For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 14 Ogos 2012

Ais krim Baskin Robbins Free..lagi untung sebab tak payah beratur panjang..:)

 Assalammualaikum...Salam Ramadhan yang ke 25.
Amboi...bulan bulan puasa ni sibuk pulak kau nak melantak ais krim kan?
Tapi ada orang kesah ke kan?
Setakat ais krim satu scoop 7.9 kan?
Orang lain boleh beli lagi mahal kot dari kau lah wahai penulis.
Eh....mestilah...kat luar ni ramai sangat rakyat Malaysia yang kaya raya.
Al-Hamdulillah..yer dak?
Aku kan, masa kecik kecik nak beli ais krim harga singgit pun rasa mahal sangat.
Nak kata orang tua aku tak kasi duit...aku sentiasa diberi duit.
Tapi entah?
Aku tak berapa nak minat makan ais krim kot.
Tapi bila ais krim pop tu laju jer aku beli..
Siap patah dua lagik.
Lepas tu aku lagi double trouble like ais krim buatan sendiri.
Suka suka hati nak beli kat rumah orang yang jual tu.
Pernah juga masa aku kecil berniaga jual ais krim.
Paling top masa tu ais krim horlick & milo.
Buat sedap sedap..lepas tu confirm tak senang duduk lepas tu.
Sebab busy nak layan pelanggan kecil.
Kahkahkah...budak budak sekarang ada ke..rasa macam yang aku rasa ea?

Rata rata aku tengok orang sana sini update pasal Baskin Robbins free.
Tak cukup kat blog or Fb, dalam tv pun dorang cerita jugak.
Ni gara gara Dato Lee Chong Wei menang medal Silver kat London tempoh hari.
Ucapan beribu tahniah dari aku dan berjuta juta dari rakyat Malaysia.
Woah...paling best bila dapat ais krim free.
Korang beratur tak?
Aku tengok sampai melingkau lingkau panjang nau orang beratur.
Sampai aku pun tak ada perasaan nak beratur sama.
Betul kata orang...lain kali jangan poyo sangat kata tak nak ais krim free.
Korang pun nampakkan...?
No yang aku blogkan ni sangat sikit orangnya.
Ternyata...mata penduduk area subang jaya tak macam kat OU ngan Pyramid.
 Adik aku beratur panjang kat Pyramid angka dekat 700.
Ha....gedik kau nak beratur panjang panjang kan?
Ok, memang aku tak nak pergi sebenarnya.
Tapi...dah rezeki dah Allah nak tentukan.
Ceritanya gini,
Pada hari yang sama, company toreh getah Abam kasi hamper.
Hamper tu pulak...besar sangat sampai tak boleh nak bawa balik naik moto.
Besar kotak jer pun...kahkahkah.
Lepas ambil hamper tu, Abam tanya nak gi BR ke?
Aku cakap tak nak lah...sebab nanti kena beratur panjang.
Rimas aku orang bersesak sesak.
Kemudian, abam suruh aku singgah di Watson ke Guardian kat area subang tu.
Kebetulan memang 1 row dengan BR.
Super amazing kot...
Sikit gila orang beratur kat situ.
Lepas cepat cepat beli barang kat situ..
Terus beratur kat depan pintu BR.
La.....sekali memang tak ramai orang kat sana.
See the number lah kan??
Hehe...
Si baju hijau adalah Abam.
Sedap ais krim yang dia makan.
Aku punya lagi sedap banyak..
Tapi maaf...aku bukan penggemar BR.
Nama pun tatau apa.
Yang pelik tu ais krim yang abam makan aku ingat flavour nya. Candy cotton.
Ada budak kat office aku cakap, BR kat area KL dorang bagi 1 scoop kecik jer.
Nasib baik kat sini besau....
yeeeeee.......Best best...

**Lain kali jangan cakap besar...Nasib baik benda baik...kalau buruk???

2 ulasan:

SURIA AMANDA berkata...

BR....sedapnya...

daela berkata...

Memang sedap dik :)