang pergilah serbu kat blog empunya diri..:)

 
Sebenarnya, aku merancang mahu pergi dengan Amy & Sue.
Tapi, biasalah, suamiku sibuk mencari rezeki.
Aku redha.
Aku semakin memahami kerja Amy yang tak tentu masa pulang atau kerja.
Maklumlah, dia hanya penoreh getah.
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Kalau malas menoreh, kuranglah pendapatan.
Tapi, kat KL ni mana nak cari pokok getah kan?hehe..
Jadi, arround 1130am, aku sudah siap menunggu Cik  Sue.
Kenapa awal sangat?
Walaupun kenduri dekat sekangkang kera, tapi 
masing masing ada hal lain..Jadi, lepas makan makan kat dewan, 
terus bergegas pergi rumah pengantin.
 Penganti bersama Cik Sue.

Sumpah aku tak tipu,
makan kat nasi minyak kat rumah Mimy sedap sangat.
Kalau dulu dulu,
aku memang tidak suka suki makan nasi minyak.
Akukan ada perangai pelik.
Titiba masa kenduri rumah Mimy, wao....
aku main senduk jer nasi minyaknya.
Macam biasa, separuh senduk nasi putih, separuh senduk nasi minyak.
Lauk...sangat sangat sedap.
Nak nak pulak daging dendeng hitam pujaan hati ku.Betul eh?Daging dendeng?
Aku main bedal jer nama lauk tu.
Pict?hahaha..time makan, harus makan.gambar tiada bukan masalah.
Kalau sedap, semua orang akan mengakuinya..
 Mak Mimy, memang kenal aku.
Siap tanya "laki ko mana?Apsal tak datang?"
"ooo..laki saya baru balik menoreh makcik.dari 7ptg semalam keluar  menoreh,
sampai 10 pagi tadi beru abis menoreh.."
"ooo...."Nasib mak ko nok memahami.
"Ha...ko singgahlah umah makcik.Mimy ada kat sana tengah bersiap"
Memang aku ngan Sue, tetap mahu singgah walaupun mak Mimy tak kasi singgah..:)
ahahaha..
Wow...cantiknya Mimy.
terasa ingin mengenakan baju pengantin sekali lagi.
Tapi tang perut aku sudah tak muat.ahahaha..
Tema Kelabu asap & Shocking Pink memang padanan warna yang cantik.
Teruja sekejap kami berdua.
Masa kat dewan, aku & sue malu malu kucing nak ambil gambar di pentas.
Kan ada pelamin dah cantik dipasang.
Tapi..aku macam biasa, malu kucing!!
Owh...Cantikan.
Merpati dua sejoli.
Bukan joli katak
Nice Make up, Nice dress dan segala galanya nice lah.
Pengantin lelaki malu malu bila aku suruh posing posing.
Heeee...Biasalah, kata pengantin..harus lah malu malu.

Pada Mimy & Megat,
Selamat pengantin baru Aku ucapkan.
Semoga tabah & banyak banyak bersabar mengharungi alam perkahwinan.
Macam la yang tukang tulis blog ni dah kahwin 8 tahun kan?
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Semoga dikurniakan anak anak yang soleh & solehah.

 Sebenarnya banyak sangat gambar ko ni Mimy dalam Camera aku.
Walaupun kita jumpa sekejap,
Aku terus asyik tangkap pict ko.

::Last picture agak sengal.jadi..sila abaikan...::


Nota kaki: Titiba mahu makan daging dendeng kat motorola.adeh...mengidam sungguh ni..:)

4 ulasan:

attyfir berkata...

selamat pengantin baru utk mimy..lawa ar dia daela.

kella berkata...

bertuahnya daela dapat bergambo dengannya! huh! kempunan pula rasanya! pergi juga ke kendurinya, tapi tak sempat nak tunggu mimy sanding, sebab ada hal lain! kalo tak mesti kita dapat jumpa kan?

hehe..

tapi memang nasi minyak ngan lauk pauk semua tu sangat sedap!! menambah aje.. hoho..

daela berkata...

Kak ty-aah kak tie...mmg mimy lawa sgt ari tu..

kella-dila dtg awal kella..awal sgt2.tu pasal serbu dia tengah bersiap kat rumah..next time insyaallah kita boleh jumpa..:)

Tanpa Nama berkata...

cantik la pengantin.. make up pun natural... ^_^