For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label baby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baby. Papar semua catatan

Khamis, 28 November 2013

" Nur Zara Aleesya"


Assalammualaikum... hello..Apa khabar semua..?
Ok ok...aku ada hutang cerita pasal GC lagi kan?
Nanti try update lah yea?
Mood malas dah datang.
Nak update blog pun rasa malas sangat.
Padahal banyak nau nak kepoh kat blog.

Disebabkan excited tahap max, aku update jugak pasal ni..
Baru baru ni dapat anak buah perempuan.
Suka lettew Mak aku ngan Abah aku tu..
Dapat cucu perempuan kan?
Cucu perempuan pertama dalam family aku...hee
Masa ni Baby Zara baru tengok dunia beberapa minit selepas lahir.
Muka pun tengah tembam sangat.


Berat Baby pun tak macam Rayyan Zariff.
Rayyan 3kg lebih.
Baby Zara 2.8kg. Halusss jer nak angkat pun tak berani..
Kesian Kak cik ataupun adik ipar bongsu aku ni.
Memula boleh bersalin normal.


Mak aku orang yang paling happy bila dapat tahu kandungan menantu nya adalah anak perempuan.
Gila tak happy.
Dua dua cucu hero.
Bila dapat perempuan...huiii baby dalam perut lagi mak aku dah belikan baju uolls.
(pembetulan.. **Adik ipar aku Nurul Farhana yang belikan...hahahaha...sorry mak incikkkk...)
Kan...nampak tak sekarang ni sapa yang over excited..??


Napa Baby muka masam jer ni?


Baby Zara lahir pada hari Khamis malam jumaat.
Malam khamis tu family aku semua dok call call sebab nak bagitahu Kak Cik dah masuk hospital.
Kesian Kakcik, 24 jam kena tahan dalam ward sebelum bersalin.
Mula mula ikutkan dalam keadaan normal.
Tapi...dalam pukul 7 petang khamis tu KakCik demam panas pulak.
Terus Dr. suruh operate dan dan tu jugak..

Masa tu aku kat rumah lagi..
Kemudian Abam cakap dia pun tak sihat.
Satu badan sakit sakit.
Lepas bawa Abam pergi klinik , Mak call bagi tahu kak cik sekarang ni tengah dalam operation room.
Terus aku pulak yang gabra..
Tup tup aku pun rasa nak demam jugak..
Seram sejuk dengarnya...

Sampai je kat hospital, Sibling aku semua dah ada.
Masing masing tengah berdebar menunggu keputusan Dr.
Maklumlah...benda yang melibatkan nyawa yer dak?
Sorang sorang cousin kitorang datang.
Meriahlah hospital masa tu.
Mak Kakcik sempat lagi masak masak sebelum datang hospital.
Makanya...ada jugak upacara makan makan sekali..


Bila adik aku call tanya Kakcik dah lepas ke belom operation setelah 1jam lebih
And jawapannya Yes.. so...terus mak aku ngan besannya naik keatas nak tengok baby.

Haa...Aku suka tengok Abam memangku baby Zara..
Sobsobsob...


Tengok...kecik kecik Baby dah pandai kenyit kenyit mata..
Jangan nakal nakal Zara tau..
Jadi anak yang baik & solehah..
Jangan nanti jumpa Anyah kat Lift..anyah mintak singgit..
Padahal kat rumah dah bagi dua ringgit...hahahaa...
(Alili lettew..)

** DIA lebih mengerti perasaan ini.. 


xoxo ,
Daela

Selasa, 9 April 2013

Anak Rimau mengamuk....!!!


Hai uolls...Assalammualaikum..
Korang jangan nak ketawa sangat tengok gambar anak rimau kecik ni.
Jangan pulak ada yang kata aku kuat mendera Rayyan.
Aku memang sengaja buat dia macam gini.
Mak aku pulak tolong pegangkan budak tu.
Bukan main lagi dia menangis lepas pakai baju rimau ni.
Baju rimau ni Mummy Rayyan yang beli ok.
Siap wasapp aku cepat cepat.
Aku pulak...kemain tak sabar nak tengok Rayyan pakai semalam...


Bukan sebab apa pon.
Rayyan memang tak suka pakai topi - cap .
Kalau dipakaikan...
Macam ginilah gayanya.
Sampai meleleh leleh air liurnya.
Marah Abam tengok gambar ni malam tadi.
Aku gak yang dia kata suka mendera Rayyan.


Haaaaa....kan hensem bila Rayyan senyum macam gini nak...
Tu pun jenuh kipas lipas kat dia.
Baju kuning oren.
Hari pulak panas.
Kipas pulak mak aku stock pasang no3.
Manalah tak meragam Rayyan.
Hoho...muka atak senyum meh...bila aku change kelajuan kipas.
Macam bunyi helikopter sekejap.
Kahkahkah...


Cisssss... budget budget comei sangat yek..?
Memang comel pon.
Korang tak cakap comel pun aku tak kisah.
Janji...aku tengok Rayyan buka mata lepas bangun tidur then senyum kat aku dah cukup indah.
Cukup bahagia...Sebab dia kenal aku..
Aku cerita kat Abam macam gitukan..
Laju laju abam cakap..."mesti Rayyan dah lupa kat uncle..."
Mana tak nya..
Uncle busy menoreh siang malam.
Tak sempat nak berjumpa dengan Rayyan & Alili.
Owh ya...tak lama lagi dapat orang baru lagi...
Nanti cerita..supriseeeeeeeee!!!!!!!!!


Olololo....so suwitttt...bak kata Alili
Rayyan sekarang dah start makan nestum campur dengan susu.
Petang semalam, 1st time aku bagi dia menyusu campur nestum tu.
Kemain happy lepas dia minum.
Bertambah crepe lah tangan, pipi dia esok esok.


Ni gambar ulang tayang ketika memakai topi balik.
Kali ni nak tayang kat Cik Pramugari.
Sekali lagi rayyan menangis manja.
Nasib biji mata kat baju rimau tak tertanggal.
Sekuat hati Rayyan cuba mencabut topi itu..
Kesian pulak aku tengok...


Hahahahaha...
Tak sanggup nak tengok dia menangis lagi.
Muka dan expression sangat orang ingat aku kaki mendera.
Padahal saja dia jer buat muka macam gitu.
Kengkonon sakit sangat pakai topi.
Kannnn???


Sila tengok gambar yang aku bulatkan.
Kemain ada ekong kat baju anak rimau.
Punyalah nenek Rayyan tak gemo cucunya ada ekor macam gitu.
Ada ke patut dia nak gunting??
Hahaha...


** Titiba petang semalam ada orang kat area rumah aku cakap yang esok (hari ni) tak der air.
Balik rumah, aku isi semua air dalam baldi baldi yang ada.
Then tadi abam call aku cakap memang today air tak der.
Hermmm...harap harap hari ni jer tak der air..

ok bai..

XOXO,

DAELA mak ngah rimau....auuummmm...ahahahaha

Isnin, 21 Januari 2013

Pipi Pau Yik Mun versi Rayyan Zariff


 Assalammualaikum.... Hello...
Woah....Comel tak Rayyan Zariff i uolls?
Labuh tak pipi dia..?
Rayyan dah berumur 2 bulan beberapa hari lagi.
Berat Rayyan pun sekarang ni sudah 6kg.
Owh....sungguh letih kalau mendokong dia.
Badan Rayyan kurus.
Pipi labuh & agak tinggi rayyan ini esok lusa..

Hobi Rayyan menangis.
Hari hari dia menangis.
Kalau dia senyap tu...semua orang akan pelik.
Kesian Mummy Rayyan.
Dah la mummy Rayyan kurus.
Ingatkan lepas bersalin Mummy Rayyan nak tambahkan berat badan.
Sekali..semakin kurus...
Aku gak...bertambah tembun.


Mak aku cakap mood Rayyan berubah ubah.
Tapi yang pasti, kalau pagi lepas bangun dari tidur..
Rayyan orang yang paling happy.
Tapi arround 10 gitu...Rayyan dah mula meragam.
Kesian mummy dengan nenek.
Rayyan buli kaw kaw..
Ingatkan lepas botakkan rambut Rayyan,
Rayyan tak kuat melalak..
Sekali...tak jugak.
Semakin kuat dia menangis.
Adoiyai...
Aku kadang kadang singgah kat rumah mak aku..
Baru nak suap nasi...dah Rayyan menangis.
Aku mana boleh dengar Rayyan menangis.
Terus nak dukong bagi dia diam.


Ni bukan aku yang buli.
Ni Mummy Rayyan yang buli sendiri.
Mana mungkin jejari aku runcing-runcing begitu.
Jari aku tembunlah...
Ohya...jejari Rayyan pun mengikut mummy nya.
Runcing runcing....


Gambar setelah 2 minggu dibotakkan.
Sangat geram dengan budak ini.
Sangat susah untuk senyum.
Memang pattern ginilah budak kecik ni...
Puas aku mengagah bagi ketawa.
Adalah senyum sikit...
Pastu.....emaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...............

Now, Fara dah lepas berpantang...dan esok akan memulakan tugas semula.
Sedih mak aku.
Mak akan menjaga Rayyan mulai esok 9am-530pm.
Aku tahu mak sedih...aku tahu mak menyimpan perasaan...
huaaaaa.......

**banyak sebab kenapa perlu menyimpan perasaan sebenarnya..

Jumaat, 7 Disember 2012

Selamat datang...Rayyan Zariff

 Haiii...Assalammualaikum korang..
Rindunya nak menulis uolls.
Hati hari hari memberontak nak menulis.
Tapi keadaan yang memaksa supaya aku berhenti menulis seketika..
Wah...diam tak diam dah nak masuk tahun baru bulan hadapan.
Pantas sangat waktu berlalu sekarang ni...
Ha....mesti ingat ini anak aku kan?
Yer...memang...anak aku.kekeke...
Apsal aku ketawa pulak kan?
Anak adik aku...dah kira anak aku lah kan?
Masa ni baby baru berusia kurang 24 jam gitu..
Wah...donia sekarang terlalu canggih.
Aku terkulat kulat dapat wassap dari adik aku.
Dia sent gambar baby baru lepas lahir.
Amboi...aku teruja gila...
Yeye....Dapat anak buah lelaki lagi..
 Masa ni saja snap gambar.
Sebab masa ni baby masih lagi belum di bawa pulang kerumah.
Ini Alili yang kecoh suruh letak kat ruang tamu.
Kengkonon nak menyambut baby kejap lagi katanya.
Padahal baby belum boleh dibawa pulang.
Sebab belum kencing.
Akhirnya...baby balik rumah lepas mahgrib.
SIL aku pun berpantang kat rumah mak.
Sebab mak SIL aku kerja.
Agak sukar untuk SIL sebab ini pengalaman baru katanya..
Nasib mak aku dah tak kerja..so...mak akan jaga baby ngan maknya...:)

 Ohya...nama baby banyak kali bertukar.
Kejap panggil Danish.
Kejap lagi choose Mika.
Last last adik aku cakap dorang pilih Mohammad Rayyan Zariff.
So we called Rayyan je.
Alili korang tau jer lah budak tu kan..
"Lion lion "dia panggil si Rayyan tu.

 See.....dah macam budak besar tau si Rayyan sekarang ni.
Sudah dipacak pacakkan rambutnya.
Baby Rayyan lahir dengan berat 3.4kg.
Setelah 14hari ni berat badannya sudah bertambah.
Ohya...sangat kuat menangis la..
Nampak macam baik jer kan?
Baikkkkk sangat....tapi kuat nangis...
Oho..tomei tak muka saya??
ok bai!!

Khamis, 2 Februari 2012

Baby New Born...Somel kan...?

 Hai...Assalammualaikum...
Alhamdulillah, Mimy sudah selamat melahirkan baby boy.
Di beri nama: Megat Nufail Anaqi.
Alololo...somel kan...?
Gambar ni aku cilok kat FB mama Fayel.
 Eh..eh...buka mata pon handsome..
Kalau tak silap aku gambar ni, baby baru berusia 1 atau 2 hari.
So suwittttttttttttt....
Tang dagu tu yang tak tahan tu.
Comel lah sangat sangat.

Ok, fast update ni...daaaa....

Selasa, 9 November 2010

Orchard Rd.

Hahaha..Salam Sejahtera kawan kawan..
Mood meng-update blog memang tengah membara bara.
Kalau korang bosan aku tak dapat nak tolong.
Jika nak kata aku ba ta kop terpulang..
Ini adalah acara shopping moping secara berhemat.
Aku terlupalah, apa nama shopping mall dibelakang tu.
Sangat besar sekali.(Baca nada seperti orang temasek)
Kami semua dibebaskan disini dan berjumpa semula arround 6pm.
Di tempat ini juga.
Semua harga barang kat sini MURAH MURAH jika korang tinggal disana.
Sila pengsan bila sudah sedar diri yang aku orang Malaysia.
Bohong lah jika aku kata hanya memcuci mata.
Tidak sama sekali.
Tapi semua pengaliran wang tunai pada Amy.
Dia bagi beli jika perlu sahaja.
Maklumlah, kami bukan orang berada.
mahu bermewah mewahan disana.
Jadi, beli belah di Orchard Road hanya sedikit sedikit sahaja.
Woa...Asyik asyik gambar Amy.
Gambar aku serious memang tak banyak.
Kalau ada pon semuanya look gundu.
Gunduu...hahahaha.
Kat Orchard road ni memang ramai sangat umat manusia.
semua shopping mall nya majoriti jual branded items.
LV, miu-miu, Gucci,Prada..etc.
Tapi aku & geng geng office mate semua serbu Lucky Plaza.
The same road.
Ha...kat situ murah sangat berbanding kedai kedai yang jual jenama GAH GAH.
T-Shirt boleh dapat 3-4 helai $10.
Fridge Magnet 4-5pcs $10.
Tapi kalau korang pandai tawar, mungkin dapat lebih.
Aku titiba jadi baik..ambil terus bayar...owh..kena pukau kot.hahaha.
Ada yang kata kalau shopping kat Geylang murah sikit berbanding kat situ.
Betulkah?
Aku tak tahu menahulah pulak
Heee....Ni gambar Director aku.
Sekali pandang dia pun dah jadi macam patung.
Amboi...feeling feeling Amy kan?
Ni baby Farysh. Sangat sangat comel.
Uncle Amy sangat tiba tiba mahu dukung baby Farysh.
Baby pun sangat baik.Tak menagis.
Tapi, bila ambil baby dari mamanya aje, baby lepas nenen.
Nasib baik uncle tak kena muak baby..
Baby Farysh anak Kak Watie.
Baby Boy yang ke 5.
Kami hanya pinjam sekejap sahaja.
Mana tahu dapat baby boy macam Farysh.
kannnnnn...?

Isnin, 25 Mei 2009

Baby Boy yg CUTE!!!

Assalamualaikum????Ceria jerkan wajah seorang ibu..yang mendukung baby ni...Kecerian ni adalah dikongsikan bersama teman2 rapat GBM..Hati ganas aku tersentuh bila tengok baby secomel Rian ni tau...this baby sangat comel...cute..
Baby Rian ni sajer jer tau top-top mata masa snap pict dia...So cute..bilalah aku nak ada anak sendiri mcm ni...Aku suka bau baby pas lahir..Ada something yang buat baby ni wangi..Bukan letak minyak wangi ar...Kalau x salah aku..Masa aku n GBM melawat baby Rian ni..dia baru jer berusia 5 hari...Rambutnya lebat,matanya bulat, idungnya mancung...jarinya runcing & panjang2..

Selain datang menjengah Rian, Kami..ada membawa buah tangan tuk Kak rose n Baby Rian..Senyum jer Umi Mia n Rian kan..


Wow...Food yang disediakan oleh kak rose...Ayam tu pulak Ayam lemon rosemarie chicken kak didi tuh... yang korang selalu tgk kat redmummy dot com tuh....huiii...mmg sodap x terkata..sampai ada yg terlupa nak melawa mak merah joint makan...ahahaha...

ha...ni baru nmpk wajah cute GBM termasuklah mak merah...Ape pun mmg best kawan ngan kowang..I love My GBM....