For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 3 Ogos 2012

Window Shopping.....window shopping jer...hampeh!!!


 Woah.....Cantik sangat tengok sunset macam gini.
Aku snap guna iphone jer kot.
Time aku snap ni...dah nak mahgrib dan berbuka puasa.
Lokasi kejadian kat rumah mak aku.
Kagum sekejap bila gambar yang dihasilkan sangat cantik.
Dekat dengan sun tu adalah jambatan cable atau jambatan Motorolla.
Lepas berbuka puasa..
Abam ajak pergi shopping.
Amboi...mengalahkan aku ok.
Titiba tengah bulan ajak g shopping.
Terus aku berangan angan kot kot dapat pow sehelai dua baju kan kan?

Aku tanya abam nak pergi mana?
Dia cakap kat Pyramid dah la.
Ok...muntah la korang sebab aku asyik g pyramid je kan??
Yer la...nak sesak sesak ke KL memanglah tak.
Nak ke Empire memang dah tak ada benda nak beli kat situ.
Abam cakap Zara kat pyramid dah buka.
Mungkin sebab tu kot dia nak pergi sana.
Ok..jom..aku layankan jer la

Bila dah sampai kat sana
Abam tengok tengok jer tau.
Nak tanya aku nak beli ke tak memang lah tidak..
Aku pun macam tiada perasaan.
Sebab baju kat situ semua size S.
Saiz gedebok mana ada kot...haha
 
Lepas tu masuk kedai sana sini lah.
Aku tanya...Abam sebenarnya cari apa ni?
Dia cakap adalah...aku tanya lagi...itulah jawapan yang dia kasi.
Kaki mula lah penat.
Perut dah la kenyang lepas makan yer dok?
Pergi adidas tak kena.
Gi Nike tak berkenan.
Masuk Puma aku tengok dia dok belek belek baju.
Rupa macam baju hujan.
Aku tanya nak beli ke?
Warna yang abam test memang cantik.
Aku ingat dia nak sambar baju tu.
Lepas test dia ajak keluar.
Eh...eh...
Lepas tu dia ajak turun kat bawah sekali.
Apa kenama kedai tu.
F.O.S gamak nya...
Aik...biar betul abam ni..
Sejak bila pulak dah tukar cita rasa...???
Aku tak tanya kenapa pun kan..
Sebab nanti dia tak jawap aku lak sentap.
Baik ikut je laaaaaa.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 Ha......nilah baju yang Abam dok mencari.
Dah serupa macam baju hujan aku tengok.
Harga boleh tahan. Masih murah.
Masih mampu nak beli.
Abam barulah cerita...kawan dia beli baju macam gini.
Tapi kawan Abam tu tak cakap pulak beli kat shop yang mana satu.
Yang pasti kedai tu kat bawah.
Hello....pyramid dah la besar sangat.
Dari atas sampai bawah , new wings old wings...semua abam ajak meredah.
Now dah jumpa.
Aku ingat bila dah jumpa dia nak beli ok...
Aku cakap cepatlah bayar...shop dah nak tutup da ni.
Dia cakap pulak...
Eh...mana ada nak beli...
Abam nak tunjuk kat aku jer...baju yang kawan dia beli tu.
Demmmmmmm..............................!!!!

Terus aku suruh abam belanja aku stabak java chip large.
Padan muka....puii.
ok, bai...

Selamat berbuka puasa sekejap lagi...(:


Tiada ulasan: