For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 15 Ogos 2012

Feeling ber STEAMBOAT kat YUEN. Padahal kat rumah jer....

 Haii...Assalammualaikum...Perghhhhh....
Dendam kesumat mencekik seafood melanda rumah mak iolls.
Hari hari pulak mak aku sediakan food yang sedap sedap untuk kitorang.
Sebab itulah montel-montel & gemok gemok..kahkahkah
Akukan mengendeng kat rumah mak .
Memang boleh kira dengan jarilah berbuka dengan Abam kat rumah sendiri.
Bukan malas.....tapi tak meriah kalau aku tengok abam makan, then abam tengok aku makan.
Kahkahakah...
Adik aku Arol baru balik dari Outstation area Kuala Selangor.
Haaa...dialah yang beli bagai bagai seafood kat sana.
Nak kata murah sangat pun tak juga uolls.
Mungkin murah dua tiga kupang jer.
Tapi...semua segar bugar dari laut.
Udang sambal petai tu feberet Abam.
Mak aku cukup faham lauk pauk yang anak anak nya suka atau tak.
Aku seafood seafood kalau last choice baru makan..
Yer..aku kurang la ketam, udang...
Ikan pulak aku hanya makan ikan laut jer.
Ikan sungai....belum pernah nak cuba lagi...
 Bila sentuh bab bab makanan ni kan..
Aku tak sangka adik aku Arol ni pandai masak.
Abam korang masak air pandailah.
Tapi sekarang dah cekap sangat masak maggi.ngeh ngeh ngeh
Kepak ayam bbq sebijon rasa kat Yuen.
Sedap sangat sampai nak makan pun sayang. hehe
Sebelah kepak ayam tu, my SIL yang masak.
Kuah kacang almond.
Woah....dasyat akak ipar iolls.
Suka hati dia jer tukar kacang yer.
Tapi...sedap gak. first time rasa tau.
Paling tak sedap mata memandang...muka iolls keluar jerawat seketul seketul.
Comel??? puiii....atas dahi satu.
Bawah bibir satu.
Besarrrrrrrrrrrrrrrr............!!!!ni gara gara makan kuah kacang nilah..
Eh..salahkan kuah kacang pulak.
Ni...esok esok nak beraya kat rumah maklang aku...nak makan kuah kacang kerang lagi..
hai...penuh la jerawat kat pipi lepas ni...adoii laaa...
 Ha...sebenarnya, makanan kat atas tu selingan jer uolls.
Menu utama adalah steamboat berkuah tom yam & sup.
Hah..penuh makanan dalam bekas mak aku ni.
Kebetulan adik aku pun jemput keluarga mertua nya sekali.
Aku dengan Abam tak payah jemput pun aku tetap datang jugak.
Macam macam ada kot.
Siap ada kangkung bagai.
Paling best, abang aku siap belikan kuah yong tau foo.
Nak beli kuah tu Rm10.
Tapi taukeh tak mahu jual.
Lepas bersilat dengan taukeh tu abang aku cakap...dia nak jual rm2  jer.
Ha...sikitnya...dapat kuah tu.
Tak cukup dengan bagai bagai yang ada..
Ada lagi yang kitorang letak untuk steamboat.
Memang meriah  uolls.
Segala kerang merang semua pun ada.
Sama macam kat Restauran Steamboat.
Hermmm....nasib baik semuanya tak membazir.
Sebab time nak menghidang makanan semua ni,
Mak iolls dah menapaukan untuk jiran sebelah menyebelah.
Lepas tu, time keluarga mertua adik aku dah nak balik pun mak aku tapaukan.

Aku usah cakap lah..
Orang belum siap makan, aku dah laju laju tapau untuk diri sendiri.
Haa...mesti korang ingat aku  tapau banyak kan kan?
Tak baik uolls..not good..not good.
Aku tapau ketam dua kerat dan sedikit tomyam.
Ketam masak lemak untuk Abam.
Kuah tomyam untuk aku.
Subuh subuh hening aku nak makan pun bercinta.
Apatah lagi nak meratah ketam.
Memang lahhhhhhhhhh...takkkkkkk!!!

**Rezeki sentiasa murah ketika di bulan Ramadhan kan...Al-Hamdulillah

Tiada ulasan: