For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 28 Ogos 2012

Raya 2012 # Rare...Tapi gambar yang last paling rare...hehe

 Assalammualaikum....amboi...cantik betul permandangan sungai ni.
Aku tak pasti sapa yang ambil gambar ini.
Gambar diambil diatas jambatan.
Dan...kat atas jambatan inilah...dorang dok kecoh memancing pagi petang.
Agak sunyi masa ni.
Sebab semua orang pun busy masak masak kat rumah.
Aku rasakan...ini kerja Acu..
Acu sekarang nak jadi photographer gamaknya.
Tak kisah segala benda dia nak tembak.
Macam lah hebat sangat.
Tapi oklah...timba ilmu sendiri..
Benda pon free..gunakan jerlah.


Helmet buruk ni pon dia tembak.
Abah aku asyik ketawa tengok Adik aku tangkap gambar helmet buruk ni.
Dorang cakap ini adalah helmet arwah Paklang aku.
Jadi buruk...sebab tak siapa nak guna or pinjam.
Lagi pun kena hujan...kena panas.
Itu yang buruk lain macam tu..


Betul kata pepatah...mulut tempayan boleh ditutup..
Mulut manusia tak boleh.
Tempayan ni rare gila.
Sejak aku kecik dah ada tempayan ni.
Maklang aku buat tadah air hujan kot.
Sebab tu memang ada kat luar rumah.
Aku usha jugak...kot kot ada jentik jentik ke kan?
Kang tak pasal pasal kena saman pulak.
Yer...memang tak ada.
Tapi aku tengok kat permukaan atas jer.
Tak pulak sampai bawah.
Eh....geli laaa...sebab air tu air tak bertutup.
Manalah tahu najis burung dah masuk dalam tu kan.

Lagipun air dalam tu memang tak digunakan pun.
Abah cakap Guri = Tempayan kalau tak diisi air nanti dia bocor.
Aku kan...kalau abah aku bercakap....kadang kadang tak boleh pakai.
Sebab abah aku memang suka bergurau...
Kaki membongak kitorang pun yer gak...
Abah aku suka cakap banjar dengan Abam.
Aku kadang kadang kekeh kekeh gelak sebab abam kena bongak ngan abah.
Abam pun lebih kurang jer...Abah bongak...dia layan kan...
Lepa stu dari jauh jerit jerit tanya aku apa maksud itu ini..
Comei jer...
Tapi kalau dah asyik tanya benda yang sama...
Nak muntah pulak.
Kahkahkah...
Now abam dah boleh faham sikit sikit.
Tak boleh nak kelentong sangat..


Ini gambar paling rare.
Abam beripad di beranda atas.
Entah bila dia baring kat atas tu pun aku tak tahu.
Memang cuaca panas berangin kat bendang terbaik.
Nasib baik berangin...

2 ulasan:

atty's berkata...

cantik pemandangan kt bendang..

selamat hariraya daela..

rosmona berkata...

Rindu nk basuh kaki ngan air tempayan..dulu dlm jamban kt luo ade tempayan..bile dh buat jamban kt dlm, tempayan dilupakan..