For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 10 November 2011

Dari Jalan TAR ke GSC Midvalley..tengok wayang..

Hai kawan kawan..Assalammualaikum..
Selamat tengahari.

Adoi...sorry sesangat yall.
Aku yang bersemangat mengalahkan pejuang akhirnya...
ibarat korban di tengah jalan.
Mana taknya kan..baru jer entry yang lepas berkobar kobar cakap nak update blog sehari 2 kali.
Memang lah hampeh kan..
Tapi..aku tetap bersemangat nak update jugak.
Seperti yang aku cakapkan pada entry yang lepas,
Lepas beli baju melayu, terus pergi Midvalley(MDV).
Cerita pasal Midvalley kan,
Aku tak tahulah apakah sebab aku ni ANTI sangat dengan MDV tu?
Dengar MDV jer..aku macam kenapa entah.
Perasaan aku macam eh...malas nya nak pergi situ.
Tapi..disebabkan ada orang yang sanggup redah jem & bersusah payah nak mencari parking.
Ok..jom jerlah.kann.....

 Adik aku dengan bakal tunang nya ajak tengok cerita Alamak Toyol .
Aku ni dah la penakut.
Bukan lah takut apa, sebab Abam kan selalu kena kerja malam.
Aku memang lah kena tinggal kat rumah sensorang.
Sekarang ni kadang kadang baru aku angkut kain baju tidur kat rumah mak.
Aku cuba nak beranikan diri.
Memang aku tak pernah nak tengok cerita seram muram secara solo.
No way...kan?
Nampak nau badan jer besar..tapi penakut..haha

 Abam buat muka happy sebab berjaya pujuk aku tengok movie ni.
Aku kalau boleh nak tengok cerita Tamil.
Kebetulan pulak ada cerita baru tajuknya ada bunyik "vellu vellu " macam tu.
Aku pun tak ingat.Sebab pelakon pujaan aku Rajnikan tak berlakon sama.
Kalau tak...melompat katak abam pun nak tengok juga.
Budak yang jaga kaunter tu pun beria tengok muka abam..lepas tu tengok muka aku.
Sebab kitorang beria tanya siapa "Hero" cerita tamil tu..
Kan...agaknya sebab muka abam mirip Tambi sikit kot..
Haha.Terus budak kat kaunter tu cakap eh...korang suka tengok Rajnikan ea?
Kannnn? Harus lah...
 Ha...Aweks yang berseluar biru ni lah yang belanja tiket wayang Alamak Toyol.
Sumpah cerita tu langsung tak seram.
Lawak nak mampuiii..
kira aku bagi 3.5bintang.
Sebab apa aku tulis gitu...masa Along & angah nak mencuri kat rumah orang tu..
Jalan cerita titiba jadi slow.
Bosan..tahap boleh makan nasi lemak dalam panggung.
Yup..time tu sangat bosan.
Nasib baik keseluruhan cerita kelakar.
So, pada sesiapa yang belum menonton wayang dan tak tahu nak tengok cerita apa,
Korang boleh tengok cerita Alamak Toyol ni.
Selamat menonton yer kawan kawan..:)

3 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

laki aku beria nak tgk alamak toyol...aku tak mo tunggu je astro first..huhuhu ...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

mmmm, nanti nak tgk kat youtube lah :-)

atty's berkata...

kty aritu tgk ngn artis mig..kty suka kalau ada pak hamid..baru lawak..