For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 2 Ogos 2012

Awas...jika Iman tak sekuat untuk mata memandang...sila abaikan , sehingga next entry!!!

 Yuhu...Assalammualaikum....Salam Ramadhan Al-Mubarak ke 12 hari ini.

Ini Char Kue Tiau home made.
Kalau dah namanya home made,
tentu tentu bahannya melampaui batas bila memasak.
Ayam, udang, kerang semua aku taruk.
Owh....aku kan sekarang mood rajin sangat ke dapur sekarang ni.

 Mushroom sup dengan roti .
Jangan tak percaya sekarang ni Abam dah beralih arah.
Dulu, nak makan western food macam nak ajak makan racun.
Macam macam alasan dia kasi.
Tapi sekarang ni...Al-hamdulillah...dia pulak busy busy suruh aku masak.
Walaupun agak ' kacang goreng' cara nak menyediakannya.
Tapi tetap berusaha buat supaya sedap.
Ok, aku nak bagi tau korang rahsia ni...
Pakai jer Mushroom sup yang dalam tin tu.
Senang.kahkahkah.
 Woah...Abam memang suka makan buah tembikai.
Asal pergi Param je...pasti gerai jual tembikai dia intai.
Korang tau je la...time bulan Ramadhan yang mulia nilah...buah tembikai sama harga seperti Ayam seekor.
Mahal.
Sebiji dibelah empat pun...hampir rm5.
Tapi, dah tak ada ruang untuk menanam benih buah tembikai kat tingkat 13 kan.
Nak tak nak...beli juga.
Ahaha...kedekut betul!!!
Aku lah yang kedekut.
 Lengkong atau agar agar.
Korang pernah makan agar agar oren santan?
Mak aku uolls, titiba jer bocan buat agar agar ros santan macam gambar diatas **sangat!!
Dia boleh ubah resepi ikut suka hati dia.
Mak aku cakap dia guna Oren Sunquick  dalam botol tu.
Cuma tukar sirap ros dengan oren jer.
Lain lain bahan sama.
Tetap letak santan.
Nak lagi double up sedap???
Letak sikit susu cair. meletopssss....uolls.

 Heeee....Aku paling tak berkenan dengan ikan banyak tulang ni.
Ini ikan terubok.
Mak dengan Abah aku yang suka sangat beli & makan ikan ni.
Kalau kitorang adik beradik plus menantu...hampeh.
Semua tak makan uolls.
Cuma, mak request suruh aku buat kuah asam jawa untuk dia cicah dengan ikan ni.

 Roti john beli di Param .
Kat rumah mak aku, hari hari ada roti john ni.
Nasib baik rasanya sedap.
Selalu penggemar roti john adalah adik ipar aku.

 Sotong tumis kunyit mak style.
Korang semua pun mesti setuju dengan apa yang aku nak tulis.
Bila mak kita masak apa pun confirm sedap boliau.
Kicap dengan telur pun sedap.
Janji mak yang masak...betul tak?

 Ayam paprik paberet Alili.
Walaupun masih berpuasa separuh hari...namun,
permintaan mengalahkan orang yang bepuasa.
Macam macam suruh mak aku masak time berbuka.
Hamboi...heeeeee...
 Nasi Ayam made by me.
Woahhh.....titiba tengok gambar timun teringat kisah timun sekilo.
Hahaha....Ni aku masak kat rumah mak.

 Iftar setiap tahun memang menggamit pelbagai kenangan.
Begitu juga bila memasak.
Setiap hari berubah.
Udang masak petai peberet Abam.
Aku makan udang dengan sambal jer.
Petai.....campak kat pinggan Abam.

 Ayam golek Aladdin Kg. Medan.
Siap kena Q ok time nak membelinya.
Paling kecoh sebab kedai kuih 'keras kedengkang' makcik sebelah nya marah marah.
Dia sound kat customer Ayam Aladdin Q kat jalan raya.
Kalau Q melintang, nanti tutup kedai dia.
Hello....kuih kalau sedap, kau duduk celah mana pun...orang kesah dan cari ok.
Kalau kuih keras, rupa kuih jer cantik...**cantik ke? tapi tak sedap??
Kau ingat orang hadap sangat nak beli???
Hish......
Maka..tamatlah episod menayang makanan untuk berbuka puasa 2 minggu ni.
Lauk semua lebih kurang jer.

Akukan, minggu ni baru masak sendiri kat rumah.
Tu pun time subuh je.
Sebab Abam menoreh shift petang.
Aku masak sempoi gila kot.
Sambal ikan bilis, sup ayam dengan sikit sayur.
Kalau over rajin, aku menggoreng telur dadar.
Tapi....tak over ok.
Malas.

** Apa yang kita makan, itu adalah rezeki yang ditentukan. Jika dah beli or masak sebanyak mana pun,
jika dah tertulis haritu bukan rezeki mu....maka bukanlah untuk mu.. (:

Tiada ulasan: