For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 15 Ogos 2012

Mari membuat tesmoni untuk diri sendiri...eh bukan untuk aku, tapi si Dia..

 Ini cerita yang lepas.
Baru berkesempatan nak bercerita.
Sebab bagi aku info yang baik dan berguna harus di war warkan.
Hari tu kan, abam tengah membonceng motosikal titiba kena gigitan binatang.
Sampai kat ladang getah, Abam terus call aku bagi tahu aku yang dia kena sengat binatang.
Aku pun laju jer cakap..setakat kena gigit dengan nyamuk, baik tak payah nak cerita kat aku.
Sekali Abam sentap.
Dia cakap dia serious, bukan main main.
Yer la...Abam suka buat aku gabra..lepas tu cakap april fool.
Dem ke tak korang rasa? kahakahka..
Abam cakap kulit dia rasa terbakar lepas kena gigitan binatang yang tidak diketahui jenis apa.
Seharian suntuk kat ladang getah sakit dia kata.
Ok...aku pun mulalah kesian...hehe.

Bila abam sampai rumah, terus aku suruh tunjuk kat mana binatang tu gigit.
YA ALLAH.....KAU MAHA BESAR YA ALLAH..
Binatang tu gigit betul betul dekat leher sebelah kanan Abam.
Nasib baik tak kena kat area mata , mulut atau hiding.
Sebab bahagian kena gigit tu mula berair.
Dan mengeluarkan gelembong yang agak besar.
Sebenarnya...agak mustahil aku nak percaya.
Masakan binatang kecil boleh gigit sampai jadi macam gitu.
Aku nak snap gambar nak tunjuk kat sini.
Tapi bila tengok balik kat henpon..dah kena delete.
Keji tau abam ni...hurrrmmm...

Disebabkan gigitan binatang ni, abam dapat MC seminggu.
Keji ok.. Siap berbalutlah leher nya.
Dah macam apa jer aku tengok.
Abam cakap dia sakit bila nak telan air liur or makan.
Nak bercakap pun sakit.
Dapat pulak room mate yang tintong sewel.
Tu yang bertambah MC tu.

Lepas kudis gigitan binatang tu keringkan...
Dia telah meninggalkan kesan yang buruk kat leher abam.
Yer..Abam putih siam. Aku kelabu asap.
Bila berparut sikit kat badan dia...ala...kecoh suh aku google untuk pulihkan scar dia tu.
Aku cakap guna mentega dan garam jer lumur hari hari 24 jam.
Tak nak uolls...kahkahkah...
Dia tau trick bini dia yang cuba membuat ajaran sesat kepada dia.
Aku ni dah la malas nak google google ni.
Lagi lagi tengah berpoya poya kat rumah mak aku kan.
Titiba keluar iklan Dematix ni kat Tv.
Amboi...tu yang ajak jugak aku beli benda alah tu.
Tak menyempat nyempat uolls.
Paksa gak aku yang macam buaya kekenyangan selepas berbuka.

Korang boleh dapatkan banyak info kat Website ni
Harga kat pasaran Rm49.90.
Kecik jer tube nya.
Warna nya jernih.
Cara penggunaan pun sikit jer.
Sapu dua kali sehari.

Si mangsa gigitan binatang yang tak diketahui dari mana asal usul binatang tersebut.
DSLR pinjaman milik orang lain.


**now parut abam semakin pulih.baru menggunakan 8 hari.
Ada gambar untuk aku buat tesmoni sendiri. kalau berkesan dalam sebulan dua ni...aku update ok.
Ok bai...

Tiada ulasan: