For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 23 November 2011

Perut meragam...sob..sob..

Assalammualaikum yaww...!!!

Adehhh...perut mak meragam pulak pagi ni.
Ni semua gara gara dating ngan Abam malam tadi kat kedai makan tutt..
Sorry sebab tak boleh tulis kat sini..kang korang boikot pulak kedai tu.
Lagi pun bukan salah tukang masak..
Memang salah aku.
Malam tadi aku tak masak.
Sebab Abam cakap nak belanja aku kat kedai Uncle Sam.
So...aku dengan happy happy masuk tidur selepas menonton cerita Cinta Elysa.
Sanggup tak makan apa..aku kan gemok, kang lepas makan then makan lagi...
memang lah bertambah gemok lepas tu kan?
Abam minggu ni dia menoreh waktu petang sampai lewat malam. hahaha

Kebetulan masa Abam balik rumah malam tadi,
aku tengah berselimut sensorang. Sejuk sebab hujan.
Mata dah lah berat nak tidur, aku dengar Abam balik sebab dia bagi salam.
Sebab dia bagi salam kat hujung telinga aku kuat kuat.
Tanjat boboi tau.Lepas jawap salam aku sambung tidur.
Sebab Abam keluar dari bilik. Aku rasa Abam nak mandi.
Dalam mamai mamai tidur tu, aku terbau maggi kari.
Alamak...bertambah lapar perut aku..mesti jiran aku yang masak maggi kan..
Aku mengelamun..zup!!! terus aku terduduk.
Ya Allah..Abam yang masak. haaaa...
Terus aku sapa abam manja manja sebab aku buat salah.
Yer..buat salah sebab kalau ikut perjanjian, lepas abam sampai nak terus keluar dating pergi makan.
Abam buat muka merajuk sambil makan maggi tanpa pelawa aku.
Lepas tu, aku cakap lah..yang aku pun langsung tak makan..
Namun abam terus makan..lepas tu buat muka yang kelakar suruh aku sambung makan maggi dia.
Huh...lega aku...hahaha...aku ingat dia nak merajuk..

Lepas siap siap makan maggi tu, arround 1am gak keluar meredah hujan.
Nak melepak makan kat Unlce Sam lah konon nya.
Titiba abam cakap dia memang dah sangat kenyang sebab makan maggi yang sebungkus tu berdua.
Jadi...mood nak makan yang ringan ringan.
Jadi..meneruskan perjalanan ke tut...
Punyalah lapar, sampai nak makan apa pun tak boleh nak fikir.
padahal..punyalah aku suka makan roti canai terbaik kat kedai tu.
Last last ambil nasi goreng Meletop.Abam pulak tah hapa tah...
Western pulak dia layan malam tadi.
Okey, aku memang perasan dalam bracket ( pedas terlampau) dalam menu tu.
Tapi..malas nak fikir lah masa tu.
Perut aku ni semenjak dah 3 series ni memang mengada ngada.
Pedas sikit jer termakan..mula lah memulas.
Bila nasi goreng meletop tu sampai,
Aku dah nampak cili padi berterabur kat nasi tu.
Okey, aku cuba jugak.
Sedap..tapi mak aiii..pedas yang melantun lantun.
Meleleh gak air mata nak menghabiskan.
Memang tak habis. Abam macam kesian pulak sebab aku dah la tak makan pedas sangat.
First time tak dengar abam suruh habiskan makanan..
Jadi, seperuh jer aku suap. Tapi memang pedas terlampau u all.
Boleh terkeluar buasir wei tahapnya.

Balik malam tadi..memang tak sakit perut.
Tapi..pagi pagi lepas siap siap nak pergi office mencicit ke tandas.
Perut usah cakap lah sakitnya.
Sampai kat office pulak, 2-3 kali ulang alik dah ni.
Nak bangun dari kerusi pun malas sebab sakit sangat.
Memulas mulas...arggghhhh...nak balik..nak balik...
sob...sob..sob...
Teringat abam suka cakap kalau tak reti makan pedas, baik jangan mengada ngada nak makan..
cissss.....

1 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

ntah ko ni aku pun mcm abam gak..tak reti makan pedas jgan makan...heheh pissssssssssss....lewat giler korang makan beb...aku dah terbongkang sedap tido...