Happy Birthday to my beloved niece Alili.
Semoga panjang umur, semakin bijak,
Kurangkan sikit keaktifan ya...
Eh..eh...Apsal aku wish budak kecik tu cam gini kan?
Btw, dah lama aku peram cerita birthday Alili ni..
Since camera sudah dapat kat tangan aku kembali,
So entry sudah ada gambar semula.
Tapi..mood untuk letak gambar sendiri semakin berkurangan.
Kenapa tiada gambar alili dengan cake?
Ooo...bukan tidak ada.
Ada sekeping dua.
Tapi...Masya Allah...
Semakin bertambah usia, semakin macam macam budak kecik yang semakin membesar tu.
Gambar semua tidak semenggah.
Dia sudah pandai buat mata KL-Klang.
Dia sudah pandai beraksi sambil mengeluarkan lidah.
Dia sudah pandai tidak mahu bergambar.
Ini yang paling membuatkan saya marah.
Tapi...dia hanya budak kecil...Jadi...saya tak jadi marah..ahahaha..
Cake gambar BEN-10 ni jadi pilihan hatinya.
Berlambak gambar cake animasi yang lain,
BEN-10 gak pilihannya.
Aku memang tidak sukakan kek.
Sedikit pun aku tidak merasa kesedapan kek alili tu.
Maafkan Anyah Alili..
Ni Cik Farano.
Girlfriend adik aku Azrul.
Terima kasih kerana bersusah payah membantu,
Bakal biras mu.
Dia datang awal.Aku pun datang lambat masa tu.
Kebetulan ketika keluar dari rumah ,
hujan menderu deru sekali petir.
Aku & Amy berteduh dibawah jambatan.
Lagi 500meter sampai kerumah Abang aku masa tu.
Kalau diteruskan perjalanan,
Confirm...basah kuyup kot.
Kalau patah balik kerumah,
Aku rasa..sasah orang semua pulang..baru kitorang sampai.
Hujan rahmat Tuhan.
Lagi pun, lama juga tidak bercinta cintun di bawah jambatan akibat hujan.
Tapi tak boleh juga....ramai juga orang dibawah tu.
Ngan petir lagi..Ahahaha..
Ini juga Girlfriend adik ku.
Adik bongsu aku.
Comelkan orangnya.
Kalau korang pernah jumpa dalam SYP tu,
Memang dialah orangnya.
Apa dia SYP?
hahaha..cari sendiri.
Dia juga sangat rajin.
Alili suka perasan yang Kak Cik ni GF nya.
Kak cik memang sayangkan kanak kanak.
Sebab itu juga Alili gedik gedik mengaku kak cik GFnya..
Kalau ada kak Cik, gedik Alili nak manja manja.
Surh belikan mainan la...suruh snap pictnya la..
Macam macam.
Hu..Dari kiri, Adik bongsu aku.
Abang ipar Adik adik aku.Sambil makan karipap.
Baju kuning Azrul.
Sebelah azrul, Farid.
Dia ni sepupu aku.
Baru juga bertunang masa raya ke-3 hari tu.
Yang budak kecik tu..
sapa lagi kalau bukan Alili.
See..kan aku kata, dia sudah pandai macam macam.
Alili juga sekarang ni sudah pandai demand.
Letih kalau melayan kehendak budak ni.
Kalau nak buat susu,
Mesti abah aku @ atok alili yang kena buatkan.
Kalau mak atau adik adik aku yang buat,
sure dia akan menebeng kat sebelah orang yang buat tu.
Pastu dia akan komen sendiri.
Suruh letak susu lebih,
milo lebih.
kalau buat tak sedap..terus terang tanpa segan silu dia complain.
Inilah gara gara Enfargrow dari sejak lahir..
3 ulasan:
budak-budak memang xtivekan..bukan senang nak ambil gambar diaroang
betul tu riz..
hurm rugi x join.. tp nak wat camne.. tarikh bufday dia lebey kurg nagn aku,.aku pun nak celeb8 bufday aku gak..huhuhu
Catat Ulasan