For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 2 November 2011

From 50th to Mato Mato

Holla..

Assalammualikum..
Pagi tadi, masa aku nak pergi kerja...
Aku tersenyum sendiri.
Mak aku kata kalau kita senyum dengan Ikhlas,
Kita mendapat rahmat...
Jadi..kalau korang terserempak dengan aku yang senyum senyum sendiri atas moto,
tu gara gara nak dapat rahmat la tu..
Sila abaikan..

Apa yang membuatkan aku tersenyum ea?
Padahal tiap tiap malam aku tidur lewat.
Subuh subuh nak bangun nak bersiap ke tempat kerja..
Ya Allah...Sanggup tarik selimut balik.
5 minit sambung tidur pun jadilah.
Sejuk air buat aku menggigil sebelum mandi...kannnn?
Macam ni,
Pagi tadi jalan Federal Highway titiba sesak nak menghala ke motorola.
Aku biasalah cuak...sebab aku tak pernah lewat ke office.
Paling lewat sampai before 740am.
Padahal office Hour 830am.
Heeee....kalau kat sekolah dulu sure dapat pelajar cemerlang sebab datang awal.
Kannn?
Aku terjengah jengah jugak.
Tengok ada kemalangan ke...lori rosak ke..
Owh...aku nampak ada Kereta Peronda Mato-mato sekali.
Mungkin kena saman kot..bisik hati sendiri.
Titiba aku nampak Mato- Mato keluar dari keretanya..dan membantu menolak kereta.
Macam hampeh kan..kalau kereta KITA rosak or titiba mati sebab tak isi minyak kan.?
Suweii jer rasanya..
Lepas Mato- mato tolak kereta tu ketepi,
Mato mato masuk dalam kereta peronda tu semula.
Lepas tu, aku tengok 3 orang budak budak berpakaian lengkap sekolah
keluar dari kereta yang rosak tu..sambil berlari anak masuk kedalam kereta peronda tu.

Terus aku tersenyum.
Aku pun tak tahu kenapa aku perlu senyum mereret sendiri.
Mato mato tu sangat baik sampai hantar budak budak yang naik kereta rosak tu kesekolah.
Macam mana aku tahu..?
Sebab kereta yang rosak tu kereta jiran orang tua aku..
Aku nak offer tolong hantar tu memang lah tak.
Jalan kita tak sehaluan..
Lagi pun aku naik moto..gila ke nak naik sampai berempat?
So...senyum lah aku sambil perhatikan Mato mato yang baik hati.
Ok..Babai..itu jer cerita hari ni..

** gambaq & cerita memang tak sama sekali.ngeh ngeh ngeh

2 ulasan:

Kella berkata...

hehehe.. ingatkan mato mato apo tadi.. hehhe... takpe.. gambar tu ada klise mato mato jugakl / =)

Mimy Hamid berkata...

cepat ko gi keje nok ..aku dulu cam ko la heheh..now dah berdrebar ikut time dia la..felxible..lambat aje ngam ngam masuk opis